Anda di halaman 1dari 11

1

Soalan 1 berdasarkan gambar di


bawah.









1. Weng Seng menjumpai
_________ rantai di dalam semak
ketika
menebas rumput.

A sepasang
B seurat
C seutas
D segelung

2. Karim pergi ke ____________ itu
untuk membeli pensil warna.

A panggung wayang
B kedai buku
C taman perumahan
D kedai runcit

3 Bendahara, perintahkan Hang
Tuah mengahdap ________ ,
titah Sultan Mansur Shah.

A patik
B beta



C tuanku
D hamba



Soalan 4 berdasarkan gambar di
bawah.










4. __________ hujan turun dengan
lebat, Zarith sedang tidur di
dalam biliknya.

A Tatkala
B Sementara
C Andai kata
D Seterusnya

5. ________ , tinggisungguh
bangunan-bangunan di Kuala
Lumpur !

A Amboi
B Nah
C Aduh
D Oh











Arahan Am: tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B, C, dan D.
Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja.

2

Soalan 6 berdasarkan gambar di
bawah.


6. Pekerja itu sedang
______________seguni beras
untuk dimasukkan ke dalam lori.
A menggalas
B mendukung
C memikul
D menjunjung

7. Sayur-sayuran yang ditanam
oleh Pak Samad sungguh
__________ kerana selalu disirami
air.

A sihat
B ceria
C segar
D molek

8. Ahmad mencampakkan lima
________ batu ke dalam sungai
itu.

A biji
B butir
C buah
D ketul







Soalan 9 berdasarkan gambar
dibawah











9. Pakaian ayah menjadi
__________ kerana terkena tanah
semasa dia menggembur tanah
tersebut.

A compang - camping
B comot-comot
C calar-balar
D corak carik

10. Pada perhimpunan pagi, semua
murid dan guru berdiri tegak
sebagai tanda ________ lagu
Negaraku yang sedang
dinyanyikan.

A menghormati
B penghormatan
C penghormat
D kehormatan

Soalan 11 berdasarkan gambar di
bawah.











3

11. Ayah terpegun mendengar
bunyi burung merbuk di dalam
sangkar itu sungguh ___________

A serak
B merdu
C lunak
D garau
.
Soalan 12 berdasarkan gambar di
bawah.









12. Swee Kim ________________
apabila terlihat seekor tikus di
dalam biliknya.
.
A takut
B marah
C terkejut
D tegamam

13. Tanah sawah itu ___________
kerana kekurangan air apabila
tiba musim kemarau.

A kering - kontang
B segar-bugar
C pucat lesi
D basah kuyup

14. Kami tidak dapat melihat _______
yang terdapat di persimpangan
jalan itu kerana dilindungi pokok

A papan iklan
B papan tanda
C papan jalan
D papan kenyataan
Soalan 15 dan Soalan 16
Pilih kata yang seerti dengan kata
yang bergaris.

15. Tiang penyidai di belakang
rumah Mak Mah semakin
condong.

A senget
B ranap
C tegak
D teguh

16. Sikap suka membuang masa
dengan berpelesiran di pusat
membeli-belah
harus dihindari.

A dibuang
B dipupuk
C disemai
D dijauhi

Soalan 17 dan Soalan 18
Pilih kata berlawan yang paling sesuai
bagi kata yang bergaris.

17. Perjalanan menaiki kapal
terbang lebih cepat
berbanding bas tetapi
tambangnya mahal.

A laju
B lembab
C lambat

18. Majlis perasmian Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur itu
berjalan dengan lancar.

A kurang
B lama
C lembap
D senyap



4

Soalan 19 berdasarkan gambar di
bawah








19. Kelihatan _______________ orang
pesakit sedang menunggu
giliran untuk mendapatkan
rawatan.
A setengat
B seluruh
C segala
D beberapa
Soalan 20 dan Soalan 21
Pilih peribahasa yang paling sesuai
untuk penyataan dan tempat kosong
di bawah ini.

20. Penduduk Kampung Bayan
bergotong-royong membina
jambatan yang roboh di
kampung itu.
A Seperti air di kolam itu.
B Seperti bulan di pagar
bintang
C Seperti aur dengan
tebing
D Seperti rumput di tepi
jalan

21. Salmah _____________ apabila
tidak dapat menjawab soalan
yang dikemukakan oleh Cikgu
Sarini.
A bagai duri dalam daging
B bagai katak di bawah
tempurung
C bagai cicak makan kapur
D bagai ayam disambar
helang
Soalan 22 dan Soalan 23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan
perkataan bergaris dengan betul.

22. I. Pak Musa mengandar
dua bekas rotan ketika
pulang dari hutan.
II. Puan Juriah ialah bekas
pengarah Syarikat Sari
Maju.
III. Bekas luka pada kaki
Amin akibat kemalangan
jalan raya itu masih
kelihatan.
IV. Kakak menyimpan
kerepek pisang itu di
dalam bekas plastik yang
kedap udara.
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

23. I. Enjin kereta itu masih
hidup walaupun dimasuki
sedikit air hujan.
II. Hidup petani di kampung
itu sangat susah sejak
dilanda kemarau.
III. Nenek senang hidup api
dapurnya untuk
memasak nasi.
IV. Pokok bunga kertas itu
masih hidup walaupun
tidak disirami air.

A I dan IV
B II dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV








5

Soalan 24
Pilih ayat tanya yang paling sesuai
bagi jawapan yang diberikan.

24. Tangan saya berdarah kerana
terkena ranting kayu.

A Bagaimanakah kamu
boleh terkena ranting
kayu?
B Mengapakah kamu boleh
terkena ranting kayu?
C Apakah yang kamu rasa
apabila tangan kamu
berdarah?
D Mengapakah tangan
kamu berdarah?

Soalan 25 dan Soalan 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan
ayat yang diberikan.

25. Lim bolehkah pulangkan buku
yang kamu pinjam itu? tanya
Ahmad.

A Ahmad diminta oleh Lim
untuk memulangkan buku
yang dipinjamnya itu.
B Ahmad berharap agar
buku Lim dipulangkan
kepadanya.
C Ahmad meminta Lim
supaya memulangkan
buku yang dipinjamnya.
D Ahmad mengharapkan
Lim meminjamkan buku
yang dipulangkan itu.

26. Kata Siti kepada Wei Ling, Baju
ini dijahit oleh ibu saya.

A Siti memberitahu Wei Ling
bahawa baju itu dijahit
oleh ibunya.
B Siti memberitahu Wei Ling
bahawa ibu saya telah
menjahit baju itu.
C Siti memberitahu Wei Ling
bahawa baju itu dijahit
oleh ibu Wei Ling.
D Siti memberitahu saya
bahawa baju itu dijahit
oleh Wei Ling.

Soalan 27 dan Soalan 28
Pilih ayat yang betul.

27. A Rosila bukan sahaja
pandai tetapi rajin.
B Saya bukan suka makan
roti canai.
C Kuih kegemaran adik
adalah kuih jagung.
D Tolong bermain di
padang yang luas itu.

28. A Abang membawa saya
menonton tayangan
gambar di Tanjong
Golden Village.
B Bola sepak takraw
diperbuat dari rotan.
C Setengah orang memang
tidak suka mengulang kaji
pelajaran pada waktu
malam.
D Ayam-ayam peliharaan
nenek sudah bertelur di
dalam reban.

Soalan 29 dan Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

29. I Lelaki itu tidak bapa saya.
II Bank itu terletak di antara
klinik dengan kedai buku.
III Ayah membeli sebuah
majalah di kedai itu.
IV Puan Mariam mengemas
rumah tatkala pergi ke
pasar.

6


A II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D II , III dan IV sahaja

30. I Bungkusan itu diposkan
kepada sahabatnya yang
berada di Jakarta.
II Bas itu dijangka akan tiba
pada pukul 10.00 malam.
III Gunung yang tinggi sekali
di Malaysia ialah Gunung
Kinabalu.
IV Puisi itu dideklamasikan
oleh Cikgu Badrul.


A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I , II , III dan IV sahaja




Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Encik
Haiqal Izham selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tropicana, guru-
guru, para ibu bapa, dan rakan-rakan pelajar sekalian. Pada pagi ini
saya akan menyampaikan syarahan bertajuk Kebaikan Bersukan.
Hadirin sekalian,
Banyak faedah yang diperoleh daripada aktiviti bersukan.
Kebaikan yang paling nyata ialah aktiviti ini boleh menyihatkan
badan. Semasa bersukan, kita akan mengeluarkan peluh. Berpeluh
merupakan satu cara untuk menyingkirkan bahan buangan daripada
badan. Selain itu, bersukan juga boleh menguatkan jantung dan otot
seseorang.
Bersukan juga boleh mengisi masa lapang seseorang. Melalui
aktiviti bersukan, seseorang itu akan dapat menghabiskan masanya
dengan lebih berfaedah. Aktiviti ini boleh dilakukan apabila kita
mempunyai masa lapang atau pada hujung minggu.
Bersukan juga boleh merapatkan hubungan sesama kita. Kita
boleh melakukan aktiviti ini bersama keluarga, kawan-kawan, atau
jiran tetangga. Aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini juga akan
membangkitkan perasaan saling menghormati.
Hadirin sekalian,
Sesungguhnya banyak lagi manfaat yang boleh diperoleh
daripada aktiviti bersukan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai
kemudahan untuk memudahkan aktiviti ini dilakukan. Marilah kita
memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan.
Sekian, terima kasih.




7

31. Siapakah Haiqal Izham?

A Guru besar
B Pengerusi Majlis
C Tetamu jemputan
D Pelajar Sekolah Kebangsaan
Tropicana

32. Bagaimanakah bersukan boleh
menyihatkan badan?

A Megubati penyakit
B Menguatkan jantung
C Membekalkan khasiat
D Mendapatkan kulit yang
cantik.


33. Bersukan biasanya boleh
dilakukan

A pada hujung minggu
B pada musim perayaan
C semasa mengunjungi rakan
D semasa diadakan pesta
keraian


34. Berikut merupakan kebaikan
bersukan, kecuali..

A menyihatkan badan
B mengisi masa lapang
C mengeratkan perhubungan
D boleh menjadi sumber
pendapatan

35. Rangkai kata paling nyata dalam
petikan bermaksud

A amat ramai
B amat tinggi
C amat cantik
D amat terserlah





























8

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberi.

MACHANG, Rabu beberapa buah rumah di Kampung Simpang
Empat dan Kampung Sungai Air Tawar telah di tenggelami air ekoran
hujan lebat tanpa henti sejak dua hari lalu.

Mangsa-mangsa banjir tersebut telah dipindahkan ke Dewan
Majlis Daerah Machang. Terdapat juga sebahagian daripada
mangsa menumpang di rumah saudara-mara masing-masing. Pihak
kerajaan telah menghulurkan bantuan segera kepada mangsa-
mangsa ini.

Sementara itu, jalan utama yang menghubungi machang dengan
Kuala Krai telah ditenggelami air. Semua jenis kenderaan tidak
dibenarkan melalui jalan tersebut.

Seorang mangsa banjir, Encik Ezry Imran bin Mohamed Ezrudin
memberitahu bahawa mereka telah diselamatkan oleh Pasukan
jabatan Pertahanan Awam ( JPA 3 ). Tambahnya lagi, kebanyakan
mangsa tidak menyedari rumah telah ditenggelami air kerana
kejadian tersebut berlaku ketika mereka sedang nyenyak tidur.

Pegawai Daerah macang, Encik Syed Ismail bin Syed Khushairy
menasihatkan kepada para penduduk agar segera berpindah
sekiranya rumah mereka mulai ditenggelami air. Mereka hanya perlu
membawa dokumen-dokumen penting ke pusat-pusat pemindahan.


36. Mengapakah beberapa buah
rumah ditenggelami air?

A. Air sungai melimpah.
B. Rumah mereka rendah.
C. Hujan lebat tanpa henti.
D. Musin tengkujuh sudah tiba.

37. Mangsa-mangsa banjir telah
ditempatkan di

A. sekolah
B. balai raya
C. kuala krai
D. Dewan Majlis Daerah
Machang

38. Apakah tindakan yang perlu
diambil oleh mangsa jika rumah
mereka mulai ditenggelami air?

A. Menutup semua pintu.
B. mengunci pintu rumah.
C. Menyelamatkan kenderaan
masing-masing.
D. membawa dokumen-
dokumen penting ketika
berpindah.







9

39. Berikut merupakan akibat
daripada banjir tersebut, kecuali..

A. mangsa mengalamikebuluran.
B. mangsa-mangsa terpaksa
dipindahkan.
C. kenderaan tidak boleh melalui
kawasan yang dilanda banjir.
D. jalan yang menghubungkan
Machang dan Kuala Krai terputus.


40. Rangkai kata nyenyak tidur
dalam petikan bermaksud

A. tidur yang lena.
B. tidur di atas katil empuk.
C. tidur yang sekejap sahaja.
D. tidur dalam keadaan
kesejukkan.





























~ KERTAS SOALAN TAMAT~



















Disediakan oleh : Nurul Nazwa binti Osman Disahkan oleh: Pn. Lee Sie En

10

SKIMA JAWAPAN SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 PKSR 1
1. B 21. C
2. A 22. D
3. B 23. A
4. A 24. A
5. B 25. C
6. B 26. A
7. C 27. A
8. D 28. B
9. B 29. B
10. A 30. D
11. B 31. A
12. A 32. B
13. A 33. A
14. B 34. D
15. A 35. D
16. D 36. C
17. C 37. D
18. C 38. D
19. B 39. A
20. C 40. A



























11

Anda mungkin juga menyukai