Anda di halaman 1dari 1

Kekuatan dan Kelemahan Terapi Seni

Kekuatan terapi seni yang dilihat ialah dapat merelaksasikan klien dalam tempoh
masa yang diberikan. Terapi ini dapat mengurangkan tekanan dan ketakutan selain
dapat melalaikan kanak-kanak daripada prosedur yang menyakitkan (Akhiar Pardi &
Shamsina Shamsudin, 2013). Jika dilihat keadaan klien pada awal sesi dan selepas
melaksanakan terapi seni kedua-dua keadaan klien tampak berbeza. Pada peringkat
mulanya, klien berasa masih kurang selesa tetapi selepas menjalankan terapi seni
klien lebih bersifat terbuka untuk berkongsi apa yang dilukis kepada rakan klien yang
lain. Hasil yang dilihat dalam sesi kaunseling membolehkan terapi ini bertindak
sebagai medium untuk klien melepaskan ketakukan mereka sesama ahli di dalam
kelompok.
Kekuatan yang dilihat dalam terapi seni ialah, kaunselor mudah untuk
bertanyakan soalan kepada klien berdasarkan apa yag telah dilukis. Setiap apa yang
dilukis mempunyai maksud yang tersendiri bagi klien itu sendiri seterusnya
memudahkan klien meneroka masalah yang sebenar. Oleh yang demikian, kekuatan
terapi seni sangat meluas dan bergantung pada tujuan dan pelaksanaan yang
dijalankan. Dalam konteks tugasan yang dijalankan, terapi seni memberikan impak
yang besar dalam sesi kaunseling kelompok yang dijalankan.
Kelemahan penggunaan terapi seni dalam konteks kaunseling adalah
pemfokusan masalah yang sama dalam kelompok. Contohnya, dalam kelompok
yang dijalankan mereka mempunyai fokus yang sama iaitu masalah keluarga.
Dengan itu, terapi seni sesuai digunakan untuk kelompok ini. Manakala, kelompok
yang tidak sama fokus masalah agak sukar untuk dilaksanakan berikutan masalah
yang berbeza akan timbul dan perlunya sesi lanjutan individu dilaksanakan sekiranya
kaunseling kelompok tidak membantu dalam sesuatu sesi.

Rujukan
Akhiar Pardi & Shamsina Shamsudin. (2013). Bimbingan dan Kaunseling
Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai