Anda di halaman 1dari 15

Saya sayangkan kucing siam itu, kata

Amirah kepada kakaknya.


SEPATUTNYA
Saya sayang akan kucing siam itu, kata
Wan Amirah kepada kakaknya.
Oleh kerana terlalu letih bekerja, Halim
tertidur di atas sofa itu.
SEPATUTNYA
Oleh sebab terlalu letih bekerja, Halim
tertidur di atas sofa itu.
Kamu mesti berusaha untuk memperolehi
kejayaan, nasihat Cikgu Ali kepada Abu.
SEPATUTNYA
. Kamu mesti berusaha untuk memperoleh
kejayaan, nasihat Cikgu Ali kepada Abu.
Adik tidur dalam biliknya sendiri semenjak
dia berumur tujuh tahun.
SEPATUTNYA
Adik tidur di dalam biliknya sendiri semenjak
dia berumur tujuh tahun.
Saya datang daripada Kuala Terengganu,
kata pemuda itu memperkenalkan diri.
SEPATUTNYA
Saya datang dari Kuala Terengganu, kata
pemuda itu memperkenalkan diri.
Di masa kejadian itu, Intan masih kecil dan
tidak tahu apa-apa lagi.
SEPATUTNYA
Pada masa kejadian itu, Intan masih kecil
dan tidak tahu apa-apa lagi.
Lukisan potret wajah artis terkenal itu ada
dengan Encik Raisudin.
SEPATUTNYA
Lukisan potret wajah artis terkenal itu ada
pada Encik Raisudin.
Minuman itu sudah dihidangkan pada para
tetamu yang hadir dalam majlis itu.
SEPATUTNYA
Minuman itu sudah dihidangkan kepada para
tetamu yang hadir dalam majlis itu.
Sabariah berterima kasih di atas pertolongan
yang diberikan oleh pemuda itu.
SEPATUTNYA
Sabariah berterima kasih atas pertolongan
yang diberikan oleh pemuda itu.
Penghawa dingin di dalam bilik itu tidak
berfungsi.
SEPATUTNYA
Pendingin hawa di dalam bilik itu tidak
berfungsi.

Dalam kelas itu hanya Ah Meng sahaja yang
berbangsa Cina.
SEPATUTNYA
Di dalam kelas itu hanya Ah Meng yang
berbangsa Cina.


Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman
penjara.
SEPATUTNYA
Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman
penjara.

Anda mungkin juga menyukai