Anda di halaman 1dari 9

http://rozaimy.komputer.com.

my/214

My Life
Networking
Computer
OUM
CVT

A.d.s

CVT::Topeng murung
Posted at 15.Mar,2009 20:44 Comments 0/ Trackbacks 0
Saya ada juga terima kes macam ni, kalau scan memang nampak macam ada gangguan
dari jin, tetapi bila buang OK kejap aje, esok atau lusa kena rasa sakit balik, bila scan tak
ada pulak jin yg menumpang, sms kawan-kawan lain untuk pastikan lagi. Confirm tak ada
gangguan. So nak cakap macam mana?

Kadang-kadang patient ada masalah peribadi dgn keluarga, saudara mara atau rakan/boss
di pejabat. Perasan negatif seperti marah, sakit hati, tak puas hati dan sebagainya akan
menganggu perjalanan darah dan organ kita, org sekarang suka panggil aura dia tertanggu
atau bocor.

Masih teringat pesanan Prof Norhisham Wahab, individu yang sering marah akan
menyebabkan gangguan 'masa', ini mengakibatkan tubuh (organ dan urat saraf) tidak
beroperasi dengan baiknya, malah kesan buruknya terhadap tubuh lebih teruk dari orang
yang minum arak.
Adalah menjadi perkara biasa, akan kelihatan jin dlm badan orang yg tengah marah. Kalau
jin sihir, bila dibuang pesakit akan cepat reda marahnya. Kalau jin liar dlm badan pulak, bila
dibuang, pesakit juga akan reda marahnya bila kita beritahu dah buang jin tu. Tetapi kita
kena tunggu dua tiga hari lagi, kalau dia jadi pemarah balik, scan dgn teliti. Kalau ada jin,
zass aje le, settle. Tetapi kalau tak ada jin, yg ni pesakit ada masalah 'topeng murung'.
Selalunya perawat akan suruh rajin solat dan berzikir, bukan nak halau jin aje kita kena zikir,
solat dan zikir dpt menenangkan perasaan kita. Amal le apa yg di kasi.

Sekiranya kita jumpa orang nak rasa marah, atau kita sering bersangka buruk kat orang -
kita sebenarnya yg ada masalah. So teruskan zikir, redha apa saja anggapan buruk kita
terhadap orang.

Ada juga keresahan dan kesakitan yang dialami akibat dari perbuatan kita ke atas orang
lain. Seperti mengambil harta anak yatim dan harta wakaf. Yg ni aku surrender..


so baca terus artikel yg saya ambil dari Metro Ahad.

PASTI anda pernah mendengar cerita yang lebih kurang sama dengan dua kes di atas;
jumpa ramai doktor dan makan pelbagai ubat tetapi sakit dialami tetap tidak hilang. Ada
yang menganggap masalah begini disebabkan buatan orang, terutama apabila berat badan
individu berkenaan susut mendadak. Gejala kesakitan dialami kedua-dua pesakit beransur
kurang selepas berjumpa pakar psikiatri dan mendapat rawatan bersesuaian.

Dua-dua pesakit itu mengalami kemurungan, tetapi gejalanya muncul dalam bentuk
kesakitan. Kebanyakan pesakit, terutama di Asia, datang berjumpa doktor kerana mereka
mengalami kesakitan atau terasa tidak sihat dan bukan kerana masalah emosi.

Apa yang tidak diketahui pesakit dan kebanyakan doktor (pegawai perubatan) di klinik
adalah, rasa sakit boleh menjadi topeng kepada kemurungan, kata Presiden Persatuan
Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Yen Teck Hoe.

Masih ramai enggan berjumpa doktor kerana gangguan emosi kerana menganggapnya
sebagai memalukan. Sebenarnya ia bukan perkara memalukan kerana kemurungan boleh
berlaku kepada sesiapa saja, termasuk tokoh terkenal seperti Abraham Lincoln, Winston
Churchill, Vincent Van Goh, Puteri Diana, Brooke Shields dan Jim Carrey.

Malah, kanak-kanak berumur lima tahun juga boleh mengalami kemurungan tetapi dengan
gejala berbeza seperti ada masalah kelakuan, belajar serta lebih suka menyendiri. Antara
gejala kemurungan yang perlu diperhatikan di kalangan orang dewasa ialah hilang minat
terhadap aktiviti yang dulu disukai, tiada nafsu seks, selalu berasa sedih dan resah, sukar
tidur malam dan menumpukan perhatian, selera makan berubah (kurang atau lebih
berselera), sentiasa berasa penat dan tidak bersemangat serta dihantui rasa bersalah tanpa
sebab munasabah.

Lebih ramai wanita mengalami kemurungan berbanding lelaki iaitu pada nisbah 2:1 yang
dipercayai disebabkan perubahan hormon. Bagaimanapun, banyak faktor lain menyumbang
kepada nisbah berkenaan seperti budaya dan tanggungjawab kerana dalam kebanyakan
budaya wanita mempunyai tanggungjawab besar bekerja, menjadi isteri, ibu dan
pengurus rumah tangga. Selain itu, sikap wanita yang lebih peka kepada kesihatan
menyebabkan ramai tampil mendapatkan rawatan.

Selain itu bagi lelaki, perkahwinan menjadi faktor yang boleh melindungi mereka daripada
kemurungan, tetapi perkara ini tidak berlaku kepada wanita kerana sebaik berkahwin,
tanggungjawab mereka bertambah.

Kemurungan di kalangan wanita ditunjukkan melalui gejala tidak bersemangat dan rasa
tidak berguna, sebaliknya lelaki menampilkan kemurungan dalam bentuk kemarahan dan
mudah terganggu, katanya pada bengkel media Hari Kesakitan dan Kemurungan Malaysia
anjuran Eli Lilly (M) Sdn Bhd.

Jika diperhatikan gejala kemurungan yang disenaraikan, jelas menunjukkan ia lebih
menjurus kepada gangguan emosi dan perubahan tingkah laku. Jadi bagaimana
kemurungan boleh dikaitkan dengan kesakitan seperti dua kes di atas?

Menurut Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Nor
Zuraida Zainal, kemurungan dan rasa sakit saling berkait. Apabila seseorang menghidap
penyakit, dia ada risiko dua kali ganda dilanda kemurungan.

Sebaliknya individu yang murung pula biasanya hilang selera makan, sentiasa berfikiran
negatif dan tidak lagi memberi tumpuan pada diri sendiri yang menyebabkan sistem imun
lemah dan mereka mudah mendapat penyakit, termasuk jangkitan.

Kajian mendapati dua pertiga daripada pesakit yang menerima rawatan anti kemurungan
dilaporkan mengalami kesakitan fizikal seperti kerap sakit kepala, pinggang, otot dan perut.
Dalam satu pertiga kes, kesakitan fizikal ini berlanjutan lebih lama berbanding gejala
kemurungan itu sendiri.

Bagaimana hubungan ini boleh terjadi? Antara penjelasan yang diterima ialah, kedua-
duanya memberi kesan atau mendapat kesan daripada perubahan pada paras bahan kimia
otak dan sistem imun badan, kesan sampingan ubat, rentetan perlakuan daripada cubaan
membunuh diri dan faktor genetik.

Kemurungan memberi kesan kepada paras neurotransmiter iaitu bahan kimia otak yang
bertanggungjawab menghantar maklumat ke saraf. Dua neurotransmiter iaitu serotonin dan
noradrrenalin terbabit dalam kawalan kemurungan dan kesakitan. Apabila seseorang
mengalami kemurungan, paras neurotransmiter berkurang dan menyebabkan kesakitan
lebih terasa.

Semua orang mengalami rasa sakit tetapi tidak menjadi satu gangguan kerana ia dikawal
oleh serotonin. Bagaimanapun, bagi orang yang mengalami kemurungan, paras dan aktiviti
serotonin yang berkurang menjejaskan kawalan terhadap rasa sakit. Akibatnya, pesakit
berasa lebih sakit, katanya.

Pesakit murung biasanya datang dengan gejala fizikal seperti:

- Penurunan atau pertambahan berat badan yang ketara

- Tidak boleh tidur malam, tidur kerap terganggu atau terlalu banyak tidur

- Keresahan melampau atau tidak berperasaan

- Keletihan atau tidak bertenaga

- Kesakitan fizikal (pada mana-mana anggota badan)

Antara sakit fizikal yang biasa dialami pesakit murung ialah:

- Sakit pinggang Kira-kira 59 peratus pesakit kemurungan ada masalah sakit pinggang.
Dalam kebanyakan kes, kemurungan, keresahan dan penyalahgunaan dadah mengalami
kemurungan terlebih dulu sebelum sakit pinggang.

- Sakit sendi (osteoartritis) pada pinggul atau lutut lebih kerap dialami pesakit tua.

- Kanser 47 peratus pesakit kanser mengalami masalah psikiatri, terutama jika kanser
sudah merebak dan mereka berasa sangat sakit. Masalah psikiatri yang biasa pada pesakit
kanser ialah kemurungan dan keresahan.

Bagaimanapun perlu diingat, kemurungan tidak menyebabkan kanser tetapi kanser boleh
mengakibatkan seseorang mengalami kemurungan.

Pada masa sama, kebanyakan pesakit murung juga ada masalah kesihatan. Antara
penyakit yang sering dikaitkan dengan kemurungan ialah:

- Strok

- Penyakit Alzheimer

- Penyakit Parkinson

- Penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD)

- Serangan jantung

- Artritis

- Keretakan tulang pinggul

Dr Nor Zuraida memberitahu pada individu berpenyakit, ada beberapa faktor risiko untuk
mendapat kemurungan pada individu yang mempunyai masalah kesihatan iaitu:

- Wanita

- Tidak berkahwin

- Tinggal sendirian

- Pernah mengalami kemurungan

- Menjalani sesetengah jenis rawatan

- Penyakit sampai ke tahap serius

Apabila mendapat rawatan, emosi pesakit bertambah baik dan kesakitan fizikal dialaminya
juga akan hilang. Apabila bertambah sihat, ramai bertanya adakah mereka boleh berhenti
mengambil ubat. Sesetengah pesakit malu apabila ada ahli keluarga bertanya sampai bila
mereka (pesakit) perlu bergantung kepada ubat.

Sikap ahli keluarga yang tidak memahami keperluan dan manfaat ubat ini boleh
menyebabkan rawatan menjadi sukar, malah pesakit terdorong untuk berhenti mengambil
ubat tanpa berbincang dengan doktor.

Ramai pesakit dan ahli keluarga tidak sedar, memberhentikan pengambilan ubat secara
tiba-tiba bermakna mereka memberi peluang tinggi (60 hingga 70 peratus) kepada
kemurungan untuk menyerang semula. Ini bermakna risiko pesakit untuk mengalami
kemurungan selepas berhenti mengambil ubat adalah sangat tinggi.

Ada yang bertanya, adakah pesakit perlu mengambil ubat sepanjang hayat? Jawapannya ya
dan tidak; walaupun kemurungan dikategorikan sebagai penyakit sepanjang hayat, kata
Presiden Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental Asean (AFPMH), Profesor Dr
Mohamad Hussain Habil.

agi pesakit yang pertama kali berdepan masalah kemurungan, pengambilan ubat biasanya
hanya untuk satu hingga dua tahun dan tempoh ini meningkat kepada dua hingga tiga tahun
jika mengalami dua episod kemurungan.

Namun jika memberhentikan sendiri pengambilan ubat, risiko penyakit datang balik adalah
tinggi iaitu 50 peratus bagi pesakit yang kali pertama mengalami masalah ini, 75 peratus
(dua episod kemurungan) dan 95 peratus bagi tiga episod kemurungan. Dalam ayat lebih
mudah, lebih kerap seseorang mengalami kemurungan, peluang untuk penyakit berulang
lebih tinggi jika berhenti mengambil ubat.

Kemurungan adalah penyakit sepanjang hayat, tetapi dengan rawatan, pesakit boleh
menjalani kehidupan normal, boleh bekerja, berkahwin dan mempunyai keluarga selagi
mereka mengambil ubat.

Kemurungan sama seperti penyakit kronik lain dan ia perlu dirawat. Kos rawatan
kemurungan sebenarnya jauh lebih rendah berbanding penyakit lain. Contohnya kos
rawatan kanser payudara peringkat kedua untuk enam bulan adalah sama untuk merawat
kemurungan selama 20 tahun!

Namun yang lebih penting ialah mengenal pasti dan mendapatkan rawatan seawal
mungkin. Ini sebabnya pengamal perubatan, terutama doktor di klinik yang menjadi barisan
pertama ditemui pesakit, perlu peka terhadap gejala kemurungan, terutama kesakitan fizikal
yang tidak dapat diterangkan.

Ubat tahan sakit tidak dapat mengatasi kemurungan. Malah ujian darah, ujian sinar-X atau
imbasan CT tidak dapat mengesan penyakit ini yang akhirnya membawa pesakit kepada
pengamal perubatan alternatif dan tradisional.

Lebih menyedihkan, ada pengamal tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan
sama ada mengenakan bayaran lebih mahal berbanding kos rawatan di hospital atau
mencabul kehormatan pesakit seperti banyak dilaporkan di akhbar, katanya.

Kajian mendapati 82 peratus pesakit murung yang mendapatkan rawatan daripada
pengamal perubatan am tidak dirawat sementara 18 peratus lagi diberi ubat anti
kemurungan dan daripada jumlah ini hanya 10 peratus pesakit menerima rawatan
sewajarnya.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1999 menunjukkan, kemurungan adalah
penyakit keempat utama di dunia yang boleh menyebabkan seseorang hilang keupayaan
dan kesengsaraan.

Ia menjejaskan keupayaan mental dan fizikal yang memberi kesan besar terhadap
kehidupan, kerjaya, hubungan sosial dan merendahkan kualiti hidup seseorang.

Dianggarkan 121 juta penduduk dunia mengalami masalah kemurungan dan ia dijangka
menjadi penyakit kedua utama penyebab ketidakupayaan menjelang 2020.

Kajian Bebanan Penyakit dan Kecederaan Malaysia (2000) melaporkan kemurungan
menjadi punca ketidakupayaan utama di kalangan wanita dan ada di tempat kedua bagi
lelaki.

Malah, keadaan ekonomi boleh menjadi faktor risiko kemurungan kerana pakar perubatan
mendapati jumlah pesakit yang datang untuk rawatan kemurungan meningkat antara 10
hingga 20 peratus setiap kali berlakunya kemelesetan ekonomi.

Dr Hussain berkata, pesakit dan ahli keluarga perlu ingat, kemurungan adalah gangguan
mental yang tiada kaitan dengan gila. Oleh kerana gejalanya membabitkan perubahan
emosi, ramai tidak menyedari mereka mengalami kemurungan.

Dianggarkan 10 hingga 15 peratus pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik mengalami
kemurungan. Ini sebabnya pengamal perubatan am perlu memerhatikan jika pesakit turut
menunjukkan gejala kemurungan dan bukan hanya fokus kepada kesakitan fizikal mereka.

Aduan kesakitan fizikal menyebabkan banyak kes kemurungan disalah diagnos, pesakit
tidak diberi rawatan sewajarnya dan akibatnya penyakit bertambah buruk, katanya.

Dr Jessjit Singh memberi panduan mudah kepada pengamal perubatan am untuk mengenal
pasti gejala kemurungan pada pesakit iaitu dengan bertanya tiga soalan iaitu:

- Adakah anda berasa sedih setiap hari, terutama dalam tempoh lebih dua minggu
kebelakangan ini? Individu murung akan memberi reaksi dan berfikiran negatif. Jadi ia
memudahkan doktor mengesan masalah mereka. Ramai keliru antara kesedihan biasa
dengan kemurungan. Kesedihan biasa hilang dalam masa satu hingga dua hari manakala
kesedihan kemurungan berlanjutan lebih dua minggu.

- Adakah anda masih suka melakukan aktiviti kegemaran? Individu murung hilang minat
terhadap perkara diminatinya.

- Adakah anda pernah terfikir untuk membunuh diri? Individu murung tiada niat membunuh
diri, tetapi mereka tidak dapat mengawal otak daripada memikirkannya, terutama apabila
tidak dapat tidur. Malah ada pesakit berkata, lebih baik jika mereka tidak terjaga daripada
tidur langsung. Kajian mendapati 10 hingga 20 peratus pesakit pernah cuba membunuh diri.

Pengesanan ini penting untuk membantu pesakit mendapat rawatan sewajarnya secepat
mungkin, sekali gus mengelak kesilapan rawatan (ubat tahan sakit juga ada kesan
sampingan tersendiri), mengurangkan kesengsaraan pesakit sekeluarga dan lebih penting,
menyelamatkan mereka daripada cubaan membunuh diri.



Panduan Umum Kemurungan

Adakah anda mengalami:

1. Tertekan atau berasa murung

2. Hilang minat atau suka terhadap aktiviti

3. Tidak bermotivasi dan semangat

4. Sakit kepala, belakang, otot atau sendi

5. Letih dan tidak bertenaga

6. Pergerakan lembab atau resah

7. Susah tidur pada waktu malam

8. Berasa tidak berguna atau bersalah

9. Selera makan bertambah atau berkurang

10. Tidak dapat menumpukan perhatian

11. Rasa hendak bunuh diri

Jika anda menjawab Ya kepada soalan 1 dan 2, serta Ya untuk empat soalan lain, anda
dinasihat mendapatkan penilaian perubatan pakar bagi menentukan sama ada anda
mengalami kemurungan.

Anda mungkin juga menyukai