Anda di halaman 1dari 2

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

Konsep perkembangan (Development Concept)



Fokus utama adalah terhadap perkembangan fizikal yang seiring dengan umur
kronologi. Masalah utama di dalam pengendalian populasi khas ialah Umur
Perkembangan (UP) tidak sama dengan Umur Kronologi (UK). Pendekatan
perkembangan yang dikemukakan ialah pengajaran kemahiran matang secara
individu bukan pencapaian individu.




Kaedah Pendekatan Perkembangan
Pengkelasan kemahiran fizikal dalam satu keselanjaran perkembangan
(development continuum). Kemahiran fizikal boleh diperluaskan kepada bidang
seperti kecergasan, kemahiran motor asas, akuatik serta aktiviti individu dan
berkumpulan.
Kecergasan

Perkembangan kekuatan

Keselanjaran perkembangan bagi aspek kekuatan otot bolrh dibina berdasarkan
keupayaan menghadapi rintangan progresif seperti berikut :






Tahap Pasif
Guru menggerakkan murid mengikut julat pergerakan yang mampu dihasilkan.
Tahap murid adalah bergantung sepenuhnya kepada guru.
Tahap Bantuan
Murid berada di tahap separa bergantung, bantuan guru masih perlu tetapi sudah
berupaya menggerakkan beberapa sendi dengan sendiri.
Tahap Aktif
Murid mampu mencapai julat pergerakan yang lengkap di mana hamper bebas
daripada bantuan guru. Pada tahap ini murid sudah mencapai kekuatan dan
fleksibiliti yang sesuai dengan umur kronologi (UK).
Tahap Rintangan
Permulaan kemampuan manipulasi daya.


Aktiviti Individu dan Kumpulan

Fokus kepada keperluan kanak-kanak untuk terlibat dalam aktiviti permainan. Kanak-
kanak populasi khas boleh diidentifikasikan menerusi jenis serta tahap permainan
yang diceburi. Sekiranya kedua-dua ini dilewatkan berdasarkan persepsi sterotaip,
kanak-kanak berkemungkinan mengalami ketidakupayaan pada jangka masa yang
lebih lama. (Jika keupayaan individu lebih tinggi).

Anda mungkin juga menyukai