Anda di halaman 1dari 13

Disediakan oleh :

PENGACARAAN
MAJLIS
Urutan acara dalam sesuatu majlis dari mula hingga
akhir.
Cara membuat atur cara majlis:

I. Menyenaraikan dahulu acara mengikut urutan
II. Letakkan masa akhir
III. Dari waktu akhir ke waktu permulaan letakkan
waktunya setelah menentukan jangka masa bagi setiap
acara.
Juruacara: Seseorang yang membuat
pengumuman mengenai aturcara sesuatu
majlis formal atau tidak formal sebagai
satu panduan kepada hadirin tentang apa
yang akan berlaku mengikut urutan acara
majlis.

Juruacara tidak boleh menjadi pengerusi majlis tetapi
pengerusi majlis boleh menjadi juruacara.
Teks juruacara ditaip menggunakan kertas separuh A4
dan satu muka surat dimuatkan satu pengumuman
sahaja.
Gaya dan teks juruacara bergantung kepada tahap
majlis yang berkaitan sama ada majlis rasmi (formal) dan
majlis tidak rasmi (tidak formal).

Majlis Rasmi: Majlis yang keseluruhannya
ditanggung oleh kerajaan
Majlis Tidak Rasmi: Majlis yang
perbelanjaannya tidak ditanggung oleh
kerajaan

Protokol: peraturan-peraturan yang telah
diterima oleh semua pihak sama ada
dalam amalan hubungan antarabangsa,
hubungan harian dalam masyarakat atau
dalam pelbagai istiadat atau majlis rasmi
dan tidak rasmi.

MASA : 9.15 pagi
CUE : Apabila Pengarah BPG tiba di hadapan pintu masuk Dewan SITC, gamelan
dibunyikan. Juruacara pun mengumumumkan :
AAN : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pengarah Pendidikan Guru.
(1)
MASA : 9.20 pagi.
CUE : Setelah tetamu khas duduk di tempat yang dikhaskan, Buku Cenderamata IPDS
diedarkan. Juruacara memulakan majlis dengan pembukaan:
AAN : Assalamualaikum Wr. Wb. Dan selamat pagi, salam bahagia dan selamat
datang ke Istiadat Penganugerahan Diploma dan Sijil Institut Perguruan
Sultan Idris tahun 1994. yang Berbahagia, Datuk Maphur Baba, Pengarah
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia Prof.
Emeritus, Tan Sri Dr. Ali , Yang Dipertua Persatuan Suluh budiman, Yang
Berusaha Dr. Hj. Hussien Mahmood, Pengetua Institut Perguruan Sultan Idris,
Dif-dif Jemputan, Ketua-ketua Jabatan, para Pensyarah, Ibu-ibu, Bapa-bapa dan
para lulusan sekalian.
(2)
MASA : 9.22 pagi
CUE : Bacaan iftitah oleh Tn. Hj. Daud b. Hj. Ahmad
ANN : Majlis dimulakan dengan menjemput bekas Pensyarah Jabatan Pengajian
Islam MPSI Tahun 1955-79, Imam Masjid Tanjong Malim, Tuan Haji Daud bin
Ahmad, untuk membacakan iftitah.
CUE : Setelah selesai bacaan iftitah, juruacara mengucapkan terima kasih.
ANN : Terima kasih.
(3)
MASA : 9.30 pagi
CUE : Ucapan Pengetua IPSI
ANN : Majlis mempersilakan Yang Berusaha Dr. Hj. Hussein Mahmood, Pengetua
Institut Perguruan Sultan Idris untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
CUE : Setelah selesai menyampaikan ucapan, juruacara mengucapkan terima
kasih kepada Pengetua.
ANN : Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
(4)

MASA : 9.45 pagi
CUE : Ucapan Yang Dipertua Persatuan Suluh Budiman.
ANN : Berikut, majlis menjemput Yang Berbahagia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ali, Yang
Dipertua , Persatuan Suluh Budiman, untuk menyampaikan sepatah dua kata.
CUE : Setelah Prof. Emeritus Tan Sri Ali menyampaikan ucapan, juruacara
merakamkan ucapan terima kasih.
ANN : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
(5)
MASA : 10.00 pagi
CUE : Ucapan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru.
ANN : Seterusnya, majlis dengan penuh takzim, menjemput Yang Berbahagia Datuk
Mahpur Baba, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Istiadat Penganugerahan Diploma dan Sijil,
Institut Perguruan Sultan Idris bagi tahun 1994. Dengan penuh takzim,
dipersilakan.
CUE : Selesai sahaja Yang Berbahagia Datuk Pengarah BPG menyampaikan ucapan
perasmian, juruacara mengucapkan terima kasih
ANN : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
(6)

MASA : 10.15 pagi
CUE : Pasukan Kelab Koir mengambil tempat di sebelah kiri pentas untuk membuat
persembahan.
ANN : Majlis kita pada pagi ini, akan diserikan lagi dengan persembahan koir daripada Kelab Koir
IPSI. Mereka akan tiga buah lagu berturut-turut duduk. Lagu-lagu tersebut ialah
Ibu Kandung Suluh Budiman , Hidup Berbakti dan Kesedaran .
Dipersilakan.
CUE : Selesai sahaja persembahan koir, mereka mengambil tempat duduk. Juruacara
merakamkan terima kasih.
ANN : Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kelab Koir IPSI pimpinan
Encik Mohd. Redzuan Osman, iringan piano oleh Cik Edna Shamani Wellington.
(7)
MASA : 10.30 pagi
CUE : Penganugerahan Diploma dan Sijil
ANN : Para hadirin sekalian, pada tahun 1993 Institut Perguruan Sultan Idris telah
berjaya mendidik seramai 617 orang guru terlatih, 31 orang lulus Diploma Perguruan 137
orang lulus Kursus Perguruan Khas, 130 orang lulus Kursus Lepas Ijazah, dan 331 orang
lulus Kursus Perguruan Asas.
Pada hari ini, mereka dianugerahkan diploma dan sijil. Bagi menyempurnakan istiadat ini,
majlis menjemput Yang Berbahagia Datuk Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, ke tempat
penganugerahan.
Dipersilakan.
(8)
MASA : 10.35 pagi
CUE : Pengetua mengiringi Yang Berbahagia Datuk Pengarah BPG ke tempat Penganugerahan
Diploma dan Sijil.
AAN : Mengumumkan nama penerima diploma dan sijil bagi tahun 1994 dengan
kehadiran.
MASA : 11.35 pagi
CUE : Setelah lulusan terakhir menerima sijil, muzik latar diberhentikan. Juruacara
mengumumkan:
ANN : Saat yang dinantikan sudah tiba untuk mengumumkan penerima hadiah
kecemerlangan tahun 1993?
(9)
MASA : 12.00 tengah hari
CUE : Sebaik sahaja penerima terakhir menerima anugerah daripada Yang Berbahagia Datuk
Pengarah, juruacara mengucapkan:
ANN : Tahniah kepada penerima hadiah dan anugerah.
(Berhenti sebentar)
Sebagai tanda besar hati dan ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Tuan Pengetua
untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datuk.
Dipersilakan.
(10)
MASA : 12.00 tengah hari
CUE : Setelah selesai Pengetua menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia Datuk, juruacara berpantun:
ANN : Tanjong Malim tanah berbukit,
Tempat orang ke tanah Andalas,
Budimu tuan bukan sedikit,
Sampai ke mati tidak terbalas.
MASA : 12.08 tengah hari
CUE : Pasukan Koir mengambil tempat di sebelah kanan dewan untuk
membuat persembahan.
ANN : Bagi mengakhiri majlis, sekali lagi dipersilakan Kumpulan Koir IPSI
menyampaikan lagu-lagu: Dirgahayu Oh Tanah Airku, Top of the
World dan Seringgit Sidua Kupang.
(11)

MASA : 12.15 tengah hari
CUE : Sebaik sahaja selesai lagu ketiga dinyanyikan, juruacara
mengumumkan:
ANN : Hadirin sekalian, majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk
Mahpur Baba, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru dan semua yang
terlibat dalam menjayakan majlis yang gilang-gemilang ini. Bagi
mengakhiri majlis ini, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu
Negaraku dan diikuti dengan perarakan keluar.
CUE : Muzik gamelan dimainkan. Pembawa keris mengambil semula Keris
Istiadat dan bersedia memulakan perarakan keluar.
ANN : Mengumumkan, Yang Berbahagia Datuk Pengarah Bahagian
Pendidikan Guru meninggalkan dewan.
(12)

Anda mungkin juga menyukai