Anda di halaman 1dari 11

KOD ETIKA PERGURUAN

AMERIKA
PENGENALAN
Kod etika perguruan di negara Amerika adalah
lebih kurang sama dengan kod etika
perguruan di Malaysia. Apa yang membezakan
diantara kedua-dua negara ini ialah kod etika
perguruan di Amerika terbahagi kepada 4
prinsip, iaitu :



Komitmen kepada pelajar
Komitmen kepada profesion
Kelakuan beretika yang profesional terhadap
rakan kerja
Kelakuan beretika yang profesional terhadap
ibubapa pelajar dan komuniti

Komitmen kepada pelajar
Tidak menghalang kebebasan pelajar untuk
mendapatkan pendidikan.
Tidak menafikan peluang pelajar untuk
memberikan pandangan mereka.
Tidak sengaja menyekat atau
memutarbelitkan hal yang berkaitan dengan
kemajuan pelajar.
Tidak memalukan atau menjatuhkan maruah
murid dengan sengaja.

Hendaklah berusaha untuk melindungi pelajar
daripada keadaan yang boleh mendatangkan
bahaya kepada pembelajaran atau kepada
kesihatan dan keselamatan murid.
Tidak mengambil kesempatan terhadap
hubungan profesional dengan murid.
Tidak mendedahkan maklumat murid
melainkan ia berkaitan dengan undang-
undang.

Tidak boleh memilih kasih atas dasar bangsa,
warna kulit, kepercayaan, jantina, negara asal,
status perkahwinan, kepercayaan politik atau
agama, keluarga, latar belakang sosial atau
budaya, atau orientasi seksual
Komitmen kepada profesion
Tidak boleh sengaja membuat kenyataan palsu
atau gagal mendedahkan fakta berkaitan
dengan kecekapan dan kelayakan guru.
Tidak boleh menyalah guna kelayakan
profesional yang dimiliki.
Tidak membantu seseorang yang diketahui
tidak layak bagi menghormati pendidikan.

Tidak boleh membuat kenyataan palsu
mengenai kelayakan calon untuk jawatan
profesional.
Tidak membantu seseorang yang bukan
pendidik dalam profesion pendidikan.
Tidak mendedahkan maklumat rakan sekerja.
Tidak membuat kenyataan palsu ataupun
fitnah terhadap rakan sekerja.
Tidak menerima sebarang imbuhan yang
boleh mengubah keputusan atau tindakan.
(rasuah)
Kelakuan beretika yang profesional
terhadap rakan kerja
Pendidik profesional tidak mendedahkan
maklumat sulit tentang rakan-rakan melainkan
jika dikehendaki oleh undang-undang.
Pendidik profesional tidak seharusnya sengaja
membuat kenyataan palsu mengenai rakan
sekerja atau sistem sekolah.
Pendidik profesional seharusnya tidak
mengganggu kebebasan rakan sekerja dalam
membuat pilihan.
Kelakuan beretika yang profesional
terhadap ibubapa pelajar dan komuniti
Pendidik profesional seharusnya membuat
usaha bersepadu untuk berkomunikasi dengan
ibu bapa supaya maklumat yang perlu
didedahkan mengenai kepentingan pelajar
dapat disebarkan.

Pendidik profesional haruslah berusaha untuk
memahami dan menghormati nilai-nilai,
tradisi dan pelbagai budaya yang diwakili
dalam masyarakat yang terdapat di dalam
kelasnya.
Seorang pendidik profesional hendaklah
menunjukkan tauladan yang baik serta tingkah
laku yang positif

Anda mungkin juga menyukai