Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN B-SOALAN 2 LATAR BELAKANG ESEI Esei yang ditadbirkan kepada murid pada kali ini adalah jenis

karangan autobigrafi Karangan autobiografi ini menceritakan dan mengisahkan riwayat mengenai sebuah komputer. Soalan ini meminta pelajar untuk menulis perihal sebuah komputer dan apa yang telah dilalui oleh komputer tersebut. Disni, murid perlu mempunyai pengetahuan luas agar kisah yang dikisahkan itu logik . Murid digalakkan menggunakan ungkapan atau peribahasa yang sesuai supaya esei mereka lebih menarik.

Ada beberapa aspek yang akan dinilai dan diberikan markah dalam esei ini. Antara aspek-aspek tersebut adalah pendahuluan, isi-isi penting dan penutup. Pendahuluan karangan mestilah berkaitan dengan tajuk,Kembangkan isi-isi penting dalam bentuk beberapa perenggan. Setiap perenggan seharusnya mempunyai perkaitan antara satu dengan yang lain .Isi-isi perenggan perlu diberikan huraian dan disertakan dengan contohnya serta esei pelajar mestilah mempunyai penutup, yakni kesimpulan tentang tajuk .Setelah selesai menulis karangan, semaklah karangan yang tertinggal.

Melalui penilaian ini, ia akan dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan murid-murid tentang kemahiran mereka dalam menulis karangan autobiografi seperti yang telah diajar oleh guru sebelum ini. Selain menilai tahap pencapaian pelajar, ia bertujuan untuk

menentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan yang telah pelajar kuasai. Guru akan dapat membezakan pelajar yang cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam penulisan esei ini yang diduduki.

ISI PENTING Dalam prosedur pentadbiran esei ini. Kertas soalan dan jawapan akan ditadbirkan kepada 10 orang murid di kelas 4 setia. Manakala masa yang diperuntukkan kepada mereka untuk menjawab soalan ini adalah selama 30 mint sahaja. Selepas ujian dijalankan dan masa tamat, guru akan mengutip. Selepas proses pentadbiran dan pengutipan kertas selesai, guru akan melaksanakan tugas seterusnya, iaitu memeriksa skrip jawapan.

Dalam pemeriksaan kepada jawapan esei yang telah disiapkan oleh murid, dua orang pemeriksa dengan menggunakan 2 kaedah pemarkahan iaitu kaedah analitik dan kaedah holistik. Sebelum memeriksa karangan, pemeriksa perlu menyediakan peraturan pemberian markah dengan menggubal skema jawapan mahupun rubrik sebagai panduan dalam pemberian markah kepada murid. Dalam kaedah analitik, skema pemarkahan akan disediakan secara umum sebagai panduan. Skema pemarkahan beserta dengan markah adalah seperti yang telah disediakan dalam Jadual 1 sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk karangan atau esei. Kaedah analitik dikenal juga sebagai kaedah markah poin kerana kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Kaedah ini paling sesuai digunakan untuk soalan esei jawapan dalam penyediaan skema pemarkahan analitik, kaedah ini memerlukan penyediaan satu garis panduan atau satu senarai unsur-unsur utama yang perlu dimasukkan sebagai jawapan yang paling baik bagi soalan itu, penentuan bilangan poin yang akan diberi untuk setiap isi-isi penting. Jawapan pelajar yang sepadan dengan jawapan yang dikehendaki akan diberi markah penuh, yang langsung tidak sepadan tidak akan diberi sebarang markah, sebahagian daripada markah penuh boleh diberi sekiranya jawapan tidak tepat sepenuhnya. Keobjektifan pemarkahan boleh ditingkatkan dengan menentukan berapakah markah akan diberi kepada pelbagai jenis jawapan yang kurang tepat itu;

Manakala bagi kaedah holistik pula, rubrik merupakan panduan pemberian markah yang akan digunakan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2. Rubrik ini mengandungi set kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai esei yang telah dijawab oleh pelajar. Standard rubrik membolehkan guru untuk menilai

markah berdasarkan kriteria tertentu, membuat pemarkahan dengan lebih mudah dan lebih telus. Rasional teknik ini ialah keseluruhan lebih penting daripada bahagian. Berasaskan rasional ini, pemeriksa melakukanp enilaian secara keseluruhan terhadap sesuatu esei. Karangan itu dibaca sekali lalu untuk menganggarkan prestasi calon berasaskan sesuatu skala sepertigred A hingga E. Pemeriksa meletakkan nilainya sendiri terhadap karangan itu .Katakan pemeriksa memberi gred B. Karangan itu dibaca sekali lagi untuk mengenal pasti kekuatan-kekuatan dan kesilapankesilapannya pula.

Anda mungkin juga menyukai