Anda di halaman 1dari 10

1.0 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran.

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan sebagai kebijaksanaan


memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-
satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Terdapat
beberapa definisi lain yang telah diutarakan oleh beberapa ahli akademik.
1. J. R. David, 1976, telah mentakrifkan strategi pengajaran sebagai a plan,
method, or series of activities designed to achieves a particular
educational goal
2. Kemp (1995) pula menganggap bahawa strategi pembelajaran itu sebagai
perancangan mengenai rangkaian kegiatan yang direka untuk mencapai
tujuan pendidikan tertentu. Ia juga termasuklah penggunaan bahan dari
pelbagai sumber yang disusun untuk proses pembelajaran bagi mencapai
tujuan tertentu.
3. Dick & Carey (1985) menyatakan bahwa strategi pembelajaran adalah
suatu set perancangan dan prosedur pembelajaran yang digunakan
secara bersama-sama untuk mencapai hasil pembelajaran di kalangan
murid.
4. Menurut Gerlach dan Ely, Strategi Pengajaran dan Pembelajaran adalah
kaedah-kaedah yang dipilih untuk menyampaikan bahan pembelajaran dalam
sesuatu pengajaran tertentu yang meliputi sifat, lingkup dan urutan kegiatan
yang dapat memberikan pengalaman pembelajaran kepada murid.

Selain itu juga, Congelosi (1992) telah mencadangkan bahawa rancangan
pengajaran harus disediakan terlebih dahulu untuk setiap sesi pengajaran dan
dalam rancangan pengajaran ini seharusnya mempunyai perkara-perkara berikut,
iaitu:
1. Tujuan am (learning goal)
2. Objektif pelajar (specific objective)
3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit
tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar

5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur
pencapaian pelajar.

1.1 Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP).

Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah dipelopori oleh Gardner (1983) dalam
bukunya yang bertajuk Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences.
Menurut Gardner (1983), TKP adalah kepakaran kecerdasan manusia yang
seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, dan menangani
masalah yang sesuai dengan masa dan tempat serta dapat menghasilkan output
yang efektif.
An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are
valued within one or more cultural setting
(Gardner 1983)
Berikut merupakan kecerdasan-kecerdasan yang telah ditemui dalam kajian
Gardner.
1. Kinestetik
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh
badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Lebih cenderung
melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan,
menari, gimrama dan lain-lain.
2. Interpersonal
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan,
motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.


3. Intrapersonal
Kebolehan untuk membuat refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman
diri. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan
sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.
4. Logik-Matematik
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang
menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan
abstrak yang boleh menyelesaikan masalah kompleks berkaitan dengan
matematik serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis,
mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
5. Muzik
Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam
paten, membezakan antara bunyi dan cipta musik. Kemahiran individu ini ialah
menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur
dan rentak musik.
6. Verbal-Linguistik

Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan
bertulis. Contohnya seperti kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk
perkataan seperti mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan,
mengingat maklumat dan memahami perkataan.
7. Visual-Ruang
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak).
Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu
kepada dunia fizikal seperti kemahiran membaca, menulis, memahami carta
dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
8. Naturalis
Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan
antara kehidupan flora dan fauna.
1.1.1 Contoh Aktiviti Dalam Permainan Bola Tampar yang Mengandungi TPK.
Aktiviti : Kemahiran Servis
Ansur maju Teori Kecedasan Pelbagai
1. Latihan Statik (individu)
a. Secara individu, murid melakukan
perlakuan servis bawah tanpa
menggunakan bola.

Kinestetik dan Intrapersonal
Dalam aktiviti ini, murid menggunakan
keseluruhan tubuh untuk melakukan
pergerakan dan bergantung kepada diri
sendiri untuk melakukan aktiviti itu
sehingga berjaya.
2. Latihan Servis Secara
Berpasangan
a. Murid melakukan servis secara
berpasangan dengan jarak yang
berbeza-beza.
Kinestetik dan Interpersonal
Murid menggunakan keseluruhan tubuh
untuk bergerak dan berinteraksi dengan
rakan-rakan yang lain untuk melakukan
aktiviti ini.
3. Latihan Berkait
a. Murid melakukan servis secara
berpasangan. Seorang murid akan
membuat servis manakala
seorang lagi akan menerima bola
dengan menyangga bola tersebut
sebelum menangkapnya.
Kinestetik dan Interpersonal
Murid menggunakan keseluruhan tubuh
untuk bergerak dan berinteraksi dengan
rakan-rakan yang lain untuk melakukan
aktiviti ini.
4. Latihan Pengukuhan
a. Murid diberi masa selama 5 minit
untuk menonton video mengenai
kemahiran melakukan servis
dengan perlakuan yang betul.
b. Murid akan melakukan aktiviti
servis sama seperti yang
ditunjukkan di dalam video
tersebut.
Kinestetik, interpersonal dan visual-
ruang.
Murid menggunakan keseluruhan tubuh
untuk bergerak dan berinteraksi dengan
rakan-rakan yang lain untuk melakukan
aktiviti ini. Murid juga akan
menterjemahkan perlakuan dari video itu
dan cuba berfikir untuk mengaplikasikan
visual yang telah dilihat ke dalam aktiviti
fizikal yang sebenar.
1.2 Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan
atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Terdapat beberapa pandangan daripada tokoh pendidikan mengenai teori ini.
Antaranya ialah :
1. Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna
tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang
mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui
refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.Apabila
mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak
bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada
menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sejajar dengan
peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan
peraturan mereka agar dapatvmenerangkan maklumat baru ini dengan
lebih baik. (Brooks & Brooks, 1993)

2. konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap
pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri.Ini
bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang
individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu
tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima
secara pasif daripada luar.Pengetahuan tidak boleh dipindahkan
daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang
lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan
menggunakan pengalamannya secara terpilih.(Nik Azis Nik Pa, 1999)



1.2.1 Contoh Aktiviti Dalam Permainan Bola Tampar yang Mengandungi Teori
Pembelajaran Konstruktivisme.
Contoh 1;





Dalam aktiviti ini, penekanan diberikan kepada peneguhan kemahiran yang telah
diajar dalam memastikan mereka lebih memahami dan dapat mengaplikasikan
kemahiran yang telah diajar di dalam permainan yang sebenar. Murid akan cuba
membina pengetahuan baru tentang cara permainan bola tampar dalam permainan
yang sebenar melalui pengalaman sedia ada mereka iaitu mereka telah belajar
mengenai semua kemahiran dalam permainan bola tampar.
Contoh 2 :






Dalam aktiviti ini, murid dapat megaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari pada
sesi pembelajaran sebelum ini dengan kemahiran yang baru. Murid akan dapat
membina pengetahuan baru untuk mengaplikasikan kedua-dua kemahiran itu supaya
mereka dapat mengaplikasikan kemahiran itu di dalam permainan bola tampar yang
sebenar.
Mengaplikasikan semua kemahiran permainan bola tampar di dalam permainan
yang sebenar.
Arahan ; Murid dikehendaki bermain bola tampar mengikut sistem kiraan yang betul
dan hendaklah mengaplikasikan semua kemahiran yang telah diajar dalam
permainan tersebut.

Tajuk : Kemahiran membuat servis bawah.
Pengetahuan sedia ada : murid telah belajar mengenai kemahiran mengangga
pada sesi pembelajaran sebelum ini.
Menggabungkan kemahiran servis dan menyangga bawah.
Arahan : Secara berpasangan, murid diminta untuk melakukan aktiviti membuat
servis dan menyangga. Seorang murid akan melakukan servis manakala seorang
murid lagi akan menyambut bola servis itu dengan menyangga bawah bola itu.
1.3 Pembelajaran Masteri
Pembelajaran masteri boleh didefinisikan sebagai suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah
ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa
yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
Anderson & Block (1975) mentafsirkan pembelajaran masteri sebagai satu set idea
dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar
secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik,
membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan
masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria
masteri yang jelas.
Ciri-ciri Pembelajaran Masteri adalah seperti yang berikut:

i. Hasil pembelajaran perlu ditentukan terlebih dahulu
ii. Hasil pembelajaran disusun mengikut urutan atau unit pembelajaran.
iii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan,
menarik dan menyeronokkan kepada murid.
iv. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK).
v. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang di gunakan berkesan.
vi. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
vii. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras
masteri.
viii. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras
masteri.






1.3.1 Contoh Pelajaran secara Pembelajaran Masteri Dalam Permainan Bola
Tampar.

Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Bola Tampar
Sub Tajuk : Membuat Servis Bawah
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid dapat
a) Psikomotor : Melakukan servis bawah tangan kepada
rakan sejauh 5 meter sebanyak 3 daripada 5 percubaan.

Pengalaman sedia ada : Murid telah di dedahkan dengan permainan bola tampar
melalui tayangan video.
Bahan Bantu Mengajar : bola tampar, bola gimnastik, kon lembut, gelung rotan.

Pelaksanaan
Pembelajaran Masteri Perkara/Fasa Aktiviti



Aktiviti pembelajaran yang
bermakna, berkesan,
menarik, dan
menggembirakan.

Set induksi.







Langkah 1
Warm up : Lari bervariasi
mengelilingi gelanggang
bola tampar
Regangan ; Membuat
regangan secara
berpasangan
menggunakan bola,

Guru melakukan
demonstrasi teknik yang
betul mengikut urutan
untuk melakukan servis
bawah


Penilaian URK
Pencapaian 80%
Langkah 2



Latihan melakukan servis
bawah secara
berpasangan pada jarak 5
meter.
Langkah 3 Latihan melakukan servis
bawah melepasi net
dengan meletakkan
gelung rotan sebagai
sasaran pada jarak 15
meter.





Aktiviti Pengayaan
Permainanan Kecil.








Penutup
Pertandingan melakukan
servis bawah dengan
memastikan bola masuk
ke dalam sasaran (bakul)
Kumpulan yang
memasukkan bola paling
banyak dan cepat dikira
pemenang.

Cooling down
Refleksi dan perbincangan

















RUJUKAN.
1. Kaedah Pengajaran. http://pendislami.tripod.com/kaedah_pengajaran.htm
2. Strategi Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2009)
http://www.diecoach.com/2009081896/STRATEGI-PEMBELAJARAN-
PENDIDIKAN-JASMANI.html
3. Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)
http://www.scribd.com/doc/16051322/Teori-Kecerdasan-Pelbagai-Gardner-
dan-Teori-Kecerdasan-Emosi-Goleman
4. RPH Bola Tampar http://www.docstoc.com/docs/10881463/RPH-Bola-Tampar
5. Rancangan Pengajaran Harian http://tracyyhc.blogspot.com/2009/03/rpt-pjk-
ting3.html
6. Strategi Pembelajaran Pendidikan Jasmani, Dudi Pamungkas (2009)
http://www.docstoc.com/docs/27329896/STRATEGI-PEMBELAJARAN-
PENDIDIKAN-JASMANI

Anda mungkin juga menyukai