Anda di halaman 1dari 2

Fadilat surah Al-Waqiah.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan
ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan
ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu
Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana


sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam
maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-
Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu
semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada
setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah
akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai
penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan
terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang
terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini
menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan
orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai
bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

 Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia
dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

 Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan
memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

 Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di
tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

 Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini
sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak
akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi
dermawan.

 Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama


seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-
Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya;
pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak
25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat
keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan
sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
Insya’Allah berhasil.

 Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di
permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,
diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang
hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca
disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

 Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7
hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan
sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan
sayur-sayuran sahaja.

 Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali.
Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama,
maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat
berikutnya.

 Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125
kali kemudian selawat 1000 kali.

Anda mungkin juga menyukai