Anda di halaman 1dari 55

NILAI, ETIKA

DAN MORAL
Logkeethathaevy a/p Sarckunadasan
Siti Nazirah binti Khamsani
Anis Farhana binti Mohd Noor
6 PISMP PS/PJ/BM (1)
BIODATA
PELAJAR
BIODATA
PELAJAR
BIODATA
PELAJAR
Lestari
Budaya
Rejam
Emas
Lestari
Bahasa
Derap
Juara

Konsep nilai, moral
dan etika dalam
Pengajian Sosial.
Nilai adalah piawai norma masyarakat yang
dipengaruhi oleh perikemanusiaan.
Nilai juga merupakan motif yang diperhatikan
serta objek itu, kualiti atau syarat-syarat yang
memotivasikan.
Menurut Clyde Kluckhon, nilai ialah satu
konsep nyata atau tersirat yang dapat
membezakan seseorang individu atau ciri-ciri
kumpulan dari segi perkara yang diingini.

Nilai dilihat sebagai suatu kualiti, motif atau
piawai norma yang ada dalam pertalian antara
benda (objek), fikiran (keinginan) dan
pemilikan.
Dengan ini, nilai murni dapat didefinisikan
sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam
hubungannya sesama manusia, alam dan
Tuhan.


Moral merupakan cara melihat dan menilai
sesuatu isu berhubung dengan sesuatu tingkah
laku berdasarkan pandangan jagat dan budaya
sesuatu masyarakat.
Moral merupakan sesuatu yang berkait dengan
peraturan-peraturan masyarakat yang
diwujudkan di luar kawalan individu yang wujud
secara tercatat atau tersirat yang juga digunakan
sebagai kayu ukur kemurnian seseorang individu
dalam masyarakatnya seiring dengan sosial
budaya.

Dengan kata lain, konsep moral amat berkait
dengan peraturan masyarakat.
Penolakan sesuatu peraturan moral tidak
boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya,
tetapi berlandaskan sebab yang munasabah
dan prinsip moral yang asas seperti keadilan
dan altruisme.


Etika adalah sikap dan adat yang menentukan
tingkah laku sesuatu golongan.
Kayu ukur yang digunakan oleh pengkaji ialah
satu set peraturan tingkah laku atau undang-
undang atau kod etika yang telah digubalkan
bersama oleh kumpulan masyarakat itu.
Tujuan utama garis panduan tingkah laku ini
adalah mengawal, menjamin dan melindungi
segala tingkah laku yang bermoral.

Etika juga adalah sains menilai dan memahami
proses penilaian bagi mencari cara-cara yang
paling sesuai untuk kehidupan seseorang
individu.
Ia berkaitan dengan perlakuan mentafsirkan
sesuatu perbuatan tersebut benar atau salah,
baik atau buruk dan patut atau sengaja.
Etika melihat secara universal perbuatan
manusia.


Fokus etika lebih luas mencakupi estetika,
etika profesional, tingkah laku dan logik.
Etika mempunyai peranan yang besar dalam
kehidupan manusia bagi menyediakan prinsip
tanggungjawab dan menilai tindakan yang
berkaitan dengan kemanusiaan.


Mengenal pasti aktiviti-
aktiviti kokurikulum
sekolah yang menjurus
ke arah pemupukan
nilai dan etika
Aktiviti kokurikulum dijalankan pada hari Rabu
selama satu jam iaitu dari jam 2.30 petang
sehingga 3.30 petang.
Sekolah ini menjalankan tiga aktiviti utama
kokurikulum iaitu unit beruniform,
kelab/persatuan dan juga sukan/permainan.
Kesemua aktiviti ini dijalankan mengikut
giliran setiap minggu.
Pasukan kawad kaki yang diberi nama Derap
Juara telah menjuarai beberapa kali
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah
dan juga Negeri iaitu sejak tahun 2008
sehingga 2011.
Menjadi johan peringkat kebangsaan pada
tahun 2010 dan 2011 serta mendapat tempat
ketiga Ketua Platun Kawad Kaki Terbaik
Peringkat Kebangsaan.
Nilai &
Moral
Bekerjasama
Peka
Taat dan
mematuhi
pemimpin.
Ketahan
dan
disiplin
Kelab/Persatuan Muzik dan Kebudayaan.
Murid-murid dilatih untuk bermain muzik
Gamelan dan Boria.
Kumpulan Boria SKBJ telah berjaya menjadi
johan pertandingan Boria 1 Malaysia yang
berjaya memecahkan rekod Malaysia dan juga
mendapat anugerah Tukang Karut Terbaik.

Nilai
dan
Moral
Semangat
patriotisme
Rajin
berusaha
Tekun
Disiplin


SK Bagan Jermal telah melaksanakan program
Rejam Emas untuk melonjakkan lagi
kecemerlangan permainan sepak takraw di
sekolah ini.
Pasukan sepak takraw sekolah ini telah berjaya
menjadi naib johan peringkat kebangsaan pada
tahun 2006.
Sejak tahun 2004 sehingga kini, 2011, pasti akan
ada beberapa atlet yang mewakili negeri Pulau
Pinang berasal daripada SK Bagan Jermal.

Nilai
dan
Moral
Berdisiplin
Semangat
juang yang
tinggi.
Berkeyakinan

Menganalisis keberkesanan aktiviti-aktiviti
kokurikulum berkenaan dalam usaha
mencapai objektif yang telah ditentukan.
Soal selidik telah dijalankan kepada 50 orang
murid tahun enam di sekolah itu kerana ramai
di antara murid tahun enam yang terlibat
dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum tersebut.


85%
15%
Semangat Kerjasama dalam Pasukan
Ya
Tidak

Penyertaan murid dalam gerak kerja
kokurikulum sepatutnya dapat menyemaikan
perasaan muhibah, perpaduan, integrasi
nasional dan seterusnya menjurus ke arah
bekerjasama. Ini kerana semua murid bebas
menyertai mana-mana gerak kerja
kokurikulum yang diminati dan ditawarkan di
sekolah.

15% daripada responden yang tidak dapat
memberikan kerjasama dengan rakan
sepasukan. Ini mungin kerana murid tersebut
mengalami masalah komunikasi interpersonal
dan kemungkinan juga murid mempunyai
perasaan rendah diri untuk bercampur dan
berkawan dengan murid yang lain.


0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
Mematuhi undang-undang sekolah sepenuhnya
Ya
Tidak
Gerak kerja kokurikulum dapat meningkatkan
tahap disiplin murid. Murid yang berdisiplin
akan mematuhi undang-undang sekolah.
Seramai 40% responden tidak mematuhi
undang-undang sekolah. Ini mungkin kerana
responden tersebut tidak menghayati dan
tidak terkesan dengan disiplin yang dianjurkan
dalam gerak kerja kokurikulum yang dipilih
oleh mereka.


65%
35%
Semangat Patriotik
Ya
Tidak

Seperti yang telah dijelaskan, semangat
patriotism dapat dipupuk dan disemai dalam
aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah
ini.
Namun demikian, hasil kajian yang
ditunjukkan tidak dapat menyokong 100%
pernyataan tersebut.

0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
Penyertaan dalam aktiviti gotong-royong
Ya
Tidak

Menurut temuramah dengan beberapa
responden, ramai murid yang tidak hadir ke
sekolah jika pihak sekolah mengadakan aktiviti
gotong-royong untuk mengindahkan kawasan
sekolah. Ini mungkin kerana tiadanya nilai
menjaga dan memelihara alam sekitar dalam
diri murid-murid

Melalui aktiviti kebiasaan unit beruniform
iaitu perkhemahan, nilai menjaga dan
memelihara alam sekitar sudah diterapkan.
Namun demikian masih ada juga segelintir
murid yang tidak menghayati akan
kepentingan menjaga alam sekitar dan
mengindahkan persekitaran tempat belajar
mereka.

63%
37%
Membuang Sampah ke dalam Tong Sampah
Ya
Tidak

Hasil temuramah dengan beberapa pekerja
pembersihan di sekolah juga menyokong hasil
kajian ini. Menurut pekerja tersebut, setiap hari,
mereka terpaksa mengutip begitu banyak
sampah khususnya pembalut makanan yang
dibuang murid di merata-rata tempat seperti di
koridor sekolah dan juga di taman-taman kecil
dalam kawasan sekolah. Belum dikira lagi sampah
kertas yang dibuang oleh murid. Sampah yang
dihasilkan mereka begitu banyak dan tidak
dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

74%
26%
Peratus Responden yang Membantu Guru
Ya Tidak

Pengalaman kami sendiri mengakui kebenaran
hasil kajian ini. Kami guru pelatih biasanya
membawa banyak barang seperti alat bantu
mengajar, buku rancangan mengajar dan buku
latihan murid.
Tidak ramai murid yang datang menawarkan
bantuan mereka untuk mebawa barang-
barang kami. Selepas disuruh barulah mereka
membantu kami.

Jika seorang murid itu mempunyai perasaan
hormat kepada guru, sudah pastinya dia akan
membantu guru tersebut tanpa disuruh. Nilai
hormat-menghormati dan tolong menolong
yang diterapkan dalam gerak kerja
kokurikulum sperti kawad kaki dan
kebudayaan tidak dapat di aplikasikan
sepenuhnya oleh murid dalah kehidupan
seharian mereka.

Soalan 4:
Jenis Pentaksiran :
Portfolio,Pemerhatian,Ujian
Portfolio
Portfolio adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan
merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang
dipersetujui.

Menggalakkan mereka bekerjasama secara tidak langsung.

Guru dapat menilai sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh pelajar
sama ada mereka bersikap pentingkan diri atau pun saling
membantu antara satu sama lain.

Menggunakan bukti portfolio untuk membuat
penilaian secara holistik.

Guru dapat melihat hasil kerja berkumpulan
pelajar dari awal hingga akhir.

Pelajar yang menunjukkan kesungguhan dan
inisiatif untuk mendapatkan maklumat akan
mendapat markah yang tinggi.


Merangsang pemikiran kreatif dan kritis
pelajar serta dapat mencungkil bakat mereka.

Pelajar yang tidak dapat menghantar portfolio
pada tarikh yang ditetapkan mengikut
persetujuan menunjukkan mereka tidak
mempunyai etika dan sahsiah yang rendah.

Ujian
Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur
yang digunakan untuk memperoleh
pemerhatian yang sistematik tentang sifat,
atau trait seseorang berhubung dengan aspek
pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail,
1995).
Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan
secara berterusan, iaitu semasa pengajaran
dan pembelajaran sedang dijalankan.

Tujuannya ialah untuk mengenal pasti
kelemahan yang wujud semasa pengajaran
dan pembelajaran.
Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di
bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja
rumah untuk mengetahui tahap kebolehan
pelajar.

Ujian sumatif pula ialah ujian yang dijalankan di
akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan
untuk memperoleh maklumat tentang
pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk
mengetahui setakat mana keberkesanan program
yang telah dijalankan itu.
Pemerhatian
Pemerhatian boleh dilakukan secara
berterusan dan mengikut jangka masa waktu
yang diperlukan atau ditentukan bagi
membantu guru dalam mendapatkan
maklumbalas tentang keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah ini meliputi aspek kognitif,afaktif dan
psikomotor.

Pemerhatian boleh berlaku antara guru, dan
antara pelajar dengan pelajar.

Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap
keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar
dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
Guru dapat menilai perlakuan pelajar yang
positif dan negatif.

Pelajar yang baik akan mengaplikasikan apa
yang telah mereka pelajari dalam kehidupan
seharian mereka dan ini juga bergantung
kepada cara penyampaian guru yang
berkesan.
SEKIAN,
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai