Kandungan
50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Quran & Sunnah
1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t 2.Lupa Kepada Allah s.w.t 3.Melalaikan Solat Fardhu 4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat 5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah 6.Meninggalkan Solat Jumaat 7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi 8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf 9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan 10.Mengamalkan Riak 11.Hasad Dengki 12.Dusta 13.Mungkir Janji 14.Bakhil 15.Fitnah 16.Mencaci Maki 17.Mengumpat 18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya 19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t 20.Mempersenda Kesucian Agama 21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t 22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w 23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar 24.Menangguh Pembayaran Hutang 25.Menipu Dalam JualBeli 26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak) 27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Quran 28.Memakan Harta Anak Yatim 29.Membuka Rahsia Orang Lain 30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa 31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai 32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam 33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang 34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya 36.Sombong Di Antara Sesama Manusia 37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim 38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t 39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup 40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t 41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah 42.Mengkhianati Sesuatu Amanah 43.Memutuskan Silaturrahim 44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin 45.Menghalalkan Perkara Yang Haram 46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi 47.Menuduh Orang Beriman cerdik sungguh. 48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t 49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t 50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.
Ertinya:Sesungguhnya orang-orang munafiQ itu menipu Allah s.w.t,sedang Allah s.w.t menipu mereka(membalas tipuan mereka).Apabila mereka berdiri hendak solat,mereka berdiri dengan malas serta riak terhadap manusia dan mereka tiada mengingati Allah s.w.t,melainkan hanya sedikit. (An -Nisa 142) Orang MunafiQ jika dating ke masjid,dia akan memilih saf paling akhir sehingg a tidak mengetahui apa yang dibaca oleh imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.
Ertinya: Mereka telah dikuasai oleh syaitan,lalu lupa mengingati Allah s.w.t.Mereka itulah golongan(pengikut)syaitan.Ingatlah bahawa pengikut syaitan itu orang yang rugi. (Al-Mujadalah:19)
Ertinya: Kemudian sepeninggalan mereka digantikan oleh pengganti-pengganti jahat,mereka mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu,sebab itu mereka menemui kejahatan(seksa)Allah s.w.t (Maryam:59)
Ertinya: Maka celakalah(azab)bagi orang -orang yang solat,mereka itu lalai daripada solat,mereka itu lalai daripada solatnya,lagi mereka itu riak dan enggan memberi zakat (Al-M aun:47)
Eritinya: Hai orang -orang beriman,janganlah kamu lalai kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah s.w.t(solat).Barangsiapa berbuat demikian itu,maka orang yang rugi. (Al-Munafiqun:9)
Ertinya: Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang orang yang lalaikan solatnya,maka baginda bersabdaMaksudnya orang yang melambatnya (HR.Tirmizi)
Ertinya: Barangsiapa yang mahu menjaga solatnya,maka adalah ia menjadi cahaya dan tanda bukti serta dapat menyelamatkan baginya pada hari kiamat nanti,sedangkan orang yang tidak mahu menjaga solatnya,dia tidak mempunyai cahaya dan tanda bukti serta penyelamat di hari kiamat nanti,bahkan ia kelak akan berkumpul dengan Firaun,Qarun,Haman,Ubaiy bin khalaf. (HR.Ahmad dan Tabrani)
Ertinya: Pencuri yang utama itu ialah orang yang mencuri dalam solatnya.Lalu ada yang bertanya:bagaimana caranya mencuri dalam solat?Baginda bersabda:Itulah orang yang tidak menyempurna kan rukuk,sujud,dan bacaan di dalam soaltnya. (HR.Ahmad dan Hakim)
Ertinya: Tidak ada yang akan meninggalkan solat berjemaah,kecuali orang munafiQ yang sudah diketahui kemunafikannya. (HR.Muslim)
Ertinya: Barangsiapa meninggalkan solat jumaat tanpa ada halangan atau bahaya,maka ia menjadi orang munafik dalam sebuah catatan yang tidak akan dihapuskan dan tidak akan ditukar. (HR.Abu Dauh dan Nasai)
Rasulullah s.a.w bersabda: Ertinya: Sungguh be rhentilah orang-orang daripada perbuatan mereka meninggalkan jemaah jumaat atau sungguh Allah s.w.t akan mematri hati mereka,kemudian mereka menjadi(menafik)yang lalai. (HR.Muslim)
Ertinya:Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah.Sedangkan ia beserta mereka itu ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai Allah s.w.t.Allah meliputi(pengetahuan -Nya)apaapa yang mereka kerjakan. (An-Nisa:108)
Ertinya: Orang -orang munafik lelaki dan wanita,sesetengahnya serupa dengan yang lain.Mereka menyuruh(berbuat)yang mungkar dan melarang berbuat makruf dan menggengam tangannya(bakhil).Mereka lupakan Allah s.w.t lalu Allah
s.w.t melupakan mereka.Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang fasik. (Al-Taubah:67)
Ertinya: Sesungguhnya orang -orang yang menyembunyikan apa-apa yang Kami turunkan di antara beberapa keterangan dan petunjuk setelah Kami terangkan kepada manusia dalam kitab,nescaya mereka itu dikutuk Allah s.w.t dan dikutuk oleh orang-orang yang mengutuknya. (Al-Baqarah:159)
Ertinya: Ingatlah ketika Allah s.w.t mengambil janji orang -orang ahli kitab:Hendaklah kamu terangkan kitab kepada manusia dan janganlah kamu sembunyikannya,lalu mereka lemparkan perjanjian itu di belakang punggungnya(tidak tepati)dan mereka jual perjanjian itu dengan wang yang sedikit.Maka amat jahat apa yang mereka jual itu. (Ali-Imran:187)
Ertinya: Daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:Barangsiapa ditanya sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya,maka di hari kiamat nanti dia akan dikendalikan dengan kendali api neraka. (HR.Ata)
Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi S.a.w bersabda:Barangsiapa menuntut ilmu sedang ia tidak mahu mengamalkannya,nescaya ilmunya tidak akan bertambah melainkan kesombongan belaka. (HR.Tirmizi dan Ibnu Majah)
10.Mengamalkan Riak.
Riak adalah perbuatan orang munafik yang tersembunyi didalam hati,perasaan dan peribadi dengan niat dan tujuan tertentu.Menutut Imam Al Ghazali,riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan perkara-perkara kebajikan.
Saidina Ali bin Abi Talib Karramallah Wajhah berkata orang yang bersifat riak itu ada tig a tanda,iaitu malas apabila bersendirian,rajin apabila berada dikhalayak ramai dan ia menambah amal apabila dipuji dan dikurangkan apabila dicela. Dalam islam perbuatan riak tergolong syirik kecil,merosakkan amal kebajikan,meluntur kemurnian akhlak dan mendapat kemurkaan dan azab Allah s.w.t
Ertinya: Maka celakalah(azab)bagi orang yang solat,yang mereka itu lalai daripada solatnya,lagi mereka itu riak.
Ertinya: Hai orang -orang yang beriman,janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang menafkahkan hartanya kepada riak kepada manusia. (Al-Baqarah:264)
Ertinya: Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil,lalu ditanya oleh sahabat.Apakah syirik keci l itu ya Rasulullah s.a.w?Kemudian baginda s.a.w bersabda:Iaitu riak. (HR.Ahmad dan Baihaqi)
Ertinya: Sesungguhnya orang yang berbuat riak akan dipanggil pada hari kiamat.Hai orang yang zalim,Hai orang yang menyeleweng,Hai orang yang berbuat riak,amalanmu sesat dan pahalamu sia -sia.Pergilah,maka ambillah pahalamu daripada orang yang kamu berbuat amal baginya. (HR.Ibnu Abid Dunya)
bersambunggg
azrinkun
Posts: 1104
o o
Dalam islam sifad hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang -orang munafik.
Ertinya: "Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?" (An-Nisa':54)
Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya.
( )
Ertinya: "Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka,lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan." (HR. Ibnu Abid Dunya an Amir Al-Asy'ari)
Dalam islam keharusan melahirkan perasaan dengki terhadap orang la in hanya dalam dua perkara sahaja iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimilikinya.
Rasulullah s.a.w bersabda.: Ertinya: "Tidak ada dengki selain daripada dua perkara,iaitu orang yang diberikan harta oleh Allah s.w.t lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah s.w.t lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkan kepada manusia." (HR.Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar)
12.DUSTA
Dusta merupakan pernyataan tentang sesuatu yang tidak sesuai denagn keadaan yang sebenarnya.P erbuatan dusta adalah amalan orang munafik dan amat dilarang dalam islam kerana dapat menjauhkan manusia dengan Tuhannya,bahkan dikutuk oleh Allah s.w.t dan dibenci oleh manusia.
Ertinya: "Sesungguhnya yang mengadakan pendustaan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah s.w.t dan mereka itulah orang-orang pendusta." (An-Nahl:105)
Dusta merupakan suatu perbuatan yang keji dan terkutuk kerana ianya boleh mempengaruhi minda yang mengarahkan kepada kejahatan dan boleh merosakkan sahsiah dan alam kebajikan.
Ertinya: "Sesungguhnya setakut-takut yang aku takut atas umatku adalah setiap munafik yang pandai lidahnya." (HR.Abu Ya'la)
Ertinya: "Takutlah kamu terhadap prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta -dusta pembicaraan." (HR.Muttafaq 'Alaih)
Ertinya: "Sesungguhnya dusta itu adalah salah satu daripada beberapa pintu munafik." (HR.Ibnu 'Adi)
Ertinya: "Tanda orang munafik itu ada tiga:Apabila berbicara berdusta,apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi kepercayaan ia khianat." (HR.Muttafaq Alaih)
Sesungguhnya perbuatan dusta amat dibenci Allah s.w.t dan tidak akan beroleh petunjuk dari -Nya.
Ertinya: "Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta." (Al-Mukmin/Ghafir:28)
Ertinya: "Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang berdusta dan sangat ingkar." (Az-zumar:3)
13 MUNGKIR JANJI
Perbuatan mungkir janji bermaksud menyalahi pernyataan terhadap kesediaan diri seseorang akan memenuhi sesuatu yang diminta oleh orang lain.Oleh,itu dalam islam menunaikan janji adalah wajib.
Ertinya: "Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya." (Al-Isra':34)
Seseorang yang memungkiri janji yang dibuat sama ada sengaja atau tidak,amat tidak menyenangkan dan mengecewakan harapan orang yang dijanjikan.Perbuatan memungkiri janji tergolong orang munafik.
Ertinya: ""Ada empat macam berangsiapa yang terdapat semuanya ini,maka ia termasuk orang munafik yang asal dan barangsiapa yang terdapat padanya,maka bererti ia terjangkit sifat kemuna fikan sampai ia bersedia meninggalkan empat hal tersebut,apabila ia berbicara ia berdusta,apabila dipercayai ia berkhianat dan apabila berjanji ia mungkiri." (HR.Bukhari dan Muslim)
14. BAKHIL
Bakhil adalah merupakan sifat yang tercela dan dibenci dalam islam malah ianya tergolong sebagai perbuatan orang munafik.Bakhil bermaksud seseorang merasakan sayang terhadap apa yang dimiliknya untuk diberikan
kepada orang lain.Sebahagian ulama menyifatkan bakhil itu sebagai keinginan yang diharapkan oleh seseorang untuk mendapatkan apa yang ada ditangan orang lain.
Orang yang mengamalkan sifat bakhil akan menyebabkan hilangnya rasa tanggungjawab sosial kerana terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menyisihkan sebahagian harta dari dimaanfaatkan oleh masyarakat,enggan membayar akat.Perbuatan ini amat dikutuk dalam islam.
Ertinya: "Dan janganlah sekali-kali orang yang bakhil dengan harta yang diberikan Allah s.w.t kepada mereka menyangka bahawa kebakhilan itu lebih baik bagi mereka.Tetapi kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka,harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan di lehernya pada hari kiamat." (Ali Imran:180)
Ertinya: "Takutlah terhadap kezaliman,sesungguhnya kezaliman itu kegelapan di hari kiamat.Taku tlah terhadap bakhil,sesungguhnya bakhil itu menghancurkan umat-umat sebelum kamu,ia membawa kamu untuk menumpahkan darah mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka." (HR.Muslim dari Jabir r.a)
Ertinya: "Dua pekerti tiada pada seseorang mukmin iaitu bakhil dan buruk pekerti." (HR.Ahmad)
islam tidak melarang umatnya mencari harta kekayaan sebanyak mungkin denagn jalan yang baik dan halal untuk kerperluan hidup.malah disyaratkan pula menghulurkan bantuan secara ikhlas atas kelebi han hartanya pada jalan Allah s.w.t.
Ertinya: "barang siapa yang memelihara dirinya daripada bakhil,maka itulah orang yang berjaya." (Al-Hasyr:9) bersambung..
Logged
azrinkun
Posts: 1104
o o
15.FITNAH
Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain.Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.
Fitnah boleh berlaku dimana-mana terhadap orang lain kerana didorong oleh perasaan irihati,kurangnya iman dan lemah iman dan jiwanya kotor.Justeru itu perbuatan fitnah tergolong sifat munafik boleh menjatuhkan keaiban seseorang dan menghalangnya daripada melakukan kebajikan
Ertinya: "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebar fitnah,banyak menghalang berbuat baik,melampaui batas lagi banyak melakukan dosa." (Al-Qalam:10-12)
Ertinya: "Dalam hati mereka ada penyakit,lalu,Allah s.w.t tambahkan penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta." (Al-Baqarah:10)
Perbuatan fitnah lebih bahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.
Ertinya: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan." (Al-Baqarah:191)
Islam melindungi kehormatan atau menjaga nama baik seseorang adalah dituntut agar dapat menjaga hak dan kebajikan orang lain selamat daripada murka Allah s.w.t.Justeru itu,perbuatan fitnah antara sesama muslim akan mendapat balasan yang buruk dariapda Allah s.w.t didunia dan akhirat.
Ertinya: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh(memfitnah)wanita-wanita yang baik lagi beriman,berzina,mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan abgi azab yang besar." (An-Nur:23)
Ertinya: "Seburuk-buruk hamba Allah s.w.t iaitu orang yang berjalan ke sana ke mari dengan fitnah yang memecahbelahkan antara kekasih yang suka mencari kecacatan orang orang baik." (HR.Ahmad)
Ertinya: "Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah." (HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)
Oleh kerana itu ,bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan.Maka umat islam hendaklah sentiasa berhati -hati dan jangan mudah terpedaya denagn fitnah yang dibawa atau diterima.
Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman apabila datang kepadamu orang fasiq yang membawa berita(fitnah),maka perhatikanlah dengan teliti(kebenarannya)." (Al-Hujurat:6)
Logged
azrinkun
Posts: 1104
o o
16.MENCACI MAKI
Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang muslim adalah dilarang dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang.Sikap demikian adalah termasuk amalan orang munafik dan merupakan suatu pembohongan yang besar dan nyata.
Ertinya: "Orang-oran yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya,maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata." (Al-Ahzab:58)
Islam adalah agama universal yang sentiasa mementingkan perpaduan,keharmonian dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat,kedudukan dan keturunan.Malah umat i slam hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan maruah orang lain agar dapat membentuk budaya hidup masyarakat penyayang dan berakhlak mulia berlandaskan iman.
Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu menghina(mencaci)suatu kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina." (Al-Hujurat:11)
Ertinya: "Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk(sahabatnya)." (HR.Muslim dari Abi Hurairah)
Rasulullah s.a.w bersabda: Ertinya: "Seseorang mukmin bukanlah orang yang suka mencaci,bukan suka menghina,bukan yang suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji." (HR.Muslim)
Dalam islam setiap muslim itu bersaudara terhadap sesama muslim yang lain dan tidak menghina atau menganiaya.Jika seseorang itu menghina,mengutuk atau mengeji,maka dianggap berl aku jahat sesama muslim.
Perbuatan mencaci maki sesama muslim amat dibenci dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.
Ertinya: "Mencaci orang islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir." (HR.Abu Daud)
Ertinya: "Tidak dapat masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya(menyakiti(." (HR.Muslim)
17.MENGUMPAT
Mengumpat bermaksud seseorang menceritakan keburukan,kelemahan peribadi dan tindakan orang yang tertentu kepada orang lain yang tidak disukainya.Pada hakikatnya perbuatan mengumpat dilakukan secara sengaja dan tidak disedari oleh seseorang yang suka mengumpat di samping tidak dapat mengawal lidahnya daripada membicarakan kelemahannya atau keburukan peribadi orang lain.
Dalam islam perbuatan mengumpat adalah salah satu sifat yang tercela dan menjadi amalan orang yang tidak beriman dan munafik.Islam melarang keras umatnya mengumpat terhadap sesama muslim kerana boleh mendatangkan akibat yang buruk.
Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakan buruk sangka(sesama muslim)kerana sebahagian buruk sangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari aib orang dan jangan pula sebahagian kamu mengumpat
Ertinya: "Ghaibah ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya." (HR.Muslim)
Orang yang suka mengumpat adalah diumpamakan sebagai orang yang memakan daging bangkai saudaranya sendiri.Perbuatan mengumpat boleh menyinggung perasaan,hati dan ke hormatan orang lain yang akhirnya boleh menimbulkan permusuhan dan perbalahan antara satu sama lain.
Rasulullah s.a.w melarang umatnya mengumpat kerana banyak mendatangkan buruk sangka dan fitnah terhadap orang lain.
Ertinya: "Setiap orang Islam terhadap sesama Islam itu haram darahnya(tidak boleh membunuh),hartanya(tidak boleh dirampas)dan kehormatan(tidak boleh mengumpat)." (HR.Muslim dan At-Tirmizi)
Ertinya:
"Hai orang-orang beriman janganlah kamu menghilangkan(pahala)sedekahmu dengan menyebutnyebutnya dan menyakiti perasaannya seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat." (Al-Baqarah:264)
Ertinya: "Ada tiga golongan pada hari kiamat di mana Allah s.w.t tidak berbicara,tidak meliha t dan tidak pula menyucikan mereka bahkan bagi mereka seksa yang pedih,iaitu orang yang melabuhkan sarungnya hingga ke tapak kaki,orang yang mengungkit-ngungkit(pemberian)dan orang yang menawarkan dagangannya dengan sumpah palsu." (HR.Muslim)
Ertinya: "Ada tiga golongan yang tidak masuk syurga,iaitu orang yang berani(derhaka)kepada orang tuanya,peminum arak dan orang yang mengungkit-ngungkit(pemberian)." (HR.Nasa'i)
Ertinya: "Sesungguhnya Kami menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan kadar(takdir yang ditentukan)." (Al-Qamar:49)
Ertinya: "Sesungguhnya Allah s.w.t menyampaikan(melangsungkan)urusan -Nya.Sesungguhnya Allah s.w.t mengadakan qadar(peraturan tertentu)bagi tiap-tiap sesuatu."
(At-Talaq:3)
Ertinya: "Kamu tiada mengkehendaki(sesuatu)melainkan jika Allah s.w.t mengkehendaki -Nya.Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Al-Ihsan:30)
Sesungguhnya orang yang menolak,membenci atau mengingkari sesuatu ketentuan takdir Allah s.w.t,maka tergolong orang kufur dan rosak iman serta menjadi munafik yang akan mendapat kemurkaan dan azab Allah s.w.t.
Ertinya: "Sesungguhnya besar pahala itu mengikut besar cubaan.Dan sesungguhnya apabila Allah s.w.t mengasihi suatu kaum,dicubanya kaum itu(dengan suatu cubaan).Siapa yang redha terhadapnya,ia akan mendapat redha Allah s.w.t dan siapa yang marah,ia akan mendapat murka Allah s.w.t." (HR.At-Tirmizi)
Ertinya: "Siapa tidak redha akan qada'-Ku dan qadar-Ku,baiklah ia mencari Tuhan selain Aku." (HR.Tabrani)
Ertinya: "Hai orang-orang beriman,janganlah kamu angkat jadi pemimpin orang-orang yang mengambil agamamu,memperolok dan mempermainkan,diantara ahli kitab sebelum kamu dan orang -orang kafir.Takutlah
Ertinya: "Apabila kamu menyeru mereka bersolat,mereka jadikan solat itu olok -olok dan permainan.Demikian itu kerana mereka kaum yang tidak berfikir." (Al-Maidah:58)
Ertinya: "Sesungguhnya mereka mendustai kebenaran tatkala datang kepada mereka.Nanti akan datang kepada mereka berita apa yang mereka perolokkan." (Al-An'am)
Ertinya: "Siapakah lebih zalim dari orang yang mengadakan pembohongan terhadap Allah s.w.t atau orang yang mendustai ayat-Nya?Sesungguhnya tiadalah menang orang-orang yang zalim." (Al-An'am:21)
Ertinya: "Sesungguhnya telah lalu beberapa peraturan sebelum kamu.Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibatnya orang-orang yang mendustai(agama)." (Ali-Imran:137)
Logged
azrinkun
Posts: 1104
o o
()
Ertinya: "Telah gembira orang-orang yang tinggal di tempat duduknya,sepeninggalan Rasul Allah dan mereka benci berjuang dengan harta dan dirinya di jalan Allah s.w.t dan mereka berkata:'Janganlah kamu keluar ber juang waktu panas,'Katakanlah:'Api neraka jahannam lebih panas daripada itu jika mereka mengerti."" (At-Taubah:81)
Ertinya: "mereka meminta uzur kepadamu apabila kamu kembali kepada mereka(dari medan perang).Katakanlah."'Jangan kamu minta uzur,kami sekali-kali tidak percaya kepadamu.Sesungguhnya Allah s.w.t telah memberitahu kami tentang perkhabaranmu."
(At-Taubah:94)
Ertinya: "Tiadalah sama orang yang duduk di antara orang-orang mukmin dengan orang-orang yang berjuang dijalan Allah s.w.t dnegan harta dan jiwanya,kecuali orang yang ditimpa kemelaratan." (An-Nisa':95)
Adapun orang-orang Islam sama ada secara sedar atau tidak,menghina ata u mencerca perilaku sikap dan perjuangan para sahabat Rasulullah s.a.w adalah dianggap melanggar larangan baginda s.a.w.berdosa besar dan termasuk golongan orang-orang munafik.
Ertinya: "Allah Tassla berfirman:'barangsiapa yang memusuhi kekasih-Ku,maka sesungguhnya Aku mengizinka berperang dengannya."' (HR.Bukhari dan Muslim)
Ertinya: "Janganlah kamu menghina sahabtku demi Zat yang diriku dalam kekuasaan -Nya,jika salah seorang daripada kamu berinfaq(sedekah)sebesar gunung uhud berupa emas ,belum dapat mengimbangi satu genggam atau setengahnya dari kebaikan mereka." (HR.Bukhari dan Muslim)
Ertinya: "Allah s.w.t,takutlah kepada Allah s,wt. dalam urusan sahabatku.Janganlah kamu jadikan mereka sasaran mak ian sesudahku.Barangsiapa mencintai mereka,maka cintaku aku mencintai mereka.Barangsiapa membenci mereka ,maka dengan benciku aku membenci mereka(yang mencerca).Barangsiapa menyakiti mereka bererti menyakiti aku dan barangsiapa menyakiti aku,maka bererti ia telah menyakiti Allah s.w.t.Dan barangsiapa menyakiti Allah
Ertinya: "Hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah khulafah Rasyidin yang mendapat pe tunjuk sesudahku.Gigitlah ia dengan gigi geraham dan jauhilah,olehmu terhadap perkara -perkara yang baru(bid'ah)." (HR.At-Tirmizi)
azrinkun
Posts: 1104
o o
Ertinya: Dan janganlah kamu menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu.Dan barangsiapa
menyembunyikannya,maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya.Dan Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah:283) Sebagai orang yang beriman,umat Islam tidak seharusnya sedia menjadi saksi yang palsu atau dusta dalam member keterangan bagi menyelesaikan sesuatu perkara pada jalan yang benar.Justeru itu,berdusta ketika menjadi saksi adalah golongan orang-orang munafik dan dibenci oleh Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda: Ertinya: Tidaklah tergelincir dua telapak orang yang menjadi saksi dusta s ehingga Allah s.w.t menetapkan kepadanya di neraka. (HR.Ibnu Majah dan Hakim)
Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda: Ertinya: Barangsiapa menyembunyikan persaksian ketika dia diundang kepadanya maka adalah ia seperti orang yang menyaksikan dusta. (HR.Tabrani)
Seseorang yang berhutang adalah wajib membayar mengikut hukum islam.Oleh,itu orang yang mempunyai harta atau mampu membayar hutangnya tetapi sengaja melambat-lambatkannya atau tidak amhu membayarnya,maka perbuatan ini adalah amalan orang-orang munafik dan dibenci dalam islam.
Ertinya: Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang salah. (Al-Baqarah:188)
Rasulullah s.a.w bersabda: Ertinya: Barangsiapa mengambil harta orang yang ia bermaksud merosakkannya(tidak mahu membayarnya),nescaya ALLAH S.W.T akan merosakkannya. (HR.Bukhari)
Perbuatan menipu dalam urusan jualbeli adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barangan yang
tidak mencukupi kadarnya atau menjual barangan yang rosak atau cacat yang akhirnya manimbulkan tidak puas hati atau mengecewakan pembeli.Perbuatan ini adalah haram dalam islam dan akan mendapat laknat Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t: ( ) Ertinya: Kecelakaan besar bagi orang -orang yang curang(dalam timbangan dan sukatan),iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup dan sebaliknya apabila mere ka menyukat atau menimbang untuk orang lain,mereka kurangkan. (Al-Mutaffifin:1-3) ( ) ( )
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: Barangsiapa menipuku(dalam jualbeli),maka tidaklah ia termasuk golonganku. (HR.Al-Bazzar)
Rasulullah s.a.w bersabda: Ertinya: Baran gsiapa menjual barang yang cacat dimana is tidak menerangkannya,maka sentiasa ia berada dalam kemurkaan Allah s.w.t dan malaikat sentiasa melaknatnya. (HR.Ibnu Majah)
Ghasab adalah menguasai atau mengambil harta orang lain(tanah)orang lain dengan jalan aniaya.iaitu jalan yang tidak diredhai agama.Perbuatan mengambil tanah orang lain atau ghasab walaupun sejengkal adalah termasuk dosa besar dan munafik.
Rasulullah s.a.w bersabda: Ertinya: Barangsiapa mengambil sejengkal tanah(bumi)dengan tanpa hak nescaya ditenggelamkan ia pada hari kiamat sampai ke dalam tujuh lapis bumi. (HR.Bukhari)
Rasulullah s.a.w bersabda: Ertinya: Barangsiapa mengambil tanah orang lain secara zalim,nescaya ia akan bertemu den gan Allah s.w.t dan dia sangat murka kepadanya. (HR)Tabrani)
Umat islam seharusnya faham dan peka dengan sikap orang-orang yang ingkar terhadap perintah llah s.w.t dan Rasul-Nya,iaitu tidak mendekati atau bergaul dengan mereka sehingga boleh menjejaskan dan merosakkan aqidah dan akhlak.
Musuh-musuh Islam,terutama orang-orang kafir dan munafik sentiasa berusaha untuk merosakkan dan menghancurkan peradaban umat Islam dalam segala bidang.Justeru itu,kaum mus limin hendaklah berhati-hati dan menjauhi daripada bergaul dengan mereka agar tidak terpengaruh dengan mereka.
Ertinya: Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan kepadamu(perintah -Nya)dalam kitab(Al-Quran).iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah s.w.t diingkari dan diejek(oleh kaum kafir dan munafik),maka janganlah kamu duduk(bergaul)dengan mereka sehingga mereka memasuki kepada mempersoalkan yang lain,kerana sesungguhnya(jika kamu ikut),tentulah kamu sama dengan mereka. (An-Nisa:140)
Logged
azrinkun
Posts: 1104
Ertinya: "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala nyala." (10) (An-Nisa':10)
Ertinya: "Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih daripada batas berpatutan dan(janganlah kamu)tergesa gesa(membelanjakannya)sebelum mereka dewasa.Barangsiapa(di antara penjaga)mampu,maka hendaklah dia menahan diri(daripada makan harta anak yatim)." (An-Nisa':6)
Para ulama berkata:' Bagi setiap wali atau penjaga anak yatim,jika dia berada dalam keadaan miskin,dibolehkan baginya memakan sebahagian harta anak yatim dengan cara yang baik menurut sekadar keperluannya sahaja,tidak boleh berlebihan dan jika berlebihan,maka dia menjadi haram.
Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar(berita)perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang beriman,bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat.Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (An-Nur:19)
Islam menyuruh umatnya agar menutup dan menjaga rahsia sesama orang islam yang dikenali.
Ertinya: "Barangsiapa yang dapat menutup rahsia sesama muslim,maka Allah s.w.t akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat." (HR.Muslim)
Firman Allah s.w.t: () Ertinya: "Maka ketika mereka lupa peringatan yang telah diberikan kepada mereka,Kami membuka semua pintu kesenangan untuk mereka,sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka,Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong maka ketika itu mereka diam berputus asa." (Al-An'am:44) 31.MEMANGGIL ORANG DENGAN GELARAN BURUK YANG TIDAK DISUKAI.
Memanggil seseorang dengan gelaran buruk yang tidak disukai adalah dilarang dalam islam kerana ia boleh menjejaskan atau menjatuhkan maruah dan nama baik di kalangan orang ramai.Perbuatan ini adalah amalan orang-orang munafik dan boleh mencetus pergaduhan antara satu sama lain.
Ertinya: "Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk.Seburuk buruk panggilan ialah yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat,maka mereka itulah orang -orang yang zalim." (Al-Hujurat:11)
Ertinya: "Katakanlah hai ahli kitab mengapa kamu menghalang-halang dari jalan Allah s.w.t orang-orang yang telah beriman,kamu mengkehendakinya menjadi bengkok padahal kamu menyaksikan?Allah s.w.t sekali -kali tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Ali Imran:99)
Setiap muslim bertanggungjawab membebaskan diri daripada melakukan yang benar dan baik,agar tidak tergolong dalam golongan orang-orang munafik yang suka menyesatkan orang.
Ertinya: "Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bahagian dari al-Kitab(Taurat)?Mereka membeli(memilih)kesesatan dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat dari jalan(yang benar)." (An-Nisa':44)
34.BERMUKA DUA.
Sikap bermuka dua adalah salah satu daripada ciri-ciri orang munafik kerana mereka apabila diajak untuk mengikut jalan Allah s.w.t dengan sengaja melambat-lambatkan dan tidak mahu,tetapi jika diajak pada jalan yang dilarang Allah s.w.t,mereka cepat menanggapinya dan senang hati mengikutnya,bahkan menjadi pelopornya.
Ertinya: "Apabila mereka berjumpa dengan orang-orang beriman mereka mengatakan."Kami telah beriman.'Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka,mereka mengatakan:'Sesungguhnya kami tetap bersama kamu,kami hanya mempermainkan mereka." (Al-Baqarah:14)
"Kamu akan menjumpai di antara hamba-hamba Allah s.w.t pada hari kiamat kelak,orang yang bermuka dua yang mendatangi mereka ini suatu pembicaraan dan mereka ini dengan suatu pembicaraan(lain)." (HR.Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai umat islam menyanjung dan memuji orang -orang yang ingkar kepadanya seperti orang kafir,munafik dan fasik kerana boleh menambahkan kesombongan dan keingkaran mereka.
Ertinya: "Sesungguhnya Allah s.w.t marah apabila orang fasik dipuji." (HR.Ibnu Abiddunya dan Baihaqi)
Ertinya: "Hamburkanlah tanah pada muka orang-orang yang memuji itu." (HR.Muslim)
Bersikap sombong terhadap sesama muslim atau manusia seluruhnya adalah dilarang dalam islam kerana ia boleh mendatangkan kebencian dan kehinaan daripada orang lain serta amat dibenci oleh Allah s.w.t.
Ertinya: "Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri." (An-Nisa':36)
Bersikap sombong dan membangga diri adalah amalan orang-orang munafik dan termasuk kufur terhadap nikmat Allah s.w.t . Oleh itu,Allah s.w.t memberi balasan azab terhadap mereka yang bersikap sombong dalam pergaulan dengan sesama manusia.
Ertinya: "Tidak dirahui lagi bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan.Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai orang-orang yang sombong." (An-Nahl:23)
Ertinya: "Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhdap Allah s.w.t,mukanya menjadi
hitam.Bukanlah neraka itu sebagai tempat bagi orang-orang yang menyombong diri." (Az-Zumar:60)
Ertinya: "Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahannam,kamu kekal di dalamnya.Maka amat buruklah tempat orang -orang yang menyombongkan diri itu." (An-Nahl:29)
Ertinya: "Daripada Nabi s.a.w baginda s.a.w bersabda."Tidak akan masuk syurga seseorang yang mempunyai sifat sombong(dihati)walaupun hanya sebesar zarah." (HR.Muslim)
Ertinya: "Dan Allah s.w.t berfirman:'Kemegahan itu sarung-Ku dan kesombongan itu adalah selendang-Ku.Barangsiapa yang memiliki(slah satu)daripada kedua-duanya,nescaya Aku akan campakkan dia ke dalam neraka." (HR.Muslim)
Ertinya: "Tiada seorangpun berjalan dengan sombong dan menyombongkan dirinya,melainkan dia akan bertemu dengan llah s.w.t dengan mendapat kemurkaan0Nya." (HR.Tabari)
Logged
azrinkun
Posts: 1104
o o
Ertinya:
"Tidak ada kebaikan perkataan mereka,kecuali kata-kata orang yang menyuruh bersedekah atau mengajak berbuat baik atau mendamaikan orang yang berselisih." (An-Nisa':114)
Ertinya:
"Seseorang tidak akan mencapai kesempurnaan hakikat iman sehingga dia meninggalkan berbantah -bantah walaupun dia di pihak yang benar." (HR.Ibnu Abid Danya)
Ertinya: "Tinggalkan berbantah-bantah kerana sesungguhnya berbantahan itu tidak diketahui hikmahnya dan tidak diamankan daripada fitnah." (HR.Tabrani)
Logged
azrinkun
Posts: 1104
o o
Ertinya: "Katakanlah hai ahli kitab,janganlah kamu melampaui batas selain kebenaran dalam agamamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu daripada suatu kaum sebelummu yang telah sesat dan menyesatkan ramai manusia
dan mereka juga telah tersesat dari jalan yang bear." (Al-Maidah:77)
Orang-orang yang hidup berlandaskan semata-mata kerana dorongan hawa nafsu dalam menikmati segala kurnia dan nikmah Allah s.w.t.,akan sentiasa berada jauh dari jalan kebenaran.Mereka sanggup mengubah segala ketentuan Allah s.w.t seperti menghalalkan yang haram,mengubah ayat -ayat Allah s.w.t dan sebagainya sehingga Allah s.w.t mengunci hati mereka,lalu mereka tidak dapat membezakan batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya.
Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengharamkan sesuatu yang baik yang telah dihalalk an Allah s.w.t bagimu dan janganlah kamu melampaui batas." (Al-Maidah:87)
Ertinya: "Demikianlah Kami mengunci mati hati orang-orang yang melampaui batas." (Yunus:74) [/color]
Logged
azrinkun
Posts: 1104
o o
Dalam islam,orang-orang yang berputus asa dalam menangani kesusahan hidup adalah terg olong orang orang yang sesat dan munafik kerana tidak mempunyai keyakinan terhadap kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t yang boleh mengatasi segala sesuatu.
Ertinya: "Sahut mereka:"Janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa." (Al-Hijr:55)
Ertinya: "Ibrahim berkata:"Tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya,kecuali orang-orang yang sesat." (Al-Hijr:56)
Ertinya:
"Katakanlah:"Hai hamba-hamba-KU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah s.w.t." (Az-Zumar:53)
Ertinya: "Dan apabila Kami merasakan suatu rahmat kepada manusia,nescaya mereka gembira dnegan rahmat itu.Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah(bahaya)disebabkan kesalahan yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri,tiba-tiba mereka berputus asa." (Ar-Rum:36)
Logged
azrinkun
Posts: 1104
o o
Orang-orang yang boros dalam membelanjakan harta dengan sia-sia adalah tergolong orang-orang munafik dan golongan syaitan.
Ertinya: "Sesungguhnya orang-orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan sangat ingkar kepada Tuhannya." (Al-Isra':26)
Ertinya: "Apabila ia ditimpa kesusahan,ia berkeluh kesah dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir,kecuali orang yang mengerjakan solat." (Al-Ma'rij:20-22)
Perbuatan mengkhianati sesuatu amanah adalah dilarang dan tergolong amalan orang -orang yang akan mendapat kemurkaan Allah s.w.t.
Ertinya: "Hai orang-orang beriman,janganlah kamu mengkhianati Allah s.w.t dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu sedangkan kamu mengetahui." (An-Anfal:27)
Ertinya: "Belum beriman bagi orang tidak amanah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak memegang janji." (HR Ahmad,Bazzar dan Tabrani)
Ada ulama yang mengatakan apabila ada seseorang yang tekun mengerjakan solat,puasa,mengerjakan haji dan banyak mengerjakan amal soleh,tetapi tidak beramanah terhadap sesuatu,maka menjadi sia -sialah amal mereka dan tiada memperolehi petunjuk dan dimurkai Allah s.w.t.
Ertinya: "Dan bertaqwalah kepada Allah s.w.t yang dengan nama-NYA kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah)hubungan silaturrahim.Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa menjaga dan mengawasi kamu.' (An-Nisa':1)
Ertinya: "Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim." (HR.Muslim)
Ertinya: "Barang siapa yang suka rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan,maka hendaklah ia menyambung silaturrahim." (HR.Muslim)
azrinkun
Posts: 1104
o o
Ertinya: "Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali(agama)Allah s.w.t dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah s.w.t ke atas kamu ketika kamu telah bermusuhan,lalu disatukan hatimu sehingga kamu menjadi saudara dengan nikmatnya." (Ali Imran:103)
Ertinya: "Dan janganlah kamu berpecah belah dalam agama.Berat bagi orang -orang musyrik(menerima)apa yang kamu sarakan kepada mereka(mengesakan Allah s.w.t),Allah s.w.t memilih kepadanya siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuk siapa yang kembali kepada-NYA." (Asy-Syura:13)
Orang yang suka memecahbelahkan perpaduan umat Islam adalah tergolong orang munafik yang sentiasa memusuhi islam secara myata dan mereka patut diperangi.
Ertinya: "Barangsiapa diantara seseorang yang datang kepadamu sedangkan keadaanmu bersatu yang dikehendaki oleh orang itu untuk dipisahkan persatuanmu,maka bunuhlah dia." (HR.Muslim)
Ertinya: "Sesungguhnya bakal terjadi berbagai fitnah dan perkara-perkara baru.Barangsiapa memecahbelahkan urusan umat yang sudah bersatu ini,maka pukullah ia ddengan pedang,siapapun dia orangnya." (HR.Muslim)
Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mendahului(dengan perbuatan atau perkataan)sebelum Allah s.w.t dan Rasul-NYA dan takutlah kepada Allah s.w.t.Sesungguhnya Allah Maha Mendengarlagi Maha Me ngetahui." (Hujurat:1)
Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengharamkan(makanan) yang baik -baik yang telah dihalalkan Allah s.w.t bagimu dan janganlah kamu melampaui batas.Sesungguhnya Allah s.w.t tiada mengasihi orang yang melanggar batas." (Al-Maidah:87)
Ertinya: "Janganlah kamu berkata dusta menurut yang diterangkan oleh lidahmu sendiri.Ini halal dan ini haram,supaya kamu mengadakan dusta terhadap Allah s.w.t. Sesungguhnya orang yang mengadakan dusta terhadap Allah s.w.t tiada perolehi kemenangan." (An-Nahl:116)
Logged
azrinkun
Posts: 1104
o o
Ertinya: "Apabila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu berbuat bencana dimuka bumi'.maka jawab mereka:'Hanya kami berbuat kebaikan.Ingatlah sesungguhnya mereka itu berbuat bencana,tetapi mereka tiada sedar." (Al-Baqarah:11-12)
Ertinya: "Apabila ia berpaling,ia berusaha di muka bumi berbuat kebinasaan dan merosakkan tanaman dan anak -anak.Dan Allah s.w.t tiada mengasihi kebinasaan itu." (Al-Baqarah:205)
Ertinya: "Dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi.Sesungguhnya Allah s.w.t tiada mengasihi orang -orang yang berbuat bencana itu.' (Al-Qasas:77)
Ertinya: "Apabila dikatakan mereka:'Berimanlah kamu sebagaimana manusia beriman',Mereka berkata:'Apakah kami beriman sebagaimana orang-orang cerdik sungguh. yang telah beriman.Ketahuilah sesungguhnya mereka itulah yang sebenarnya cerdik sungguh.,tetapi mereka tidak mengetahui."" (Al-Baqarah:13) Berdasarkan ayat diatas,jelas orang-orang yang munafik adalah golongan yang cerdik sungguh. kerana mereka hidup berlandaskan kesesatan dan kejahilan serta tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
hak,sentiasa sesuai sepanjang zaman dan terpelihara daripada sebarang bentuk yang boleh mencemarkan atau merosakkannya.
Adapun orang yang tidak berilmu pengetahuan luas,cuba mengubah dan mentafsirkan kebenaran Al -Quran mengikut kehendak sendiri atau kerana didorong oleh kepentingan tertentu,maka mereka adalah termasuk golongan orang-orang munafik yang sentiasa hendak menghancurkan umat islam,Al-Quran dan sunnah.
Ertinya: "Dan berimanlah kamu kepada(Kitab) yang aku turunkan yang membenarkan(kitab)yang ada serta kamu dan janganlah orang yang mula-mula kafir(ingkar)dengan dia dan janganlah kamu jual ayat -ayat-Ku dengan wang yang sedikit takutlah kepada-Ku." (Al-Baqarah:41)
Ertinya: "Barangsiapa mentafsirkan Al-Quran dengan pendapatnya sahaja,maka tempatnya dalam neraka." (HR.At-Tarmizi)
Perbuatan bersumpah dengan selain nama Allah s.w.t pada perkara dusta dan sebagainya adalah amalan orang orang munafik mengakui kebenaran sesuatu kedakwaannya.
Ertinya: "Sesungguhnya orang yang menukar janji Allah s.w.t dan sumpah -sumpah mereka dengan harga yang sedikit.Mereka itu tidak mendapat kebahagian(pahala)di akhirat dan Allah tidak akan berbicara dengan merek a dan tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak akan mensucikan mereka.Bagi mereka azab yang pedih." (Ali Imran:77)
Ertinya: "janganlah sekali-kali kamu bersumpah dengan nama taghut dan kepada nama -nama ayahmu." (HR.Muslim)
Ertinya: "Daripada Ibnu Umar r.a bahawa ia mendengar seorang lelaki berkata:'Demi kaabah,lalu dia(Ibnu Umar)berkata:Janganlah kamu bersumpah dengan selain Allah s.w.t,sebab saya mendengar Rasulullah s. a.w berkata:'Barangsiapa bersumpah dengan selain nama Allah s.w.t,maka sungguh dia telah kafir dan syirik." (HR.At-Tirmizi)
orang munafik mempunyai prasangka yang buruk terhadap kaum muslimin.Ole h itu,apabila mereka mendengar kaum muslimin mendapat sesuatu musibah mereka cuba menyebarluaskan berita dukacita itu kepada masyarakat sambil memperlihatkan simpati dan kesedihannya.Tetapi pada nasib malang yang dialami oleh kaum muslimin.
Ertinya: "Jika kamu mendapat kebajikan,nescaya menyakitkan hati mereka,tetapi jika kamu ditimpa musibah(bala),mereka berkata:"Sesungguhnya kami telah waspada daripada dahulu,lalu mereka berpaling dengan sukacita." (At-Taubah:50)
tetapi jika kamu ditimpa musibah(bala),mereka berkata:"Sesungguhnya kami telah waspada daripada dahulu,lalu mereka berpaling dengan Sukacita(bergembira)."
Orang munafik tidak akan senang apabila umat Islam mencapai kejayaan atau kenikmatan.
Demikianlah secara ringkas pembahasan tanda-tanda orang munafik berdasarkan keterangan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w .Semoga ianya dapat dijadikan introspeksi diri setiap muslim dalam menuju wawasan gidup berlandaskan aqidah yang murni dan diredhai Allah s.w.t di dunia dan akhirat.
Rujukan
1.Al-Quran Al-Karim 2.At-Targhib T-Tarhib,Imam Al-Munziri 3.Al-Kabir,Imam Syamsuddin Az-Zahabi 4.Ih ya ulumiddin,IMam Al-Ghazali 5.Jamius Sahih,Imam Bukhari dan Imam Muslim 6.Sahih Muslim,Imam Muslim 7.Tafsir Al-Quran Karim,Prof.Dr.Mahmud Yunus.
wassalam..semoga bermanfaat