Anda di halaman 1dari 2

CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT

. Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu. Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut: .

1. Lafaz dan niat:

U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa-laa. Daku Solat Sunat Hajat dua rakaat, kerana Allah Taala. . . . Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (satu kali atau 11 kali)

2. Bacaan selepas Al-Fatihah

ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa u indahu illaa biidznih, ya lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in minilhimi illaa bimaa syaa-a, wasia kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwalaliyuul azhiim. Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak

merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)] . . Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali)

Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad. Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya. . *Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat Surah Al-Fatihah, ayat Al-Kursi dan Qulhu wallaahu Ahad. . .

3. Membaca Tasbih

. a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi danbacalah tasbih ini 41 kali:

Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min. Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

Anda mungkin juga menyukai