Anda di halaman 1dari 9

Kata nama am

Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum. Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Nama Am benda Contoh permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua bank, klinik, perpustakaan, asrama, hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab Ayat Contoh 1 Almari itu berpintu dua. 2 Kipas itu berpusing ligat. 3 Ayah membeli dua buah komputerbaru.

haiwan

1 Burung itu terbang tinggi di udara. 2 Pak Jabit membeli dua ekor lembujantan. 3 Leher zirafah itu panjang sekali.

manusia

1 Wanita itu paling dikehendaki oleh polis. 2 Adiknya bekerja sebagai seorang juruhias. 3 Ibunya jarang menjenguknya di asrama.

tempat

1 Mereka sering berkelah di pantai itu. 2 Orang ramai berkumpul di balai rayaitu. 3 Kita digalakkan menyimpan wang dibank.

Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. manusia binatang tempat Zaidi, Mei Fong, Subramaniam Tompok (kucing), Jalak (ayam) Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) benda Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca


Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet. Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan

menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui. Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih garamtis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai. Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian. Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca. Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan

mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

Panduan Membina Ayat Kertas Penulisan UPSR Bahagian A.


Pastikan arahan soalan sama ada : i. Bina lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar atau... ii. Bina lima ayat yang lengkap tentang gambar.

FAHAMI ARAHAN SOALAN.... sekiranya arahan i, maka pastikan anda membina ayat TENTANG AKTIVITI atau KATA KERJA. Menjadi kesalahan sekiranya anda tidak menyatakan aktivitidalam ayat tersebut. atau......ii Untuk arahan ii, anda bebas sama ada menyatakan aktiviti dalam ayat yang anda bina ataupun tidak. Ayat anda akan diterima kerana MEMATUHI arahan soalan, KERANA anda TELAH diberikan kebebasan. TETAPI INGAT... AYAT YANG ANDA BINA MESTI MENEPATI TEMA YANG DIBERIKAN.

Gunakan Formula "OATS", apakah OATS? O = orang A = aktiviti (kata kerja) T = tempat S = situasi atau supaya CONTOH 1 :

Contoh jawapan : Orang : Puan Salwa

Aktiviti : memasak bubur Tempat : di dapur rumahnya

Situasa / supaya : sambil diperhatikan oleh Nani. Contoh Ayat : Puan Salwa memasak bubur di dapur rumahnya sambil ditemani oleh Nani.

Kaedah Membuat Ulasan


1. 2.
3. 4. 5. 6. 7. 8. Membaca soalan dan memahami soalan Mengenal pasti kata kunci soalan sama ada: Nilai-nilai murni,amalan baik,pengajaran atau faedah. Membaca ayat demi ayat untuk mencari isi yang berkaitan dan Garis Isi Yang ditemui. Tukar idea-idea yang ditemui dengan nilai murni Nyatakan 4 saja idea dan tidak lebih. Mesti menghurai idea berdasarkan idea dalam petikan Nilai nagetif dalam petikan boleh dipositifkan. Contoh pendahuluan: a. Berdasarkan petikan ialah,pengajaran yang diperolehi ialah.... b. Antara nilai murni yang didapati ialah..... c. Sebagai seorang murid kita mestilah.... 9. Gunakan kata bantu untuk membina dan ayat lain-lain

Contoh: Amin tidak suka bersukan - Menjaga kesihatan.

ulasan:mestilah,mesti,harus,haruslah,seharusnya,patut,p atutlah,sepatutnya,hendaklah,sewajarnya lagi

10. Contoh nilai-nilai murni

Adil Bantu-membantu Berdisiplin Belas kasihan Mematuhi peraturan Bermaaf-maafan Bersabar Bertindak pantas Berusaha Bergotong-royong Hormati ibu bapa Kasih-sayang Bekerjasama Membri salam Hargai masa Perpaduan Ramah mesra Simpati Semangat kesukanan

Amanah Rajin Berani Tabah Berdikari Tolong-menolong Murah hati Cekal Tekun Hormati guru Kejujuran Kesopanan Menepati masa Mengenang budi Menjawab salam Rasional patriotik

Baik hati Sayang Bertanggungjawab Semangat kejiranan Berhati-hati Toleransi Berhati-hati Gigih Jimat Ikhlas Kebersihan Kesyukuran Kerajinan Mengakui kesalahan Merendah diri Prihatin Redha Taat ibu bapa

Bertanggungjawab Berterima kasih

Mengikut peraturan Persaudaraan

Sedia memaafkan Sopan

SJK (TAMIL) MOUNT AUSTIN CARTA ORGANISASI PANITIA BAHASA MALAYSIA

PENGERUSI EN.M.VIJAYAN (GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI EN.S.DIVAGARAN (GPK KURIKULUM)

SETIAUSAHA CIK.C.RENISHA (KETUA PANITIA BM)

BENDAHARI CIK.P.MAGES

AHLI JAWATAN KUASA PN.A.NANTHINI

Anda mungkin juga menyukai