Anda di halaman 1dari 1

Alam Barzakh adalah tempat sementara bagi ruh yang telah meninggah sebelum memasuki

alam akhirat. Setelah memasuki liang lahad, kubur orang yang beriman akan dilapangkan
dan mereka juga dapat melihat nikmat yang bakal diperoleh di syurga.

Sebaliknya, jika mereka kufur dan ingkar, maka pada ketika itu kubur mereka akan
disempitkan. Malah, bahang kepanasan api neraka akan ditayangkan kepada sepanjang
mereka di alam itu sehingga kiamat.

Untuk mengetahui persoalan ruh di alam barzakh, kami nukilkan soal jawab yang disiarkan
menerusi Islam Online yang di jawab oleh Syaikh Muhammad Soleh Al-Munajid dan
Muhammad bin Soleh al-Utsaimin, sarjana Islam kontemporari yang disegani.


Apa itu Alam Barzakh

Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan alam barzakh? Saya inginkan penjelasan yang
terperinci tentang perkara ini. Selain itu, saya juga ingin mengetahui jenis-jenis seksaan yang
bakal dikenakan ke atas orang yang berbuat dosa.

Jawapan: Maksud alam barzakh ialah alam selepas kematian seseorang sehinggalah dia
dibangkitkan pada hari kiamat. Sesiapa yang mati dalam Islam dan ibadah, dia akan diberi
nikmat. Sesiapa yang mati dalam kekufuran dan maksiat, dia akan diseksa.

Firman Allah SWT yang maksudnya:

Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka
berada dalam alam barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada
malaikat): Masukkanlah Firaun dan para pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang
seberat-beratnya!(Surah Ghafir: 46)

Seksaan itu ada pelbagai jenis mengikut dosa Pelakunya. Terdapat sebuah hadis dalam
Sahih al-Bukhari yang menjelaskan azab Barzakh yang dikenakan ke atas sebahagian
pelaku dosa-dosa besar. (Rujuk: Sahih al-Bukhari, no. 6525. Hadis ini telah pun dinyatakan
dalam persoalan terdahulu. Fatwa Syeikh Walid al-Firyan).

Anda mungkin juga menyukai