Anda di halaman 1dari 2

Tutorial Minggu 3:

Secara keseluruhannya, pengurusan kelas boleh dikatakan amat


memuaskan. Dimana, murid-murid mematuhi peraturan kelas dan tidak membuat
bising semasa proses pengajaran dan pembelajran sedang berlansung. Murid-
murid juga mendengar arahan guru dan melaksanakannya dengan baik.
Nanum, semasa aktiviti pemainan berlangsung, terdapat sedikit
kegagalan dalam pengawalan kelas berlaku disini. Penglibatan murid hanya
berpusatkan kepada murid yag aktif sahaja. Dapat dilihat daripada pengajaran
tersebut hanya sesetengah murid lelaki yang aktif sahaja berkemurun di
hadapan kelas dan melaksanakan permainan tersebut. Murid perempuan pula
diabaikan dan mereka hanya duduk di kerusi masing-masing. Ini jelas
menunjukkan bahawa guru tersebut tidak berjaya untuk menglibatkan semua
muridnya dalam aktiviti permainan yang dijalankan. Tambahan lagi, semasa
aktiviti permainan tersebut, ketika guru sedang membuat penjelasan dihadapan
kelas, terdapat murid yang sedang bermain dengan dadu dan melambungnya.
Guru tersebut tidak peka tentang perbuatan murid yang tidak memberi fokus
terhadap penerangan guru.
Selain daripada itu, daripada video pengajaran mackro tersebut, terdapat
beberapa yang melanggar peraturan sekolah iaitu tidak tag-in baju mereka.
Sebagai seorang guru, kita perlu memastikan murid mengikut peraturan sekolah.
Dengan ini, barulah disiplin murid akan meningkat dan pengajaran dan
pembelajaran kelas sudah tentu akan berlangsung dengan lebih lancar.
Oleh itu, kami telah mencadangkan agar guru perlu menyatakan
peraturan permainan dan peraturan ketika melaksanakan aktiviti
permainandengan jelas dan ringkas serta mudah difahami. Dengan ini boleh
mengawal pergerakan murid ketika permainan sedang berlansung. Tambahan
lagi, guru juga perlu berusaha untuk menglibatkan pelajar yang lain ketika aktiviti
permainan agar mereka tidak diabaikan. Guru boleh memanggil mereka yang
agak pasif untuk melaksanakan permainan tersebut agar mereka boleh
merasakan keseronokan belajar dan meningkatkan semangat untuk belajar
murid-muridnya. Tidak dilupakan juga, guru juga perlu menegur murid yang
melanggar disiplin atau peraturan sekolah. Ini bagi memastikan murid sentiasa
mengikut peraturan sekoah sebagai satu amalan yang baik.
Dari aspek komunikasi pula, dalam dilihatkan dengan jelas pengajaran
makro ini lebih menumpukan kepada guru yang bertutur sahaja dan murid
mendengar. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa soalan yang diajukan
kepada murid. Dapat dilihatkan komunikasi yang berlaku hanyalah komunikasi
dua hala.
Semasa aktivit kumpulan pula, komunikasi pelbagai hala berlansung.
Tetapi, berdasarkan perbualan murid daripada video tersebut, terdapat didengari
sesetengah murid bukannya berbincang tetapi sedang bercakap perkara lain.
Oleh itu, guru perlu memberi perhatian terhadap situasi sebegini.
Kumpulan kami juga telah mendapati bahawa guru tersebut kurang
berjaya menggunakan papan putih dengan sepenuhnya. Semasa memberi
penerangan tentang konsep penukaran unit, guru menulis contoh tersebut
dibahagian bawah papan putih. Ini menyebabkan murid yang berada dibelakang
kelas sukar untuk melihat contoh tersebut. Tambahan lagi, alat bantu mengajar
yang ditampal ditengah-tengah papan putih (konsep penukaran unit) telah
mengganggu ruang untuk guru menulis. Seharusnya, konsep tersebut dialihkan
sebelah kiri papan putih atau pun ditampalkan diruang atas papan putih.
Oleh itu, kami mencadangkan agar guru tersebut agar memperbanyakkan
komuniksi dengan murid-muridnya. Seterusnya meningkatkan penggunaan
papan putih dengan optimanya.

Anda mungkin juga menyukai