Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih kepada pengawas yang bertugas. Assalamualaikum warahmatulla hiwabaraktuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Encik Mohd Zambi bin Abdul Majid, Yang dihormati barisan guru-guru penolong kanan, guruguru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Saya, Cikgu Wan Noor Aman bersama-sama dengan Cikgu Nor Faizah ialah guru bertugas sepanjang minggu ini, Seperti biasa, semua murid boleh merujuk pada guru bertugas jika terdapat sebarang kesulitan. Pada minggu saya ingin menyentuh tentang disiplin. Untuk pengetahuan kamu sebagai murid sekolah, kamu semua perlulah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Sebenarnya disiplin merangkumi pelbagai aspek, antaranya : 1. disiplin di dalam kelas 2. disiplin semasa berada di padang 3. disiplin waktu rehat 4. disiplin berpakaian 5. disiplin semasa pulang Dalam masalah disiplin di sekolah, terdapat lapan salah laku yang berkekerapan tinggi dan sering berlaku di peringkat sekolah antaranya :

1. Ponteng sekolah 2. Mencuri 3. Mengancam ataupun mengugut murid lain 4. Berkelakukan kasar 5. Berbahasa kesat dan lucah 6. Datang sekolah tetapi masuk lewat ke kelas 7. Membuat bising dan mengganggu pelajaran 8. Merosakkan harta benda sekolah Oleh itu cikgu berharap kamu semua dapat mematuhi segala peraturan sekolah dan dapat mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang telah cikgu sebutkan tadi. Cikgu juga amat berharap murid-murid tahun 4,5 dan 6 dapat memberikan contoh dan tauladan yang baik kepada adik-adik yang berada di tahun 1 dan juga di prasekolah. Bagi meneruskan acara perhimpunan pada pagi ini, akan diadakan majlis penyerahan sijil penghargaan kepada guruguru yang terlibat dengan ________________________________________________ ________________________________________________ __________

dan seterusnya majlis penyerahan watikah perlantikan kepada pengawas-pengawas bagi sesi 2014.

Untuk itu, dengan segala hormatnya dijemput Puan Maznah bt. Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran untuk mengiringi Yang Berusaha, Tuan Guru Besar Encik Mohd Zambi bin Abd Majid, bagi menyempurnakan majlis ini. Dipersilakan... Penerima sijil penghargaan dimulakan dengan, Seterusnya kita teruskan dengan penyampaian watikah kepada pengawas-pengawas sesi 2014. Dijemput ...... Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Zambi bin Abd Majid di atas kesudian menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas-pengawas SK sungai Ular bagi sesi 2014. Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para pengawas dalam melaksana dan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh komited dan berdedikasi. Sekian, Dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahhitaalawabarakatuh, saya serahkan kembali majlis ini kepada pengawas yang bertugas.

Anda mungkin juga menyukai