Anda di halaman 1dari 2

JURNAL PRAKTIKUM

SK PLAIE
MINGGU : 2
Oleh : Abang Mohammad Yazid Bin Abang Yahya

1. Masalah/Peristiwa

Sepanjang minggu ini, masalah dan kelemahan yang paling besar yang
saya kesan ialah kawalan kelas saya yang masih lagi kurang mantap,
terutamanya kelas Pendidikan Jasmani dimana murid-murid kadang kala tidak
mengendahkan arahan saya dan mengacau kawan serta membuat bising.
Apabila dimarah, murid-murid diam untuk seketika kemudian mula mengganggu
rakan. Saya mula merasa bingung kerana hari pencerapan oleh guru
pembimbing dan pensyarah semakin hampir. Jika kawalan kelas saya masih
kurang baik sebegini saya akan menghadapi masalah yang sangat besar nanti.
Masa saya juga akan banyak terbuang disebabkan oleh masa yang digunakan
untuk mengawal kelas yang kecoh.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana murid menganggap saya seorang guru yang
baik dan tidak garang. Saya turut merasakan begitu. Saya hanya marah untuk
seketika sahaja, kemudian saya akan baik semula dengan mereka. Sebab itulah
mereka kurang takut dengan saya. Tidak seperti apabila guru-guru di sini yang
mengajar mereka, murid akan duduk diam dan tidak membuat bising.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Antara cadangan-cadangan yang dapat saya lakukan bagi mengatasi masalah
ini ialah;

Memberi ganjaran yang benar-benar memotivasikan murid. Dengan ini,
murid akan lebih bersemangat dan berusaha untuk menjadi murid yang baik
kerana dia inginkan ganjaran. Namun untuk kaedah ini,saya sendiri agak
kurang bersetuju kerana ini akan menyebabkan murid hanya membuat baik
disebabkan oleh ganjaran, bukan kerana saya. Ia akan merumitkan saya

kerana jika mereka hanya berbuat baik disebabkan ganjaran, mereka akan
membuat bising semula jika saya tidak membawa apa-apa ganjaran kepada
mereka pada hari itu.
Menjadi kawan kepada mereka. Saya akan cuba untuk memahami mereka
dan mendalami mereka. Jika saya sudah rapat dengan mereka, saya akan
dapat meminta mereka untuk melakukan perangai yang elok dan memupuk
nilai menghormati saya sedikit demi sedikit. Namun kaedah ini memerlukan
masa yang agak lama. Namun begitu saya akan cuba.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan segera mulai minggu
hadapan iaitu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Saya mesti habiskan masalah
kawalan kelas ini secepat yang mungkin supaya saya boleh memberi sepenuh
perhatian kepada aktiviti pengajaran yang lebih berkesan.

Setakat itu sahaja, sekian terima kasih.



Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ....................................................... Tandatangan : .............................................................
Nama : ........................................................ Nama : .............................................................
Tarikh : ....................................................... Tarikh : .............................................................

Anda mungkin juga menyukai