Anda di halaman 1dari 10

MEMUPUK BUDAYA USAHAWAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN: SATU KAJIAN DESKRIPTIF




Farizah Ariffin
Asmiza Osman
Rashdan Rashid


Abstrak


Program Transformasi Nasional adalah usaha kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia
sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Ianya seiring dengan usaha kerajaan bagi
membentuk masyarakat menjadi golongan usahawan dan usaha dilakukan oleh banyak pihak
sejak di bangku sekolah lagi sehinggalah ke peringkat IPT. Dasar dan program digubal
untuk merealisasikan hasrat ini antaranya matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di
peringkat sekolah dan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi di
IPT. Kajian ini menghuraikan peranan yang diambil oleh Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
bagi meneruskan kesinambungan usaha memupuk budaya usahawan tersebut.

Kata kunci: usahawan, politeknik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.


1 PENDAHULUAN

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi tekanan dan cabaran besar dalam
mendepani persaingan abad ke-21. Bagi merealisasikan cita-cita negara, satu usaha utama ke
arah peningkatan daya saing, produktiviti serta inovasi negara harus dilaksanakan. Misi
Nasional yang telah diumumkan oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, mantan Perdana
Menteri Malaysia dalam ucapan Bajet 2006 (Ucapan Bajet, 2006) dalam usaha untuk
membantu graduan di mana kerajaan akan melaksanakan:

a. Skim Usahawan Muda di bawah Kementerian Usahawan dan Koperasi dalam bidang
ICT, pelancongan, produk halal serta pemperosesan dan pembungkusan makanan.

b. Pusat Latihan Kemahiran Negeri menambah pengambilan pelatih dan
memperkenalkan kursus baru di bawah Program Peningkatan Kemahiran
Perindustrian. Sebanyak 100 juta ringgit diperuntukkan untuk melatih 4,800 pelatih,
dan

c. Program PROSPER siswazah dilaksanakan untuk menggalakkan siswazah menceburi
bidang keusahawanan. Untuk permulaan seramai 200 graduan dibantu memulakan
perniagaan pada tahun 2006, dengan pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit bagi setiap
usahawan.

Menerusi Misi Nasional, negara berupaya untuk membangunkan ekonomi negara secara lebih
berdaya saing dan berdaya tahan iaitu melalui pembudayaan keusahawanan. Usaha ini
diteruskan dengan Pelaksanaan Transformasi Nasional oleh Datuk Seri Najib Tun Razak
(Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan, n.d.). Sehubungan itu, Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) telah mengorak selangkah ke hadapan apabila memperkenalkan
Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi pada 13 April 2010 sebagai
langkah menggalakkan pembangunan modal insan dalam melahirkan siswazah usahawan
yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu
pengetahuan dan inovasi. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
telah mengumumkan yang dasar berkenaan mempunyai enam teras strategik. Salah satu
daripadanya ialah menubuhkan pusat keusahawanan di setiap IPT untuk merancang,
menyelaras, memantau dan menilai program serta aktiviti pendidikan keusahawanan
(Kementerian Pengajian Tinggi, 2010).

Kesedaran peri pentingnya membudayakan sifat keusahawanan dalam diri pelajar terus diberi
perhatian. Ini dibuktikan melalui objektif Transformasi Politeknik yang ketiga di dalam pelan
Halatuju dan Agenda Transformasi Politeknik yang direncanakan oleh J abatan Pengajian
Politeknik. Penulis sendiri berpeluang menghadiri majlis pelancaran pelan tersebut yang
disempurnakan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010 lalu di
Putrajaya International Convention Centre. Lima objektif Transformasi Politeknik telah
digariskan iaitu:

a. Melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju dalam bidang latihan teknikal
tertentu pada peringkat diploma berlandaskan kepada pendidikan latihan teknik dan
vokasional;

b. Mengukuhkan kerelevenan dan responsif program pengajian di politeknik terhadap
kehendak pembangunan ekonomi Negara;

c. Menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan graduat berkualiti
yang berdaya usahawan (enterprising), berkebolehpasaran tinggi serta berdaya saing;

d. Membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institusi
pengajian tinggi Negara yang terbaik;dan

e. Mempelbagaikan dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik minat
pelajar ke politeknik.

Pembudayaan keusahawanan dikenalpasti sebagai wadah terbaik untuk memanafaatkan
bidang tujahan (niche area) dan teknologi tertentu bagi menghasilkan modal insan yang
berinovasi. (Program Keusahawanan, 2012). Menurut Abdul Said (2012) pendidikan
keusahawan yang diterapkan dalam Kemahiran Hidup Bersepadu dapat diserapkan dalam
pendidikan usahawanan di peringkat yang lebih tinggi. Dalam pada itu Mohd Khaled (2007)
menyatakan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi akan
mengembangkan nilai-nilai keusahawanan tulen supaya tenaga kerja kita tidak lagi cenderung
untuk kerja makan gaji semata-mata, sebaliknya memilih makan gaji sebagai pilihan terakhir
mereka.

1.1 Objektif kajian ini adalah tertumpu kepada:

1.1.1 Mengenalpasti langkah-langkah yang diambil oleh Sistem Pendidikan
Negara dalam menerapkan pendidikan keusahawanan.
1.1.2 Mengenalpasti program-program keusahawanan yang dijalankan di
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.


2 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK BUDAYA USAHAWAN
DALAM KALANGAN PELAJAR

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam menerapkan budaya keusahawanan dalam
kalangan pelajar, beberapa langkah telah diambil bagi merealisasikan hasrat tersebut.

2.1 Pembudayaan Keusahawanan melalui Sistem Pendidikan Negara

Proses pembudayaan keusahawanan merupakan satu proses jangka panjang dan
memerlukan usaha berterusan. Di negara kita proses pembudayaan keusahawanan
telah menjadi satu tumpuan utama dan ianya telah dimulakan dengan melibatkan
golongan pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, pelajar di institusi pengajian
tinggi serta masyarakat umum. Memandangkan betapa pentingnya bidang
keusahawanan ini dan juga selaras dengan matlamat kerajaan yang berhasrat
menyusun semula masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera, maka
kerajaan telah merangka strategi untuk membentuk budaya usahawan yang lebih
berkesan dan berstruktur.

Pembudayaan keusahawan ini dapat dibahagikan kepada program yang berbentuk
secara langsung atau tidak langsung dan dijalankan oleh pelbagai pihak. Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pembudayaan
Keusahawanan melalui kurikulum sekolah. Beberapa sukatan pelajaran berkaitan
dengan keusahawanan seperti Prinsip Akaun, Perdagangan, Pengajian Perniagaan,
Kemahiran Hidup, Matapelajaran Vokasional, Ekonomi Asas, Ekonomi
Rumahtangga, dan sebagainya telah dibentuk untuk tujuan berkenaan. (Abdul Said,
2012). Manakala Institut Keusahawanan Negara, Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri pula memperkenalkan Program Usahawan Muda (PUM)
kepada pelajar sekolah menengah. Ia bertujuan memberikan pendedahan dan
pengalaman hands-on kepada pelajar sekolah mengenai sistem operasi dan
pembubaran syarikat berdasarkan model koperasi. Ia juga meliputi Simposium
Keusahawanan, Konvensyen PUM dan Kem Keusahawanan [Program Usahawan
Muda (PUM), 2012].

2.2 Pembudayaan Keusahawanan di IPT
Elemen terpenting untuk memupuk sesuatu budaya itu adalah bermula dari peringkat
awal dan ia diterajui oleh sistem pendidikan negara. Maka tidak hairanlah mengapa
kerajaan telah memperkenalkan unsur amalan keusahawanan dalam kurikulum yang
bertujuan menyemai dan memupuk budaya keusahawanan. Pendidikan formal dalam
bidang keusahawanan melahirkan generasi baharu usahawan yang dapat memajukan
usahawan dan negara. Di dalam Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Tinggi
Negara, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan berhasrat melihat institusi pengajian
tinggi negara memainkan peranan penting dalam merangsang perubahan negara ke
arah K-ekonomi atau ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam konteks ini, ekonomi
kita haruslah berasaskan kepada inovasi dan bukan lagi berasaskan pelaburan modal
semata-mata. Inovasi adalah merupakan salah satu ciri penting keusahawanan. Hanya
dengan pengetahuan dan inovasi Malaysia mampu bersaing dan berjaya di arena
antarabangsa.
Program pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar pengajian tinggi bermula
sejak tahun 1989 melalui Program Pembangunan Usaha Siswa yang bertujuan
mendedahkan golongan siswa kepada asas-asas keusahawanan menerusi seminar atau
bengkel. Program ini terus diperkembangkan kepada 10 buah IPTA pada tahun 1995.
Dua lagi program baru telah perkenalkan mulai 2001 iaitu Latihan Keusahawanan
Siswa yang memberi panduan dari aspek peluang, kaedah dan perancangan
perniagaan serta Kursus Asas Keusahawanan Siswa yang disasar kepada siswa tahun
akhir. Sewaktu berucap di Majlis Perasmian Karnival Usahawan IPTA di J ohor
Baharu pada 23 Disember 2004, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin yang
merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada ketika itu
memaklumkan hasil pelaksanaan ketiga-tiga program di atas telah memberi
pendedahan dan latihan keusahawanan kepada 37,191 orang mahasiswa. Sebahagian
besarnya diberi pendedahan keusahawanan menerusi Program Pembangunan Usaha
Siswazah iaitu melibatkan seramai 33,035 pelajar, diikuti dengan Latihan
Keusahawanan Siswa seramai 3,215 dan baki 941 orang lagi pelajar mengikuti Kursus
Asas Keusahawanan Siswa. (Mohamed Khaled, 2007).

Pada tahun 2004 satu lagi program keusahawanan turut diperkenalkan di kampus iaitu
Student In Free Enterprise atau SIFE
1
. Program ini telah membuka peluang kepada
pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi untuk menyertai pertandingan keusahawanan
pelajar di peringkat antarabangsa. Persada ini mengaktifkan golongan siswa untuk
berfikir secara global dalam usaha untuk menerobos pasaran yang lebih besar dan
berpeluang menikmati kekayaan yang terdapat di peringkat dunia. Menerusi program
SIFE mahasiswa dilatih untuk merancang dan mengendalikan aktiviti yang memiliki
elemen keusahawanan yang diuruskan secara berkumpulan. Program ini dilaksana
untuk satu jangkamasa tertentu dan yang lebih pentingnya adalah kumpulan
mahasiswa tersebut berpeluang berurusan dan membina rangkaian kerjasama dengan
sektor korporat. Program ini seterusnya diperkasakan menerusi geran daripada
yayasan atau pihak swasta.

Beberapa anugerah juga telah diperkenalkan seperti anugerah etika keusahawanan
yang tinggi dan anugerah kepada syarikat yang berjaya menghasilkan pelan
penjimatan kos perniagaan. SIFE juga mempertingkatkan keberkesanan program
'intership, menawarkan biasiswa untuk pelajar-pelajar yang menang dan 'special
attachment selama beberapa bulan di universiti luar negara di mana pelajar-pelajar
tersebut berkongsi pengalaman bersama usahawan yang berjaya sebagai mentor.
Senario ini merupakan sesuatu yang amat bernilai untuk mereka membina
'networking bukan sahaja sesama mereka tetapi juga dengan rakan-rakan 'internship
dari negara lain yang mengikuti program tersebut (Mohamed Khaled, 2007).

3 PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN DI POLITEKNIK TUANKU SYED
SIRAJUDDIN (PTSS)

Politeknik tidak terkecuali dalam arus Pembudayaan Keusahawanan di kalangan pelajar.
Beberapa langkah telah disusun dan diatur bagi merealisasikan hasrat kerajaan ini.

1
SIFE merupakan pentas antarabangsa yang menguji kumpulan pelajar terhadap budaya usahawan, inovasi dan
kepimpinan. Terdapat wakil kumpulan dari Malaysia yang telah menyertai pertandingan di SIFE Global dan
berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga.


3.1 Pendidikan Keusahawanan secara formal

Bermula sebagai pusat perkembangan kemahiran, asas keusahawanan dipupuk
melalui kursus yang ditawarkan seperti kursus PB201 Keusahawanan dan PB504
Pembangunan Keusahawanan (Ministry of Higher Education, 2011a, 2011b) yang
memberi input berkaitan perkara-perkara berikut :

a. Membentuk idea perniagaan untuk memulakan perniagaan.
b. Membentuk pelan perniagaan yang memenuhi kehendak institusi kewangan.
c. Menyediakan penyata kewangan dan membangunkan kawalan stok.
d. Pengenalan kepada keusahawanan yang menjelaskan perbezaan konsep usahawan
dan peniaga.
e. Isu keusahawanan seperti etika perniagaan, tatacara memulakan perniagaan dari
segi perundangan dan tanggungjawab sosial usahawan serta ICT dalam
keusahawanan.
f. Pemilihan idea dan peluang perniagaan yang membincangkan aspek sumber idea
perniagaan, proses menjana serta mengenalpasti idea perniagaan, mengkaji dan
memilih idea perniagaan.
g. Rancangan Perniagaan di mana pelajar diajar tentang kepentingan dan ciri-ciri
Rancangan Perniagaan yang baik serta berpeluang menyediakan Rancangan
Perniagaan sendiri mengikut format yang betul.
h. Khidmat Sokongan dari aspek kewangan, latihan pengurusan keusahawanan,
teknologi ,lokasi serta ruang niaga dan pemasaran.

Selain penyampaian di bilik kuliah, para pelajar turut diberi tugasan yang mencabar
ketangkasan minda untuk melahirkan idea inovatif dan kreatif serta berdaya saing di
pasaran.

Konvensyen Koperator Politeknik dan Kolej Komuniti pada 5-7 Disember 2005 telah
mengeluarkan resolusi untuk mewujudkan Pusat Eram-urus (incubator) di setiap
politeknik dan Kolej Komuniti (Harun, 2012). Di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,
pembudayaan keusahawanan ini diterjemahkan dengan penubuhan beberapa
inkubator keusahawanan pada 2008 (Gambar 1). Dengan mengambilkira manafaatnya
kepada warga pelajar yang mendiami kamsis, pengurusan tertinggi politeknik
mengambil keputusan untuk membina bangunan yang menempatkan inkubator bakeri,
salon dan fotografi di kafe pentadbiran dan persekitaran kamsis pelajar.

Pemupukan nilai-nilai murni, penampilan progresif dan budaya turut ditekankan demi
melahirkan usahawan yang berkualiti dan berjaya. Kursus keusahawanan yang pada
awalnya tertumpu kepada pelajar program Pengurusan Perniagaan kemudiannya turut
ditawarkan sebagai kursus elektif kepada pelajar yang mengikuti program Pengurusan
Pelancongan, Pengurusan Hotel dan Katering, Sains Kesetiausahaan, Kejuruteraan
Mekanikal dan juga Kejuruteraan Elektrik. Pembudayaan keusahawanan
kemudiannya diperluaskan lagi ke bidang ko-kurikulum dengan tertubuhnya Kelab
Usahawan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin pada sesi J ulai 2007. Seminar dan
forum keusahawanan daripada agensi khidmat seperti MARA turut diadakan untuk
memberi pendedahan serta sebagai persediaan pelajar berhadapan dengan bidang
keusahawanan.

Usaha pembudayaan keusahawanan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin terus
dipergiatkan dengan beberapa strategi yang lain iaitu menerusi Karnival Usahawan,
penubuhan unit inovasi serta program-program kursus jangka pendek di bawah
J abatan Perdagangan.

3.2 Karnival Usahawan

Karnival Usahawan merupakan acara tahunan yang diadakan sempena majlis
konvokesyen. Menerusi karnival ini para pelajar diberi peluang untuk merasai
pengalaman berniaga dan berhadapan dengan masyarakat umum serta cara berniaga
yang sebenarnya. Tempoh perniagaan selama tiga hari mungkin dianggap singkat,
tetapi apa yang lebih penting menerusi karnival seperti ini para pelajar berpeluang
untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

3.3 Unit Inovasi dan Keusahawanan

Penubuhan Unit Inovasi dan Keusahawanan PTSS pada Oktober 2008 membuka
ruang kepada pelajar untuk menterjemahkan ilmu-ilmu keusahawan dalam bentuk
yang praktikal. Sebanyak empat unit kedai beroperasi hasil usahasama di antara
beberapa pelajar dengan bimbingan pensyarah penyelia. Pelbagai kemahiran
merangkumi aspek pengurusan perniagaan, pentadbiran, pemasaran dan komunikasi
yang dipelajari di bilik kuliah diaplikasikan di sini.

3.4 Program Latihan Jangka Pendek

Enam program telah disusun di bawah program latihan jangka pendek yang
diusahakan oleh para pensyarah J abatan Perdagangan, PTSS. Penyertaan program-
program ini adalah terbuka kepada semua pelajar semester akhir dari jabatan
akademik di PTSS dan ia dilaksanakan pada bulan November dan Disember. Walau
bagaimanapun hanya 175 orang sahaja yang terpilih untuk menyertai mana-mana satu
daripada enam program yang ditawarkan. J ika sebelum ini ada pelajar yang menjadi
orang tengah untuk program membuat kemeja-T bagi rakan-rakan kampus, kini
bentuk keusahawanan diperluaskan. Di antara kursus yang ditawarkan adalah kursus
asas perniagaan, kursus pengurusan taska, kursus perniagaan dobi, kursus baik pulih
telefon, kursus kecantikan dan kursus penternakan.

J adual 3.4.1: Senarai program, tempoh dan objektif kursus jangka pendek
keusahawanan di PTSS.

Bil. Program
Bil. hari
berkursus
Objektif
1 Kursus Asas
Perniagaan
(40 peserta)

8 hari

Membuka minda dan meransang semangat
keusahawanan di kalangan para peserta agar
menceburi bidang keusahawanan sebagai
kerjaya pilihan.
2 Kursus
Pengurusan
Taska
(35 peserta)
14 hari

Menyalurkan pengetahuan dan kemahiran
tambahan berkaitan bidang pengasuhan dan
pendidikan awal kanak-kanak.

Melahirkan usahawan terlatih yang
berminat untuk menceburi bidang
perniagaan TASKA/TADIKA.
3 Kursus
Perniagaan Dobi
(20 peserta)
10 hari


Menyalurkan pengetahuan dan kemahiran
tambahan berkaitan bidang pengurusan serta
pengendalian dobi.

Melahirkan usahawan terlatih yang
berminat untuk menceburi bidang
perniagaan cucian pakaian.

4 Kursus Baik
Pulih Telefon
(20 peserta)
12 hari


Melahirkan usahawan lepasan politeknik
dalam bidang kepakaran baik pulih telefon
yang berdaya saing.
5 Kursus
Kecantikan
(30 peserta)
7 hari


Memupuk minat di kalangan para peserta
dalam bidang kecantikan dan seterusnya
merealisasikan kemahiran dan pengetahuan
yang diperolehi dengan menceburi bidang
kecantikan sebagai bidang perniagaan.
6 Kursus
Penternakan
(30 peserta)
10 hari


Memupuk minat di kalangan para peserta
dalam bidang penternakan dan seterusnya
merealisasikan hasrat kerajaan untuk
melahirkan usahawan tani yang berjaya.


Gambar-gambar berikut diambil daripada kursus baik pulih telefon, kursus penternakan dan
kursus perniagaan dobi yang dianjurkan oleh Unit Keusahawanan, Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin.












































Majlis Perasmian Inkubator
Keusahawanan PTSS.


Peserta-peserta diperkenalkan kepada
alatan baikpulih.



Memberi makanan kepada kambing
ternakan.
Memberi rawatan suntikan kepada
kambing.


Peserta sedang mencuba peralatan di
kedai dobi.


Peserta-peserta dalam aktiviti
perbincangan.


3.5 Program Perantis

Selain daripada tumpuan program latihan keusahawan yang disenaraikan, unit Inovasi
dan Keusahawanan mengadakan Program Perantis (Apprenticeship Programme) yang
khusus disasarkan kepada pelajar-pelajar yang baru tamat pengajian di PTSS.
Program ini lebih memberi penekanan kepada latihan yang menjurus kepada
meningkatkan kemampuan graduan untuk merebut peluang memperolehi pekerjaan
selepas tamat program. Mereka yang mengikuti program ini akan diberi latihan
selama tiga hingga enam bulan bergantung kepada jenis program yang disertai.
Program Perantis dipelopori oleh empat orang pelajar yang menjalani latihan industri
bagi sesi J anuari 2010. Program ini dilaksana dengan kerjasama salah sebuah anak
syarikat ZFAS Group iaitu Vurzberg Marketing di bawah Program Usahawan
Inkubator Technopreneur (Wireless Broadband & Telekomunikasi) yang menjalankan
perniagaan telekomunikasi dan peruncitan.


4 KESIMPULAN

Dapat dirumuskan memupuk budaya usahawan di kalangan pelajar merangkumi beberapa
peringkat bermula dari aspek penerapan budaya keusahawanan dan latihan keusahawanan
sehingga ke peringkat pengembangan jaringan perniagaan bagi mempertingkatkan prestasi
dan kemajuan perniagaan. Ia perlu disusuli dengan khidmat nasihat dan bimbingan kepada
usahawan dan bakal usahawan. Langkah-langkah yang telah diambil oleh Sistem Pendidikan
Negara untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan termasuklah
mengadakan Simposium Keusahawanan, Konvensyen PUM dan Kem Keusahawanan,
Program Pembangunan Usaha Siswa, Latihan Keusahawanan Siswa, Kursus Asas
Keusahawanan Siswa dan Student In Free Enterprise (SIFE).

Pembudayaan usahawan di peringkat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dilaksana melalui
penerapan kemahiran insaniah yang merangkumi aspek keterampilan diri, keberkesanan
komunikasi dan kepimpinan. Melalui penglibatan dan pemerhatian pengkaji di dalam Unit
Keusahawanan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, beberapa aktiviti telah dikenalpasti
untuk dilaksanakan di politeknik ini dalam usaha memupuk budaya usahawan dalam
kalangan pelajar. Usaha ini bermula dengan Pendidikan Keusahawanan secara formal melalui
kursus yang ditawarkan. Seterusnya melalui program-program Karnival Usahawan,
Penubuhan Unit Inovasi dan Keusahawanan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Program
Latihan J angka Pendek dan Program Perantis.


RUJUKAN

Abdul Said, A. (2012, J uly 18). Pendidikan Keusahawanan dalam kalangan pelajar:
Perspektif dan Cabaran. Utusan Borneo. Retrieved August 8, 2012 from
http://eprints.ums.edu.my/4584/1/nc0000001801.pdf .

Harun, M. (2012). Koperasi Politeknik Tubuh Pusat Inkubator Keusahawanan. Retrieved
April 21, 2012 from http://www.angkasa.coop/pelancar/arkib/jan06/january019.html .

Kementerian Pengajian Tinggi. (2010). Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi
Pengajian Tinggi. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.

Ministry of Higher Education. (2011a). PB201 Entrepreneurship (pp. 110).

Ministry of Higher Education. (2011b). PB504 Entrepreneurship Development (pp. 18).

Mohamed Khaled, Nordin (2007). Keusahawanan Dasar, Pembangunan dan Pembudayaan.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan. (n.d.). (pp. 6998).

Program Keusahawanan. (2012). Retrieved August 8, 2012 from
http://www.mohe.gov.my/portal/pelajar/program-keusahawanan.html .

Program Usahawan Muda (PUM). (2012). Retrieved August 15, 2012 from http://
http://www.insken.gov.my/web/guest/program-usahawan-muda.

Ucapan Bajet 2006. (2006). Retrieved April 21, 2012 from
elib.uum.edu.my/kip/Record/iium290302.


Farizah Ariffin. J abatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
emel: farizahptss@gmail.com

Asmiza Osman. J abatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
emel: asmizajpg@gmail.com

Rashdan Rashid. Othman Yeop Abdullah Graduate School, Universiti Utara Malaysia.
emel: pkksabah@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai