Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN ANALISIS 1

(Kurikulum dan pengajaran bersifat kontekstual)


1. Gambar dan huraian fenomena
a. GAMBAR


b. Situasi penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan
Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan dua
dasar terbaharu yang di wacana oleh pihak kerajaan dalam usaha membentuk elemen baharu
dalam pedagogi. Dasar-dasar ini diusahakan oleh kementerian pendidikan dan
diimplementasikan oleh pak menteri yang berbeza untuk sebuah institusi penting dalam usaha
melahirkan modal insan masa hadapan. Satu dasar sudah terpelecok di pertengahan jalan
manakala satu dasar lagi masih bertatih untuk meraih sokongan. Akibat dua dasar ini, institusi
pelajaran bagi sekolah rendah dan menengah bagai terumbang-ambing atau seperti berada di
persimpangan dilema dan secara kasarnya. Institusi ini terbelah kepada dua kelompok
penyokong, PPSMI dan MBMMBI. dan yang menjadi masalah dan merana sudah tentulah warga
pendidik dan pelajar. Manakan tidak, proses pengajaran berubah-ubah sekejap dalam bahasa
Inggeris, sekejap dalam bahasa Melayu. pelajar pula sudah menjadi tikus makmal dan radas
bahan uji kaji. Lapan tahun dahulu, awal perlaksanaan PPSMI, ia ditentang hebat kerana khuatir
sukar dipelajari pelajar. Namun, selepas pelaksanaan dan pendekatan diterima pakai, tahun 2009
tentangan diperdebatkan kembali sehingga suatu keputusan drastik kerajaan memansuhkan
secara berperingkat dasar PPSMI. Apabila sudah mansuh, kerajaan telah mewujudkan pula
MBMMBI. Signifikan MBMMBI pula memartabatkan bahasa ibunda dan memperkukuh bahasa
Inggeris dalam kalangan pelajar. Ini suatu usaha yang sangat baik memandangkan bahasa ibunda
semakin dianaktirikan memang wajarlah dimartabatkan semula dan langkah memperkasakan
bahasa Inggeris adalah juga langkah yang seimbang demi memajukan bangsa.
2. Disiplin/ Mata Pelajaran
a. Nama Mata Pelajaran: Sains
b. Tahun: Empat
c. Topik: Understanding that humans have basic needs (memahami keperluan asas manusia)
d.

Anda mungkin juga menyukai