Anda di halaman 1dari 5

Salam Pengakap cikgu-cikgu sekalian,

Terlebih dahulu salam seribu kemaafan diucapkan kerana saya tahu anda
semua mesti agak keliru setelah balik dari mesyuarat kita tempoh hari. Dan sudah
semestinya anda juga tentu ingin sekali bertanya seribu satu soalan pada hari
tersebut. Maka dengan itu, di sini saya sertakan kertas kerja yang telah
dimurnikan untuk membuatkan anda lebih memahami dan sekaligus menarik
semula minat anda untuk menyertai perkhemahan ini.
Tentatif Jadual Perkhemahan
Jadual yang tercatat dalam Kertas Kerja hanyalah draf sahaja. Kem
Komandan mahupun Ketua penguji pada waktu itu akan sentiasa memaklumkan
peserta mahupun pemimpin tentang aktiviti yang akan diadakan dari masa ke
semasa.
Para Penguji
Untuk pengetahuan cikgu, kami akan menjemput beberapa orang
Pesuruhjaya Ibu Pejabat, yang mana salah seorang darinya akan menjadi Ketua
Penguji. Manakala para penguji dan sekaligus selaku fasilitator adalah terdiri
daripada kalangan ahli Kelana Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.
Para Kelana yang dijemput ini juga merupakan kelana yang berpengalaman dalam
mengendalikan sebarang perkhemahan.
Borang Penyertaan dan Kebenaran Ibu Bapa
Bagi melancarkan lagi urusan pendaftaran, disini juga disertakan borang
penyertaan sekaligus dengan surat kebenaran waris/penjaga bagi peserta
perkhemahan. Turut disertakan juga borang senarai bilangan peserta yang akan
menyertai perkhemahan.
Tugas Guru Pengiring
Oleh kerana kami menjemput Kelana untuk menjadi fasilitator, oleh itu
disini saya ingin jelaskan bahawa Guru Pengiring sama ada Pengakap mahupun
bukan Pengakap akan dilibatkan dalam setiap aktiviti (kejurulatihan) sepanjang
perkhemahan bagi melatih anda dalam menjalankan ujian lencana keahlian.
Tetapi kelonggaran akan diberikan terutamanya apabila tiba waktu makan
peserta. Hal ini akan dijelaskan lebih lanjut pada hari pertama perkhemahan.
Makan dan Minum Peserta
Makan dan minum untuk para peserta adalah tanggungjawab pemimpin
sekolah itu sendiri. Oleh itu kami tidak mewajibkan guru memasak sendiri
makanan untuk budak. Terpulang kepada keselesaan guru pengiring untuk
menentukan sama ada ingin memasak sendiri atau memesan makan dari luar.
(Seperti yang dinyatakan dalam Syarat Penyertaan, Kertas Kerja)
Penyediaan Buku Log
1.Saiz buku log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka
surat dan berkulit tebal. Rujuk rajah di bawah.
2.Bagi Pengakap Muda penyediaan buku log adalah WAJIB, manakala bagi
Pengakap Kanak-Kanak sebolehnya disediakan buku Log.
3.Untuk memudahkan cikgu, saya juga turut meyertakan sekali panduan/ skim
ujian lencana keahlian iaitu cara Penyediaan Buku Log. Dimaklumkan bahawa
isi kandungan dan ujian lencana Keahlian adalah sedikit berbeza.
Buku Log Pengakap Kanak-Kanak (PKK)
1.Sedikit kelonggarandiberikan kepada PKK, Guru Penasihat Pengakap hanya
perlu mencetak bahan rujukan yang disertakan dan hanya fotostat bahan
tersebut untuk diagihkan kepada para PKK.
2.Untuk kekemasan bahan tersebut boleh di jadikan seperti buku skrap.
3.Cikgu harus menyuruh PKK membaca, memahami dan menghafal nota yang
telah diberikan.
4.Berikut merupakan cara PKK diuji bagi Ujian Lencana Keahlian:
Persetiaan Pengakap harus dihafal. Undang-undang Pengakap akan
diuji dalam bentuk nyanyian lagu undang-undang pengakap. (akan
ditunjukkan)
Rukunegara harus dihafal
Hormat dan Cogan Kata Pengakap Kanak-Kanak harus dihafal.
Sejarah permulaan Pengakap (baca dan fahami isi penting, Ujian
Bertulis)
Cerita Hutan (akan ditayangkan dan diikuti dengan Ujian Bertulis)
Istiadat Laung agung akan diajar dan dipraktikkan setiap hari.
Buku Log Pengakap Muda (PM)
1.Seperti yang telah dinyatakan, setiap PM WAJIB menyediakan buku log
Lencana Keahlian. Sekiranya Buku Log yang dibawa pada hari perkhemahan
adalah masih kosong, mereka akan dikerah sehingga lewat malam untuk
menyiapkan segala kandungan buku log tersebut.
2.Panduan penyediaan Buku Log ada disertakan dalam emel ini, para PM
hanya perlu menyalin semula dengan kemas semua nota yang diberikan.
Sekiranya terdapat nota yang bergambar (logo, uniform, simpulan dll...),
mereka harus melukis gambar tersebut dan bukan sekadar mencetak dan
lekat sahaja.
3.Oleh itu kesemua PM diingatkan untuk membawa warna semasa
perkhemahan kerana mereka akan diminta untuk melukis dan mewarnakan
logo pengakap.
4.Berikut merupakan cara PM diuji:
Peraturan Pakaian Seragam Pengakap (ceramah dan ujian
bertulis/melukis)
Rukunegara (hafal dan diberikan soalan tambahan)
Lambang Pengakap Msia dan Dunia (fahami maksud lambang, lukis
dan mewarnakan lambang)
Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap (hafal dan beri
pengertian)
Hormat Pengakap dan cogan Kata Pengakap (PKK, PM, PR, Kelana)
Sejarah Pengakap Malaysia dan Pengasas Pengakap (Hafal isi penting
sahaja)
Simpulan dan Ikatan (bawa tali sendiri, tali kasut pun boleh)
Sijil Rasmi Lencana Keahlian
Untuk memudahkan kami mencetak bilangan sijil rasmi untuk diserahkan
pada hari terakhir perkhemahan. Saya ingin meminta jasa baik guru-guru sekalian
untuk melengkapkan borang penyertaan sekolah anda dan emelkan kepada saya
selewat-lewatnya pada hari RABU (10 April 2013)
**Kerjasama dan juga penyertaan anda amatlah diharapkan. Segala kesulitan
amatlah kami kesali. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai