Anda di halaman 1dari 1

SYAITAN MENYESATKAN NIAT PEMUDA SOLEH

Dalam sebuah hadis ada menceritakan tentang dua orang saudara, seorang darinya kuat beribadat
kepada Allah manakala seorang lagi selalu berbuat maksiat dan kejahatan.

Pada suatu hari saudara yang kuat beramal ibadat kepada Allah telah bercita-cita untuk
melihat Iblis di tempat ibadatnya. Suatu hari ketika dia sedang duduk bersendirian maka datanglah
syaitan kepadanya dengan berkata: Sayang sekali engkau, engkau telah menghabiskan dan mensia-
siakan empat puluh tahun umurmu kerana itu rasailah kesedapan dunia dan jamulah kehendak dan
keinginan engkau. Kemudian kembalilah engkau bertaubat serta membuat ibadat kepada Allah pula.
Jadi tiadalah engkau merugi dalam dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi
Penyayang.

Mendengar kata-kata iblis yang lembut itu maka hati dan pendiriannya telah berubah,
katanya: Benar juga kata-kata syaitan itu, aku telahpun merugikan diriku sendiri beberapa lama.
Baiklah aku turun ke bawah mendapatkan saudaraku supaya dapat aku bersama-samanya
memuaskan nafsu keinginan dan keduniaan selama dua puluh tahun, kemudian aku akan bertaubat
dan kembali beribadat kepada Allah di dalam umurku yang dua puluh tahun lagi itu.

Selepas dari itu dia pun turun ke bawah dengan niat untuk melakukan kejahatan dan
kemaksiatan kepada Allah. Dalam pada itu saudaranya yang seorang lagi (Penderhaka) yang selalu di
dalam kancah kemaksiatan dan kejahatan itu mula menyedari kesilapan yang telah dilalukannya.
Pada suatu hari dia mendapati dirinya di dalam seburuk-buruk keadaan. Dilihatnya badannya serta
pakaiannya telah kotor berlumuran dengan najis serta terlantar pula di atas debu tanah. Sewaktu dia
sedar itu, maka berkatalah hatinya: Oh sia-sianya. Oh.. ruginya aku. Sudah habis umurku di dalam
dunia maksiat, aku telah merosakkan diri sendiri serta bodoh, sedangkan saudaraku itu sedang
menikmatan beribadat kepada Allah dan akan memperolehi syurga Tuhan. Tetapi aku.. nerakalah
tempat tinggalku. Demi Allah, aku bertaubat aku akan naik ke atas bersama saudaraku untuk
mengerjakan ibadat dan berbakti kepada Allah. Semoga Allah akan mengampuni segala dosanya.

Maka diapun naiklah ke atas dengan niat untuk bertaubat sedangkan saudaranya itu pula
turun dengan niat untuk melakukan kerja-kerja maksiat dan kerja-kerja yang dimurkai Allah. Tiba-
tiba sewaktu dia hendak turun maka dia tergelincir kakinya lalu jatuh ke atas adiknya bertimpa-
timpa. Akhirnya kedua-duanya itu pun mati di situ juga.

Di hari akhirat nanti kedua saudara itu akan dibangkitkan menurut niatnya. Iaitu yang ahli
ibadah akan di bangkitkan atas niat maksiat manakala adiknya pula akan di bangkitkan atas niat
berbakti kepada Allah sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: Akan di bangkitkan tiap-tiap
hamba menurut keadaan matinya. (Baik atau Buruk).

Di samping itu anggaplah syaitan itu sebagai musuh selama-lamanya sebagaimana firman
Allah yang bermaksud : Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu.

Semua orang tahu syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kita semua, tetapi adakah semua
orang tahu bahawa hari ini paling ramai orang-orang mengikuti langkah-langkah syaitan.

Hari ini syaitan bermaharajalela dengan berbagai-bagai kegiatan maksiatnya, antaranya
syaitan telah mempunyai ahlinya yang paling ramai kalau dibandingkan dengan orang-orang Islam
hari ini. Tempat-tempat judi, kelab-kelab malam, bersekedudukan secara haram dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai