Anda di halaman 1dari 14

REFLEKSI Tugasan PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM3104 adalah satu tugasan yang secara jujurnya adalah satu

tugasan yang membantu saya memperbaiki mutu pengajaran dan pengukuhan ilmu sedia ada saya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tajuk ini juga memperincikan maklumat kepada saya tentang pemilihan kaedah dan kemahiran yang akan saya laksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas. Selama ini, saya kurang memberikan perhatian tentang perkara ini di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Pendekatan yang sering saya aplikasikan hanyalah berpusatkan guru. Sebaik sahaja menerima tugasan ini, saya berpendapat ianya adalah tugasan yang mudah. Ini kerana saya beranggapan saya yang sememangnya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu pastinya dapat menangani tugasan ini dengan mudah berdasarkan pengalaman saya. Sememangnya ia membantu. Walau bagaimanapun, saya perlu memahami kaedah dan kemahiran yang dipilih untuk digabungkan di dalam satu rancangan pengajaran harian. Kaedah terus sememangnya pernah dan sering diaplikasikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tetapi ianya berlaku tanpa saya sedari kaedah itu digunakan. Berbeza dengan kemahiran bacaan secara mekanis yang sering saya aplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Semasa menyiapkan tugasan, saya mula memahami dan menyedari akan kaedah terus yang selama ini diaplikasikan tanpa mengetahui kekuatan dan kelemahan kaedah itu. Dengan pola murid yang sememangnya menggunakan bahasa yang sama dalam kehidupan seharian, kaedah terus didapati membantu murid menjalankan aktiviti dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Selain itu,kaedah terus juga dapat membantu murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa berdasarkan teknik-teknik yang dipilih, sesuai dengan kemahiran dan tahap murid.

Seterusnya, pada pandangan saya, tugasan ini sebenarnya membuka semula mata guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang mungkin selama ini beranggapan mereka mengetahui dan menguasai kaedah-kaedah dan kemahiran yang ada dalam pengajaran Bahasa Melayu. Di sinilah juga, seseorang guru Bahasa Melayu dapat memperkukuhkan lagi kefahaman tentang kaedah dan kemahiran dalam memastikan objektif utama pengajaran Bahasa Melayu iaitu komunikasi, dapat diajarkan sebaik mungkin. Di samping itu, tugasan amali yang diberi menjadi kayu pengukur kepada kebolehan dan tahap kefahaman saya pada mata peljaran ini. Sejujurnya, ia dapat memberikan semula satu helaian baru di dalam tugas saya sebagai guru Bahasa Melayu. Keterujaan murid-murid dapat saya saksikan. Penggunaan bahan bantu mengajar, teknik perbincangan kumpulan mendapat respon yang positif dan menggalakkan dari kalangan murid-murid. Di akhirnya, timbul kepuasan kendiri kerana sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan penuh perancangan yang diterjemahkan dengan kesungguhan. Saya berazam akan terus menggunakan kaedah dan kemahiran yang betul dan bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran selepas ini. Saya juga akan mempelbagaikan kaedah-kaedah dan kemahiran yang lain bagi tujuan mengelakkan kebosanan di kalangan murid. Akhir kata, saya berharap agar tugasan ini benar-benar membantu mempertingkatkan lagi kemahiran pengajaran Bahasa Melayu saya di sekolah. Pengalaman yang ditimba ini akan saya praktikkan dan menjadi rujukan asas saya dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik, bukan sahaja guru Bahasa Melayu.

LAMPIRAN

Set induksi

Langkah 1

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 2

Langkah 3

Lembaran Kerja Nama:____________________________________ Bina ayat daripada perkataan di bawah. Tahun:__________________

1. menyambut ____________________________________________________________

2. ilham ____________________________________________________________

3. bersempena ____________________________________________________________

4. mengagumi ____________________________________________________________

5. tabah ____________________________________________________________

6. menghargai ____________________________________________________________

7. kempen ____________________________________________________________

8. mengistiharkan _____________________________________________________________

Aktiviti pengayaan Nama:__________________________ Tahun:_______________

Jawab soalan pemahaman berikut berpandukan petikan .

1. Siapakah orang yang mula-mula menyambut Hari Bapa? _________________________________________________________________ 2. Bagaimana beliau mendapat ilham untuk menyambut Hari Bapa? _________________________________________________________________ 3. Mengapakah Sonata amat mengagumi sikap bapanya? _________________________________________________________________ 4. Bagaimana Encik Smart menjaga anak-anaknya? _________________________________________________________________ 5. Bilakah Hari Bapa yang pertama disambut? ________________________________________________________________

Aktiviti pemulihan Nama:______________________________ Tahun:_______________


Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul . bulan Jun menatang minyak yang penuh Sonata Smart Dodd 19 Jun 1910 penyayang, tabah dan tidak mementingkan diri sendiri meninggal dunia 1. ____________________________ adalah orang yang mula-mula menyambut Hari Bapa. 2. Sonata amat mengagumi sikap bapanya yang __________________________ _______________________________________. 3. Encik Smart menjaga anak-anaknya bagai _____________________________ _____________________________________. 4. Isteri Encik Smart telah ____________________________________________. 5. Hari bapa yang pertama telah disambut pada ___________________________. 6. Presiden Lyndon Johnson telah mengistiharkan setiap ___________________ Sebagai Hari Bapa.

BIBLIOGRAFI
Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Faridah Nazir, Tuan Jah Tuan Yusof (2012). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,PenerbitanMultimedia,Selangor.

Faridah Nazir, Tuan Jah Tuan Yusof (2012).Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu,PenerbitanMultimedia,Selangor.

Mok

Soon

Sang

(2010)

Ilmu

Pedagogi

Strategi

Pengajaran

dan

PembelajaranPenerbitanMultimedia,Selangor

Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.


http://radziahghazali.blogspot.com/p/blog-page.html

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis Kaedah dalam pengajaran kemahiran lisan Kemahiran Membaca Mekanis Kesimpulan Rancangan Pengajaran Harian Ulasan Refleksi Lampiran Bibliografi 2 4 5 6 7 13 15 17 22 23 25 33

BIODATA

Nama : Mohd Syazly Abdul Halil No KP : 781114105463 Kumpulan : Pendidikan Seni Visual 1 Jun 2011 Pekerjaan : Guru Alamat Tempat Bertugas : SK Telok Pulai, Taman Bertek, 41100, Klang, Selangor No Telefon : 0192494707 Email : syazly7886@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai