Anda di halaman 1dari 1

Latihan 1: Baca arahan dan soalan dengan teliti.

Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.

Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg. Kakaknya berkata,
Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu. Liza menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya sendiri
yang membalut buku-buku ini.

Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli keluarganya yang lain. Liza
selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga
membantu ayahnya mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas
dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong
dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan
menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam
pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan
bersih dan cantik.

Anda mungkin juga menyukai