Anda di halaman 1dari 8

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran Tahun Tarikh Hari Masa Bilangan Murid Tema Tajuk Objektif

: Bahasa Malaysia : 5 Cemerlang : 14hb April 2014 : Isnin : 8.40 pagi 9.40 pagi : 31 Orang : Sukan dan kesihatan : Cegah Sebelum Parah : Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran, murid dapat : 1. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik. 2. Membaca dan mengecam isi penting dari pelbagai bahan.

FU

: 6.3 Aras 1(i) Membaca dan mengenal pasti idea utama dan idea sokongan yang terdapat dalam dalam teks.

FS

3.1 Aras 2(i) Mengemukakan sesuatu maklumat dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai. 8.1 Membina dan menulis ayat topik berdasarkan sesuatu perkara.

Pengetahuan Sedia Ada Sistem Bahasa Kosa Kata Pengisian Kurikulum

: Murid sudah tahu menulis nilai murni dan pengajaran dalam perenggan. Murid telah mengetahui penanda wacana dan kata hubung : Simpulan Bahasa : Generasi,serius,agensi,merialisasikan dan mendatori : KBT Nilai Murni Kecerdasan Pelbagai ; Logik Matematik ; Kemahiran Berfikir ; Menganalisis. Menjaga kesihatan, prihatin, bertanggungjawab, kerjasama Ilmu Kesihatan

Bahan Sumber : Petikan teks m/s 62 - 63 buku teks Bahasa Melayu Tahun 5 Pengajaran LCD + Skrin Komputer Powerpoint Gejala Penagihan Dadah Lagu Dadah Durjana lembaran kerja

Langkah / Masa Set induksi (5 minit)

Isi Pelajaran Slide Gejala Penagihan Dadah dengan Lagu Dadah Durjana

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Aktiviti Guru Guru tunjukkan tayangan Gejala Penagihan Dadah Aktiviti Murid Murid menonton BBM :

Catatan

tayangan dengan teliti Power point Gejala Penagihan Dadah Lagu Dadah Durjana

Guru bersoal-jawab dengan murid secara lisan tentang tayangan tersebut.

Murid bercerita secara lisan berkaitan dengan tayangan KB: menghubung kait

BCB: Guru membuat perkaitan antara jawapan murid dengan tajuk pengajaran Langkah 1 Teks dari buku teks, mukasurat 62 (Ceramah AADK) (20 minit) Murid diminta membaca teks secara senyap. Guru memilih murid untuk membaca teks secara kuat dengan intonasi yang betul.
KB: menghubung kait BCB: membaca dengan intonasi yang betul

Mentafsir

Guru memaparkan teks di skrin putih (LCD)

BBM: Komputer Riba LCD

KB: membuat inferen Mengesan diksi

Perkembangan:

Guru bersoal jawab

50 minit

BCB: memproses dan maklumat

secara lisan dengan murid tentang

pemahaman mereka berkaitan teks.


Nilai : Kerjasama

BCB: mencatat

Langkah 2 (10 minit)

Guru mengedarkan petikan teks kepada murid dalam kumpulan.

BBM: petikan

Nilai: Bekerjasama dalam

Guru meminta murid untuk menggarisi nilai dan pengajaran daripada teks. Langkah 3 Latihan (20 minit) Nilai Guru mengedarkan latihan kepada murid.

kumpulan

KBKK: Analisis maklumat BBM: Lembaran kerja

Nilai: membanding-beza

Menulis nilai dan pengajaran dalam satu perenggan. KBKK: Menganalisa maklumat Penutup 5 minit Penerapan nilai murni Rumusan pengajaran. Guru bersoal-jawab tentang nilai murni yang perlu diamalkan bagi memelihara diri dari terjebak dengan dadah KBKK: Murid membuat ramalan tentang kesan gejala dadah Membuat ramalan Nilai:
kerjasama, menjaga kesihatan, prihatin,t anggungjawab

dalam masyarakat.

Preview Powerpoint

Lirik Lagu Dadah Durjana

Dadah durjana Kau penghancur bangsa Kau musuh rakyat Kau musuh negara

Kini kami teguh Kini kami kuat Dadah kami tempuh Hancur dadah jaya rakyat

Korus Kami anti dadah Kami benci padamu

Sekutu kita perangi dadah Mulia bangsa tanpamu

Mari semua, mari saudara Jangan habiskan usia muda Semangat bangsa bergelora Tanpa dadah kita berjasa.

Petikan teks mukasurat 62 (Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5) Selamat pagi guru-guru, murid-murid dan warga sekolah sekalian. Terima kasih kerana mengundang saya untuk menyampaikan ceramah pada pagi ini. Tajuk ceramah saya pada pagi ini ialah Mewujudkan Generasi Tanpa Dadah. Hadirin sekalian, Penagihan dadah telah menjadi satu masalah yang serius dan membimbangkan. Semua pihak mesti menjalankan peranan masing-masing dalam usaha untuk menangani masalah ini. Murid-murid, individu, belia, ibubapa, guru-guru, pekerja, majikan, pertubuhan sukarela dan pemimpin masyarakat perlu berusaha membentuk barisan generasi yang bebas daripada aktiviti penyalahgunaan dadah. Hadirin yang saya hormati, Pemimpin masyarakat termasuk tokoh agama perlu sentiasa mencari jalan supaya semua anggota masyarakat berganding bahu membasmi dadah. Mereka disarankan agar memberikan kesedaran kepada semua pihak supaya membenci dadah. Hayatilah slogan Katakan Tidak Kepada Dadah dan jadikannya sebagai satu pegangan. Murid-murid dan hadirin sekalian, Media massa seperti telivisyen, radio dan akhbar dapat menyebarkan maklumat dengan berkesan. Oleh itu, peranan media massa perlu ditingkatkan. Pertubuhan sukarela yang melibatkan diri dalam membentuk generasi tanpa dadah perlu menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk mencapai misi ini. Mereka perlu bersedia untuk menempuhi segala cabaran kerana tugas ini adalah berat untuk dilaksanakan. Murid-murid dan hadirin sekalian,

Agensi Antidadah Kebangsaan akan lebih proaktif. Agensi ini diharapkan akan merealisasikan impian Generasi Bebas Dadah menjelang 2015 nanti. Semua pihak diharapkan akan memberikan kerjasama. Dengan tegas saya katakan bahawa jika kita terlibat dengan dadah, masa depan kita akan menjadi gelap. Kita akan menjadi beban kepada orang lain. Sepatutnya kitalah yang menjadi tulang belakang kepada kesejahteraan negara yang kita kasihi ini. Demikianlah ceramah saya pada kali ini. Semiga impian kita untuk bebas daripada dadah akan menjadi kenyataan. Sekian, terima kasih.

Latihan. Dalam petikan di bawah terdapat lima nilai murni dan pengajaran. Anda dikehendaki menulis lima nilai murni dan pengajaran di dalam satu perenggan tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.Amir rakan sekelas Salina seorang murid yang selalu mengantuk di dalam kelas.Matanya sentiasa merah dan cengkung.Guru mengesyaki Amir terlibat dengan dadah.Setelah disoal siasat Amir mengaku menghidu gam.Amir dibawa ke pusat pemulihan.Ibu bapa Amir mengucapkan terima kasih kepada guru kerana membantu Amir.

Nilai Murni Bangun awal

Pengajaran Disiplin/bijak menggunakan masa

Kita mestilah ..., Seterusnya, kita hendaklah .... Selain itu, kita juga haruslah... Di samping itu, kita sewajarnya... Kita juga sepatutnya .................................................................................................................. Akhir sekali, kita mestilah...................................................................................................................................

Anda mungkin juga menyukai