Anda di halaman 1dari 4

3.

0 TEORI KECERDASAN PELBAGAI






Untuk seseorang individu belajar, terdapat hingga
lapan kecenderungan potensi dalam teori kecerdasan
pelbagai yang dijelaskan oleh Haward Gardner. Untuk
membimbing pelajar sebagai mentee, guru disarankan
mengenalpasti kecerdasan pelbagai diri sendiri terlebih
dahulu kerana guru adalah fasilitator dan juga mentor.

Di dalam buku yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun
2001 mengenai Modul Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan
Pembelajaran menkategorikan Kecerdasan Pelbagai kepada lapan jenis iaitu;

1. Kecerdasan Verbal-Linguistik
2. Kecerdasan Interpersonal
3. Kecerdasan Intrapersonal
4. Kecerdasan Logic-Matematik
5. Kecerdasan Visual-Ruang
6. Kecerdasan Kinestetik
7. Kecerdasan Muzik
8. Kecerdasan Naturalis

1. Kecerdasan Verbal-Linguistik

Ciri-ciri: Kemampuan berkata-kata secara bermakna dalam pertuturan dan penulisan,
kebolehan mengingati info atau maklumat, serta mampu berkomunikasi dalam bahasa
tersebut.


2. Kecerdasan Interpersonal
Ciri-ciri: kemampuan untuk memahami emosi samaada simpati atau empati, motivasi,
tabiat serta kemahuan orang lain. Kecerdasan interpersonal juga adalah kemahiran
bertindak yang mampu meninggalkan kesan kepada individu lain secara bukan
teoretikal seperti memberi perangsang kepada murid menyertai sesuatu aktiviti.

3. Kecerdasan Intrapersonal
Ciri-ciri: Kecerdasan intrapersonal dapat membolehkan individu mengawal emosi diri
serta mampu membuat refleksi kendiri yang tinggi. Seseorang yang mempunyai
kecerdasan pelbagai berkebolehan memahami diri sendiri dari segi kelemahan,
kekuatan, kehendak dan hasrat.

4. Kecerdasan Logik-Matematik

Ciri-ciri: Individu yang bijak berhujah, dapat menggunakan nombor secara berkesan,
prinsip sebab akibat serta kebolehan menjangka, membuat keputusan yang adil,
memahami kelompok nombor asas, dan cekap menggunakan teknologi dalam
penyelesaian masalah adalah ciri-ciri kecerdasan logic-matematik.


5. Kecerdasan Visual-Ruang

Ciri-ciri: Seseorang individu yang berkebolehan memahami prinsip rekaan dan unsur
seni yang terdapat dalam bahasa seni contohnya memahami bentuk, garisan, warna
dan sebagainya.
6. Kecerdasan Kinestetik

Ciri-ciri: Seseorang individu yang berkemampuan menggunakan bahasa badan bagi
melontarkan ideanya, emosinya dan menyelesaikan masalah. Kecerdasan kinestetik
termasuklah kemampuan melakukan koordinasi, keseimbangan, refleksibiliti dan
kepantasan.

7. Kecerdasan Muzik

Ciri-ciri: Individu yang mempunyai kebolehan dalam mengesan melodi lagu dan irama,
mengenal lagu mudah dan mampu membanding dan mengedit irama serta tempo
dalam melodi mudah.

8. Kecerdasan Naturalis

Ciri-ciri: Individu yang berkebolehan mengenali dan mengategorikan flora dan fauna,
galian, hasil bumi serta berkebolehan mengenali artifak budaya dari pelbagai segi
seperti pakaian, makanan dan seni.




Rasional Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai



3.1 MENGAPLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI KE DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI

Langkah mengenal pasti cara belajar dan merancang intervensi bagi
memudahkan proses pembelajaran dapat membantu murid belajar dengan efektif dan
berkesan sesuai dengan kemampuan dan minat mereka. Keseronokan ketika belajar
akan memudahkan murid untuk memahami ilmu.

Semasa mengajar matapelajaran Dunia Seni Visual atau Pendidikan Seni Visual,
guru boleh mengubah tajuk aktiviti yang sesuai dengan kebolehan murid. Contohnya
bidang menggambar, aktiviti lukisan, tajuk kereta impian, guru boleh membawa murid
ke kawasan parkir kereta dan menjalankan aktiviti di situ. Murid melukis benda maujud.
Aktiviti ini akan menarik minat murid. Semasa aktiviti dijalankan, pelbagai teori
kecerdasan akan diaplikasikan.

Peranan guru sangat penting dalam mengembangkan lapan jenis kecerdasan ini
iaitu melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran.Kecerdasan tidak boleh dinilai
secara berasingan misalnya kecerdasan visua-ruang boleh disepadukan dengan
kecerdasan logic-matematik. Semua ujian kecerdasan mesti berupaya mengukur
semua jenis kecerdasan manusia seperti yang disarankan oleh Abd. Rahim (2001),
Campbell dan Amstrong (1994) dan Gardner (1985).


Rumusan
Kecerdasan manusia mempunyai prinsip-prinsip tertentu dan ianya ditegaskan
dalam teori kecerdasan pelbagai. Ini kerana kerana setiap individu mempunyai semua
lapan jenis kecerdasan yang dibincangkan di atas. Manusia berbeza darjah dan tahap
kecerdasannya dan setiap manusia mempunyai satu atau dua tahap kecrdasan yang
lebih tinggi daripada lapan tahap kecerdasan.
Maklumat potensi individu yang diperolehi melalui kecerdasan pelbagai dapat
membantu guru mengagihkan tugasan atau aktiviti yang bersesuaian dengan
keupayaan pelajar dan dapat mewujudkan keseronokan belajar apabila pelajar dapat
menerima apa yang diberi oleh guru. Perkara penting dalam teori ini ini ialah untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dan harmoni dari aspek JERIS
berdasarkankepercayaan kepada Tuhan adalah menjadi matlamat utama pendidikan di
negara kita . Guru-guru harus mampu mengaplikasikan dan menggabungkan
kecerdasan pelbagai dengan elemen lain seperti nilai-nilai baik, ilmu
pengetahuan untuk meningkatkan Kecerdasan Intelek, Emosi dan Spirutural (KIES).


Dicatat oleh Zul Fazli Md Noh di 12:49:00 PTG

Anda mungkin juga menyukai