Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN

Kursus Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu kursus yang mesti diikuti oleh semua
guru pelatih yang menjalani Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Kami kumpulan
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diwajibkan mengikuti Kursus Bina Insan
Guru pada semester pertama tahun satu. Kami sudah pun menyempurnakan kursus ini
dengan baik. Oleh itu, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi - tinggi
terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi bimbingan yang lengkap bagi
saya menyempurnakan tugasan ini dengan cemerlang.

Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah bimbingan saya serta tutor saya
iaitu Encik Kanthasamy Sundara Rajoo. Beliau telah memberi sokongan dan
penjelasan yang teliti untuk melakukan semua aktiviti semasa BIG. Penjelasan yang
diberi oleh Kem Komenden membantu saya untuk menjalankan aktiviti BIG dengan
baik. Beliau bukan sahaja memberi penjelasan malahan beliau juga memberi keyakinan
kepada kami untuk menyempurkan kursus ini. Tidak lupa juga untuk berterima kasih
kepada rakan rakan saya yang membantu saya semasa BIG. Rakan saya yang
sekumpulan dengan saya membantu antara satu sama lain untuk menyiapkan tugasan
kumpulan yang diberi semasa BIG.

Saya memang berasa puas hati dalam mengikuti kursus ini. Pengalaman dan
pengetahuan yang saya dapat melalui kursus ini sememangnya amat bagus dan tidak
dapat dilupakan oleh saya. Pengalaman yang saya dapat daripada kursus ini akan
membantu saya pada masa depan untuk mengendalikan sekumpulan pelajar di
sekolah. BIG adalah salah satu kursus yang harus diikuti oleh semua guru. Ini kerana
adalah kursus ini memberikan keyakinan kepada para guru pelatih. Akhirnya saya juga
ingin mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang
membantu saya dan Tuhan Maha Esa.

Sekian Terima Kasih.

LATAR BELAKANG BIG

Pengenalan Latar Belakang BIG


Program ini mengandungi tiga tema iaitu Konsep dan Ciri-ciri Dalam Pembinaan
Insan Guru, Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru. Program ini dijalankan selama
empat hari tiga malam dalam bentuk pakej perkhemahan di institut. Program Bina Insan
Guru (BIG) ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
( PISMP). Pelaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) adalah mulia dan insan guru
adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Oleh
itu, guru harus mampu menyesuaikan diri di dalam semua keadaan dan mampu
menangani cabaran era globalisasi. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti
luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti
yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri yang sebenar (real-self) dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan
diri sebagai insan guru secara berterusan.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta sentiasa bersedia menangani
pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi konvensyen Pendidikan
kali pertama tahun 2003 mengatakan pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya
dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan
memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki ketrampilan profesional yang
tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat Negara.




OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU

Pengisian kurikulum BIG semester 1 ialah aktiviti perkhemahan selama 4 hari 3
malam yang bertujuan untuk memberi pendedehan awal kepada pelajar tentang cirri-
ciri dan kualiti guru yang unggul. Objektif keseluruhan program ini adalah untuk :
1. mamahami realiti persekitaran dan respon secara positif kepada keadaan dan
keperluan persekitaran yang berbeza.
2. manggunakan ilmu dan kemahiran dalam perlaksanaan sesuatu tindakan,
amalan, dan aktiviti.
3. menghayati cirri-ciri kerohaniaan, nilai, etika, dan akhlak keguruan
4. menilai kesesuaian cirri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina
pemikiran positif terhadap kerjaya sebagai guru
5. berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,
kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.
6. membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah
7. mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani dan sosial
8. memupuk semangat berpasukan, berkerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas secara berkumpulan
9. berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan, dan
kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.











RASIONAL BINA INSAN GURU (BIG)

Rasional program BIG adalah untuk membentuk manusia yang mampu
memanusiakan manusia iaitu guru. Guru haruslah mempunyai kemantapan akhlak,
nilai-nilai murni dalam keguruan dan ketahanan diri yang unggul dalam menghadapi
cabaran globalisasi dunia selaras dengan prinsip Rukun Negara, Saranan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Bahkan diharapkan agar
usaha membentuk jati diri keguruan dapat diteruskan oleh guru pelatih sendiri walaupun
tanpa program pemantapan sahsiah seperti program BIG.






PERANCANGAN PROGRAM BIG


1) Melantik Jawatankuasa Induk
2) Melantik Jawatankuasa Kerja
3) Menentukan tempat dan lokasi yang sesuai untuk program BIG
4) Mengenalpasti dan menyediakan keperluan program seperti alatan,
pengangkutan, kebajikan dan keselamatan
5) Menentukan jadual aktiviti sepanjang kursus
6) Menyediakan anggaran perbelanjaan dan kewangan
7) Mengenalpasti dan melantik jurulatih, fasilitator dan urusetia






PELAKSANAAN PROGRAM BIG

1) Perbincangan antara Pengerusi,Setiausaha,penolong setiausaha,ketua
jurulatih yang melibatkan perlaksanaan BIG.
2) Menetapkan agenda mesyuarat Jawatankuasa induk dan Jawatankuasa kerja
BIG.
3) Mengenalpasti 14 orang jurulatih, fasilitator serta 3 orang urusetia untuk
menjayakan program tersebut pada setiap siri BIG
4) Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa kerja untuk
mengemaskini perjalanan program.
5) Taklimat kepada semua peserta program BIG dan penubuhan jawatankuasa
kecil untuk pelajar-pelajar yang terlibat.
6) Taklimat kepada jurulatih dan fasilitator yang dilantik.



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbngan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik bersedia
menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik,progresif dan berdisiplin.


MISI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


Misi Bahagian Pendidikan Guru adalah untuk membangunkan sistem pendidikan
guru yang bertaraf dunia untuk melahirkan guru yang sentiasa cemerlang dan bersedia
memenuhi aspirasi Negara Malaysia.


VISI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Visi Bahagian Pendidikan Guru adalah untuk mewujudkan sistem pendidikan
guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memenuhi aspirasi Negara Malaysia.






BUDAYA INSTITUT PERGURUAN

Budaya IPG ini ialah dapat membina, membentuk, dan melahirkan guru yang
mengamalkan 7 dimensi budaya yang berikut :
Ilmu
Kepimpinan
Kerja Profesional
Akhlak dan Moral
Penyayang
Hidup Sihat
Estetika

Saya selaku warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh bertanggungjawab
untuk mengamalkan kesemua budaya tersebut. Budaya ini bukan sahaja untuk
melahirkan guru-guru yang cemerlang malah guru-guru yang berketrampilan dan
unggul.




MATLAMAT PROGRAM BIG

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang
mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan
diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras denagn prinsip Rukun Negara,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program
pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia
dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan
Perkhemahan ( 4 hari 3 malam) yang akan dilaksanakan pada awal semester pertama.
Aktiviti perkhemahan ini dijalankan adalah bertujuan memberi pendedahan awal
kepada para guru pelatih tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencukupi
enam domain utama dalam kandungan kurikulum BIG. Fokus utama aktiviti
perkhemahan ini adalah memberi keutamaan peluang kepada para guru pelatih.

Anda mungkin juga menyukai