Anda di halaman 1dari 5

SK TAMAN TUN DR.

ISMAIL (1)
JALAN AMINUDDIN BAKI
60000 KUALA LUMPUR



MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP/ REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI BIL 2/ TAHUN 2014

Tarikh :20 Disember 2013 ( Jumaat )
Masa :9:30 - 11:45 pagi
Tempat :Bengkel Kemahiran Hidup
Pengerusi :Pn. Sri Zaiton Baharuddin
Nama Yang Hadir : 1. Pn. Sri Zaiton Baharuddin (GPK 1)
2. En. Mohamad Akmal Bin Ahmad (KP Kemahiran Hidup)
3. En. Mohamad Hafis Bin Jalani (SUP Kemahiran Hidup)
4. Pn. Norazah Binti Saad
5. Pn. Elys Rosliza Bt Jaafar
Nama Yang Tidak Hadir :Tiada.
Turut Hadir (Jika ada) :Tiada.
Urus Setia :Tiada.



1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir
untuk mesyuarat panitia Kemahiran Hidup / Reka Bentuk Dan Teknologi
kali pertama.
1.2 Memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk memantapkan
pengurusan Panatia Kemahiran Hidup / Reka Bentuk Dan Teknologi.
1.3 Memohon jasa baik guru-guru untuk meneruskan semangat kerjasama
dan menyumbang idea untuk kepentingan panatia.

Tindakan : Makluman.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit mesyuarat Bil 3 / 2013 dicadangkan pengesahannya oleh Puan
Norazah Bt. Saad dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan : Makluman.

3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN
4.1 KECERIAAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
4.1.1. Mewujudkan carta organisasi Panitia Kemahiran Hidup / Reka
Bentuk Dan Teknologi Bagi Tahun 2014.
4.1.2. Membuat jadual penggunaan bengkel serta jadual waktu bagi
setiap guru KH / RBT.
4.1.3. Membuat dan menampal peraturan penggunaan bengkel di dalam
bengkel kemahiran hidup.
4.1.4. Membuat jadual tugasan murid bagi memastikan kebersihan dan
kekemasan bengkel.
4.1.5. Membuat pelan lantai laluan kecemasan dan ditampal di dalam
bengkel KH.
4.1.6. KEPERLUAN ALATAN
4.1.6.1. Alatan yang sedia ada disenggara, dikemaskini dan
ditambah mengikut keperluan.
4.1.6.2. Buku stok
4.1.6.3. Buku penggunaan
4.1.6.4. Buku pinjaman

Tindakan : semua guru KH/ RBT

4.2 MELESTARIKAN BENGKEL
4.2.1. Meja kerja yang sedia ada digantikan dengan meja kerja yang
mengikut spesifikasi bengkel Kemahiran Hidup.
4.2.2. Alatan di rak simpanan dikeluarkan untuk dibersihkan dan
direkodkan. Semua alatan akan dikira semua bagi mengetahui
bilangan yang rosak dan masih berfungsi. Barangan yang lama
akan dihapus kira.

Tindakan : KP KH/ RBT

4.2.3. Membuat sudut-sudut ilmu di atas setiap tingkap bengkel. Ruang
diatas setiap tingkap akan di tutup dan di buat para bagi
meletakkan hasil kerja murid. Sudut-sudut yang akan dibuat:
4.2.3.1. Sudut kerjaya
4.2.3.2. Sudut keusahawanan
4.2.3.3. Sudut jahitan
4.2.3.4. Sudut pertanian
Tindakan : semua guru KH/ RBT

4.3 PELAN STRATEGIK
4.3.1. Perancangan Strategik panitia telah dirangka berdasarkan analisis
SWOT mata pelajaran Kemahiran Hidup / Reka Bentuk Dan
Teknologi.
4.3.2. AJK dikehendaki memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk
merancang dan menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang
4.3.3. Meningkatkan bilangan A dan lulus 100% dalam subjek Kemahiran
Hidup/ Reka Bentuk Dan Teknologi.
4.3.4. Melestarikan bengkel kemahiran hidup.
4.3.5. Menghasilkan murid yang mahir serta dapat mengaplikasikan
kemahiran mereka dalam kehidupan seharian.

Tindakan : KP KH/ RBT

4.4 PELAN TAKTIKAL
4.4.1. Mempertingkatkan PdP dalam kemahiran pengunaan alatan.
4.4.1.1. Program "1 Murid 1 Alat"
4.4.2. Program "mentoring coaching". Murid yang tahu dan pandai
mengajar murid yang lemah.
4.4.3. "Fun learning". Murid menerokai ilmu yang diajar dengan sendiri.
Mereka diberi peluang untuk meluahkan idea mereka untuk
meningkatkan kreativiti dan inovasi.

Tindakan : KP KH/ RBT

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Kunci bengkel KH dibuat salinan dan diberi kepada setiap guru KH/
RBT.

Tindakan : KP KH/ RBT

6 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:45 pagi.















Disediakan oleh, Disemak oleh,



............................................................ .....................................................
(EN. MOHAMAD HAFIS BIN JALANI) (EN. MOHAMAD AKMAL BIN AHMAD)
Setiausaha Panitia KH/ RBT Ketua Panitia KH / RBT




disahkan oleh,



...........................................................
(PN. JURIAH BT. JUPRI)
Guru Besar SKTTDI 1


Tarikh: 19 Disember 2013

Anda mungkin juga menyukai