Anda di halaman 1dari 2

JURNAL PRAKTIKUM

SKPLAIE
MINGGU : 1
Oleh : Abang Mohammad Yazid Bin Abang Yahya

1. Masalah/Peristiwa

Ini merupakan minggu pertama saya mengajar di SK Plaie. Sepanjang
minggu ini, masalah dan kelemahan yang paling besar yang saya kesan ialah
kawalan kelas saya yang kurang mantap. Pada hari pertama saya masuk ke
kelas Tahun 2, murid-murid pada mulanya menunjukkan sikap yang baik, tetapi
lama-kelamaan mereka mula menunjukkan perangai masing-masing. Ada yang
melawan cakap saya, ada yang bising, mengganggu rakan, dan berjalan-jalan
ketika saya mengajar. Disebabkan itu, saya telah memarahi mereka. Mereka
diam sambil ketawa. Perkara ini berlaku hampir setiap kali kelas. Saya sudah
tidak tahan lagi dan buntu memikirkan bagaimana mengawal karenah murid-
murid ini. Walaupun mereka pandai dan dapat menjawab soalan serta kerja
yang saya berikan dengan baik, namun perangai mereka ini perlu saya ubah.
Masalah kawalan kelas ini telah menjadikan PdP saya tidak berjalan dengan
lancar dan banyak masa telah terbuang hanya untuk memarahi dan melarang
mereka sahaja.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana murid-murid ini sudah selalu diajar oleh guru-
guru praktikum. Jadi mereka beranggapan semua guru praktikum ini boleh
dibawa bermain dan mereka mula menunjukkan sikap yang kurang baik di kelas
saya. Saya merasakan mereka ini sebenarnya inginkan perhatian saya.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Antara cadangan-cadangan yang dapat saya lakukan bagi mengatasi masalah
ini ialah;

Membuat hukuman yang lebih keras sedikit, namun elakkan membuat
hukuman berbentuk fizikal . Contohnya menyuruh mereka berdiri di hadapan

kelas dan jangan beri mereka peluang untuk ambil bahagian dalam aktiviti
kumpulan atau permainan. Dengan ini, murid akan berasa bersalah dan
mereka akan rasa teringin untuk bersama membuat aktiviti dan pada PdP
yang seterusnya mereka tidak akan berbuat perkara yang sama lagi.
Memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan sikap yang positif
sepanjang PdP. Pastikan ganjaran tersebut ialah suatu yang mereka suka,
contohnya coklat atau biskut. Dengan ini, mereka akan bermotivasi untuk
berbuat baik bagi mendapatkan coklat tersebut.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan segera mulai minggu
hadapan iaitu dari 21 Julai sehingga 25 Julai 2014. Saya berharap mereka akan
menunjukkan sikap yang positif dan mula memberi kerjasama kepada saya bagi
setiap PdP yang saya lakukan sepanjang 2 bulan ini. Saya mesti habiskan
masalah kawalan kelas ini secepat yang mungkin supaya saya boleh memberi
sepenuh perhatian kepada aktiviti pengajaran yang lebih berkesan.

Setakat itu sahaja, sekian terima kasih.



Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ....................................................... Tandatangan : .............................................................
Nama : ........................................................ Nama : .............................................................
Tarikh : ....................................................... Tarikh : .............................................................

Anda mungkin juga menyukai