Anda di halaman 1dari 12

RPH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA MELAYU TAHUN 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA MELAYU TAHUN 4


MATAPELAJARAN TAHUN MASA TEMA TAJUK FOKUS UTAMA FOKUS SAMPINGAN OBJEKTIF Bahasa Melayu 4 Gemilang 8.20 9.20 Keluargaku Sayang Hargai Pengorbanan Ibu Bapa 8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik. 5.1 Aras 1 (ii) Menerangkan makna perkataan , frasa dan ayat. Pada akhir pengajaran murid akan dapat: 1. Memberi makna perkataan berdasarkan kamus. 2. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul. Murid telah mengetahui maklumat asas tentang ibu dan bapa masing-masing. i. Ilmu : Pendidikan Moral ii. KBT : KB menjana idea KP muzik PK mengaitkan pengalaman sedia ada Tatabahasa makna perkataan ayat tunggal ayat majmuk Kosa kata - ilham Mengagumi Menatang Kempen mengistiharkan Kasih sayang Bekerjasama Radio Buku teks

PENGETAHUAN SEDIA ADA PENGISIAN KURIKULUM

SISTEM BAHASA NILAI MURNI BAHAN BANTU MENGAJAR

( BBM)

Kad perkataan Lembaran kerja


Aktiviti Pengajaran Aktiviti guru 1. Guru memperdengarkan rakaman lagu Kasihnya Ibu kepada murid-murid. 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang lagu yang diperdengarkan. a) Siapakah yang perlu kita kasihi di dalam lagu tadi? b) Bagaimana kamu menunjukkan rasa kasih kamu kepada ibu? c) Bagaimana pula kamu menunjukkan rasa kasih kamu kepada bapa? 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran hari ini. 1. Guru mengedarkan petikan yang bertajuk Hargai Dan pengajaran Aktiviti murid 1. Murid mendengar rakaman lagu Kasihnya Ibu . 2. Murid menjawab soalan daripada guru. Nota

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Fasa Isi kandungan Set induksi ( 5 minit ) Lagu Kasihnya Ibu ( lirik lihat lampiran )

Strategi/teknik: 1. Mendengar dan menghayati lirik lagu. 2. Bersoaljawab secara kelas.

Perkembangan Langkah 1 ( 15 minit )

Petikan Hargai Pengorbanan Ibu Bapa. ( lihat lampiran)

1. Murid membaca petikan secara senyap.

Strategi/teknik: 1. Membaca senyap dan mekanis.

Pengorbanan Ibu Bapa. 2. Guru minta murid Membaca petikan secara senyap. 3. Guru minta murid Membaca petikan secara mekanis. 4. Guru menyoal murid tentang isi petikan. a) Siapakah orang yang mula-mula menyambut Hari Bapa? b) Bagaimana beliau mendapat ilham untuk menyambut Hari Bapa? c) Mengapa Sonata amat mengagumi sikap bapanya? d) Bagaimana Encik Smart menjaga anakanaknya? e) Bilakah Hari Bapa yang pertama disambut? f) Bilakah pula Hari Bapa diistiharkan disambut secara rasmi?

2. Murid membaca petikan secara mekanis. 3. Murid menjawab soalan daripada guru secara lisan.

2. Bersoaljawab secara lisan.

Langkah 2 ( 15 minit )

Makna perkataan menyambut ilham bersempena mengagumi tabah menghargai kempen mengistiharkan

Langkah 3 ( 20 minit )

Membina ayat - lembaran kerja ( lihat lampiran )

1. Guru minta murid meneliti dan menyebut perkataan yang berwarna merah berdasarkan petikan. 2. Murid diminta mencari makna perkataan daripada kamus. 3. Guru dan murid membincangkan secara kelas hasil yang telah diperolehi. 4. Guru minta murid menyalin perkataan dan maknanya di dalam buku rampaian. 1. Guru mengedarkan lembaran kerja.

1. Murid meneliti dan menyebut perkataan yang berwarna merah. 2. Murid mencari makna perkataan gunakan kamus. 3. Murid dan guru membincangkan secara kelas hasil yang telah diperolehi. 4. Murid menyalin perkataan dan maknanya di dalam buku rampaian. 1. Murid membina ayat berdasarkan perkataan yang diberi. Pengayaan Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan. ( lihat lampiran ) Pemulihan Murid melengkapkan ayat berdasarkan pilihan jawapan yang diberi. ( lihat lampiran )

Strategi/teknik: 1.Menggunaka n kamus. 2.Perbincanga n secara kelas.

Strategi/teknik: 1. Aktiviti menulis.

Penutup ( 5 minit )

Nilai murni - kasih sayang -menghargai -tanggungjawab

1. Guru minta murid menyatakan sifat-sifat untuk menjadi anak yang baik. 2. Guru membuat rumusan.

1. Murid menyatakan sifat-sifat yang perlu anak dalam diri anak yang baik.

Strategi/teknik: 1. Rumusan

Lembaran Kerja
Nama:____________________________________ Tahun:_____________________

Bina ayat daripada perkataan di bawah.


1. menyambut ____________________________________________________________ 2. ilham ____________________________________________________________ 3. bersempena ____________________________________________________________ 4. mengagumi ____________________________________________________________ 5. tabah ____________________________________________________________ 6. menghargai ____________________________________________________________ 7. kempen ____________________________________________________________ 8. mengistiharkan _____________________________________________________________

Aktiviti pengayaan Nama:__________________________ Tahun:_______________

Jawab soalan pemahaman berikut berpandukan petikan . 1. Siapakah orang yang mula-mula menyambut Hari Bapa? _________________________________________________________________

2. Bagaimana beliau mendapat ilham untuk menyambut Hari Bapa? _________________________________________________________________

3. Mengapakah Sonata amat mengagumi sikap bapanya? _________________________________________________________________ 4. Bagaimana Encik Smart menjaga anak-anaknya? _________________________________________________________________ 5. Bilakah Hari Bapa yang pertama disambut? ________________________________________________________________

Aktiviti pemulihan Nama:______________________________ Tahun:_______________


Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul . bulan Jun menatang minyak yang penuh

Sonata Smart Dodd 19 Jun 1910 penyayang, tabah dan tidak mementingkan diri sendiri meninggal dunia 1. ____________________________ adalah orang yang mula-mula menyambut Hari Bapa. 2. Sonata amat mengagumi sikap bapanya yang __________________________ _______________________________________. 3. Encik Smart menjaga anak-anaknya bagai _____________________________ _____________________________________. 4. Isteri Encik Smart telah ____________________________________________. 5. Hari bapa yang pertama telah disambut pada ___________________________. 6. Presiden Lyndon Johnson telah mengistiharkan setiap ___________________ Sebagai Hari Bapa.

Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan. 2.1 Kemahiran Mendengar 2.1.1 Pengenalan Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level). Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat. Kemahiran ini juga dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.

Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran. Menurut Yahya Othman dalam buku Pedagogi Bahasa pula menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah bagi tujuan mendengar. Keupayaan mendengar yang berkesan perlu ditekankan supaya pelajar dapat menguasai semua mata pelajaran ketika di dalam kelas. Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar mendengar pada jangka masa yang lama sebelum mencuba untuk bertutur. Kemahiran mendengar juga memberikan peluang kepada pelajar mendapatkan makna bagi mesej yang didengar bagi bahasa itu. Hal ini juga dapat membantu pelajar memperbaiki kemampuan dari segi penggunaan bahasa dengan lebih baik lagi. Sekirannya pelajar tidak menguasai kemahiran mendengar ini dengan baik, maka

mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran di dalam kelas. Pendengaran (listening) merupakan suatu kemahiran yang asas dan utama dalam proses komunikasi. Tetapi, aktiviti ini diabaikan dan tidak diberikan perhatian yang serius oleh kebanyakan orang. Menurut seorang pakar komunikasi, Paul Rankin (1929), 70% daripada waktu tidak tidur kita dalam sehari digunakan untuk berkomunikasi dan 45% pula digunakan untuk mendengar sesuatu. Manakala 30% lagi digunakan untuk percakapan atau perbualan, sebanyak 16% daripada masa komunikasi anda digunakan untuk bacaan dan hanya 9 % masa anda dihabiskan untuk penulisan. Kajian yang telah dibuat oleh kebanyakan pakar menunjukkan bahawa kira-kira 85% daripada pengetahuan kita diperolehi melalui pendengaran. Menurut Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam bukunya iaitu Perspektif perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia menyatakan , kajian terhadap murid-murid sekolah tinggi pula menunjukkan bahawa pelajar ini telah menggunakan 46% daripada masa mereka di sekolah untuk mendengar sahaja dan 60% daripada aktiviti pendengaran itu adalah untuk mendengar percakapan guru. Seterusnya, terdapat beberapa kaji selidik yang dijalankan yang berkaitan tentang kepentingan kemahiran mendengar yang diajar di luar dan dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, kemahiran mendengar ini merupakan sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.

Anda mungkin juga menyukai