Anda di halaman 1dari 5

Siapa Si Mamat ini

Hishamuddin Rais
1:16PM Mac 25 2005

Kali ini saya tidak teringin untuk menjadi pengamal kewartawanan Gonzo. Saya akan cuba memasuki
satu penulisan genre baru. Genre yang saya maksudkan ini dilahirkan oleh teknologi Internet. Untuk
sesiapa yang bertanya apa bendanya gonzo ni sila google perkataan ini. Menggoogle adalah salah
satu dari ciri penulisan genre baru yang saya maksudkan ini.

Bagi anak-anak sekolah, termasuk juga pelajar universiti, genre penulisan saya ini bukan sesuatu yang
baru. Malah, pada hemat saya, anak-anak sekolahlah yang telah menjadi peneroka awal. Selalunya
anak-anak muda ini lebih berani dan agak 'avant garde' dalam tingkah kerja mereka. Genre yang saya
maksudkan ini ialah genre penulisan CPT curi, potong dan tampal.

Saya melakukan CPT ini kerana saya didesak oleh kakak saya yang selalu bertanya tentang Iraq. Dia
mendesak kerana dia tahu saya pernah tinggal di kota Baghdad satu ketika dahulu. Dalam masa yang
sama, kakak saya sebagai orang kampung, amat ingin tahu kenapa perang berlaku di Iraq dan siapa
kepala yang memulakan perang ini.

Apabila saya dihadapkan dengan soalan politik dunia yang berat-berat seperti perang Iraq ini
rancangan siapa/siapa ketuanya/apa untungnya/siapa kawan/ siapa lawan maka saya merasa amat
rungsing. Pada pandangan saya, kakak saya ini mewakili orang kampung yang setia pada pegangan
agamanya tetapi telah berpuluh tahun ditipu dengan pelbagai maklumat yang tidak betul.

Maklumat-maklumat bohong ini ada yang muncul dari gedebe-gedebe dan orang-orang politik yang
selalu berselindung di bawah jubah agama. Sayangnya, genre penulisan CPT kali ini tidak pula dalam
bahasa Melayu. Ini bermakna kakak saya, pak cik dari Kampung Kerinchi atau mak cik dari Senaling
tidak akan dapat memahami apa yang telah saya curi dan tampal.

Tetapi rasa saya, kali pertama ini, ada baiknya jika perkara-perkara yang telah saya curi dan tampal ini
diketahui oleh Mamat Yuppie dari Telawi dan Minah-Minah Sarong Party yang selalu melayari
Internet semasa mereka bersantai di cafe Starbuck.

Perkataan 'neocon'

Semasa runtuhnya bangunan WTC di New York dahulu, saya berada dalam tahanan di Kamunting. Ini
bermakna saya tidak tahu menahu apa yang telah berlaku. Bukan hanya berita luar negara yang ditutup,
malah akhbar tempatan pun, jika dibawa masuk ke dalam sel, selalu dipotong-potong. Ini bermakna
saya tidak mengetahui banyak latarbelakang dan debat yang terjadi ketika itu. Atau bagaimana
keputusan diambil untuk menyerang Iraq.

Saya mula mendengar perkataan 'neocon' ini apabila saya bertemu dengan anak-anak mahasiswa dari
Bangsar pada tahun 2002. Kami bertemu dalam mahkamah semasa saya dibawa dibicara di Kuala
Lumpur. Dari mulut mereka saya terdengar perkataan 'neocon'. Pada awalnya saya agaknya ini adalah
nama singkatan untuk 'new condom'. Saya salah. Rupa-rupanya ini adalah falsafah ekstrem kanan yang
sedang cuba menjajah dunia.

Apabila saya dibebaskan saya terus terlupa dengan perkataan 'neocon' ini kerana saya terlalu sibuk
dengan anak-anak kucing saya. Tetapi dua minggu kebelakangan ini, secara tiba-tiba perkataan
'neocon' kembali muncul. Kali ini perkataan 'neocon' berkait pula dengan nama seorang Mamat dari
Amerika.

Saya yang telah ketinggalan keretapi politik, bergegas menggoogle perkataan 'neocon' dan mencari
nama si Mamat ini. Hah! Ini lebih memeranjatkan kerana rupa-rupanya saya pernah terlihat gambar
dan telah pernah terbaca berita tentang si Mamat ini. Gambar Mamat ini bukan saya lihat di CNN,
tidak mungkin, kerana saya tidak memiliki TV.

Saya telah membaca berita dan melihat gambarnya dalam lamanweb Malaysia Today
dan Malaysiakini. Mamat yang saya maksudkan ini ialah Paul Wolfowitz yang sedang
menyandang jawatan Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika pembantu Ronald
Rumsfeld. Mamat Paul ini baru sahaja dicadangkan oleh Bush untuk menjadi
Presiden Dunia ooops... minta maaf , saya ini selalu tersalah fakta, bukan Presiden
Dunia tetapi Presiden Bank Dunia.

Bila cerita Bank Dunia ini muncul maka saya terus menggoogle lagi. Ini bukan kerana saya ada
menyimpan cita-cita untuk membuka akaun baru; walau pun terlintas juga di hati saya alangkah
seronoknya jika si Mamat ini pernah tinggal di Brickfields, boleh juga saya cuba-cuba melamar untuk
meminjam duit. Bukan meminjam duit untuk membuat modal bertanding pilihanraya tetapi untuk
membuka sebuah warong Tom Yam di Bangsar Utama.

Tentang gerakan Zionis

Laman awal yang saya google ialah laman akhbar-akhbar Israel. Saya lakukan ini kerana saya pernah
terbaca bahawa si Mamat Paul ini pernah membesar di Israel dan kakaknya adalah warga negara Israel.
Hebat adik jadi orang Amerika dan kakak menjadi warga Israel. Inilah yang saya sifatkan sebagai
strategi perjuangan berjangka panjang beli untung jual pun untung.

Jangan silap anggap, saya tidak pernah anti orang Yahudi. Saya sedar bahawa agama Islam itu berakar
umbi dan bertali rapat dengan agama Yahudi. Saya selalu mengingatkan kawan-kawan, terutama yang
selalu melaungkan Allah Yang Maha Besar, agar jangan celupar mengutuk Yahudi.

Ini kerana 24 daripada 25 nabi dan rasul yang nama-nama disebut dalam kitab al-Quran dan wajib
diketahui oleh umat Islam adalah orang Yahudi. Nabi Musa, Ismail, Yaakob, Daud dan Isa dari
Nazareth itu adalah orang Yahudi. Cuma Nabi Muhamad sahaja orang Arab.

Saya tidak menentang Yahudi. Apa yang saya tentang ialah gerakan Zionis. Yahudi dan Zionis
memiliki perbezaan yang amat besar. Yahudi ini satu pegangan agama, manakala Zionis itu adalah satu
ajaran gerakan politik moden.

Zionisme ini, walaupun pada awalnya didalangi oleh mereka yang beragama Yahudi, tetapi pada hari
ini, ianya telah didukung dan disokong bukan hanya oleh mereka yang beragama Yahudi, malah oleh
sesiapa sahaja yang percaya bahawa apa sahaja yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin dan
warga Arab adalah betul dan tidak menyalahi tatasusila dunia.

Hari ini gerakan Zionis berkubu rapat dengan kepentingan modal antarabangsa. Modal antarabangsa
yang paling ungggul ialah perindustrian senjata dan industri minyak. Modal antarabangsa ini tidak
memiliki apa-apa agama. Apa yang penting untuk modal ialah keuntungan maksima. Jadi jangan hairan
jika semakin ramai orang yang beragama Yahudi sendiri, sama ada di Israel atau di negara lain, telah
menolak dan menentang ajaran Zionisma.

Presiden Bank Dunia

Bagi saya, apa yang sedang berlaku di Timur Tengah Palestin, Lebanon, Iraq, Syria dan Iran
adalah satu perancangan kaum pemodal senjata dan pemodal minyak yang bekerjasama dengan kaum
Zionis. Kaum pemodal ingin mencari untung, manakala kaum Zionis ingin terus menjajah bumi
Palestin dan memastikan keselamatan Israel terjaga.

Bagi saya, kita tidak perlu bersilat lidah untuk menuduh Saddam Hussein sebagai Raja Bersiong atau
menuduh Saddam al-Takriti ini tidak pernah membaca buku Socrates atau Plato tentang demokrasi.
Semasa saya menggoogle laman harian Ha'aretz dari Isreal, saya mendapat maklumat tentang
latarbelakang perang Iraq ini.

Amat jelas, untuk menawan Iraq ini telah lama terpendam di kalangan kabal para Zionis dan kumpulan
'neocon' yang mengelilingi Rumah Putih. Jelas kepada saya bahawa Osama bin Laden itu hanya satu
alasan untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika.

"The war in Iraq was conceived by 25 neoconservative intellectuals, most of them Jewish, who are
pushing President Bush to change the course of history. Two of them, journalists William Kristol and
Charles Krauthammer, say it's possible. But another journalist, Thomas Friedman (not part of the
group), is skeptical. ...That ardent faith was disseminated by a small group of 25 or 30
neoconservatives, almost all of them Jewish, almost all of them intellectuals (a partial list: Richard
Perle, Paul Wolfowitz, Douglas Feith, William Kristol, Eliot Abrams, Charles Krauthammer), people
who are mutual friends and cultivate one another and are convinced that political ideas are a major
driving force of history. They believe that the right political idea entails a fusion of morality and force,
human rights and grit."

Tulisan di atas adalah tulisan Ari Shavit bertajuk 'White Man's Burden' yang saya CPT dari Ha'aretz
yang disiarkan pada 9 Julai 2003 yang lalu. Rencana ini ditulis oleh orang yang beragama Yahudi dan
diterbitkan di Israel. Ertinya ini rencana yang kosher.

Pada hari Isnin, 21 Mac 2005 lalu, saya CPT pula dari akhbar Independent Kota London. Ini adalah
komen-komen awal apabila Presiden Bush mencadangkan agar si Mamat Paul ini menjadi Presiden
Bank Dunia. Inilah laporan Robert Peston 'Joseph Stiglitz, the former chief economist of the World
Bank and one of the world's most influential economic thinkers, has launched a savage attack on US
plans to appoint Paul Wolfowitz as the World Bank's new president.

In an exclusive interview, the American Nobel laureate said: "The World Bank will once again become
a hate figure. This could bring street protests and violence across the developing world." He described
President Bush's determination to appoint his deputy defence secretary to the important post as "either
an act of provocation or an act so insensitive as to look like provocation". Wolfowitz is widely
regarded as the creator of the policy that led to the US war in Iraq

Pada 24 March 2005, dari akhbar yang sama, saya telah curi, potong dan tampal kenyataan ini ''Mr
Wolfowitz, a lifelong academic and diplomat, has consistently pushed for an end to the US doctrine of
international containment and believes the US has the right to take pre-emptive action wherever it sees
fit and extend what he has called a "benevolent hegemony" over the rest of the world.

The invasion of Iraq, which he had championed since the early Nineties, was the moment his vision
became reality and his view of international affairs became official White House policy. As a hardline
conservative, Mr Wolfowitz is much more likely to favour a return to the austerity of so-called
"structural adjustment" programmes than he is to continue Mr Wolfensohn's softer approach."

Terperanjat marah

Dalam akhbar berbahasa Mat Salleh ini, amat jelas bahawa si Mamat Paul ini telah lama merancang
untuk menyerang Iraq. Malah, apabila nama si Mamat Paul ini disebut sebagai bakal Presiden Bank
Dunia, ada orang politik di Eropah yang terperanjat.

Peter Mandelson, the EU trade commissioner, was quoted as saying the nomination "came as a
surprise to some in Europe". Ini bukan terperanjat beruk tapi terperanjat marah. Cerita terperanjat ini
juga saya CPT dari akhbar Independent yang disiar pada 24 Mac.

Dan sila baca pula kenyataan bekas ahli kabinet Tony Blair yang telah meletak jawatan kerana tidak
menyokong tindakan Blair melancarkan perang ke atas Iraq Clare Short, the former international
development secretary, described the nomination of the Bush administration's leading neoconservative
hawk as the equivalent of sticking up "two fingers to the world". "This is really shocking," she told
Channel 4 News. "It's as though they are trying to wreck our international systems."

Lihat dan baca bagaimana beraninya bekas kabinet Blair ini. Dia telah mengedubahkan' George Bush
secara sopan. Perempuan kafir ini, walaupun bukan dalam negara Islam Hadhari, kelihatan lebih jujur
dan berprinsip. Clare Short dari Parti Buruh telah meletakan jawatan kabinetnya kerana tidak
menyokong dasar Perdana Menterinya.

Di negara kita ini jangan harap ada menteri yang akan meletakkan jawatan kerana prinsip. Malah
setelah dibawa ke mahkamah kerana tuduhan rasuah pun masih ingin terus memegang jawatan. Lihat
pula bagaimana pandangan dari seorang ahli Parlimen Eropah yang berpangkalan di Brussels
Caroline Lucas, a British Green and member of the European Parliament, described the nomination as
"an insult to the world's poor". "As a leader of the neoconservative movement," she added.

"[Wolfowitz's] belief in unfettered free markets and a philosophy that what is in the US's interest is
thereby in the interest of the entire world spells disaster for many countries in the developing world."
Ini juga saya CPT dari akhbar yang sama.

Bacalah CPT yang saya kutip dari Yahoo News tentang bagaimana liciknya si Mamat Paul
mengklentong dunia untuk kepentingan Israel dan kabal Zionisnya When the Bush White House was
pushing - or manipulating - the case for war, Wolfowitz sided with the administration hawks who
believed Hussein's regime had a significant connection to al Qaeda, despite the absence of credible
evidence. He pressed the CIA to find proof of the unconfirmed report that 9/11 ringleader Mohamad
Atta had met with an Iraqi intelligence agent in Prague even after the two intelligence agencies had
already investigated the matter and had found nothing to corroborate the allegation.

Sokongan Anwar

Orang jahat menjadi presiden Bank Dunia ini bukan satu pekara yang baru. Semasa perang Vietnam
dahulu President Johnson telah melantik Robert McNamara pada 1967 untuk tugas yang sama. Ini
setelah McNamara bersama beberapa kuncunya berjaya memberi nasihat kepada Johnson untuk
memperluaskan lagi pentas perang di Indo China. Tujuh tahun kemudian barulah
perang Vietnam tamat, itupun setelah 58,000 tentera Amerika tewas dan hampir 2 juta rakyat Indo Cina
terkorban dan cedera.

Dari apa yang telah saya CPT ini, amat jelas kepada saya siapa dia sebenarnya si Mamat ini. Walau
pun saya sedang mengamalkan kewartawanan bergenre baru, saya juga merasa wajib berlaku adil
kepada si Mamat ini. Bukan semua orang dalam dunia ini tidak menyokong si Mamat ini untuk
menjadi presiden Bank Dunia.
Untuk satu 'timbang tara' yang sopan saya juga telah CPT laporan agensi Bloomberg yang membawa
laporan dari Hongkong pada hari Khamis, 24 Mac 2005 Paul Wolfowitz, President George W.
Bush's nominee to lead the World Bank, won backing for his candidacy from Anwar Ibrahim,
Malaysia's former deputy premier and one of Asia's most prominent Muslim politicians.

"I certainly would
welcome him to the bank,"
Anwar, 57, said in an
interview in Hong Kong on
March 18. "He
passionately believes in
freedom and understands
the issues of poverty,
environment degradation,
living conditions and
health issues which (are)
very much a World Bank
agenda."

Anwar's backing could
bolster support for
Wolfowitz, whose
candidacy was questioned
by European governments and aid groups concerned by his support for the U.S.-led war in Iraq.
Anwar, a former student activist who championed efforts to fight poverty and rose to be Malaysia's
finance minister, won expressions of support from the European Union and groups such as Amnesty
International when he was imprisoned on corruption and sodomy charges.

Akhirnya, saya rasakan mungkin kakak saya , pak cik Kampung Kerinchi dan mak cik dari Senaling,
akan dapat memahami kenapa perang Iraq dimunculkan dan siapa sebenarnya si Mamat yang akan
menjadi Presiden Bank Dunia ini. Semasa saya mengutip tulisan yang akan saya CPT, tiba-tiba saya
teringat kembali kepada pesanan arwah nenek saya semasa zaman kanak-kanak dahulu.

Ketika itu saya nakal dan ingin dilihat jaguh oleh budak-budak dari kampung lain. Untuk membuktikan
kehandalan, saya terjun mandi manda dalam kubang kerbau. Nenek saya menasihatkan ' jangan selalu
mandi dalam kubang kerbau, kamu akan berlumpur dan satu hari nanti kamu akan ditindik hidung
untuk menjadi kerbau.' Opps.. maaf. Nenek saya kata kerbau atau wolf. Wolf bukan kerbau. Wolf ialah
serigala.

Anda mungkin juga menyukai