Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA LATIHAN PUSAT PASUKAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN SK

SG.BAYOR 1.0 Rasional


Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid
yangseimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru program ini disediakan
untuk pasukan bola tampar lelaki bawah 12 tahun di Sekolah Kebangsaan Sg.Bayor yang
akanmenyertai Kejohanan Bola Tampar Zon pada tahun hadapan. Pihak pengurusan
sekolahmenetapkan matlamat agar pasukan bola tampar sekolah yang dibentuk ini sekurang-
kurangnyadapat memasuki peringkat separuh akhir di kejohanan tersebut. Bagi mencapai
sasaran yang ditetapkan, satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menyediakan perancangan
program latihantersebut.
2.0. Objektif Program
Program latihan ini di adakan untuk mempertingkatkan kecergasan dari pelbagai
aspek seperti daya tahan kardiovaskular, dayatahan otot, kepantasan, kekuatan seterusnya
menyediakan pemain dari segi persediaan fizikal, persediaan teknikal, persediaan taktikal dan
persediaan psikologi ke arah menghadapi pertandingan mahupun kejohanan sebenar. Antara
objektif program adalah seperti berikut :


Menyediakan pasukan bawah bola tampar bawah 12 tahun.


Menguasai kemahiran dan meningkatkan kemahiran melalui programyang lebih spesifik dan
sistematik.


Mempertingkatkan pontensi pemain serta memperkembangkan keupayaan biomotor pemain
ketahap yang optima.


Mengaplikasi perancangan atau strategi yang akan digunakan semasatempoh kejohanan.


.Persediaan pemain dari segi psikologi yang melibatkan kemahiran penetapan
matlamat,mengawal kebimbangan, motivasi, visualisi dan simulasi.
3.0 Matlamat


Memastikan pemain-pemain mencapai tahap peak pada masa pertandingan.


Meningkatkan prestasi para pemain.
4.0 Tarikh & Hari latihan/ /Sesi latihan/ Tempat Latihan


Latihan akan dijalankan bermula 1 Oktober 2011 hingga 30 Disember 2011.


Latihan akan dijalankan pada hari :Isnin hingga Jumaat sesi pagi & petangSabtu - sesi pagi
sahajaAhad - rehat aktif


Sesi latihan dibahagi kepada 2 iaitu :a.Sesi pagi - 8.00 hingga 10.00 b.Sesi petang - 4.00
hingga 6.00


Tempat latihan adalah di gelanggang bola tampar sekolah dan kawasan persekitaran yang
terjamin dari segi keselamatan.
5.0 Kumpulan Sasaran & Senarai Nama Pemain


20 orang murid lelaki daripada Tahun 4, 5 dan 6


Senarai nama pemain sila rujuk lampiran 1
6.0 Tumpuan Latihan
Latihan ini akan ditumpukan secara berpasukan.Disiplin paling diutamakan.
7.0 Program Latihan
Rujuk pada jadual sesi latihan yang disediakan untuk latihan pusat selama3 bulan (Soalan 2)
8.0 Sumber Kewangan


Peruntukan kewangan kokurikulum sekolah


Sumbangan PIBG sekolah


Sumbangan derma oleh orang perseorangan
9.0 PENUTUP
Latihan fizikal dalam sukan yang diceburi bukan sahaja menyediakan atlet
kepada pencapaian yang meransangkan tetapi juga akan dapat membantu mengelakkan
kecederaan,ketidakseimbangan otot, ketahanan kardiovaskular dan dayatahan otot yang
rendah, masalahkelenturan serta kecederaan sukan yang disebabkan oleh latihan fizikal yang
tidak mencukupi.Latihan biasanya didefinisikan sebagai suatu proses pengulangan yang
sistematik, progresif sertamelibatkan proses pembelajaran dan pengadaptasian dengan situasi
dan persekitaran. Atlet yangmenceburi sukan dengan serius tidak sahaja menumpukan
perhatian pada latihan fasa pertandingan sahaja bahkan meliputi latihan pada fasa persediaan,
fasa pra-pertandingan, danfasa transisi.
1.0 PENGENALAN
Program dirancang berdasarkan kitaran mikro yang dijadualkan secara bulanan , mingguan
danharian . Tempoh yang dirancangkan bagi menjalankan latihan pusat pasukan bola tampar
iniadalah selama 3 bulan iaitu 12 minggu.Dengan mengikut kitaran ini adalah diharapkan
agar atlet akan lebih sistematik, beransur majudan bersaintifik agar dapat mencapai
kemampuan yang optimum dan akan peak pada masayang disasarkan.
2.0 Fasa-fasa latihan yang perlu dilalui
Berdasarkan rajah 1 di bawah, persediaan fizikal dan teknikal mewakili asas prestasiyang
hendak dicapai oleh pemain kemudian barulah diikuti oleh persediaan taktikal dan psikologi.
Rajah 12.1 Fasa Persediaan
Fasa persediaan dibahagikan kepada dua sub-fasa iaitu :



Fasa Persediaan Umum


Fasa Persediaan Khususa.Fasa Persediaan UmumPada fasa ini, tumpuan diberikan kepada
pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh
terutamanya dalam aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas
sebelum pemain menjalani latihan pembinaan komponen-komponen fizikal yang diperlukan.
.Pada fasaini juga, beban peratusan mulai berubah di antara
kecergasan,kemahirandanstrategitaktikal.Pada persediaan umum ini juga isipadu latihan
adalah tinggi iaitu antara 85%hingga100% manakala intensiti latihan adalah sederhana antara
40% hingga 70%. Ianyabergantungkepada masa yang diperuntukan.Jangkamasa bagi fasa ini
adalah di antara 6hingga 14 minggu.Diantara kaedah-kaedah latihan ialah seperti latihan lari
jarak jauhperlahan (LSD), latihan fartlek,latihan jeda jarak jauh dan latihan bebanan.Latihan-
latihan tersebut adalah bertujuan
mengadaptasi sistem anatomical dan hipertropi otot. Pada peringkat ini Ujian Pra-
Kecergasan juga diperlukan bagi menguji tahap kecergasan pemain. b.Fasa Persediaan
KhususFasa persediaan khusus ini memberi penekanan kepada komponen-komponenfizikal
yang lebihdominan di dalam pemainan.Isipadu latihan masih tinggi bagipermainan
bolasepak.Pada fasa iniintensiti latihan ditingkatkan sehingga 90%.Isipadulatihan diturunkan
sedikit kepada antara 65%hingga 80%.Intensiti latihan bolehditingkatkan sehingga 95%,
ianya bergantung kepada masayang diperuntukan,jangkamasa bagi fasa ini adalah bergantung
kepada jangkamasa yangdiperuntukkan iaitu antara 6 hingga 12 minggu.Bagi sukan yang
berteraskan dayatahan seperti permainan bola tampar, kaedah-kaedahlatihan seperti latihan
LSD, latihan fartlek, latihan jeda jarak jauh diteruskan.
2.2 Fasa Pertandingan
Fasa pertandingan boleh dibahagikan kepada 2 sub-fasa iaitu :


Fasa Pra-Pertandingan


Fasa Pertandingana.Fasa Pra-Pertandingan
a.Fasa Pra-PertandinganFasa Pra-Pertandingan ini memberi penekanan khusus kepada
komponen fizikalyang terdapat didalam sesuatu sukan yang berbeza.Berbeza daripada fasa
persediaankhusus, latihan bagimeningkatkan atau mengekalkan tahap kecergasan
dipraktikkandalam situasi permainan kecil, permainan sebenar mahupun melalui simulasi
permainan.Isipadu latihan masih tinggi bagi sukanyang berasaskan dayatahan seperti
permainanbolasepak, iaini antara 60% hingga 70% sementaraintensiti latihan boleh
ditingkatkansehingga 100%.Selain daripada latihan khusus yang dinyatakan di atas, kaedah-
kaedah latihansepertilatihan pecutan berulang, latihan jeda jarak dekat dan latihan tekanan
masih bolehditeruskan.Latihan bebanan diberi tumpuan bagi meningkatkan dan mengekalkan
kuasa.Jangkamasa bagi fasa ini ialah antara 6 hingga 8 minggu.Fasa ini juga adalah fasa
dimana pemain akan mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan
mahupunperlawanan pendedahan.Perlu diingatkan bahawa pada fasa ini ianya bukan
bertujuanuntuk menilai pencapaian atau kejayaan kerana ianya masih belum sampai ke zon
sasaran.Matlamat bagi fasaini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pemain, suasana
pertandingan, persekitaran,cuaca dan juga penggunaan masa.Selain itu,fasa Pra-Pertandingan
ini digunakan oleh pemain untuk mengimplementasikansegala teknik dan taktik yang
dirancang seterusnya dinilai keberkesanannya. Bagi permainan bola sepak, fasa ini
seharusnya digunakan ke atas semua pemain untuk melihat dan menilaisejauhmana kerjasama
serta persefahaman sesama pemain dan menilai kemahiran individu yangsesuai dengan
strategi yang akan digunakan. b. Fasa PertandinganPada fasa ini seharusnya pemain telah
sampai ke tahap penetapan sasaran atauberada pada tahapdi mana pemain tersebut telah
bersedia untuk perlawanan sebenar.Pemain pada tahap iniseharusnya bebas dari kelesuan,
gangguan teknik dan taktik sertamempunyai tahap psikologiyang cukup tinggi.Namun
demikian, latihan tidak terhentidi sini.Sekiranya latihan dihentikan, pemain akan kembali ke
tahap awal atau beradadalam pinsip pembolehbalikan.Oleh itu, latihankecergasan perlu
diteruskan bertujuanmemastikan tahap kecergasan pemain berada pada tahapyang
diharapkan.
Kaedah-kaedah latihan seperti latihan bebanan bagi mengekalkan daya tahan otot danlatihan
Jeda jarak dekat harus diteruskan bagi pengekalan kuasa. Namun demikian kekerapanlatihan
perlu dikurangkan.
2.3 Fasa Transisi
Fasa Transisi adalah bermula sebaik sahaja tamat musim pertandingan atau kejohanan.Ini
adalahfasa di mana pemain berehat setelah menghadapi pelbagai cabarandan tekanan yang
optimumkhususnya semasa menghadapi pertandingan. Biasanya satu ke dua minggu pada
peringkat awalfasa ini, pemain diberikan rehat pasif.Ini bukannya fasa di mana pemain terus
berhenti daripada
5.0 Kesimpulan
Jurulatih seharusnya dan berkewajipan untuk meningkatkan ilmu dari aspekmerancang dan menyediakan
program latihan. Pengetahuan yang mendalam aspekpengurusan program latihan ini akan dapat menentukan
hala tuju pemain bola tampar dan seterusnya dapat mencapai matlamat dan objektif seperti
yangdikehendaki.Perancangan yang teliti adalah menjadi satu keperluan.Perancangan program latihan secara
sistematik, jurulatih dan pemain akan dapatmenilai sejauh mana pontensi, mutu pencapaian dan kemajuan
pemain .Disamping itu jurulatih mahupun guru-guru akan mendapat panduan tentang kemahiran bola
tampar yang masih belum dikuasai oleh pemain.Dengan adanya program latihan ini,jurulatihakan dapat
menilai keberkesanan sesuatu gerakerja mahupun aktiviti yangdilaksanakan.Program latihan ini
sesungguhnya memberikan motivasi kepada pemain untukmeningkatkan prestasi berpandukan keupayaan
dan kelemahan mereka dalam aspek-aspek pergerakan dan kemahiran yang tertentu. Atlit juga akan lebih
bersedia untukmenghadapi kejohanan yang sebenar. Perancangan dari semua aspek amat
diperlukantermasuklah kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa di samping menerapkanfaktor
psikologi mental kepada pemain-pemain agar pemain lebih bersedia menghadapikejohanan atau pertandingan
sebenar.

Anda mungkin juga menyukai