Anda di halaman 1dari 2

Kesalahan lazim semasa melakukan Kajian Tindakan oleh pelatih guru

di IPG
1.
Tidak dapat membezakan antara reka bentuk Kajian Tindakan dengan reka bentuk Kajian
Konvensional. Lazimnya guru tersalah kerana telah memilih reka bentuk kajian konvensional dengan
tujuan untuk melihat sebab dan akibat (keberkesanan). Contohnya, korelasi antara dua
pembolehubah atau kajian perbandingan antara kumpulan yang menerima rawatan dengan
kumpulan yang tidak menerima rawatan (sebab-akibat).
2.
Tidak mematuhi format serta rubrik penilaian yang dikemukakan oleh IPG, sebaliknya
melakukan ikut suka hati sahaja berdasarkan contoh yang lazimnya diperolehi daripada rakan atau
Internet tanpa pengesahan sumber yang diperakui sah dan dipercayai. Contoh begini lazimnya
dimuat naik oleh pengkaji setelah menyelesaikan tugasan.
3.
Kitaran tindakan hanya berlaku sekali sahaja yang menunjukkan TIDAK ada isu baru yang
berkaitan timbul atau kerana menganggap masalah telah dapat diselesaikan. Jelasnya, proses
refleksi ke atas amalan dan tindakan telah TIDAK berlaku secara sempurna.
Ini bertentangan dengan semua model Kajian Tindakan yang dikemukakan oleh pakar-pakar Kajian
Tindakan iaitu adanya kitaran lanjutan atau kitaran baru diperlukan. Kajian Tindakan BUKAN satu
kajian penyelesaian masalah tetapi merupakan kajian penambahbaikan amalan bekerja. Sebagai
kajian penambahbaikan, sifatnya berterusan dan tidak terhenti pada satu penyelesaian (yang masih
boleh diragui keupayaan penyelesaian tersebut untuk diaplikasikan pada situasi, masa, tempat dan
kumpulan yang lain) walaupun kajian lanjutan itu mungkin tidak dilakukan atas pelbagai sebab.
4.
Sangat kurang mendapatkan sokongan literatur untuk menyokong pernyataan yang
dikemukakan. Kebanyakan pernyataan yang dikemukakan lebih bersifat opinionated
statements (andaian dan pandangan yang bersifat syok sendiri) tanpa bukti yang sah.
5.
TIDAK melakukan tinjauan awal untuk mendapatkan maklumat dan data awal secara teratur
dan kemas. Kebanyakannya melakukan tanpa struktur soalan / item yang dapat menjurus kepada
isu yang dikaji sebaliknya bertanyakan soalan yang terlintas di kepala sahaja pada waktu melakukan
temubual atau pemerhatian.Pemerhatian yang dilakukan tidak berfokus kepada isu yang dikaji di
samping sangat kurangmenggunakan jurnal refleksi guru sebagai salah satu alat utama. Pelajar
lebih cenderung menggunakan soal selidik yang kurang relevan dengan bilangan responden yang
sedikit dan boleh ditemui setiap hari dalam bilik darjah. Temubual yang dilakukan lebih bersifat
ingin mengesahkan data dan BUKAN untuk mendalami maklumat dengan tujuan interpretasi dan
mencari makna.
6.
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus untuk menyalahkan atau melemahkan
pihak lain (murid, kaedah pengajaran atau institusi) dan bukan untuk melihat kekuatan dan
khususnya kelemahan diri sendiri (dari sudut penguasaan ilmu dan kemahiran pengajaran dan
pembelajaran).
7.
Di bawah tajuk Fokus Kajian, jarang sekali dikemukakan data lengkap yang telah dibuat
analisis ekoran daripada tinjauan awal. Pandangan peribadi ke atas sesuatu data / maklumat tidak
disokong dengan sorotan literatur. Komponen kecil Fokus Kajian tidak disentuh (kerelevanan,
kebolehan mengurus, keserasian, kepentingan, kawalan dan kolaborasi).
8.
Tidak dapat mengaitkan data-data yang diperoleh melalui instrumen mengumpul data yang
berlainan (gagal membuat triangulasi data) dan jarang sekali melibatkan triangulasi sumber data,
triangulasi penyelidik, triangulasi methodologi pengumpulan data, triangulasi teori, triangulasi
masa atau triangulasi analisis data. Pemerhatian dan temubual dengan murid tidak difokuskan
kepada respons murid terhadap pengajaran. Sebaliknya difokuskan kepada salahlaku murid di dalam
kelas (seperti mengantuk, berbual, bermain, berjalan-jalan, mengganggu rakan dan sebagainya)

tanpa mengaitkannya (relate) dengan amalan bekerja harian yang ingin dibuat penambahbaikan
(aplikasi kaedah dan teknik pengajaran).
9.
Tidak mengambil kira sudut pandangan / perspektif murid tentang sesuatu kaedah atau
teknik pengajaran yang diamalkan. Matlamat melakukan Kajian Tindakan adalah untuk penyelidik
menambahbaik amalan bekerja. Ini juga bermakna peningkatan pembelajaran murid. Oleh itu
pandangan murid dalam menentukan kaedah serta teknik pengajaran perlu diambil kira.
Contohnya, tidak semua permainan sesuai untuk semua tahap murid agar mereka bermotivasi untuk
belajar. Hanya murid sendiri yang tahu bentuk permainan yang boleh memotivasikan mereka
secara khusus.
10.
Tidak menulis sumber rujukan mengikut format yang diminta (format APA) dan bilangan
bahan rujukan yang terlalu sedikit (menunjukkan kurang membuat tinjauan literatur).

Anda mungkin juga menyukai