Anda di halaman 1dari 6

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

1


PRAKTIKAL 4 : Asid Karboksilik, Ester dan Amida
Tajuk : Asid Karboksilik, Ester dan Amida
Tujuan : Untuk menyediakan sampel ester dan menyiasat sifat-sifat
fizikal ester.
Bahan/Peralatan :
Etanol tulen, asid etanoik glacial, asid sulfuric pekat, 5% larutan natrium bikarbonat,
minyak, air, larutan natrium klorida, bikar, kelalang penyulingan, saluran paip,
kelalang berdasar bulat, kelalang kon, silinder penyukat, termometer, condenser
Liebig, penunu Bunsen, kaki retort dengan pengapit, kaki tripod, penyumbat dengan
dua lubang dan blok kayu.
Hipotesis :
1. Asid karbosilik boleh membentuk ester melalui proses pengesteran dengan
alcohol.
2. Pengesteran melibatkan pemanasan alcohol, asid karbosilik dan asid sulfuric
pekat di bawah keadaan refluks
3. Sifat ester adalah berbau wangi dan mudah meruap.

Pembolehubah :
Dimanipulasikan : Jumlah isipadu pelarut
Bergerak balas : Pelbagai jenis pelarut
Dimanipulasikan : Keterlarutan ester



SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

2

Prosedur :
A. Untuk Menyiasat Sifat Fizikal Ester.
1. Masukkan 2cm
3
etil etanoat dimasukkan ke dalam tabung uji. Kenalpasti
bau ester dan catatkan.
2. Menambah 5cm
3
air suling telah kedalam ester dan campuran telah
digoncang sebaiknya. Catatkan kelarutan ester dalam air .
3. Ulangi langkah 1 hingga 2 telah menggunakan aseton dan metal spirit
bagi mengantikan air suling.
Keputusan :
1. Ester berbau wangi
Pelarut Pemerhatian
Air Tidak larut dalam air
Aseton Larut dalam air
Metal spirit Larut dalam air
B. Untuk Menyediakan Contoh Ester.
1. Mencampurkan 50cm
3
etanol tulen dengan 50cm
3
asid etanoik glacial ke
dalam kelalang bulat 250 ml.
2. Masukkan 10cm
3
asid sulfuric pekat telah dimasukkan secara berhati-hati ke
dalam campuran sebelumnya dan campuran itu telah digoncang dengan
cermat. Beberapa keeping serpihan pasu berliang telah ditambah.
3. Sediakan radas seperti dalam Rajah 6.
4. Panaskan campuran di bawah refluks untuk 1 jam.
5. Alihakan penunu Bunsen dan biarkan campuran menyejuk dalam suhu bilik.
6. Masukkan campuran yang sejuk ke dalam burrett dan 25cm
3
air sejuk telah.
Campuran digoncang.
7. Asingkan bahagian bawah campuran daripada bahagian atas .
8. Tambah 25cm
3
5% natrium bikarbonat dan campurkan dan campuran telah
digoncangkan. Lapisan larutan paling bawah dibuang
9. Mengulangi semula Prosedur 8..
SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

3

10. Tambah lagi 25cm
3
5% natrium bikarbonat dan campurkan dan campuran
telah digoncangkan. Lapisan larutan paling bawah dibuang
11. Masukkan 5cm
3
larutan kalsium klorida tepu. Campuran dikacau dengan
cermat dan bahagian bawah telah diasing.
12. Kenalpasti bahagian organik serta baunya.



Penyediaan ester di makmal

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

4

Soalan:
1. Terangkan maksud tindakbalas pengesteran.
Pengesteran adalah tindak balas kimia antara dua sebatian iaitu antara asid
karbosilik dan alkohol, dan membentuk ester dan air.

2. Tuliskan formula kimia seimbang untuk mewakili tindakbalas antara asid
etanoik dan etanol.

C
2
H
5
OH + CH
3
COOH CH
3
COOC
2
H
5
+ H
2
O

3. Apakah fungsi asid sulfurik pekat dalam eksperimen ini?
Asid sulfuric pekat bertindak sebagai pemangkin dalam tindak balas
pengesteran.

4. Terangkan kaedah lain untuk menyediakan etil etanoat.
Esters juga boleh disintesis (disediakan) dengan tindak balas acyl klorida
dengan alkohol. Cecair etanoil klorida ditambah ke dalam etanol, kemudian
akan terhasil hydrogen klorida bersama dengan cecair ester etiletanoat.

CH
3
COCI+ CH
3
CH
2
OH CH
3
COOCH
2
CH
3
(ce) +HCI (ce)

5. Apakah fungsi 5% larutan natrium bikarbonat dalam eksperimen ini?

Untuk meneutralkan bahan tindakbalas iaitu menyingkarkan kandungan asid
etanoik yang berlebihan

6. Terangkan kegunaan larutan kalsium klorida dalam eksperimen ini.

Sebagai agen pengeringa nuntu kmenyerap wap air.



SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

5

7. Bandingkan kadar keterlarutan etil etanoat dalam air, aseton, dan metal spirit.
Terangkan pemerhatian anda.

Jenis Pelarut Pemerhatian Kesimpulan
Air
Dua lapisan terbentuk
Etil etanoat tidak larut dalam air
Aseton
Tiada lapisan terbentuk
Etil etanoat larut dalam aseton
Spirit bermetil
Tiada lapisan terbentuk
Etil etanoat larut dalam aseton
Etil etanoat tidak larut dalam air tetapi larut dalam aseton dan metal spirit
kerana ester tidak mempunyai kumpulan OH untuk membentuk ikatan
molekul hydrogen dengan air.

8. Namakan ester yang terhasil daripada tindakbalas esterifikasi antara asid
butanoik dan etanol.
Etil butanoat.

9. Tuliskan formula kimia seimbang untuk mewakili tindakbalas diatas.

C
2
H
5
OH + C
3
H
7
COOHC
3
H
7
COOC
2
H
5
+ H
2
O

Kesimpulan :
Ester tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organic. Ester dihasilkan dengan
mencampurkan alcohol dan asid karbosilik. Maka ester bersifat kovalen.








SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

6

Rujukan

Raymond Chang (2002) Chemistry Seventh Edition:Mc Graw-Hill Higher Education.
Toh Kim Hau (2004) Master StudiSasbadi SPM Kimia. Selangor :SasbadiSdn Bhd.
Yeap Tok Kheng (2012) Longman Esensi Kimia Tingkatan 4. Selangor : Pearson
Tan Yin Toon, LohWaiLeng&Tan On Tin (2007) Success Chemistry SPM. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kamus Kimia KBSM (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Diakses dari http://ppgsains2iptb.blogspot.com/p/bahan-rujukan.html
Bahan tutorial dari pensyarah

Anda mungkin juga menyukai