Anda di halaman 1dari 1

Teori Binaan Sendiri

Sepanjang menjalani praktikum fasa satu bermula dari 31 Mac 2014 sehingga 25 April 2014,
saya telah mengaplikasikan beberapa teori pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam
pengajaran bahasa. Antara teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah aplikasi
ialah teori pembelajaran kognitif, teori pembelajaran konstruktivisme, teori pembelajaran
koperatif, teori pembelajaran behaviorisme. Pemilihan teori tersebut adalah berdasarkan
beberapa faktor iaitu kesesuaian dari segi isi pelajaran yang hendak diajarkan, faktor gaya
pembelajaran murid. Pengaplikasian teori ini tidak saya dedahkan secara langsung kepada
murid murid, hal ini bermaksud bahawa pengaplikasian teori ini saya laksanakan dengan
cara menyelitkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesungguhnya teori
teori ini mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri, bagi membantu guru untuk
meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Akhir sekali,
teori binaan sendiri yang saya dapat simpulkan ialah teori binaan sendiri terhasil melalui
inovasi guru pelatih untuk menyesuaikannya bagi membantu meningkatkan lagi
keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna teori binaan sendiri ini
adalah berdasarkan kepada teori pengajaran dan pembelajaran yang guru pelatih telah
pelajari namun disesuaikan pengaplikasiannya dengan mengambil kira kesesuaian untuk
membantu meningkatkan isi pelajaran, dan juga faktor gaya pembelajaran murid.
Penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran untuk diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, adalah berdasarkan rujukan yang telah diperolehi oleh guru
pelatih dari pelbagai sumber khususnya internet, dan jurnal.

Anda mungkin juga menyukai