Anda di halaman 1dari 2

Ilmu kesusasteraan merupakan satu bentuk ilmu yang menggambarkan keagungan

tamadun dan keintelektualan sesebuah bangsa. Disiplin ilmu kesusasteraan menitik


beratkan pengajian tentang pemikiran budaya, moral dan keperibadian sesebuah bangsa.


Bagi merealisasikan hasrat Malaysia mencapai status negara maju, berdaya saing
dan teguh menjelang 2020, negara memerlukan modal insan yang mampu berfikiran kritis
dan kreatif, menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baharu, mempunyai
daya tahan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering
berubah. Guru perlu berfikiran kritis dan kreatif untuk menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Usaha ini merupakan pemangkin bagi menyediakan murid
kita pada masa kini dan masa depan yang lebih mencabar dalam menangani arus
globalisasi



Dalam era globalisasi yang melanda negara kita pada hari ini, ilmu kesusasteraan
diyakini dapat menjadi salah satu wahana pembentuk sebuah kehidupan yang harmonis dan
bahagia. Hal ini kerana karya-karya yang berkualiti mampu berperanan sebagai
penghubung antara pelbagai kelompok bangsa dan budaya melalui penonjolan nilai-nilai
yang dikongsi bersama. Pembangunan negara yang mengabaikan nilai-nilai kemurniaan
agama dan budaya bangsa akan menjurus kepada pembangunan yang tidak seimbang,
menafikan nilai-nilai kemanusiaan, keharmonian dan kesejahteraan hidup yang telah
diwarisi zaman-berzaman.



Membaca dan menganalisis perwatakan dan pengalaman hidup masyarakat dalam karya-
karya unggul memberi pelbagai pengetahuan dan input berguna kepada setiap pembaca,
yang akan dapat melahirkan insan-insan yang penuh dengan nilai, semangat dan sensitiviti
dalam mengharungi arus globalisasi.

Kesusasteraan juga boleh menjadi pemangkin kepada pembentukan modal insan yang
kreatif dan kritis dalam berfikir dan bertindak, suatu kualiti peribadi yang sangat diperlukan
dalam industri pembuatan di seluruh dunia dan juga dalam semua aspek kehidupan
manusia.

Kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan daripada kesusasteraan, sama ada dalam
amalan kehidupan harian ataupun dalam aktiviti-aktiviti yang lebih khusus seperti hubungan
manusia dengan kehidupan kerohanian. Kesusasteraan melahirkan peribadi yang kaya
dengan imbangan nilai, emosi dan roh kehidupan. Mengenali dan mencintai kesusasteraan
akan memberi pulangan berharga dalam pelbagai bentuk kehidupan manusia: jasmani,
rohaniah dan rabbaniah.

Anda mungkin juga menyukai