Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN
Program Pintar Matematik diadakan bagi membantu murid-murid tahun 6
yang menghadapi masalah dalam mata pelajaran Matematik serta menghayati mata
pelajaran Matematik dengan sebaik mungkin. Menguasai kemahiran dan mata
pelajaran Matematik sering kali dilabel sebagai sesuatu yang abstrak kerana hanya
mereka yang mempunyai IQ tertentu sahaja yang mampu menguasainya.
Hal ini mungkin berpunca daripada kekurangan dan kelemahan penguasaan
fakta asas Matematik dalam kalangan majoriti murid. Justeru, bagi menarik minat
murid mendekati dan mencintai mata pelajaran Matematik dengan lebih baik,
Program Pintar Matematik ini diadakan khusus kepada murid yang menghadapi
masalah dalam mata pelajaran Matematik. Harapan program ini agar murid-murid
akan bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan pembelajaran
Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM
a) Membuka minda murid bahawa pentingnya Matematik dalam kehidupan
seharian.
b) Menyedarkan murid bahawa matematik adalah pelajaran yang
menyeronokkan di samping mencabar minda.
c) Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan.
d) Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa P&P matematik
di dalam kelas.
e) Melatih murid-murid memahami kemahiran dan fakta asas dalam Matematik.

3.0 TARIKH AKTIVITI
Aktiviti ini akan di adakan selama satu hari iaitu 22 April 2014.

4.0 MASA AKTIVITI
Pelan rancangan aktiviti adalah seperti di dalam Lampiran A

Anda mungkin juga menyukai