Anda di halaman 1dari 4

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta sama ada secara individu atau
kolobratif terhadap masalah mereka sendiri melalui tindakan atau perubahan bagi tujuan untuk
memperbaiki dan meningkatkan amalan mereka sendiri di samping meningkatkan kefahaman
mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan dilakukan.


Selain itu terdapat juga definisi yang diberikan oleh tokoh dalam bidang kajian tindakan iaitu Kemmis
& Mc Taggart (1988), menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi
kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta lain yang berada dalam sesuatu situasi
sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan
pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu
serta situasi di mana amalan itu dilakukan.


Seterusnya, Ebutt (1985) pula memperkatakan bahawa kajian tindakan merupakan suatu pengkajian
yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki
amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat
tindakan tersebut.


McNiff (1988), telah mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki
atau mempertingkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru
menjadi mebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan
tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ianya melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh
mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.Bagi Somekh (1989) pula mendefinisikan
kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial
itu sendri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.


Kember dan Gow (1992) menyatakan bahawa kajian tindakan melibatkan pengamal (guru) dalam
mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan,
pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.


MODEL REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
1) MODEL KAJIAN TINDAKAN ( KEMMIS & Mc TAGGART)

Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu
pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan
yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang
dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang
dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika
masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua
(Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan
membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.







Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart



2) MODEL KAJIAN TINDAKAN (JOHN ELLIOT)


Model Elliott untuk kajian tindakan ialah idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan
pemahaman peribadike atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam
melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adlah satu
usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat
kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru
akan menjadi penyumbang utama.

Model Kajian Tindakan Elliot


3) MODEL EBBUTT


David Ebbutt, seorang rakan sekerja John Elliott, telah mendakwa (Ebbutt, 1983a) bahawa bentuk
pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt
mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan
satu siri pusingan berturut-turut, dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas
di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt adalah sama untuk dengan model
yang dikemnukakan oleh penulis masa kini.



Model Kajian Tindakan Ebutt


4) KAJIAN TINDAKAN DEAKIN

Model proses kajian tindakan Deakin adalah berbentuk pilin. Setiap kitaran terdiri daripada empat
elemen iaitu terdiri daripada elemen perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian serta
penyemakan semula.
5) MODEL KAJIAN TINDAKAN STRINGER

Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran
(thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui.
Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu
gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka
alami.

Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen),
merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang
berkepentingan.

Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan
mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.
Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang
praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan
menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan
objektif serta memperoleh sumber-sumber.


Model kajian tindakan Stringer

Anda mungkin juga menyukai