Anda di halaman 1dari 2

konstruktivisme Antara teori yang menyokong Seni Dalam Pendidikan ialah teori konstruktivisme.

Menurut McBrien & Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Menurut Briner, M. (1999) pula, murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Maka konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Pengajaran konstruktivisme mampu untuk membantu mengoptimumkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ini kerana, menurut Shuell (1996), pengajaran konstruktivisme lebih melibatkan pemusatan pelajar, pengalaman

pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan guru-pelajar, lebih bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik. Dengan itu, murid lebih berpeluang untuk menyatakan pandangan mereka sendiri tentang sesuatu konsep yang telah mereka pelajari. Hal ini akan menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru. Ini kerana tidak semua murid mampu untuk memahami sesuatu konsep dengan hanya berbekalkan sumber yang terhad serta menumpukan hanya satu teknik pengajaran sahaja. Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. Guru perlulah bertindak lebih kreatif mengubah corak pembelajaran dengan mengaitkan seni visual, seni muzik mahupun seni pergerakan yang terkandung dalam Seni Dalam Pendidikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sekiranya Seni Dalam Pendidikan dalam

matapelajaran yang diajar bertepatan dengan objektif pembelajaran ini akan memberi peluang kepada murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman sedia ada murid akan sesuatu konsep dan membina pengetahuan baru melalui penglibatan aktif murid di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai