Anda di halaman 1dari 19

PENULISAN JURNAL MINGGU KEENAM ( 2 MAC 6 MAC 2014) ___________________________________________________________________ KEMAHIRAN MENGAWAL KELAS MURID MURID TAHUN 4 KELAS

AS PERDANA.

1. Isu / Masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran pada minggu ini berjalan dengan baik bagi kelas Pemulihan kerana setiap aktiviti dapat dilakukan mengikut perancangan yang telah dibuat dengan teliti dan mengikut fokus dan objektif yang ingin dicapai. Murid juga mudah menerima apa yang diajar. Walau bagaimanapun, saya mendapati saya mempunyai masalah dalam mengawal kelas perdana memandangkan kelas yang saya mengajar itu adalah kelas terakhir.

Berdasarkan kepada pengalaman saya mengajar setelah dua minggu di kelas tersebut, kelas tersebut masih tidak dapat dikawal.

2. Analisis Masalah

Pemerhatian telah dilakukan disepanjang minggu ini dan minggu yang sebelumnya. Berikut merupakan hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan ; a. Murid sering hilang tumpuan ketika guru memberi penerangan di hadapan kelas. b. Murid suka berdiri di tempat mereka ketika guru memberi kerja. c. Kelas tersebut terdiri daripada murid yang lemah. d. Murid suka bercakap sekali gus/ beramai-ramai menyebabkan kelas bising. e. Murid tidak dapat menyiapkan kerja yang diberi kerana kurang faham penerangan guru. f. Penerangan guru tidak jelas kepada murid-murid.

Berdasarkan pemerhatian ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kemahiran mengawal kelas oleh guru amat penting dalam mengemudi sesebuah kelas itu untuk mencapai kejayaan. Seperti yang sedia maklum murid-murid yang masih kanakkanak ini sifatnya suka bermain dan tidak boleh duduk diam. Oleh yang demikian tugas gurulah yang perlu mengawal murid di dalam bilik darjah supaya murid tahu membezakan masa untuk belajar dan masa untuk bermain. Apabila guru mengawal tingkah laku murid-murid secara tidak langsung mendidik tingkah laku mereka menjadi lebih baik. Apabila guru dapat mengawal kelas banyak kelebihan yang diperoleh. Guru dapat melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Guru juga lebih berfokus dalam mencapai objektif pembelajaran pada hari itu.

3.

Cadangan Untuk Memperbaiki

Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat kolaborasi dengan guru pembimbing dan berbincang mengenai hal ini. Hasil daripada kolaborasi, guru pembimbing memberikan saya sedikit tips-tips yang telah diaplikasi olehnya dalam mengawal kelas tersebut.

Berdasarkan pengalaman yang lalu, beliau telah mecadangkan beberapa perkara. Antara perkara-perkara tersebut ialah :

Guru perlulah memiliki perhatian dari murid sebelum guru memulakan sesi pengajaran. Intruksi secara langsung iaitu memulakan setiap pengajaran dengan

memaklumkan pelajar sejelas-jelasnya apa yang akan berlaku dalam kelas itu. Guru menyatakan apa yang dia dan murid akan buat serta had-had masa untuk tugasan-tugasan. Pemantuan di sekeliling kelas. Isyarat bukan lisan Disiplin asertif Disiplin positif

4.

Tempoh Masa

Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah sehingga guru boleh mengawal kelas dan tingkah laku murid.

5.

Tindakan Susulan

Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah mengawal kelas :

Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah pengurusan diri. Kanak-kanak yang bermasalah perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu mengubah tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru. Di sini saya akan mengambil langkah dengan memerhati kanak-kanak yang berkenaan secara jarak jauh dan berjumpa ibu bapa mereka untuk bertanyakan kepada ibu bapa mereka tentang tingkah laku anak mereka di rumah adakah sama semasa di sekolah. Menurut pemerhatian yang saya lakukan saya dapati masalah ini boleh diatasi dengan cara memberi nasihat kepada mereka secara individu dan memberi mereka dendaan jika tindakan nasihat tidak berhasil. Kanak-kanak ini bersifat manja dan memerlukan perhatian serta disayangi. Sebagai seorang guru saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya.

Kesimpulan

Hasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, ia dapat diatasi sekiranya guru mempunyai sikap yang tegas terhadap kanak-kanak supaya mereka dapat menghormati para tetamu yang hadir ke tabika. Guru juga perlu menasihati murid akibat tidak menghormati tetamu yang datang. Selain itu, guru perlu sentiasa memerhati setiap tingkah laku anak muridnya dan memahami kerenah kanak-kanak di sekolah. Seseorang guru juga perlu mempunyai sikap yang penyayang dan penyabar bagi menghadapi kerenah murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.

PENULISAN JURNAL MINGGU KELIMA ( 23 FEBRUARI 27 FEBRUARI 2014) ___________________________________________________________________

MASALAH Pada minggu ini, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati murid-murid kurang memahami isi pelajaran yang saya ajari. Ini adalah kerana saya mendapati respon yang agak lambat apabila saya memulakan set induksi sebelum saya beralih ke langkah satu. Pada pengamatan saya, hanya beberapa orang murid sahaja yang memahami pengajaran saya di awal sesi pengajaran. Selain lambat memahami isi pengajaran, terdapat segelintir murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya sejak bermulanya proses pengajaran sehingga ia berakhir. Keadaan ini agak menyedihkan, namun saya atasinya dengan cara yang paling sesuai untuk saya menarik kembali murid-murid tersebut ke dalam pengajaran saya. Sharifah Md Nor (2000) telah menterjemahkan kata-kata Gracey (1972). Gracey telah membahagikan guru kepada dua kategori iaitu guru

produksi (production) dan guru kraf (craftman). Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru produksi boleh dikenali sebagai pekerja utama yang melahirkan produk (pelajar) yang perlu menguasai mata pelajaran yang ditentukan, dengan meluahkan kembali fakta-fakta yang telah ditetapkan, pelajar tidak perlu bekerja , mereka hanya menerima secara pasif apa yang diajar.

Saya sangat tidak berpuas hati dengan keadaan ini, saya telah menggunakan pendekatan bermaian walaupun ia tidak terdapat di dalam perancangan harian saya pada hari ini. Ternyata, cara ini berkesan. Mereka tertarik dengan pengajaran saya. Howard Gardner (1943), seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Havard, Amerika Syarikat, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Mengikut Gardner (1991), potensi manusia mempunyai tujuh

kecerdasan dalam dirinya, iaitu : muzik, ruang, linguistik, logikal-matematikal, tubuh kinestetik, interpersonal (sosial), dan intrapersonal (kendiri).

ANALISIS MASALAH

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya iaitu : Adakah murid-murid ini menganggap saya seorang guru yang lemah ? Apakah yang menyebabkan murid-murid ini tidak memberi perhatian semasa pengajaran saya ? Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ? Mengapakah semua ini berlaku di dalam pengajaran saya ? Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya kekalkan murid-murid ini di dalam pengajaran saya ? Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk mengatasi semua masalah ini ?

Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan yang berlegar di fikiran saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan : Murid-murid cepat memahami pelajaran, tetapi cepat bosan kerana mereka telah mengetahui pengajaran yang diajar dan cara yang digunakan sama. Tumpuan mereka menjadi kurang. Murid-murid di kelas ini terdapat pelbagai kecerdasan yang perlu dicungkil Kelas ini mempunyai pelbagai aras kemahiran, latar belakang dan kemahiran murid serta pengetahuan sedia ada yang berbeza. Guru menggunakan teknik pengajaran yang sama. Murid-murid tidak berminat dengan subjek Penidikan Islam. Apabila meniliti segala permasalahan yang wujud di kelas ini, diagnosis perlu dijalankan ke atas diri setiap murid untuk mengetahui tahap kebolehan dan kecenderungan dalam diri setiap murid.

CADANGAN

Untuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar :

Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa dihargai Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang diperhati. Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan.

Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu :

Memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif. Murid-murid ini perli diberi peluang untuk menjawab soalan atau sebagainya kerana tidak semestinya mereka pasif, mereka tidak pandai Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri. Suara yang lantang, tenang tetapi tegas sangat perlu untuk mengawal keseluruhan kelas dan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan murid tentang isi pelajaran yang diajar. Tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja.

TEMPOH PENYELESAIAN 27 Februari 2014 2 Mac (1 Minggu)

TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan semua masalah yang telah saya timbulkan di atas jelas menunjukkan bahawa murid-murid yang telah diamanahkan untuk saya ini adalah murid-murid yang istimewa dan sangat memerlukan bimbingan yang khusus. Seorang guru yang asertif adalah seorang guru yang sangat diperlukan oleh murid untuk membantu mereka mengatasi masalah yang mereka alami. Mereka akan berasa lebih gembira dan motivasi untuk belajar akan terus meningkat dengan lebih mendadak. Apabila masalah di atas difikirkan dan diamati sedalam-dalamnya, ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk membantu murid-murid ini. Antaranya ialah, guru mengadakan sesi soal jawab secara rawak yang berkaitan pelajaran yang diajar. Ini secara tidak langsung, dengan cara ini, guru dapat menyedarkan murid-murid yang tidak mahu memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan dapat menguji ingatan murid. Kepandaian murid sememangnya menjadi kebanggaan bagi seorang guru, namun perhatian daripada murid adalah satu kepuasan bagi seorang guru. Guru juga perlu membuat rekod khusus untuk mengetahui kecenderungan setiap murid yang diajar. Kebolehan dan kecenderungan setiap murid adalah berbeza. Impaknya, guru suka mengajar dan murid suka belajar.

KESIMPULAN Di dalam Teori Kecerdasan, Gardner ( 1983 ) berpendapat bahawa setiap insan mewarisi tujuh jenis kecerdasan yang berlainan. Di peringkat sekolah, tumpuan hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan logikal matematik dan kecerdasan ruang sahaja. Penilaian bukan kognitif seperti penilaian kecerdasan muzik, tubuh kinestetik, interpersonal atau intrapersonal jarang diadakan. Sehubungan ini, kecerdasan murid dalam bidang muzik, kinestetik, interpersonal pula harus diberi perhatian untuk perkembangannya.

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar Kursus & Ambilan Tempoh Praktikum Pengkhususan

: NUR FAZLIN BINTI ZULKIPLI : PISMP AMBILAN JAN 2011 : 12 MINGGU : PEND. PEMULIHAN PR (1)

Catatan Minggu ke: (7). Tarikh : 9 MAC hingga 13 MAC 2014

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan Masalah ketara yang saya perhatikan wujud sepanjang minggu ini ialah murid bosan dan tidak berminat dengan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik kelas perdana. Perkara ini ditonjolkan melalui sikap murid yang enggan melaksanakan tugasan, mengganggu rakan dari kumpulan lain dan tidak tidak memberi perhatian kepada guru. Sebagai contoh, terdapat murid yang enggan melaksanakan latihan yang diberi. Murid tersebut menolak dengan cara tidak menyiapkan kerja. Dia hanya akan melakukan kerja jika guru memerhatikannya. Selain itu, terdapat juga murid yang suka mengganggu rakan lain. Bentuk gangguan yang sering dilakukan ialah mengambil pensil dan lembaran kerja rakan serta mengejek kawan melalui mimik muka. Tingkah laku murid di atas mempamerkan bahawa murid sebenarnya jemu dan tidak berminat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kerana: Still others show their boredom through their behavior- by not participating in what is going on in class or by more blatantly misbehaving. Cathy L. Seeley (2009).

Analisis masalah/Isu/peristiwa

Masalah murid bosan dan tidak berminat dengan pelajaran dianalisis berpunca daripada:

1. Murid pemulihan di dalam kelas tersebut merasakan aktiviti yang diberikan sukar. Masalah ini terjadi kepada murid-murid permulihan dan murid-murid linus di kelas tersebut. terdapat 10 orang murid ini. Mereka ini enggan menyiapkan latihan dan aktiviti yang diberi kerana tidak faham dan merasakan aktiviti yang diberikan sukar memandangkan kebolehan mereka tidak sama dengan rakan-rakan yang lain. Disebabkan itu, mereka lebih gemar mengganggu rakan, membuat bising dan melakukan kerja lain.

2. Kelas berlangsung pada waktu kemuncak dan kebanyakan murid sudah penat dan hanya ingin pulang.

Selain itu, waktu pelaksanaan kelas juga menjadi faktor kepada masalah ini. Kelas Bahasa Melayu saya dilaksanakan sekitar jam 11.15 pagi hingga 12.15 tengah hari dan 11.45 pagi hingga 12.45 tengah hari. Melalui pengamatan,

murid kelihatan gelisah sepanjang kelas pada waktu selepas rehat. Murid tidak dapat duduk diam. Mereka kelihatan agak aktif. Dibandingkan pada waktu pagi, murid kelihatan lebih tenang dan sabar menunggu arahan guru. Perkara ini secara peribadi dilihat sebagai salah satu kesan kelas pada waktu kemuncak di mana murid telah penat dan hanya ingin pulang.

Cadangan Penyelesaian

1. Menyediakan aktiviti yang sama dengan pengisian yang berbeza Bagi mengatasi masalah murid bosan dengan proses pengajaran dan pembelajaran tidak faham dan latihan yang susah. saya perlu menyediakan latihan mengikut kebolehan mereka dan mengasingkan kumpulan ini dari murid-murid lain di kelas itu. Saya perlu meletakkan mereka dalam satu kumpulan dan di menerangkan kepada mereka pada waktu lain sewaktu murid lain melakukan latihan agar mereka tidak ketinggalan pengajaran pada hari tu.

2. Menyediakan aktiviti yang dapat menarik minat murid Murid yang bosan kerana kelas dilaksanakan pada waktu kemuncak di mana kebanyakan murid telah penat boleh diatasi dengan cara penyediaan aktiviti yang dapat menarik perhatian murid. Aktiviti yang dapat menarik minat murid boleh ditafsir secara luas sama ada dari sudut interaktiviti bahan, kesesuaian bahan dengan tahap keupayaan, keterlibatan unsur kecerdasan pelbagai dan pelbagai sumber (Angella Cooze, 2012). Guru seharusnya bijak memilih aktiviti yang sesuai dan dan dapat mengekalkan tumpuan murid.

Tempoh Pelaksanaan 9 /3/ 2014 sehingga murid berubah tingkah laku. Kedua-dua langkah di atas dicadangkan untuk dilaksanakan mengikut jadual berikut:

Langkah

Cadangan Pelaksanaan

Pelaksanaan Dilaksanakan

Penyediaan aktiviti yang Setiap kali PdP sama Aktiviti yang menarik minat Setiap kali PdP murid

Dilaksanakan

Tindakan Susulan

1. Cadangan mengatasi 1 dilaksanakan.

Murid dijanjikan akan dapat bermain permainan yang sama dengan rakan jika mereka selesai melaksanakan tugasan yang diberikan guru. Contohnya, semasa kumpulan kedua bermain carroom sebagai aktiviti pengukuhan maka kumpulan pertama juga dijanjikan aktiviti yang sama jika mereka dapat melaksanakan tugasan pertama dengan baik. Namun, saya telah menyediakan pengisian yang berbeza sesuai dengan kumpulan yang telah ditetapkan. Contohnya, bagi kumpulan kedua mereka akan bermain caroom yang melibatkan kemahiran tambah manakala kumpulan pertama pula akan bermain carroom yang melibatkan kemahiran tolak.

2. Cadangan mengatasi 2 dilaksanakan.

Dalam kes ini, aktiviti yang menarik minat murid dilihat dari sudut kesesuaian bahan dengan tahap keupayaan murid serta keterlibatan unsur kecerdasan pelbagai. Contohnya, saya telah menyediakan aktiviti kepada murid dengan menggunakan bahan bantu yang ringkas seperti dam dan puzzle. Bahan-bahan ini tidak memerlukan arahan kompleks dan dan murdah difahami.

Di samping itu, saya turut melibatkan unsur kecerdasan pelbagai dalam penyediaan aktiviti. Contohnya, saya ada melibatkan aktiviti menggunting dan menampal bagi murid kinestetik serta mewarna bagi murid visual spatial. Saya telah sedaya upaya mengelakkan aktiviti menulis sahaja semasa proses pengajaran kerana perkara ini membuatkan murid bosan dan mula hilang tumpuan.

Semasa proses pengajaran juga, saya telah mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran sebagai satu cara menarik perhatian murid. Angella Cooze (2012) berpendapat bahawa sumber-sumber ini boleh berbentuk lembaran kerja,

persembahan power point, gambar, audio dan rakaman video. Saya telah menggabungkan penggunaan persembahan power point, rakaman video dan audio bagi memastikan murid dapat mengekalkan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulan Langkah-langkah yang telah dicadangkan bagi mengatasi masalah murid bosan dan tidak berminat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan terbukti berkesan apabila murid dapat melakukan aktiviti yang disediakan kepada mereka dengan lancar dan tenang.

Pandangan / komen guru pembimbing ..................................................................................................................................... .................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... Tarikh : ............................................... Tandatangan : ............................................ Nama : .......................................................................

Pandangan . komen pensyarah pembimbing : ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... Tarikh : ............................................... Tandatangan : ............................................ Nama : .......................................................................

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar Kursus & Ambilan Tempoh Praktikum Pengkhususan

: NUR FAZLIN BINTI ZULKIPLI : PISMP AMBILAN JAN 2011 : 12 MINGGU : PEND. PEMULIHAN PR (1)

Catatan Minggu ke: (4). Tarikh : 16 FEBRUARI hingga 20 FEBRUARI 2014

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

Minggu ini merupakan minggu ke tujuh saya di Sekolah Kebangsaan Jitra 3. Pada minggu ini, saya telah mengenalpasti suatu masalah yang saya hadapi dan perlu diperbaiki dalam pengajaran saya pada masa akan datang. Masalah yang saya hadapi adalah penguasaan dan persembahan set induksi dalam pengajaran saya. Set induksi yang saya persembahkan kadang kala tidak terlalu berkait dengan pengajaran saya pada hari itu. Saya juga sering kekurangan idea dalam menyediakan set induksi kepada murid- murid saya. kadang kala saya hanya menyoal murid-murid saya sahaja dan ini tidak menimbulkan perasaan ingin tahun dan semangat untuk belajar yang sepatutnya wujud dalam set induksi.

Analisis masalah/Isu/peristiwa

Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga fasa penting iaitu fasa set induksi, fasa pengajaran dan fasa penutup. Bak kata pepatah ketiga-tiganya bagaikan irama dan lagu. Ahmad Mohd Salleh (2007) menyatakan set induksi merupakan satu kumpulan tindakan atau aktiviti untuk memperkenalkan sesuatu. Dalam pengajaran, set induksi merupakan tindakan atau penyataan guru yang bertujuan menghubungkan pengalaman murid dengan objektif sesuatu pelajaran. Ia merupakan proses yang diperkenalkan pada peringkat permulaan pelajaran dengan tujuan menarik perhatian serta mendorong murid dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Apabila set induksi tidak dikuasai dengan baik, murid tidak akan memberi perhatian terhadap isi pelajaran yang akan dipelajari. Murid juga tidak akan bersedia sepenuhnya untuk mempelajari isi pelajaran yang baru dalam tajuk yang akan diajar. Ini menyebabkan guru gagal dalam pengawalan kelas dan menyebabkan masa tidak dapat dipatuhi dengan baik dan ia akan mengganggu tumpuan guru untuk menyampaikan isi pelajaran pada langkah langkah seterusnya.

Cadangan Penyelesaian

Sebagai seorang yang bakal bergelar pendidik, seharusnya saya menguasai kemahiran set induksi ini untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat menarik perhatian murid. Dr Ragbir Kaur (2005) menyatakan terdapat 4 komponen utama dalam kemahiran set induksi yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran.

1. Menarik perhatian Guru boleh menarik perhatian murid dengan mengubahkan nada suara, menggunakan alat bantu mengajar atau menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa seperti silap mata, teka teki dan lain lain lagi. 2. Mewujudkan motivasi Guru boleh memotivasikan murid dengan membangkitkan rasa ingin tahu, menggunakan teknik bercerita, mewujudkan aktiviti aktiviti yang

menyeronokkan dan mengajukan soalan yang mencabar. 3. Membuat perkaitan guru Membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada pada murid dengan menggunakan satu siri soalan yang berkaitan, menyatakan cara cara melaksanakan tugas atau menyatakan aktiviti tugas atau projek. 4. Menstruktur Guru boleh menstruktur dengan mengaitkan pengetahuan yang lalu, mengaitkan isi isi pelajaran baru serta mengaitkan minat dan pengalaman murid

Komponen komponen yang dikemukakan ini boleh digunakan oleh saya sebagai seorang guru dalam set induksi sebelum memulakan pelajaran dan memperkenalkan tajuk serta menarik perhatian murid.

Tempoh Penyelesaian 16 Februari 2014 22 Februari 2014

TINDAKAN SUSULAN Mendalami dan membuat semakan serta rujukan kepada buku buku ilmu pendidikan mengenai penggunaan set induksi yang betul dan menarik Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing mengenai kelemahan saya dalam set induksi dan cara untuk memperbaiki set induksi dalam pengajaran saya. Memendekkan tempoh aktiviti dalam set induksi saya sebelum memulakan pelajaran Menganalisa soalan soalan yang akan dikemukakan dalam set induksi supaya dapat mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran yang akan dipelajari Mengetahui aras dan keupayaan murid menerima sesuatu isi pelajaran dan mendalami ilmu perbezaan individu di kalangan murid Mengambil perhatian kepada semua murid dalam kelas dan memastikan murid bersedia sepenuhnya sebelum memulakan isi pelajaran.

KESIMPULAN Guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid dengan menggunakan pelbagai kemahiran, kaedah dan strategi pelajaran. Justeru, setiap pendidik haruslah mengetahui dan mendalami cara penggunaan kaedah atau teknik yang betul khususnya dalam kemahiran set induksi. Ia kerana set induksi menjadi kayu pengukur terhadap keberkesanan sesuatu isi pelajaran yang akan disampaikan. Sebagai guru, kita perlu

menitikberakan pelbagai aspek dan ilmu pengetahuan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

Pandangan / komen guru pembimbing ..................................................................................................................................... .................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... Tarikh : ............................................... Tandatangan : ............................................ Nama : .......................................................................

Pandangan . komen pensyarah pembimbing : ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... Tarikh : ............................................... Tandatangan : ............................................ Nama : .......................................................................

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar Kursus & Ambilan Tempoh Praktikum Pengkhususan

: NUR FAZLIN BINTI ZULKIPLI : PISMP AMBILAN JAN 2011 : 12 MINGGU : PEND. PEMULIHAN PR (1)

Catatan Minggu ke: (8). Tarikh : 16 Mac 20 Mac 2014

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

Pada minggu kelapan Praktikum Fasa 3 ini, masalah yang ketara dan sangat dominan ialah masalah ketidakhadiran murid ke sekolah hampir setiap hari. Murid Tahun Tahun 3 pasti akan ada yang tidak hadir ke sekolah pada hari-hari yang dikenalpasti seperti hari Khamis dan Ahad. Murid-murid yang tidak hadir juga kebanyakannya adalah rata-rata berada di kalangan murid-murid yang berada dalam kumpulan yang sangat lemah. Sebagai contoh, Afiq Syazwan dan Wei Ling yang berada bagi kumpulan lemah bagi subjek Matematik kerap tidak hadir ke sekolah dengan alas an yang tidak munasabah. Murid-murid Tahun 3 merupakan murid pemulihan yang kerap tidak hadir kerana minggu ini sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi subjek Matematik hanya berjalan kepada dua orang murid sahaja iaitu Syazawan dan Nurin.

Analisis masalah/Isu/peristiwa

Permasalahan yang timbul ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor sebab tidak bermotivasi ke sekolah, menganggap suasana di sekolah tidak menarik, tidak mendapat galakan daripada ibubapa untuk ke sekolah dan juga beberapa faktor yang lain. Masalah ini mungkin juga disebabkan oleh ketiadaan sistem ekonomi token yang akan memberikan hadiah tertentu kepada murid dengan jumlah token yang murid perolehi. Hal ini akan meningkatkan semangat belajar murid-murid kerana perlu bersaing dan berusaha bersungguh-sungguh supaya mereka boleh menebus token yang telah mereka dapat dengan hadiah yang mereka layak perolehi. Murid yang tidak hadir memerlukan motivasi untuk ke sekolah setiap hari.

Cadangan Penyelesaian Cadangan penyelesaian yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah kehadiran murid pemulihan ialah guru perlulah melaksanakan sistem ekonomi token yang telah disarankan oleh pensyarah pembimbing dan telah pun dipelajari semasa berada di PISMP Semester 1. Hal ini kerana sistem ekonomi token ini bukan sahaja dapat mengawal masalah tingkah laku malahan dapat meningkatkan semangat murid untuk ke sekolah setiap hari. Murid-murid yang tidak hadir rata-ratanya tidak mempunyai alasan yang munasabah dan menganggap kehadiran mereka ke sekolah tidak mendatangkan apa-apa kesan. Oleh itu, guru perlulah sentiasa memberikan kata-kata semangat dan memotivasikan murid untuk lebih rajin ke sekolah pada setiap hari. Guru perlu lebih memainkan peranan mereka di sekolah dengan menjadi pengganti kepada ibubapa murid pemulihan semasa di rumah supaya mereka menjadikan situasi di sekolah itu selamat dan selesa untuk menuntut ilmu.

Tempoh Pelaksanaan Tempoh masa bagi tindakan susulan ialah selama 2 bulan iaitu sepanjang berada di sekolah.

Tindakan Susulan

Apabila murid datang ke sekolah saya harus memberi nasihat yang berterusan serta ganjaran token stiap kali dia hadir ke sekolah. Saya juga perlu merujuk guru kelas mereka dan bekerja sama dengan guru kelas dalam mengatasi masalah ponteng ini. Saya perlu tahu masalah yang dihadapi oleh murid disebabkan dia tidak dapat hadir ke sekolah. Guru disiplin juga harus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.

Kesimpulan Kehadiran murid ke sekolah merupakan perkara yang sangat penting. Apabila murid kerap tidak hadir ke sekolah akan menyebabkan murid ketinggalan mata pelajaran dan hubungan sosial dengan rakan- rakan lain turut terjejas. Hal ini sangat penting dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak. Justeru itu, sebagai guru yang

prihatin, kita perlulah berusaha dalam menjaga kehadiran murid ke sekolah dan mengambil tahu mengapa murid tersebut kerap tidak hadir ke sekolah dan tidak membiarkan sahaja perkara ini berlaku.

Pandangan / komen guru pembimbing ..................................................................................................................................... .................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... Tarikh : ............................................... Tandatangan : ............................................ Nama : .......................................................................

Pandangan . komen pensyarah pembimbing : ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... Tarikh : ............................................... Tandatangan : ............................................ Nama : .......................................................................

Anda mungkin juga menyukai