Anda di halaman 1dari 3

Raja Dr.

Nazrin Shah Tentang Pemerintahan Raja

Raja bukan sekadar pelengkap adat - Raja Nazrin


21/07/2008 4:07pm
KUALA LUMPUR 21 Julai Raja-raja merasakan peranan mereka dalam urusan
negara bukan sekadar pelengkap kepada adat negara beraja kerana mereka bukannya
daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan,
titah Raja Dr Nazrin Shah.
Pandangan berterus-terang Raja-raja dalam perkara-perkara berkaitan perpaduan warga,
peranan agama, kebebasan kehakiman serta rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah
berdasarkan hasrat untuk memastikan bahawa negara terus kukuh dan aman, dan warga
terus sejahtera dan makmur, titah baginda.
Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan
pertuturan mereka, titah Raja Nazrin dalam pidato bertajuk Institusi Beraja"
di Intan di sini hari ini.
Baginda bertitah bahawa setelah 50 tahun kemerdekaan negara, Raja-raja telah mencapai
satu tahap kematangan dengan memahami peranan terutamanya ketika negara
menghadapi krisis.
Bagaimanapun, demi memastikan takhta kekal dihormati, Raja-raja harus bersifat
berkecuali dan memisahkan diri daripada terlibat dalam sebarang kancah pertelingkahan
politik kepartian serta menjauhkan diri daripada dijadikan instrumen oleh mana-mana
pihak dalam persaingan mendapatkan kuasa politik, titah Raja Muda Perak.
Selaras dengan semangat Raja Berpelembagaan yang biasa diamalkan, peranan Raja
adalah memerintah dan bukan mentadbir. Raja hendaklah berada di atas segala urusan
politik dan urusan pentadbiran harian yang melibatkan banyak kerenah dan pelbagai
kontroversi.
Dengan berada di takhta yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika
yang diperlukan, titah Raja Nazrin.
Perlembagaan negara, menurut baginda, memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan
Agong dan Raja-raja memiliki budi bicara yang boleh digunakan menurut prerogatif Raja
Pemerintah tertakluk kepada batasan tertentu.
Budi bicara Raja Pemerintah merangkumi kuasa melantik Perdana Menteri di peringkat
Persekutuan dan melantik Menteri Besar di peringkat negeri, hak tidak memberi perkenan
membubarkan Parlimen di peringkat Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri di
peringkat negeri.

Page 1 of 3

Raja Dr. Nazrin Shah Tentang Pemerintahan Raja


Dalam urusan lantikan Perdana Menteri demikian juga Menteri Besar, budi bicara Raja
Pemerintah tidaklah mutlak. Baginda berada dalam kedudukan berhak memastikan
siapakah yang telah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri.
Budi bicara Raja menjadi sangat penting apabila berlaku keadaan tergantung disebabkan
tidak ada parti yang menguasai majoriti keanggotaan Dewan Rakyat ataupun Dewan
Undangan Negeri atau apabila kerajaan campuran mahu ditubuhkan, titah baginda.
Dalam suasana demikian, titah Raja Nazrin, Raja Pemerintah boleh bertindak atas budi
bicara Baginda menentukan tokoh yang difikirkan mendapat sokongan majoriti ahli-ahli
Dewan yang berkaitan, dan kegagalan menggunakan budi bicara tersebut secara
bijaksana, akan ditafsirkan oleh rakyat sebagai satu kegagalan Raja Pemerintah
melaksanakan tanggungjawab paling asas secara adil lagi saksama.
Baginda bertitah, keputusan pilihan raya umum Mac lalu telah meletakkan
tanggungjawab besar kepada Istana Perak, di mana berasaskan keputusan, pihak yang
mendakwa mendapat sokongan majoriti kelihatan kabur.
Pada pilihan raya itu, Barisan Nasional menenangi 28 daripada 59 kerusi Dewan
Undangan Negeri yang dipertandingkan di Perak, manakala DAP menguasai 18 kerusi,
Parti Keadilan Rakyat (PKR), tujuh kerusi dan PAS enam kerusi.
Rangkaian DAP, PKR dan PAS menguasai 31 kerusi, namun, menurut Raja Nazrin,
mereka perlu secara sahih mencapai kata sepakat untuk memilih calon yang dapat
menyakinkan Raja Pemerintah bahawa beliau mendapat sokongan majoriti ahli-ahli
Dewan.
Mereka melalui proses yang panjang sebelum Menteri Besar dapat mengangkat sumpah
jawatan dan diperkenan dengan tauliah lantikan, titah baginda.
Baginda juga menyebut contoh di Selangor, di mana BN menguasai 20 kerusi, PKR 15,
DAP 13 dan PAS lapan.
Meskipun rangkaian DAP-PKR-PAS memperlihatkan majoriti yang nyata, namun Duli
Yang Maha Mulia Sultan Selangor masih perlu memastikan bahawa calon yang baginda
berikan perkenan diterima oleh ketiga-tiga parti yang berhasrat menubuhkan kerajaan
campuran, titah Raja Nazrin.
Titah baginda, krisis Menteri Besar turut berlaku dalam senario BN memperoleh
kemenangan ketara seperti di Perlis di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi yang
dipertandingkan.
Raja Nazrin bertitah walaupun Datuk Seri Shahidan Kassim merupakan calon yang
direstui oleh pimpinan pusat untuk mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar
negeri itu, namun timbul senario parti dalam parti apabila calon pilihan pengerusi BN

Page 2 of 3

Raja Dr. Nazrin Shah Tentang Pemerintahan Raja


(Perdana Menteri) di peringkat pusat tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan
Undangan Negeri BN di peringkat negeri.
Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan tidak dapat memenuhi titah Duli Yang Maha
Mulia Raja Perlis untuk membawa menghadap majoriti ahli-ahli Dewan Undangan
Negeri yang memberi sokongan terhadap beliau. Baginda lalu melantik calon yang
Baginda yakin mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan, titah Raja Nazrin.
Senario di Terengganu pula menguji hubungan institusi Raja dengan institusi rakyat,
titah baginda.
Titah baginda, calon yang dinamakan oleh pengerusi BN untuk mengisi jawatan Menteri
Besar tidak mendapat perkenan Istana.
Menurut baginda, terdapat perselisihan sesama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri BN
dan juga dalam kalangan pimpinan Umno peringkat negeri.- BERNAMA.
Utusan malaysia

Page 3 of 3

Anda mungkin juga menyukai