Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Pendahuluan Penghargaan

Tajuk

Halaman 2 3 4-6 6 7 7-8 9 9 10

Riwayat Hidup Imam Al-Syafie Sifat Peribadi Pendidikan Sumbangan Iktibar Kesimpulan Rujukan

PENDAHULUAN

Saya Muhammad Faris Hilmi b. Muhamad Farid dengan nombor kad pengenalan 981106066093 dari kursus Pemesinan Industri menjalankan sebuah kajian untuk kerja kursus Pendidikan Agama Islam yang bertajuk Imam Syafie R.A . Kajian ini telah diberikan oleh pensyarah Pendidikan Agama Islam saya, Ustazah Melah Bt.Awang . Tempoh masa yang diberikan adalah selama 1 minggu.

PENGHARGAAN Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Saya Muhammad Faris Hilmi b. Muhamad Farid dari kursus Pemesinan Industri bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya dengan berkat dan nikmat-Nya saya dapat menyiapkan folio yang ditugaskan oleh pensyarah Pendidikan Agama Islam saya, Ustazah Melah Bt.Awang .

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan Agama Islam saya, Ustazah Melah Bt.Awang kerana telah memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan folio ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Encik Muhamad Farid b. Osman serta Puan Hasidah bt. Mat Nawi kerana telah membantu saya dari segi kewangan serta sokongan mental dan fizikal .

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya dari kursus Pemesinan Industri kerana telah menolong dan menyokong saya sepanjang menyiapkan folio ini.

Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik anda semua.

RIWAYAT HIDUP SECARA MENDALAM Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf. Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw. Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara , diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya

.Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun.Beliau menghafal Kitab al-Muwatta yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa.Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram. Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit.Lalu bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan jatuh ke bumi.Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu menerangi seluruh muka bumi.Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya. Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara yang diadakan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji. Imam Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi,Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali). Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelu mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi. Imam Syafie juga melarang Taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa saja. Beliau selalu berpesan: Janganlah mereka-reka dalam perkara agama mengguna-pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Quran dan hadis. Beliau juga berpesan : Tiap-

tiap perkara yang saya katakan padahal kata Rasulullah bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah lebih utama perlu dituruti Ayah beliau meninggal sewaktu Imam Syafie masih kecil, ada riwayat yang mengatakan sewaktu beliau masih dalam kandungan ibunya lagi. Gurunya yang pertama secara tidak formal ialah ibunya sendiri. Ibunya mengajar beliau mengenal huruf dan mengaji al-Quran. Setelah berumur 9 tahun beliau sudah dapat menghafal Al-Quran. Bila ibunya membawa Imam Syafie untuk berguru dengan Imam Ismail 4

Kustantani, seorang guru ilmu Al-Quran yang terkenal waktu itu, Imam Ismail pada mulanya menolak kerana Imam Syafie baru berusia 9 tahun sedangkan dia hanya menerima orang menjadi muridnya setelah berumur 12 tahun.Namun setelah dia menguji hafalan dan ingatan Imam Syafie tentang Al-Quraan, beliau amat tertarik dengan daya ingatan dan suara Imam Syafie yang merdu lalu terus mengambil Imam Syafie menjadi muridnya.Apabila Imam Ismail ada urusan lain, Imam Syafie pula disuruh menggantikan tempatnya mengajar disitu! Imam Syafie juga amat meminati syair dan puisi, beliau pernah berguru dengan Masab bin Zubair seorang penyair terkenal.Dalam masa 3 bulan saja, Imam syafie mampu menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani Huzail. Pernah suatu kali Imam Syafie memasuki pertandingan syair atas desakan kawan-kawannya, lalu mengalahkan gurunya Mas'ab pula. Imam Syafie berguru pula dengan Imam Sufian Ainiah dalam ilmu hadis sehingga menjadi pakar dalam bidang hadis dan diberi kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar menggantikannya sewaktu ketiadaannya. Selepas itu Imam Syafie berguru pula dengan Imam Muslim al-Zanji dalam bidang Feqah pula.Akhirnya dia diakui oleh gurunya dan dibenarkan mengajar serta memberikan fatwa pula.Namun Imam Syafie masih merasakan kurang ilmunya lalu dalam diam beliau mula membaca dan menghafal Kitab Muwatta yang dikarang oleh Imam Malik bin Anas pula. Imam Syafie juga pernah belajar ilmu peperangan dan bermain senjata dengan gurunya iaitu Amiruddin, seorang bekas tentera.Selepas itu Imam Syafie terkenal sebagai seorang pemanah yang handal. Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang mengambil masa selama 8 hari dengan menaiki unta sambil sempat mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16 kali untuk menemui dan berguru dengan Imam Malik yang ketika itu menjawat jawatan Mufti Kota Madinah.Imam Syafie belajar dari Imam Malik selama 8 bulan. Selepas itu Imam Syafie merantau pula ke Iraq untuk belajar dengan anak murid Imam Hanafi iaitu Imam Muhamad alHassan dan Imam Abu Yusof.Beliau telah menghafal Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi dalam masa 3 hari saja telah mengejutkan kedua orang gurunya itu kerana biasanya murid-murid mereka yang lain mengambil masa paling kurang 1 tahun untuk menghafalnya. Imam Syafie juga belajar ilmu firasat dengan Maulana Arif di Yaman. Di Yaman beliau berkahwin dengan wanita bernama Hamidah dari keturunan Khalifah Uthman Bin Affan. Mereka dikurniakan 3 orang anak. Semasa di Najran, Imam Syafie difitnah oleh Gabenor as-Saud iaitu Gabenor Najran kononnya Imam Syafie sedang menghasut rakyat untuk memusuhi dan menjatuhi kerajaan Bani Abbasiyah yang diperintah oleh Khalifah Harun ar-Rashid. Akibat dari fitnah tersebut Imam Syafie dan anak muridnya telah ditangkap, tangan dan kaki mereka dirantai .Mereka juga dipaksa berjalan kaki dari Najran ke Kota Kufah.

Walau bagaimanapun dengan izin Allah swt Imam Syafie terlepas dari hukuman oleh Khalifah dan orang yang memfitnah mendapat hukuman yang setimpal. Diantara ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Syafie, yang membuatkan hati dan jiwa raga Khalifah Harun ar-Rashid terpesona ialah Firman ALLAH swt dari Surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud :

Hai orang yang beriman, sekiranya datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita,periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu Itulah diantara liku-liku perjalanan yang ditempuh oleh Imam Syafie dalam menuntut ilmu. Banyak lagi guru dan tempat beliau belajar yang tidak dinyatakan disini. Beliau sangat menyintai ilmu. Pernah suatu masa Imam Malik memuji beliau dengan berkata: Sekiranya ada orang yang bahagia kerana ilmunya, inilah orangnya! sambil merujuk kepada Imam Syafie. Berkaitan dengan kegunaan ilmu pula Imam Syafie pernah berkata: Sesiapa yang mempelajari Quran, besar harga dirinya.Siapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya.Siapa yang mempelajari bahasa,lembut hatinya.Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan siapa yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya. Oleh kerana kecintaan beliau yang begitu mendalam terhadap ilmu, jadi tidak hairanlah jika Imam Syafie telah menulis 142 buah kitab semasa hayatnya. Imam Syafie meninggal dunia selepas waktu isyak, malam jumaat 28 Rejab tahun 204 Hijrah (tahun 820 M) di rumah Abdullah bin Hakam sewaktu berumur 54 tahun di bumi Mesir. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Bani Zaharah.

SIFAT PERIBADI Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercitacita tinggi. Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan. Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan. Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung. Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya. Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat. Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang. Imam as-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan.

PENDIDIKAN Imam Syafii mampu menghafaz al-Quran 30 juzuk ketika usianya 9 tahun. Beliau sangat minat dalam bidang ilmu bahasa dan sastera sehingga beliau mahir menyusun dan mengarang syair. Beliau telah mempelajari ilmu fiqh dengan Imam Muslim al-Zanji, seorang guru besar dan mufti Makkah ketika itu sehingga gurunya mengakui kebolehannya dan boleh mengajar orang lain serta mampu memberi fatwa ketika berusia 15 tahun. Beliau telah mempelajari ilmu hadis dengan Imam Sufian bin Ainah, seorang ulama hadis terkenal di Makkah. Beliau mempelajari ilmu al-Quran dengan Imam Ismail Kustantin dan beberapa guru lain dari pelbagai ilmu pengetahuan. Beliau mendalami bidang bahasa Arab selama 20 tahun. Bidang ilmu lain yang menunjukkan Imam Syafii seorang yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu fiqh, tafsir, hadis dan ilmu tajwid. Imam Syafii sangat mengutamakan ilmu pengetahuan dan disiplin masa 1/3 malam untuk berehat, 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan, 1/3 malam untuk beribadat. Bukti kegigihan imam Syafii menuntut ilmu pengetahuan ialah mengutip kertas-kertas terbuang untuk mencatat ilmu yang dipelajari, kertas catatan yang banyak menyebabkan biliknya menjadi sempit, bersungguh-sungguh menghafaz semua catatan tersebut agar biliknya kemas dan selesa. Beliau juga mampu menghafaz hanya selama 9 hari isi kitab al-Muwatta karangan Imam Malik ketika berusia 10 tahun. Beliau sanggup merantau jauh dari Palestin ke Madinah ketika berusia 20 tahun kerana ingin belajar dengan Imam Malik yang termahsyur ketika itu. Sepanjang perjalanan beliau membaca al-Quran sehingga khatam 16 kali. Beliau juga dapat menghafaz al-Quran, al-Hadis, dan bukubuku yang sukar dibelinya. Beliau menjelajah benyak tempat untuk menuntut ilmu dari pelbagai tempat seperti Makkah, Madinah, Iraq, Farsi, Palestin, Yaman, Baghdad, Kufah, Basrah dan Mesir. Imam Syafii adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada ilmu pada Al-Quran, Hadis, Ijmak, Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah. Beliau mengeluarkan pendapatnnya sendiri dengan berdasarkan sumber-sumber di atas sekiranya sesuatu masalah itu. Beliau mengeluarkan pendapatnya sendiri dengan berdasarkan sumbersumber di atas sekirannya sesuatu masalah itu tidak terdapat dalam sumber-sumber tersebut. Pendapat Imam Syafii mudah diterima oleh sebahagian besar umat islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat , dan adat resam sesuatu kaum. Imam Syafii melarang para sahabat dan murid-muridnnya bertaklid semata-semata, iaitu menurut saja pendapat yang dikeluarkan para ulama mengenai hukum. Beliau menyarankan mereka agar berusaha untuk mendapatkan hujah daripada al-quran dan al-hadis.

SUMBANGAN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM Melalui pengalaman dan perjalanan yang jauh, beliau dapat mempelajari pelbagai aliran fahaman termasuklah mazhab Muktazilah. Beliau dapat merumuskan suatu rumusan tentang hukum yang lebih matang dan dapat diterima oleh ramai masyarakat Islam. Aliran fiqh Imam Syafii dapat berkembang dengan cepat dan mudah diterima kerana beliau berjaya menggabungkan aliran naqli dan aliran aqli. 7

Beliau juga telah mengeluarkan panduan untuk memahami al-Quran serta menghasilkan suatu hukum sehingga memuaskan hati serta diyakini. Beliau juga dianggap sebagai pelopor bagi ilmu usul fiqh serta pengasas kepada Mazhab Syafii. Beberapa pemikiran beliau telah menjadi pegangan dalam Mazhab Syafii. Imam Syafii melarang sahabat dan muridnya bertaklid, iaitu mengikut sahaja pendapat-pendapat dan fatwa-fatwa dari ulama mengenai hukum. Beliau meminta supaya berusaha mendapatkan dalil dari al-Quran atau Hadis. Beliau juga melarang sahabat dan muridnya melakukan bidaah, iaitu mengada-adakan perkara baru dalam ibadat atau agama kerana boleh menyesatkan. Beliau juga meletakkan asas kaedah fiqh yang dikenali sebagai ilmu usul fiqh. . Pada tahun 198 Hijrah terdapat fahaman dari aliran Syiah, Muktazilah dan Khawarij serta fahaman Zindik yang kafir di Baghdad. Khalifah meminta beliau menyelesaikan dan Imam Syafii telah berangkat ke sana serta dapat menyelesaikannya. Di Baghdad juga terdapat dua fahaman mengenai fiqh, iaitu aliran Ahli as-Sunah, aliran al-Rayu, iaitu berpegang kepada rasional atau akal. Imam Syafii berpegang kepada aliran Ahli as-Sunah tetap mempertahankannya dengan memberi hujah sehingga beliau digelar dengan Nasru as-Sunah maksudnya pembela sunah. Imam Syafii menempatkan hadis di kedudukan yang tinggi, bahkan sama kedudukannya dengan al-quran sebagai sumber hukum islam. Menurut beliau, hadis berkaitan rapat dengan al-quran. Oleh sebab berkaitan dengan al-quran. Oleh sebab itu, beliau diberi rujukan pembela sunnah(nasir al-sunnah). Selain al-quran dan sunnah, beliau juga berpegang kepada iaitu hasil kesepakatan para sahabat tentang hukum sesuatu masalah. Kias(penetapan hukum terhadap sesuatu yang belum ada nasnya berdasarkan yang sudah ada kepastian hukumnya kerana kesamaan ilat) merupakan salah satu dasar untuk kepastian hukum islam. Jika hukum sesuatu persoalan tidak jelas, harus dilakukan ijtihad melalui kias. Mazhab Syafii berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, IndoChina, Sri Lanka, dan Malaysia. Mazhab Syafii lebih terkenal daripada mazhab lain kerana ia lebih intelektual dan dinamik. ).

Kelebihan Imam Syafii dalam mengingati sesuatu ilmu dan kebijaksanaannya dalam berdebat menjadikan mazhab ini lebih dikenal di seluruh dunia. Selain itu, kitab al-umm merupakan kitab fikah yang paling unggul kerana mengemukakan pendapat aliran Mazhab. Syafii yang jelas dan lengkap dengan dalil-dalilnya. Al-umm adalah sebuah kitab ilmu fikah yang membincangkan sesuatu perkara secara terperinci. Kitab ini begitu terkenal kerana susunan gaya bahasanya yang tepat, jelas dan mudah difahami dalam membahaskan sesuatu perkara. Sehingga kini kitab Alumm terus menjadi rujukan utama bagi umat islam.

IKTIBAR DARIPADA IMAM SYAFIE R.A Iman Syafie seorang yang taat kepada suruhan Allah dan gurunya.Beliau juga seorang yang gigih berusaha dalam menuntut ilmu.Beliau juga seorang yang menepati masa.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya kita dapat melihat keunggulan imam Syafii mencari ilmu sehingga ilmu figh nya telah menjadi panduan sehingga sekarang. Kesungguhannya dalam menuntut ilmu dapat dibuktikan dengan beliau mempelajari ilmu daripada ramai guru yang kebanyakannya terdiri daripada para ulamak. Hal ini menyebabkan beliau dapat melatih diri beliau menjadi seorang yang berpandangan luas dan dapat menhuraikan sesuatu perkara dengan mendalam. Beliau juga amat terkenal dengan kelebihan yang dimilikinya yang tidak terdapat pada ulamak lain seperti cekap berucap dan menulis. Beliau juga mempunyai banyak murid. Hal ini menyebabkan ilmu yang diajar kepada anak muridnya dapat disebar kepada orang lain dengan cepat. Beliau juga amat dikenali sebagai penyusun pertama ilmu figh sebagai satu displin ilmu. Al-Risalah ialah buku pertama yang memuatkan masalah ilmu figh secara sistematik. Kita dapat juga mencontohi Imam Syafii yang menguasai pelbagai bidang ilmu. Dalam bidang ilmu hadis, beliau merupakan tokoh yang disegani dan dinamai nasir al-sunnah(pembela sunnah). Imam Syafii meletakkan kriteria penerimaan hadis untuk menghindarkan kemasukan hadis palsu. Dalam bidang fikah pula, beliau merupakan orang pertama yang membukukan pendapat fikahnya dengan sistem perbahasan yang baik. Dalam bidang ilmu figh, beliau merupakan pengasas ilmu figh . Beliau orang pertama yang menyusun buku usul figh sebagai asas bagi setiap mujtahid untuk berijtihad. Oleh itu, saya berharap ulasan saya tentang serba sedikit mengenai Imam Syafii dapat memberikan pengetahuan kepada mereka yang berkeinginan mempunyai pemahaman tentang figh islam, gambaran tentang Imam SyafiI serta fighnya. Saya juga berharap kesungguhan Imam Syafii dalam menuntut ilmu dapat menjadi panduan pada zaman sekarang untuk menjadi seorang manusia atau pelajar yang cemerlang dalam hidup.

RUJUKAN
Internet http://alongpunyablog.blogspot.com/2012/13/sejarahimam-syafie-muhammad.html http://madahseoranghamba.blogspot./2013/06/mengenalikeperibadian-imim-syafie.html Buku rujukan Buku teks pendidkan islam Mengenali Keperibadian Imam Asy-Syafie

10

Anda mungkin juga menyukai