Anda di halaman 1dari 2

1. Senaraikan aspek yang terdapat dalam komponen pengajaran.

Pada pandangan
anda aspek manakah yang paling penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Huraiakan mengapakan anda berpandangan begitu.
2. Menggunakan jadual bandingan .Bandingkan empat teori huraian bahasa.
3. Bandingkan di antara teori pemerolehan bahasa behaviuris dan teori
pemerolehan bahasa kognitif Jawap latihan ini secara off line dan hantar kepada
tutor anda untuk disemak

JAWAPAN
Soalan 1
Aspek Kompenen Pengajaran terdiri daripada:
1. Kemahiran Induksi
2. Penerangan
3. Penyoalan
4. Variasi Rangsangan
5. Penggunaan papan Tulis
6. Penggunaan Bilik Darjah
7. Penutupan
8. Membuat Kesimpulan
Pada pandangan saya aspek Penerangan adalah yang paling penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana dengan pelaksanaan kaedah penerangan ini
Kaedah penerangan merupakan kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan kepada
guru. Maksud kaedah ini ialah, guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk
pelajaran atau isi pengajaran secara lisan. Bagi menghasilkan pengajaran yang lebih
berkesan serta memberi kefahaman kepada pelajar, guru perlu menggunakan alat
bantuan mengajar seperti gambar, carta atau LCD di samping dapat menarik minat
pelajar dalam pelajaran tersebut. Melalui kaedah penerangan, guru perlu memastikan
pelajar dapat memahami penerangan yang disampaikan oleh guru dalam sesuatu tajuk.
Semasa melaksanakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan
pelajar di dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan mendengar
percakapan guru dengan jelas. Semasa memberi penerangan, guru perlu bertutur
dengan jelas dan terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar.

Soalan 2
Perbandingan teori pemerolehan bahasa
Teori behaviouris-Proses pembelajaran bahasa menekan latihan dan pengulangan
yang banyak
untuk membentuk kebiasaan.
Teori Kognitif- Pemerolehan bahasa berkait rapat dengan perkembangan deria motor
dan seterusnya berkembang mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak.
Dengan demikian, pengajaran bahasa semestinya mengambil kira tahap
perkembangan mental (kognitif) dan deria kanak-kanak.

Teori Mentalis- Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran dan
mengutamakan kemahiran membaca dan menulis.

Interaksional- Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi
bahasa. Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa.

Soalan 3
Bandingkan di antara teori pemerolehan bahasa behaviuris dan teori pemerolehan
bahasa kognitif
Teori behaviouris hanya menganggap bahawa kemahiran bertutur itu juga merupakan
satu lakuan manusia, sama seperti lakuan lain,dan tidaklah pula membuat tuntutan
yang khusus mengenai bagaimana bahasa dikuasai. Kajian mereka hanya ditumpukan
kepada lakuan binatang. Kesimpulan daripada kajian ini dianggapakan dapat diterima
sebagai sah untuk sebarang lakuan manusia. Manakala Aliran teori pembelajaran
kognitif pula tidak menyokong pendapat aliran behavioris dan menganggap
penyingkiran kesedaran atau fikiran dalam proses pembelajaran ialah satu kesilapan.
Sebaliknya, mereka menganggap teori pembelajaran hanya akan menjadi sangat
bermakna dengan memasukkan struktur pemikiran dan kognitif sebagai satu bahagian
yang tidak dapat dipisahkan daripadanya

Anda mungkin juga menyukai