Anda di halaman 1dari 64

TOPIK 2

ISU-ISU KONFLIK DUNIA


SEMASA
Disedikan oleh: Kong Swee Sien

2.2 KONFLIK ETNIK
Konflik berasal daripada kata
kerja Latin configere yang bermaksud saling
memukul.

Secara sosiologis, konflik diertikan sebagai
suatu proses sosial antara dua orang atau
lebih (boleh juga kumpulan) di mana salah
satu pihak berusaha menyingkirkan pihak lain
dengan menghancurkannya atau membuatnya
tidak berdaya.


APA ITU ETNIK?
Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok
manusia yang mengamalkan budaya yang hampir
seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa
dan kegiatan ekonomi.

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.

Ciri-ciri kebudayaan:
Bahasa
Agama
Negara asal
Makanan
Pegangan tentang asal usul sejarah yang sama

CONTOH ETNIK
Orang Jawa di Johor dan orang Melayu di
Perlis tidak dapat dibezakan dari segi fizikal
tetapi ahli-ahli daripada kedua-dua
kumpulan telah membentuk kebudayaan
kecil yang berlainan berdasarkan latar
belakang etnik mereka.
A) PEMBERSIHAN ETNIK DI
BOSNIA
Pembunuhan beramai-ramai etnik Bosnia
adalah perdebatan yang sangat kompleks
dan penuh emosi yang sering
menimbulkan isu yang sangat dramatik
dan juga ketegangan etnik.

1. Bosnia
2. Croatia
3. Serbia
Konflik pada peringkat awal bercirikan:

1. Perebutan kepentingan politik menguasai
pemerintahan negara-negara bekas
Yugoslavia.

2. Nasionalism tuntutan kemerdekaan yang
merebak menjadi konflik nilai apabila
mengambil kira faktor sejarah lama,
pengeseran agama, identiti serta budaya.

FAKTOR KEMERDEKAAN
Etnik Bosnia dan Croatia bersepakat ke atas
kemerdekaan Bosnia, namun tidak bagi etnik
Serbia.
Etnik Serbia di Bosnia telah memboikot
memorandum kemerdekaan, bahkan
melancarkan serangan ketenteraan ke Sarajevo,
ibu kota Bosnia Herzegovina pada April 1992.
Pemimpin Serbia di Bosnia (Radovan Karadzic)
mendirikan Republik Srpska dan mambangun
tenteranya dengan sokongan dari Federal
Yugoslavia (Serbia).
Tentera Serbia di bawah pimpinan Slobodan
Milosevic telah meningkatkan kekejaman di bumi
Bosnia pada tahun 1992 sehingga 1995.

Pembersihan etnik dijadikan cara untuk
menghalang kemerdekaan Bosnia.

Puncak kekejaman Serbia di Bosnia ialah
pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica pada
Julai 1995.

Tentera Serbia pernah melakukan pembersihan
etnik di Bosnia dengan mengumpulkan
penduduk Islam dan menembak mereka,
mengosongkan seluruh bandar orang Islam dan
menahan lelaki dewasa serta kanak-kanak Islam
di beberapa kem tahanan.
Pemimpin politik Muslim, guru, golongan
professional dan intelegensia Muslim disaring
dan dibunuh.
Gelombang pertama pembersihan etnik
mencapai kemuncak dengan Tradegi Korzarac
di mana mereka dikepung dan dibom.
Serb juga bertanggungjawab ke atas
pembinasaan mercu tanda budaya Muslim
seperti masjid, perpustakaan dan seumpamanya.


LIMA KEADAAN DIKATEGORIKAN SEBAGAI PERBUATAN
PEMBASMIAN KAUM DALAM PEPERANGAN
1. Serangan yg berterus-terusan untuk kematian
beramai-ramai.
2. Jenayah yang dirancang oleh sesuatu pertubuhan
atau komander kepada sesuatu pertubuhan.
3. Mangsa adalah terpilih kerana ahli kepada sesuatu
kumpulan.
4. Mangsa tidak dapat mempertahankan diri.
5. Kemusnahan ahli kumpulan adalah terancang.











Slobodan Milosevic
Radovan Karadzic
SEBAB RAKYAT BOSNIA MENJADI SASARAN
Mereka penduduk Islam yang terdekat.
Tidak bersenjata
Tidak akan membuat apa-apa tentangan
Ingin melepaskan diri dari Yugoslavia
(peperangan) yang bermakna populasi Serbia
dalam Bosnia tertakluk kepada sistem tadbir
urus dan undang-undang berbeza berbanding
di Serbia.

Serangan balasan dari NATO pada tentera
Republik Srpska pada Ogos 1995, diikuti dengan
Perjanjian Dayton, USA pada Disember 1995
akhirnya menghentikan konflik Bosnia.

Sehingga perjanjian ditandatangani oleh Presiden
dari Bosnia-Herzegovina, Croatia, dan Serbia,
jumlah keseluruhan mangsa adalah melebihi
20,000 orang.

2 juta orang telah diusir dari rumah mereka dan
kira-kira 500,000 umat Islam wanita telah dicabul
kehormatannya.

Apabila Sarajevo menjadi sebahagian daripada wilayah
Turki Uthmaniyah pada tahun 1463, ia turut mempunyai
hubungan dengan agama Islam.
Ia terus berada di bawah kuasa Turki Uthmaniyah
selama 400 tahun. Slavs yang mempunyai hubungan
dengan mazhab Kristian yang dipanggil Bogomils dan
tinggal di kawasan Bosnia-Herzegovina, telah memeluk
agama Islam secara sukarela.
Berikutan Perjanjian Berlin pada 1878, Bosnia telah
diberikan kepada Empayar Austria-Hungary, walaupun
ia masih sebahagian dari kawasan Turki Uthmaniyah.
Namun akhirnya ia telah ditawan pada 1908, dan
Bosnia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Islam.

Selepas Perang Dunia Pertama, Kerajaan
Serbia, Crotia, dan Slovenia telah ditubuhkan
dan semua komuniti Slavs telah dikumpulkan di
kawasan tersebut.

Bosnia-Herzegovina turut menjadi sebahagian
daripada kerajaan itu.

Pada tahun 1929, Kerajaan Yugoslavia jatuh ke
tangan Kristian Ortodoks Serbia.

Sehingga Perang Dunia Kedua, umat Islam
Bosnia telah dicuri harta benda dan diawasi
dengan ketat sekali.

Semasa Perang Dunia Kedua, kawasan tersebut
telah dijajah oleh Jerman.
Kira-kira 100,000 umat Islam terkorban dalam siri-
siri serangan yang dilakukan oleh Chetniks di
Bandar dan perkampungan Bosnia.
Polisi penindasan terhadap umat Islam bangkit
semula apabila komunis mula berkuasa.

NATIJAHNYA, umat Islam terpaksa berpindah ke
Turki dan negara Eropah lain.

BRITAIN, PERANCIS, JERMAN, US DAN RUSSIA
MEMBENTUK TINDAK BALAS KOLEKTIF KEPADA
PEPERANGAN DI BOSNIA-HERZEGOVINA
Revolusi 749 Majlis Keselamatan PBB pada 7 April
1992 menyeru kepada gencatan senjata dan
perundingan penyelesaian.
Revolusi 752 Majlis Keselamatan PBB pada 15 Mei
1992.
Sekatan (Sanctions) ke
atas Yugoslavia (Serbia dan Montenegro) berikutan
pengeboman ke atas pelarian yang kebuluran
diSarajevo pada 27 Mei 1992.

Resolution 757 Majlis Keselamatan PBB pada 30
Mei 1992 mengenakan sekatan ekonomi (economic
embargo) ke atas Yugoslavia (Serbia dan
Montenegro) dan menegaskan bahawa wilayah
tidak boleh diubah dengan kuasa ketenteraan.

Resolusi 758 Majlis Keselamatan PBB pada 8 Jun
1992 mengarahkan semua pihak menghormati
perjanjian mereka mengekalkan gencatan senjata
dan mengembalikan pengawalan lapangan
terbang Sarajevo kepada PBB.


Lord Carrington pada 17 Julai 1992 memanggil
wakil ketiga-tiga pihak bermesyuarat
di London tetapi ditolak oleh mereka, dan mahu
menggunakan orang tengah (mediator) dari EU
.

Oleh itu, Perundingan menggunakan EU sebagai
orang tengah (EU-mediated negotiations) tetapi
gagal juga.

Resolusi 770 Majlis Keselamatan dibuat pada Ogos
1992 sebagai penguatkuasaan terhad
menggunakan apa sahaja cara untuk meneruskan
bantuan kemanusiaan, bukan kepada penyelesaian
keseluruhan krisis.

Pada 6 September 1992, Cyrus Vance (wakil khas
Setiausaha Agung PBB) dan Lord David Owen
(wakil EU) memberi kata dua kepada Serb
meminta mereka mengeluarkan senjata berat dari
Srajevo, Bihac, Jacje dan Gorazde, serta
meletakkan Gorazde dibawah pengawasan PBB
pada 12 September.

Pada awal Oktober 1992, Vance dan Owen
yang mewakili Persidangan Antarabangsa
Bekas Negara Yugoslavi (ICFY) menjadi
perunding (negotiation) telah mengemukakan
Pelan Vance-Owen kepada ketiga-tiga pihak
yang terlibat dan mula merundingkan tawar-
menawar (berkenaan wilayah baru yang
dicadangkan di Bosnia). Sehingga Mac 1993,
perundingan ini gagal kerana semua pihak
sentiasa berbalah tentang wilayah-wilayah
yang dicadangkan.

Resolusi 781 Majlis Keselamatan PBB dibuat

Resolusi 820 Majlis Keselamatan pada 17 April
1993 dibuat dan dijadualkan akan dilaksanakan
pada 26 April. Milosevic bersetuju menerima
pelan ini dengan syarat isu status timur Bosnia
dan kawasan majoriti Muslim diselesaikan
dalam perundingan seterusnya dengan Lord
Owen. Milosevic kemudiannya mengubah
pendirian.
Resolusi 836 Majlis Keselamatan dipersetujui pada
4 Jun 1993 sebagai jaminan keselamatan unit
UNPROFOR di zon selamat.
Pelan Tindakan EU terhasil pada 8 November
1993 bagi menyelesaikan masalah Krajina di
Croatia. Pertemuan kali kedua pada Disember juga
gagal kerana tidak sepakat dalam pembahagian
wilayah.
Atas desakan Jerman, pada 9 Januari 1994,
Izetbegovic dan Tudjman bertemu di Bonn
membincangkan gencatan senjata dan
pembebasan tawanan.

Di bawah tekanan diplomatik US, Croat setuju
menerima plan tajaan US berkenaan pembentukan
gabungan persekutuan Muslim-Croat di mana
wilayah Bosnia akan dipegang oleh Muslim dan
tentera Croat sebanyak satu pertiga. Peristiwa ini
berlaku pada bulan Februari 1994.

1 Mac 1994, perjanjian (agreement) prinsip-prinsip
Persekutuan Bosnia (Muslim-Croat) serta
permulaan perjanjian persekutuan antara
Persekutuan Bosnia dengan Croatia dibentuk di
Washington. Peristiwa ini dipanggil
PerjanjianWashington.


KEMERDEKAAN BOSNIA-HERZEGOVINA
Perlembagaan persekutuan yang dibentuk di
Washington pada 18 Mac 1994 mengesahkan
kedaulatan dan integriti Bosnia-Herzegovina.
Hanya Bosniaks dan Croat dikenalpasti
sebagai penduduk negara berperlembagaan
Bosnia-Herzegovina.
Status Serb yang berada di wilayah
perlembagaan kekal tidak selesai.

AGAMA DI BOSNIA
48% Muslim ( Bosniaks)
37 % Kristian Ortodoks ( Serbia)
14 % Roman Katolik (Croatia)

Hari ini Bosnia-Herzegovina terbahagi kepada
dua entiti yang berasingan dan berbeza:
1. Persekutuan Bosnia-Herzegovina ( 51 %
tanah, Bosniaks dan Croats)
2. Republika Srpska (49 % tanah, orang Serb)







UNTUK MENHALANG KETEGANGAN ETNIK
DARIPADA BERLAKU SEMULA
B) KONFLIK ETNIK DI ASIA TENGGARA (MYANMAR)

Islam memasuki Burma pada tahun 788M, pada
zaman Khalifah Harun al-Rashid.
Kaum Muslim memerintah Arakan lebih dari 3
abad , di antara 1430-1748M.
Pihak berkuasa beragama Buddha bersatu
menghancurkan wilayah Arakan.
Kaum Buddha membunuh kaum Muslimin
khususnya para ulama dan pendahwah Islam.
Memusnahkan masjid dan sekolah.

Peristiwa tragis dan menyayat hati umat Islam Rohingya...
masjid tempat beribadah hangus dibakar. Inilah tragedi
pembersihan etnik paling dashyat abad ini selepas
pembersihan etnik semasa perang Bosnia di awal 90an.
Difahamkan hampir 2.8 juta orang Islam Rohingya telahpun
menjadi mangsa penindasan di Myanmar oleh puak Buddha
Rakhine dan kerajaan junta tenteranya sendiri.


1942 lebih kurang seribu orang Muslim
telah ditumpahkan.
1948 British memberi kemerdekaan secara
rasmi kepada Burma
1949









Konferens dianjurkan dengan menjemput
semua etnik kecuali Muslimin.
British memperuntukkan bahawa hak akan
diberikan kepada setiap kumpulan dan
etnik dalam masa 10 tahun selepas
kemerdekaan.
Kerajaan Burma tidak melaksanakan dan
terus menindas Muslimin.
1962
Rampasan kuasa di bawah pimpinan Jeneral Ne Win.
Kaum Muslimin ditindas oleh puak fanatik Buddha di
bawah pemerintahan tentera.
Memaksa lebih daripada 3000 Muslimin berhijrah ke
Bangladesh.
Lebih daripada 500,000 diusir keluar dari Burma pada
tahun 1978.
Kerajaan Burma memandang orang Islam sebagai
orang asing dan bukan sebagai penduduk Burma,
menafikan hak pendidikan mereka dan tidak
membenarkan mereka berkahwin sebelum
mencapai 30 tahun.

Rejim mengenakan sekatan perkahwinan ke atas
orang Islam selama 3 tahun untuk mengurangkan
jumlah kanak-kanak kaum Muslimin.
1990
KERAJAAN BURMA MENUKAR NAMA DARI
BURMA KEPADA MYANMAR.

Sistem pemerintahan semakin mendekati sistem
komunis demi mendapat sokongan dari Russia dan
China, dan sekali gus menutup realiti politik di
Myanmar.
1989
Washington mengutuk sikap diam India terhadap
pencabulan hak asasi manusia di Nyanmar.

November 2007
Rayuan Washington kepada India dan China agar
menghentikan pembekalan senjata kepada tentera
Nyanmar.

Rejim tentera di Burma memberi kemudahan ketenteraan
kepada China di Teluk Bengal dan Lautan China untuk
mendapat sokongan China sekiranya Amerika
menyerangnya.
2010
Amerika membangkitkan pendapat umum terhadap
pemerintahan tentera dan menfokuskan pendapat umum
ke atas pemimpin pembangkang, Aung San SuuKyi,
sehinggalah SuuKyi dibebaskan pada November 2010.

Amerika meningkatkan tekanan ke atas Masjis Tentera
supaya Majlis membubarkan dirinya dan menyerahkan
kekuasaan kepada rakyat.

Pilihan raya umum diadakan di mana Solidarity and
Development Party (parti tentera) telah menang sebanyak
80 peratus kerusi.

Jeneral bersara TheinSein mengambil kekuasaan pada
Mac 2011.

Majlis Tentera membubarkan diri.

Amerika meneruskan tekanan ke atas rejim di Burma
dalam usaha untuk mengenepikan para jeneral bersara
dan menaikkan Aung San SuuKyi, dengan menyokong
parti pimpinannya.



Amerika menghebahkan analisis mendatang dengan
mengatakan bahawa kemungkinan pemimpin
pembakang memenangi pilihan raya 2015.

Pada 1 April 2011, parti pimpinan SuuKyi memenangi 43
daripada 45 kerusi.

Amerika masih tidak puas hati dengan keadaan politik di
Burma.

Amerika berusaha untuk membuang rejim tentera yang
setia kepada British dari kekuasaan.

Pada masa yang sama, Britain menyokong
perkembangan terbaru ini.

Perdana Menteri Britain , David Cameron yang dianggap
sebagai pemimpin tertinggi Barat yang pertama melawat
negara itu selepas rampasan kuasa pada 1962 telah
melawat Burma selepas pilihan raya.

Sekumpulan penganut Buddha menyerang sebuah bas
yang membawa orang Islam dan membunuh 9 daripada
mereka.
Pembunuhan dan pembakaran rumah serta pengusiran
terus menjadi di antara penganut Buddha dan orang Islam.
Akibatnya, puluhan ribu umat Islam lari dari tempat
kediaman masing-masing.
Kerajaan Bangladesh tidak mahu menolong pelarian
Muslim, malah menghantar semula mereka pulang dan
menutup semua pintu sempadan untuk mereka.
PADA 3 JUN 2012
Rejim di Burma yang sebelum ini berada di bawah
kekuasaan para jeneral yang berbaju tentera dan kini
berada di bawah kekuasaan jeneral yang berbaju rakyat.

British memberi sokongan kepada puak Buddha dalam
membunuh dan menganiaya kaum Muslimin.

British membawa rejim tentera di Burma utk menghampiri
puak komunis Russia dan China, demi mendapatkan
sokongan sekiranya Amerika menyerang ke atas rejim.
RINGKASAN
Membabitkan etnik Rakhine yang beragama buddha dan
Rohingya yang beragama Islam.

Menjejaskan keyakinan pelabur asing tentang
kesungguhan Yangon untuk menjadikan Myanmar
negara yang selamat dan stabil untuk pelabur asing.

Keganasan di negeri barat Myanmar memburukkan imej
dan menjejaskan kempen pelaburan yang dijalankan
oleh Thein Sein.
KONFLIK ETNIK DAN AGAMA JEJAS PELABURAN ASING DI
MYANMAR (2012)- PETIKAN KHABAR

Pekan pelabuhan Thandwe dikenakan perintah darurat.

Konflik ini menjejaskan perpaduan dan kestabilan yang
cuba dipupuk Myanmar bagi memujuk Amerika Syarikat
dan Eropah menarik balik sekatan ekonomi terhadap
Myanmar.

Merugikan Myanmar kerana sukar melaksanakan projek
pembangunan dan infrastruktur untuk kemudahan rakyat.



Memberi impak negatif kepada kumpulan berprofil tinggi
dari Britain, Perancis dan AS yang dijadual mengadakan
lawatan ke Myanmar dalam tempoh beberapa minggu
lagi.

Contoh: Syarikat besar AS-firma elektik, General Electric
dan firma pengangkutan berat terbesar dunia, Caterpillar.
C) KONFLIK ETNIK DI AFRIKA

KONFLIK DARFUR
Punca konflik
1. bencana alam
2. oportunis politik dan masalah politik
serantau
3. ketidakseimbangan pembangunan
4. peluang kehidupan di antara pusat bandar
di sekitar Sungai Nil dan wilayah pinggiran
seperti Darfur.



Konflik Darfur melibatkan lebih 200,000
nyawa terbunuh manakala 2.5 juta lagi menjadi
pelarian . Konflik ini berikutan pergaduhan
sesama
penduduk Islamberlainan etnik antara suku Afri
ka dengan kumpulan penduduk
keturunan Arab yang memuncak pada 2003.










Children in the camps are
encouraged to confront
their psychological scars.
The clay figures depict an
attack by Janjaweed.
THIS MOTHER HAD JUST ARRIVED
WITH HER SICK BABY AT ABU
SHOUK IDP CAMP IN NORTH
DARFUR.
Janjaweed iaitu pasukan bersenjata dari [puak] Abbala
Rizeigat (Arab Badwi) dengan
puak Fur, Zaghawa dan Massaleit yang mendiami Darfur.
Kesemua pihak yang terlibat dalam konflik
di Darfur adalah terdiri daripada orang Islam.
Ini berbeza dengan konflik di selatan Sudan yang
melibatkan pihak Muslim di utara dan Kristiandi selatan.
Pihak Barisan Pembebasan Darfur (atau nama
lamanya Gerakan Pembebasan Sudan) yang ditubuhkan
pada 2002 cuba memanipulasi pemikiran penduduk
tempatan di Darfur untuk bangun memberontak
menentang kerajaan Sudan.

Gerakan Pembebasan Sudan mendapat sokongan
negara Eritrea, negara musuh Sudan di selatan yang
juga menyokong satu lagi pemberontakan di selatan
Sudan menentang kerajaan Sudan di sebelah utara.


Amerika Syarikat bercampur tangan dalam isu Darfur
bagi mengalihkan pandangan dunia
terhadap pencerobohan Amerika di Iraq.
Majoriti penduduk Darfur beragama Islam , jadi mereka
mempunyai keseragaman agama . Jadi bukan konflik
yang berpunca dari pertelingkahan antara agama
sebagaimana sangkaan masyarakat dunia selama ini.
Gaya hidup nomad masih diamalkan di Darfur .
Persaingan antara kumpulan penternak dan petani,
rakyat keturunan Arab dan Afrika mencetuskan konflik
berdarah. Perebutan laluan perjalanan binatang menjadi
punca tradisional mereka bertelingkah.


Mulanya puak-puak ini berebut sumber asli dan akhirnya
berubah menjadi isu politik apabila kerajaan dan media
barat campur tangan. Terjumpanyaminyak di Chad yang
bersempadan dengan Sudan dan eksploitasi minyak di
selatan Darfur menambahkan ketegangan.

Tekanan ke atas Kerajaan Sudan lebih buruk
selepas tragedi 11 September, 2001, yang mencetus
perasaan Islamiphobia apabila AS dan Britain
mensasarkan kemarahan kepada pemerintahan pro
Islam seperti Sudan. Regim Sudan serta- merta berada
di senarai teratas musuh AS.


Puncak konflik Darfur meningkat pada Februari
2003 selepas dua kumpulan bersenjata Tentera
Pembebasan Sudan dan Pergerakan Keadilan mula
berperang dan menyerang kawasan pekan, pejabat
kerajaan dan orang awam.

Keadaan menjadi tidak terkawal dan mencetuskan krisis
pembunuhan dan pelarian ke negara jiran.

Negara jiran seperti Eriteria dan Chad bukan saja
memberi bantuan bahkan membenarkan negara mereka
menjadi pangkalan utama kumpulan pemberontak.

Kini Eriteria memainkan peranan positif untuk
menghasilkan perjanjian damai di Darfur.

Di Chad wujud hubungan etnik yang rapat antara
pemberontak di Darfur dan pemberontak di Republik
Chad. Beberapa perjanjian telah dibuat antara Sudan
dengan Chad bagi mengendurkan ketegangan.

Sidang kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Ke-11 akan diadakan pada akhir 2007 di Dakar,
di Senegal dan antara agendanya ialah Krisis Darfur .

Persidangan Menteri-menteri Luar Islam (ICFM) sesi ke-
34 di Islamabad , Pakistan akan merumuskan draf
agenda.

Malaysia selaku pengerusi OIC akan mewakili 57 buah
negara anggota dengan kapasiti 1.2 bilion penduduk
Islam di seluruh dunia tentu mampu
membantu Sudan dan tidak
membenarkan Amerika dan Britain sewenang-
wenangnya campur tangan.
OIC


Setiausaha Agung OIC sekarang ialah Dr. Ekmeleddin
Ihsanoglu dari Turki.Presiden Sudan, Omer Hassan Al-
Bashir sendiri menggesa OIC campur tangan .


Tentera dari negara-negara Islam, dan juga negara-
negara Afrika, boleh digerakkan sebagai pasukan
pengaman di wilayah terbabit. Pihak bertelingkah harus
meletakkan senjata terlebih dahulu dan hadir di meja
perundingan.

Abdullah Ahmad Badawi selaku presiden OIC sendiri
telah melakukan lawatan mengejut ke tiga buah
kampung di [Al-Fashir]] , Darfur pada 17 April2007. Al-
Fasir ialah antara lokasi konflik terawal di Darfur pada
2003.

Infrastruktur seperti sekolah, bekalan air, hospital, dan
tempat tinggal serta jaminan keselamatan perlu
dilaksanakan dan dilihat sebagai cara menggalakkan
pelarian kembali pulang ke kampung halaman masing-
masing.
Kem pelarian yang begitu daif patut ditangani dengan
pembinaan rumah yang baik.
Wang hasil jualan minyak oleh Sudan juga boleh
disalurkan untuk keperluan pembangunan di wilayah
bergolak.
Petronas dan lebih 30 syarikat Malaysia di Sudan patut
turut sama membantu membangunkan Darfur.


PEMBANGUNAN SEMULA

Setakad ini Petronas melabur RM 5 bilion untuk
infrastruktur minyak di Sudan dengan kaki tangan
seramai 300 orang.

Sehingga kini , kepentingan Petronas sebanyak 30
peratus dalam syarikat Greater Nile Petroleum Operating
Company Limitedyang 40 peratus daripada sahamnya
dimiliki oleh CNPC dari China, ONGC
dari India sebanyak 25 peratus manakala 5 peratus lagi
dipegang oleh Sudapet dari Sudan.

Terdapat 60 buah stesen minyak Petronas di seluruh
negara sub-Sahara Afrika itu.

Anda mungkin juga menyukai