com/v1/2010/02/25/tentang-allah/
Suatu hari Raja Muzaffar yang masih kanak-kanak bertanya kepada bondanya tentang Allah.
Bonda.. Di mana Allah dan bolehkah anakanda melihatNya?
Oh.. Allah itu di Arasy wahai anakanda dan anakanda tidak dapat melihatNya kerana Allah berada nun jauh
diatas 7 petala langit. Sedangkan langit kedua pun manusia tidak nampak bagaimana hal keadaan zatnya lantas
bagaimana mungkin anakanda akan dapat melihat Allah yang berada di Arasy yang terletak lebih atas dan jauh
daripada 7 petala langit?
Oh begitu Bagaimana dengan dalilnya bonda?
Dalilnya begini.. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam
masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusan.. dari surah Yunus ayat ke 3.
Maka giranglah hati Raja Muzaffar kerana telah mendapat jawapan daripada persoalan yang selama ini sentiasa
semak difikirannya. Masa pun berlalu.. hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun,
maka telah remajalah Raja Muzaffar. Suatu hari Raja Muzaffar diperintahkan ayahandanya supaya belajar ilmuilmu agama dari Syeikh Abdullah selaku Mufti di negeri ayahandanya itu. Maka tidak sabar-sabarnya lagi Raja
Muzaffar mahu berguru dengan Syeikh Abdullah sementelah pelajaran agama adalah yang paling diminatinya.
Suatu hari sambil duduk-duduk santai dengan Syeikh Abdullah tiba-tiba Raja Muzaffar ditanyai Syeikh
Abdullah dengan 2 persoalan yang tidak asing baginya.
Wahai anakanda Putera Raja.. Di mana Allah dan bolehkah anakanda Putera Raja melihatNya?
Sambil tersenyum Raja Muzaffar menjawab sebagaimana yang telah diajarkan bondanya dahulu.
Allah itu di Arasy wahai Syeikh Guru dan beta tidak boleh melihatNya kerana Allah berada nun jauh diatas 7
petala langit.
Tersenyum kecil Syeikh Abdullah mendengar jawapan muridnya itu dan sejenak selepas menghela nafasnya
Syeikh Abdullah lalu bersuara..
Begini anakanda Putera Raja Allah itu bukannya makhluk seperti kita lantaran itu Allah tidak seperti kita.
Apa sahaja hukum yang terjadi pada makhluk tidak berlaku seperti itu atas Allah. Oleh itu Allah tidak bertempat
kerana bertempat itu hukum bagi makhluk.
Lantas di mana Allah itu wahai Syeikh Guru?
Allah itu tidak bertempat kerana Dia bersifat qiammuhu binafsihi yang bermaksud Allah tidak berhajat pada
sesuatu zat lain untuk ditempati. Jika kita mengatakan Allah berhajat pada sesuatu zat lain untuk ditempati maka
ketika itu kita telah menyerupakan Allah dengan keadaan makhluk. Ketahuilah, Allah tidak serupa dengan
makhluk berdasarkan kepada dalil dari surah asy-Syuura ayat 11 yang bermaksud Dia tidak menyerupai
segala sesuatu. Allah tidak berdiam di Arasy kerana Arasy itu adalah makhluk. Bagaimana mungkin makhluk
dapat menanggung zat Allah sedang bukit dihadapan Nabi Musa pun hancur kerana tidak dapat menanggung
pentajalian Allah.
Raja Muzaffar mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Kemudian Syeikh Abdullah menambah..
Berkenaan tentang anakanda Putera Raja tidak boleh melihat Allah itu adalah betul namun bukanlah kerana
Allah itu jauh maka anakanda Putera Raja tidak boleh melihatNya.
Jika bukan begitu lantas bagaimana Syeikh Guru? Tanya Raja Muzaffar beria-ia ingin tahu.
Sebenarnya kita tidak dapat melihat Allah bukanlah kerana faktor jarak tetapi kerana keterbatasan kemampuan
penglihatan mata manusia yang tidak mampu melihat zatNya. Ini bersesuai dengan firman Allah yang
bermaksud Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu
dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui... dari surah al-Anam ayat 103.
Terdiam Raja Muzaffar mendengar hujah gurunya itu. Barulah beliau sedar bahawa apa yang menjadi
pegangannya selama hari ini adalah salah. Pegangan yang mengatakan bahawa Allah itu di Arasy dan Allah
tidak boleh dilihat kerana faktor jarak adalah satu kesilapan. Huraian daripada gurunya melalui ilmu Kalam
membuatkan Raja Muzaffar begitu kagum dengan kekuasaan akal yang dapat menghuraikan segala-galanya
tentang Tuhan. Bermula dari hari itu Raja Muzaffar berpegang dengan hujah gurunya bahawa Allah itu tidak
bertempat dan manusia tidak boleh melihat Allah kerana keterbatasan kemampuan penglihatan mata manusia.
Akhirnya dengan berkat ketekunan dan kesungguhan, Raja Muzaffar telah berjaya menguasai ilmu-ilmu
ketuhanan menurut peraturan ilmu Kalam sebagaimana yang diajarkan oleh Syeikh Abdullah hingga mahir.
Masa terus berjalan dan kini Raja Muzaffar telah dewasa. Oleh kerana begitu minatnya yang mendalam tentang
ilmu-ilmu ketuhanan maka beliau meminta izin daripada ayahandanya untuk menperdalamkan lagi ilmu
pengetahuannya dengan belajar dari guru-guru yang berada diluar istana sementelah Syeikh Abdullah telah
meninggal dunia. Ayahandanya memberi izin lalu tanpa berlengah Raja Muzaffar menemui sahabat-sahabat
sealiran almarhum Syeikh Gurunya untuk melanjutkan pelajaran.
Raja Muzaffar mempunyai sikap yang pelik. Saban hari apabila beliau melalui pekan-pekan kecil untuk sampai
ke rumah guru-gurunya, beliau akan bertanya kepada setiap orang yang ditemuinya dengan soalan yang pernah
ditanya kepada bondanya iaitu di mana Allah dan bolehkah manusia melihatNya?. Bagi sesiapa yang menjawab
soalannya itu sebagaimana yang pernah dijawab oleh bondanya maka beliau akan membetulkan kefahaman
orang itu dengan hujah almarhum gurunya Syeikh Abdullah. Jika orang itu tidak mahu tunduk dengan hujahnya
maka orang itu akan dipukulnya sebelum diusir dari negerinya itu. Begitulah sikap Raja Muzaffar setiap hari
sehingga pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang tua yang sedang bertungkus-lumus menyediakan air
minuman untuk diberi minum kepada orang yang lalu-lalang disebuah pekan tanpa mengambil sebarang upah.
Melihat kelakuan pelik orang tua itu lantas Raja Muzaffar mendekatinya.
Hei orang tua.. mengapa kamu tidak mengambil upah atas usahamu itu?
Tanya Raja Muzaffar tegas. Orang tua yang sedari tadi begitu khusyuk mengagih-agihkan minumannya itu
terkejut dengan pertanyaan Raja Muzaffar lalu meminta Raja Muzaffar memperkenalkan dirinya.
Siapakah tuan ini? Tanya si Tua.
Beta adalah Putera Raja negeri ini! Jawab Raja Muzaffar tegas.
Oh kalau begitu tuan ini tentu Raja Muzaffar yang terkenal dengan ketinggian ilmu ketuhanan itu. Tapi sayang,
tuan hanya tahu ilmu tentang Allah tetapi tuan sendiri belum mengenal Allah. Jika tuan telah mengenal Allah
sudah pasti tuan tidak akan bertanya kepada saya soalan tuan tadi.
Terkebil-kebil mata Raja Muzaffar mendengar kata-kata si Tua itu. Hatinya terpesona dengan ungkapan
mengenal Allah yang diucapkan orang tua itu. Lantas beliau bertanya kepada orang tua itu.
Kemudian apa bezanya antara tahu dengan kenal?
Dengan tenang si Tua itu menjawab..
Ibarat seseorang yang datang kepada tuan lantas menceritakan kepada tuan tentang ciri-ciri buah nangka tanpa
menunjukkan zat buah nangka, maka ini mertabat tahu kerana ianya hanya sekadar maklumat dan orang yang
berada pada mertabat ini mungkin akan menyangka bahawa buah cempedak itu adalah nangka kerana ciricirinya seakan sama. Berbanding seseorang yang datang kepada tuan lantas menghulurkan sebiji buah nangka,
maka ini mertabat kenal kerana zatnya terus dapat ditangkap dengan penglihatan mata dan orang yang berada
pada mertabat ini pasti dapat mengenal mana cempedak dan mana nangka dengan tepat.
Raja Muzaffar mendengar dengan teliti huraian si Tua itu. Diam-diam, hatinya membenarkan apa yang
diperkatakan si Tua itu. Kemudian terlintas dihatinya untuk bertanyakan soalan yang lazim ditanyanya kepada
orang ramai.
Kalau begitu wahai orang tua silalah jawab persoalan beta ini.. Di mana Allah dan bolehkah manusia
melihatNya?
Allah berada di mana-mana sahaja dan manusia boleh melihatNya. Jawab si Tua dengan tenang.
Tercengang Raja Muzaffar mendengar jawapan orang tua itu. Seketika kemudian terus saja orang tua itu
dipukulnya sehingga jatuh tersungkur. Melihat orang tua itu tidak cuba mengelak pukulannya bahkan langsung
tidak menunjukkan reaksi takut maka Raja Muzaffar pun lantas bertanya..
Kenapa kamu tidak mengelak pukulan beta wahai orang tua?
Bukankah tadi sudah saya bilang.. tuan ini hanya orang yang tahu tentang Allah tetapi bukannya orang yang
benar-benar mengenal Allah.
Terdiam Raja Muzaffar mendengar kata-kata si Tua itu. Kemudian beliau menenangkan dirinya lantas bersegera
duduk diatas tanah dihadapan orang tua itu.
Baiklah orang tua. Silalah huraikan jawapan kamu tadi sebab beta berpegang bahawa Allah itu tidak bertempat
dan manusia tidak boleh melihat Allah.
Allah itu tidak bertempat adalah menurut pandangan hukum akal sahaja sedang pada hakikatnya tidak begitu.
Ujar orang tua itu sambil mengesat bucu bibirnya yang berdarah. Kemudian beliau menyambung..
Beliau telah mengenepikan duduk didalam peraturan hukum akal sama sekali dan mulai duduk didalam
peraturan musyahadah. Bagi beliau, ilmu Kalam yang dituntutnya selama ini adalah semata-mata salah.
Setelah kemangkatan ayahandanya maka Raja Muzaffar ditabalkan menjadi sultan dinegerinya dan sekarang
beliau menyandang gelaran Sultan Muzaffar Syah pada usia 50 tahun. Beliau memerintah negerinya dengan adil
dan saksama namun sikap peliknya yang dahulu masih diteruskannya. Di mana sahaja beliau pergi beliau tetap
akan bertanyakan soalannya yang lazim itu. Jika orang yang ditanya tidak dapat menjawab maka akan diajarkan
jawabannya menurut ilmu hakikat dan jika orang itu membangkang akan dihukum bunuh. Akhirnya kelaziman
Sultan Muzaffar Syah ini membuatkan seluruh rakyat jelatanya menganut fahaman hakikat. Justeru itu rakyat
jelata dinegerinya hidup aman dan makmur.
Suatu petang Sultan Muzaffar Syah yang terkenal sebagai Mursyid ilmu hakikat itu berjalan-jalan disebuah
padang rumput yang luas dengan ditemani para pembesar istana. Pandangannya tertarik pada gelagat seorang
pemuda pengembala kambing dalam lingkungan usia 30an yang sedang berusaha menghalau seekor serigala
yang cuba memakan kambing gembalaannya. Baginda mendatangi pemuda gembala itu. Kelihatan pemuda itu
hanya memakai pakaian yang diperbuat daripada guni dan tidak mempunyai kasut sebagai alas kaki.
Rambutnya kering berdebu, bibirnya kering dan badannya kurus.
Wahai pemuda.. kenapa kamu menghalau serigala itu dari memakan kambing itu, tidakkah kamu menyaksikan
hakikat serigala itu? Maka biarkan sahaja Allah bertindak menurut kemahuanNya.
Mendengar kata-kata Sultan Muzaffar Syah itu sekonyong-konyong pemuda gembala itu menggenggam pasir
lantas dilemparkannya pasir itu ke muka Sultan Muzaffar Syah. Kemudian pemuda gembala itu membongkok
untuk mengambil segenggam pasir lagi lalu dilemparkan lagi ke muka Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar
Syah hanya tercegat sahaja mungkin terkejut dengan tindakkan pemuda gembala itu. Pemuda gembala itu terus
mahu mengambil segenggam pasir lagi dan melihat itu seorang pembesar istana yang berada disitu terus
memukul pemuda gembala itu hingga beliau pengsan.
Apabila sedar dari pengsan, pemuda gembala itu mendapati tangan dan lehernya telah dipasung dengan
pasungan kayu didalam sebuah penjara. Tidak lama kemudian datang dua orang pengawal istana dengan kasar
merenggut badannya dan membawanya ke suatu tempat yang amat asing baginya. Tidak lama berjalan akhirnya
mereka sampai dihadapan singgahsana Sultan Muzaffar Syah.
Mengapa kamu melempari muka beta dengan pasir? Tenang sahaja pertanyaan Sultan Muzaffar Syah.
Kerana tuanku mengatakan bahawa serigala itu adalah Allah yakni Tuhan saya.
Bukankah hakikat serigala itu sememangnya begitu? Tanya Sultan Muzaffar Syah hairan.
Nampaknya dakwaan yang mengatakan bahawa tuanku ini adalah seorang yang mengenal Allah adalah
bohong semata-mata.
Kenapa kamu berkata begitu?
Sebab orang yang sudah sempurna mengenal Allah pasti merindui untuk menemui Allah.
Setelah 30 tahun baru hari ini hati Sultan Muzaffar Syah terpesona lagi apabila mendengar ungkapan menemui
Allah yang diucapkan oleh pemuda gembala itu. Dahulu hatinya pernah terpesona dengan ungkapan mengenal
Allah. Sejurus itu juga Sultan Muzaffar Syah memerintahkan agar pasung kayu yang dikenakan pada pemuda
gembala itu ditanggalkan.
Lantas apa utamanya bertemu berbanding kenal?
Tanya Sutan Muzaffar Syah.
Adakah tuanku mengenali sifat-sifat Rasulullah?
Tanya pemuda gembala itu tiba-tiba..
Ya, beta kenal akan sifat-sifat Rasulullah.
Lantas apa keinginan tuanku terhadap Rasulullah?
Semestinyalah beta mahu dan rindu untuk menemuinya kerana baginda adalah kekasih Allah!
Nah begitulah Orang yang sempurna pengenalannya terhadap sesuatu pasti terbit rasa ingin bertemu dengan
sesuatu yang telah dikenalinya itu dan bukannya hanya sekadar berputar-putar didaerah mengenal sematamata.
Tiba-tiba sahaja Sultan Muzaffar Syah berteriak kuat dengan menyebut perkataan Allahu Akbar sekuat-kuat
hatinya lalu baginda jatuh pengsan. Tidak lama kemudian setelah wajahnya disapukan dengan air sejuk maka
baginda kembali sedar. Sultan Muzaffar Syah terus menangis teresak-esak hingga jubahnya dibasahi dengan air
matanya. Baginda memuhassabah dirinya.. Memang.. memang selama ini beta mengenali Allah melalui ilmu
hakikat tetapi tidak pernah hadir walau sekelumit rasa untuk bertemu denganNya. Rupa-rupanya ilmu hakikat
yang beta pegangi selama ini juga salah sepertimana ilmu bonda dan ilmu Syeikh Abdullah.. bisik hatinya.
Kemudian terlintas difikiran Sultan Muzaffar Syah untuk menanyakan soalan lazimnya kepada pemuda
gembala itu.
Kalau begitu wahai orang muda, silalah jawab persoalan beta ini.. Di mana Allah?
Dengan tenang pemuda gembala itu menjawab..
Allah berada di mana Dia berada sekarang.
Kalau begitu, di mana Allah sekarang?
Sekarang Allah berada di mana Dia berada dahulu.
Di mana Allah berada dahulu dan sekarang?
Dahulu dan sekarang Dia berada ditempat yang hanya Dia sahaja yang ketahui.
Di mana tempat itu?
samada ilmu Kalam, ilmu Hakikat atau ilmu Marifat maka kesemuanya adalah sama penting untuk dipelajari
bagi mewujudkan kesempurnaan untuk mencapai kedudukan Insan Kamil yang Marifatullah.
Kini Sultan Muzaffar Syah sudah memahami bagaimana rasanya rindu kepada Allah dan bagaimana rasanya
benar-benar tidak sabar untuk bertemu Allah. Sejak semalam mulutnya tidak henti-henti asyik mengucapkan
kalimah Allah..Allah..Allah dan kadang-kadang terlihat deruan air mata jernih mengalir perlahan dipipinya
sewaktu dipembaringan. Perlahan-lahan pemuda gembala menghampiri Sultan Muzaffar Syah yang sejak 20
tahun lalu tinggal bersama dengannya dirumah usangnya lantas meletakkan kepala muridnya itu diribaan
silanya dengan linangan air mata. Kini nafasnya mulai tersekat-sekat dan melihat itu, pemuda gembala
merapatkan bibirnya ke telinga Sultan Muzaffar Syah lantas mentalqinkan baginda dengan dua kalimah
syahadah seraya diikuti baginda dengan senyuman. Sejurus kemudian Sultan muzaffar Syah menghembuskan
nafasnya yang terakhir. Suasana hening pemuda gembala menunduk sahaja dan sebentar kemudian dia
berkata..
Wahai alangkah beruntungnya.. sekarang tuanku benar-benar telah menemui Allah dan dapat mengenalNya
dengan sebenar-benar kenal. Wahai Allah, masih belum layakkah untuk aku bertemu denganMu.. aku
mencemburui Sultan Muzaffar Syah ini maka jemputlah aku menghadapMu Ya Allah. Sebentar kemudian
pemuda gembala itu pun turut rebah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Suasana kembali
hening