Anda di halaman 1dari 2

Forum: Kepentingan Kemahiran Komunikasi Kepada Guru. Moderator: Assalamualaikum dan selamat petang. Saya Rosliza ..

Pada hari ini kita bersua lagi dalam program bicara guru. Tajuk yang ingin dibicarakan pada hari ini ialah guru berilmu pemangkin komunikasi cemerlang. Sememangnya sebagai seorang guru aspek komunikasi perlulah dititikberatkan lebih lagi peranan sebagai seorang guru pada masa kini semakin mencabar. Kita menilai sahaja situasi yang berlaku pada perkembangan zaman pendidikan kita pada masa sekarang. Pelbagai isu yang timbul yang melibatkan guru. Memandangkan guru sebagai tenaga pendidik yang kata - katanya penuh dengan penyampaian ilmu yang bermanfaat, maka guru harus mempunyai keupayaan yang tinggi dalam kemahiran berkomunikasi. Sebelum berbicara lanjut akan isu pada hari ini, izinkan saya terlebih dahulu untuk mendefinisikan kemahiran berkomunikasi, Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain. Guffey dan Almonte mentakrifkan maksud komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain (penerima). Baiklah, untuk tidak membuang masa, suka untuk saya memperkenalkan ahli panel jemputan pada hari ini. Yang disebelah kiri saya ini, saudara .. Beliau merupakan guru cemerlang dari sekolah sukan Bukit Jalil. Dan baru sahaja menerima pentaulihan jurulatih taraf antarabangsa dalam sukan bola sepak. Yang disebelah kanan saya pula, saudara. Merupakan penerima anugerah guru besar cemerlang selama 6 tahun berturut turut. Seterusnya, ahli panel kita yang ketiga gadis kecil molek yang berasal dari negeri Sabah. Beliau merupakan penerima anugerah guru cemerlang selama 3 tahun berturut turut.

Ya.sememangnya jemputan ahli panel kita pada hari ini begitu hebat belaka.

Baiklah, saya ingin membawa anda bersama sama untuk mengupas dengan lebih lanjut bagaimana guru berilmu pemangkin komunikasi yang cemerlang. Untuk tidak membuang masa saya terlebih dahulu menjemput ahli panel kita yang pertama cikgu Hollysten,, sebagai seorang guru apakah tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh guru khususnya guru sebagai pengajar dan pendidik?

. Memandangkan peranan guru yang begitu meluas sekarang tidak lagi dapat dinafikan bahawa guru juga sangat berperanan penting sebagai agen perubahan dan juga pemimpin. Untuk mengupas isu ini dengan lebih lanjut, saya ingin mengajukan persoalan ini kepada cikgu .

Ya. Sememangnya guru pada masa sekarang perlu mempunyai pelbagai kemahiran khususnya kemahiran berkomunikasi. Maka dengan itu guru juga seharusnya mempunyai ciri kredibiliti yang juga dapat berperanan sebagai agen hubungan sosial dan juga moderator.namun persoalannya disini bagaimana guru sebagai agen hubungan sosial dan juga moderator memainkan peranannnya di samping memikul kerjaya sebagai seorang guru. Dengan itu saya menjemput ahli panel kita yang ketiga cikgu . Untuk mengupas isu ini.

Baiklah, setelah mendengar penjelasan yang begitu terperinci daripada setiap ahli panel jemputan kita pada hari ini, saya beranggapan bahawa isu pada hari ini iaitu guru berilmu pemangkin komunikasi cemerlang telah dapat dibincangkan dengan penuh hikmah dan berinformasi. Maka dapatlah saya simpulkan bahawa untuk menjadi seorang guru tugasnya bukan sahaja mendidik semata mata tetapi juga guru perlu berperanan jauh lebih daripada khususnya dalam memastikan komunikasi berlaku dengan berkesan sama ada melibatkan individu dalam kalangan guru, kepada murid mahupun ibubapa murid. Akhir kata dari saya, Untuk guru guru di luar sana mahupun bakal bakal guru yang akan menjadi pendidik, jadilah guru yang bukan sahaja berilmu namun berkemahiran tinggi khususnya dalam kemahiran berkomunikasi bersama murid. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai