Anda di halaman 1dari 2

Perempuan memang tak guna!!!

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya
mengikut intonasi yang betul, anda pasti tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan
rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang
dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang
layak dipakai oleh perempuan murahan saja.
2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada
kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan
menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT.
3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian
sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar
kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan utk membuat pewangi
itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang
dipesan oleh nabi. Sabda Nabi SAW bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai
wangian, adalah seperti pelacur. Setiap lelaki yg trbau haruman itu akan
mnghadiahkan 1dosa zina utk prempuan itu. Bayangkan la kalau ada sejuta lelaki
sehari yang menikmati bau wangian yang dipakainya itunauzubillah.
4. Perempuan memang tidak guna kata- kata yang keji , kerana dia tahu sesiapa sahaja
yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau
perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah
seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan
perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah
Ibrahim.
5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya.
Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan
dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan
daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat
12. surah al-Hujurat.
6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya .
Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan
syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga
menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan
Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga
seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-
anaknya.
7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki.
Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas.
Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam
hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak
akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan,
jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah
buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya manja yang boleh
mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-
Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang beginiMaka janganlah kamu tunduk dlm
berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan
ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk di sini ditafsirkan sebagai berbicara dgn
sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka.
Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan
sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang
wanita melalui suaranya.
8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya
melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan
kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak
ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya.
9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang
digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti
ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang
lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga
dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga
disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga
keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain
litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda
untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Anda mungkin juga menyukai