Anda di halaman 1dari 5

1

Bahagian A: Soalan 1 hingga 30


Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.
Pilih satu jawapan yang paling tepat dan bulatkan.

1. Apakah sifat yang perlu ada pada
seseorang yang berpegang kepada
ajaran agama?
A. Individualistik
B. Berbangga diri
C. Bersikap jujur
D. Berani mengambil risiko

2. Bagaimanakah cara kita mensyukuri
nikmat Tuhan?
A. Menjalankan kewajipan seperti
yang dituntut oleh agama.
B. Merungut-rungut tentang kelemahan
diri sendiri.
C. Menggunakan kelebihan yang
dikurniakan oleh Tuhan untuk
kepentingan diri.
D. Merendah-rendahkan kelemahan
orang lain.

3. Mengapakah kita perlu hidup berlandaskan
agama?
A. Agar dunia mengenali kita
B. Agar kejahatan dapat dielakkan
C. Agar diri disanjung oleh orang lain
D. Agar hidup dilimpahi kesenangan

4. Antara yang berikut, yang manakah
merupakan faedah beragama?
A. Memperoleh kepuasan hidup yang
tinggi.
B. Menjadi ikutan masyarakat di
sekeliling.
C. Menghapuskan semangat
perkauman
D. Memperbanyak kewujudan agama
baru

5. Individu yang tidak mempercayai
___________ Tuhan, bermakna dia
tidak mensyukuri nikmat yang
diberikan oleh-Nya.
A. kejayaan C. kewujudan
B. keteguhan D. kepercayaan

6. Semua pernyataan yang berikut
merupakan ciri-ciri individu yang
amanah, kecuali
A. Berpegang kepada janji
B. Tidak menyalahgunakan kuasa
C. Melaksanakan tugas yang diberikan
dengan cepat
D. Menjaga barang yang
dipertanggungjawabkan dengan
baik

7. Antara berikut, perlakuan yang
manakah tidak menggambarkan sikap
amanah?
A. Ika menjaga wang persatuan dengan
baik.
B. Raju tidak memberitahu rahsia
Muthu kepada rakan-rakan yang
lain.
C. Annie tidak memulangkan wang
baki yang terlebih kepada pekedai.
D. Lee menunaikan janjinya untuk
bersama-sama Rani.

8. Individu yang amanah akan diberi _______
untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.
A. kebolehan C. kelonggaran
B. keutamaan D. kepercayaan

9. Apakah yang dimaksudkan dengan
amanah?
A. Kepercayaan yang diberikan oleh
seseorang untuk melakukan sesuatu
B. Kebolehan menyimpan rahsia yang
diceritakan oleh seseorang
C. Keizinan yang diperoleh daripada
seseorang yang dipercayai
D. Sikap bertanggungjawab yang boleh
menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain
2

10. Apakah ciri-ciri individu yang amanah?
I tidak bercakap bohong
II tidak menyalahgunakan kuasa
III menganggap barang yang
dipinjam seperti barang sendiri
IV berpegang kepada janji
A. I dan II C. I, II dan IV
B. I, II dan III D.I,II,III dan IV

11. Apakah yang dimaksudkan dengan
maruah diri?
A. Kekuatan fizikal
B. Kehormatan diri
C. Keistimewaan diri
D. Kepintaran akal fikiran

12. Mengapakah kita perlu menjaga maruah
diri?
A. Supaya kita mudah mendapat kawan
B. Supaya kita disanjung tinggi oleh
masyarakat
C. Supaya kita tidak melakukan sesuatu
yang merosakkan diri sendiri
D. Supaya orang lain tidak mengambil
kesempatan ke atas diri kita

13. Antara yang berikut, perlakuan manakah
menyebabkan kita hilang harga diri?
A. Bergiat aktif dalam aktiviti
kemasyarakatan
B. Bergaul dengan rakan-rakan yang
berlainan agama
C. Menjauhkan diri daripada rakan-
rakan yang bermasalah
D. Menyertai kumpulan lumba haram

14. Semua pernyataan di bawah benar
tentang harga diri kecuali
A. tidak melakukan sesuatu yang akan
membawa malu kepada diri
B. perlu berasa rendah diri dan tidak
menerima kelemahan diri sendiri
C. mempunyai keyakinan terhadap
kebolehan diri
D. berfikiran positif

15. Mengapakah kita perlu menjaga harga
diri walau di mana kita berada?
A. Kerana kita manusia yang lemah
B. Kerana kita akan bertambah susah
C. Agar kita dapat menjadi pemimpin
D. Agar hidup kita sentiasa aman

16. Bertanggungjawab bermaksud
A. Melaksanakan sesuatu tugas apabila
disuruh sahaja
B. Keinginan menjalankan sesuatu
kewajipan demi kepentingan diri
C. Melakukan sesuatu kerja dengan
pertolongan orang lain
D. Kesanggupan memikul dan
melaksanakan kewajipan dengan
sempurna

17. Nilai-nilai yang perlu ada pada
seseorang yang bertanggungjawab
adalah seperti berikut, kecuali
A. Mempunyai keyakinan diri
B. Berusaha dengan bersungguh-sunguh
C. Berfikir dengan bijak sebelum
membuat keputusan
D. Mencari kesalahan orang lain
sekiranya gagal dalam sesuatu
perkara.

18. Seseorang pelajar bertanggungjawab
I menjalankan tugas setelah diarahkan
II mematuhi peraturan sekolah
III belajar dengan tekun dan
bersungguh-sungguh
IV menangguhkan pekerjaan yang
sukar dilaksanakan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

19. Seorang yang bertanggungjawab akan
A. Mudah kecewa dan marah
B. Melaksanakan tugas tanpa
pengawasan
C. Melakukan tugas secara sambil lewa
D. Meminta dan mengharapkan
pertolongan orang lain
3

20. Perlakuan yang manakah menggambarkan
sikap bertanggungjawab?
A. Menyiapkan kerja sekolah yang
diberi oleh guru
B. Menjaga adik-adik setelah dipaksa
oleh ibu
C. Menolong seseorang bagi
mendapatkan ganjaran
D. Membantu guru untuk mendapatkan
pujian
21. Apakah faedah mengamalkan sikap
toleransi?
A. Mengelakkan berlakunya
pertelingkahan
B. Mewujudkan persaingan yang sihat
C. Memupuk nilai kemasyarakatan
D. Menambah kenalan dalam
kalangan rakan-rakan sebangsa

22. Antara berikut yang manakah tidak
menerangkan ciri-ciri nilai toleransi?
A. Memberi bantuan kepada mereka yang
memerlukan
B. Bersedia untuk memaafkan orang lain
C. Bersedia menerima teguran atau pandangan
orang lain
D. Berusaha menjaga kepentingan diri sendiri

23. Mengapakah sikap berdikari amat
digalakkan?
A. Dapat menambahkan pengetahuan
B. Dapat mengenal pasti kebolehan diri
C. Dapat mempengaruhi emosi orang lain
D. Dapat mengubah penampilan individu

24. Orang yang yakin pada diri sendiri akan
A. Melaksanakan tugas dengan berhati-hati
B. Membantu orang lain yang berada
dalam kesusahan
C. Tidak mementingkan diri sendiri
D. Berani bertindak sendiri untuk
mencapai kejayaan

25. Ibu anda meminta anda membantunya di
dapur sedangkan anda terlalu letih.
Apakah reaksi yang patut anda tunjukkan?
A. Membantu sekadar yang termampu
B. Menonton televisyen dan pura-pura
tidak mendengar
C. Tidak mempedulikan permintaan ibu
D. Memarahi ibu kerana mengganggu
masa rehat anda

26. Yang berikut merupakan sikap individu
yang ingin memperoleh kejayaan, kecuali
A. Memanfaatkan peluang yang diberikan
B. Mempunyai semangat yang tinggi
C. Bekerja keras untuk mencapai sesuatu
yang diingini
D. Bergaul dengan individu yang telah
berjaya sahaja

27. Kasih sayang bermaksud
A. Perasaan sayang terhadap manusia
B. Perasaan cinta yang ikhlas dan
mendalam
C. Prihatin terhadap kebajikan orang lain
D. Keinginan untuk mewujudkan
keamanan

28. Kasih sayang sesama manusia boleh
ditunjukkan dengan
A. Menyertai aktiviti kemasyarakatan
B. Mengamalkan gaya hidup bebas
C. Menghargai dan memelihara alam
sekeliling
D. Menghulurkan bantuan dan simpati
kepada mereka yang memerlukan

29. Individu yang bersikap adil
A. Akan bertindak secara rasional
B. Akan bertindak mengikut emosi
C. Akan membuat keputusan berdasarkan
pertimbangan sendiri
4

D. Akan mementingkan diri dan keluarga
mereka sahaja

30. Bagaimanakah ibu bapa menunjukkan nilai
keadilan kepada anak-anak?
A. Membeli pakaian yang sama
B. Melayan anak-anak secara saksama
C. Menghantar anak-anak ke sekolah
yang berlainan
D. Memberikan perhatian kepada anak-
anak yang pandai sahaja
5

Anda mungkin juga menyukai