Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN
Tidak dapat dinafikan bahawa sistem pendidikan pada masa kini bukan sahaja
merupakan satu elemen yang sangat penting dalam usaha membangunkan jati diri dan
pembangunan peribadi seseorang insan, malah ia juga merupakan penyumbang terbesar
dalam pembangunan modal sosial dan ekonomi sesebuah negara. Sistem pendidikan mampu
menggalakkan kreativiti dan memupuk inovasi dalam kalangan golongan muda, menyediakan
para pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran buruh moden
dan merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Sedang Kerajaan mengatur langkah-
langkahnya untuk membangunkan ekonomi Malaysia di bawah Model Ekonomi Baru, pihak
kerajaan juga mestilah memastikan bahawa sistem pendidikan kita akan terus maju seiring
bersama.
Namun dalam usaha untuk memenuhi impian kita yang tinggi dalam persekitaran global
yang semakin kompetitif, kita tidak boleh hanya berdiam diri. Negara memerlukan satu
transformasi dalam keseluruhan sistem pendidikannya, selain perlu meningkatkan pencapaian
semua pelajar. Perubahan yang dimaksudkan bukanlah hanya sekadar menambah bilangan
kakitangan dan kemudahan, tetapi sekarang ini pihak kerajaan juga perlu juga memahami dan
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Disebabkan itu, pihak kementerian pendidikan telah melancarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia di mana dalam rangka pelan tindakan ini, ia menyediakan satu pelan
pendidikan yang komprehensif bagi satu perubahan yang pesat dan kukuh yang mampu untuk
menambah baik sistem pendidikan di Malaysia yang bermula dari tahun 2013 sehingga tahun
2025. Dalam pelan ini, terdapat visi dan aspirasi yang perlu dicapai melalui pelan pendidikan ini.
Walaupun sasaran visi dan aspirasi pelan ini adalah tinggi, namun ianya boleh dicapai.
Antaranya termasuklah memastikan pendaftaran sejagat dari peringkat pra-sekolah
sehinggalah ke peringkat pendidikan menengah atas dalam tempoh 10 tahun; mengurangkan
sebanyak separuh jurang pencapaian antara golongan kaya dan miskin, bandar dan luar
bandar, dan antara negeri-negeri yang membentuk Malaysia dalam tempoh 8 tahun; meningkat
naik daripada negara yang tergolong dalam kumpulan pertiga terbawah ke pertiga teratas bagi
penilaian- penilaian antarabangsa seperti PISA dan TIMSS dalam tempoh 15 tahun; dan
membina satu sistem pendidikan yang mendidik anak-anak kita untuk menghargai identiti unik
kita sebagai rakyat Malaysia. Setiap usaha mestilah tertumpu ke arah meningkatkan
pencapaian pelajar.
Namun begitu, transformasi sistem pendidikan bukannya satu usaha yang mudah dan
kemungkinan besar warga pendidik akan menghadapi beberapa cabaran untuk menjayakan
Pelan Pembangunan Pendidikan ini. Ini kerana, untuk menjayakan sesuatu pelan yang baru, ia
mengambil masa untuk di terapkan dalam sistem pendidikan Malaysia. Diantara cabaran yang
mungkin akan dihadapi oleh guru dalam menjalankan pelan ini ialah dari segi integrasi nasional,
pendemokrasian pendidikan, melaksanakan tonggak pendidikan UNESCO, kepelbagaian
budaya dan latar belakang murid-murid dan lain-lain lagi. Namun, walaupun pelbagai cabaran
mungkin akan dihadapi oleh warga pendidik, tugas ini haruslah digalas bersama-sama iaitu dari
ibu bapa sehingga kepada masyarakat tempatan dan sektor swasta, kesemuanya mempunyai
peranan dan kepentingan peribadi dalam memastikan sistem pendidikan kita dapat diperbaiki
dan dinaiktaraf.
2.0 CABARAN-CABARAN SEMASA YANG DIHADAPI OLEH GURU
Seperti yang diketahui, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini, terdapat visi dan
aspirasi yang perlu dijadikan landasan dan perlu dicapai bagi memastikan pelan ini berjaya.
Namun daripada visi dan aspirasi ini, kemungkinan besar pelbagai cabaran akan timbul ekoran
daripada apa yang ingin dicapai dalam pelan ini. Visi dan aspirasi pelan ini dibahagikan kepada
dua, iaity bagi sistem pendidikan Malaysia dan bagi setiap murid.
2.1 ASPIRASI BAGI SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam aspirasi sistem pendidikan, iaitu akses, kualiti,
ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Aspirasi ini dihasilkan daripada kandungan laporan
pendidikan sebelum ini yang masih relevan.
2.1.1 AKSES
Akses disini boleh dimaksudkan bahawa semua kanak-kanak warganegara Malaysia,
tanpa mengira kaum dan latar belakang serta tahap ekonomi keluarga berhak mendapatkan
peluang yang sama rata dalam pendidikan yang berkualiti dengan kanak-kanak yang lain.
Dalam aspirasi ini, seperti yang tertulis dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan penyertaan sejagat dan enrolmen penuh
dari peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah atas (tingkatan lima).
Cabaran yang terhasil daripada aspirasi ini ialah guru perlu memastikan tiada murid
yang tercicir dalam pelajaran dimana ia bermaksud, tiada murid yang akan berhenti sekolah
sehinggalah mereka tamat pembelajaran di sekolah menengah tinggi. Peratus keciciran pelajar
di Malaysia agak membimbangkan kerana dari tahun 2006 sehingga 2010, kira-kira 10.83
peratus keciciran murid di peringkat sekolah rendah dan menengah yang mengikuti sistem
persekolahan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dicatatkan. Bilangan keciciran
pelajar sekolah menengah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 9.42 peratus
berbanding sekolah rendah kira-kira 1.41 peratus.(
http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/nasional/1256-1083-peratus-murid-tercicir- ).
Berdasarkan statistik diatas, boleh disimpulkan bahawa walaupun sistem pendidikan
Malaysia semakain maju kehadapan, namun masalah keciciran pelajar adalah antara cabaran
yang masih berlaku dan antara cabaran yang masih tidak dapat diatasi. Cabaran keciciran
pelajar ini sering terjadi di kawasan pendalaman di mana terdapat beberapa punca berlakunya
masalah ini dalam kalangan orang asli. Menurut Mazdi Marzuki dan rakan-rakan (2014)
http://www.ukm.my/geografia/images/upload/17a.geografia-apr2014-masdi%20et%20al-
edkatam.pdf di antara punca utama cabaran ini berlaku ialah aksesibiliti kepada sekolah itu
sendiri. Maksudnya, untuk mendapatkan akses kepada sekolah, pelbagai cabaran harus
dihadapi oleh anak-anak orang asli bagi mendapatkan pelajaran. Mereka terpaksa berjalan
sejauh beberapa kilometer ataupun terpaksa menyeberangi sungai untuk sampai ke sekolah. Di
sebabkan kepayahan ini, ia telah menyebabkan semangat ingin belajar mereka semakin hari
semakin luntur dan akhirnya mereka tercicir terus dari persekolahan.
2.1.2 KUALITI
Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, semua murid berpeluang untuk
memperoleh pendidikan yang berkualiti dan setanding dengan sistem pendidikan berprestasi
tinggi dari negara-negara maju di dunia ini. Untuk mencapai visi dan aspirasi ini, sistem
pendidikan Malaysia perlulah menyediakan penambahbaikan prestasi yang lebih hebat dan
baik, berdasarkan tanda aras sistem pendidikan negara lain mengikut standard antarabangsa.
Ini bermaksud, golongan pendidik hendaklah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran
mereka agar sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi lebih berkualiti dan mampu
untuk bersaing dengan negara-negara lain. Namun begitu, untuk mecapai aspirasi ini, terdapat
cabaran yang perlu diatasi oleh guru-guru.
Cabaran tersebut datang dari dalam diri guru itu sendiri, adakah guru itu sudah
menyediakan diri dengan ilmu dan pedagogi yang mantap untuk menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran yang berkualiti disekolah atau pun guru itu sekadar menjadi guru, tetapi
kekurangan ilmu?. Tahap ilmu guru boleh mempengaruhi tahap kualiti pendidikan di Malaysia,
namun begitu realiti guru pada waktu ini hanyalah indah khabar dari rupa. Kebanyakkan
daripada mereka masih lagi lemah dan kurang berkualiti untuk menjadi seorang pendidik dalam
melaksanakan tugas mereka dengan baik dan sistematik.
Pendekatan guru di dalam kelas masih lagi berada di tahap rendah. Terdapat beberapa
isu yang timbul dalam pendekatan guru iaitu guru masih lagi mengajar menggunakan kaedah
tradisional, guru kurang berilmu pengetahuan, bukan hanya dalam kandungan matapelajaran
yang dipelajari, malah juga kurang dari segi ilmu pengetahuan semasa. Selain itu, guru pada
masa kini kurang mahir dalam kemahiran teknologi, tidak dapat berinteraksi dengan baik di
dalam kelas, di samping mempunyai sikap yang tidak baik yang boleh memberikan kesan
negatif kepada pelajar.
Kebanyakkan guru-guru pada masa kini dikatakan tidak kreatif untuk menggunakan
kaedah yang sesuai untuk menarik minat pelajar ke sekolah. Hal ini sesuai dengan pernyataan
yang dikeluarkan oleh Mohd Ali Hasan, Presiden Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (MAPIN)
dalam Utusan Online, (2004) bahawa guru-guru sekolah sekarang ini semakin hilang kreativiti
dalam menarik minat pelajar. Walaupun zaman sudah berubah,malah teknologi maklumat juga
sudah semakin maju, tetapi kita dapat lihat bahawa kebanyakan guru di negara kita masih lagi
di takuk lama. Mereka masih lagi bersikap seperti katak di bawah tempurung. Walaupun
terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh di aplikasikan di dalam bilik darjah, tetapi
mereka masih lagi cenderung untuk menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan buku
teks dan papan hitam dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Jika kualiti pengajaran
guru tidak ditingkatkan, bagaimana kualiti pendidikan di Malaysia dapat ditimgkatkan bagi
memenuhi aspirasi PPPM.
Apabila pelajar sudah berasa bosan di dalam kelas, maka secara tak langsung
mereka sudah tidak berminat lagi untuk belajar dan menumpukan perhatian kepada guru
mereka. Ng Ying (2004) dimana kajian beliau mendapati bahawa antara sebab pelajar
tidak berminat untuk mengikuti pelajaran dalam kelas adalah kerana corak dan pola
pengajaran yang membosankan mereka. Ramai di antara pelajar yang akan ponteng
kelas apabila mereka sudah tidak berminat untuk mempelajari subjek tersebut, kerana
dalam pemikiran mereka walaupun berada di dalam kelas, mereka tetap tidak faham apa
yang di ajari oleh guru mereka, lebih baik mereka melepaskan diri mereka dengan cara
ponteng kelas. Perkara ini turut dipersetujui oleh rokiah ahmad (2001) dimana beliau
mendapati bahawa antara salah satu sebab pelajar ponteng kelas adalah kerana mereka
tidak faham apa yang di ajar oleh guru mereka. Kesan dalam jangka masa panjang, jika
perkara ini tidak di atasi, maka prestasi akademik pelajar akan merosot,dan secara tidak
langsung, kualiti pendidikan di Malaysia secara perlahan-lahan akan menurun dan tidak
mampu untuk bersaing dengan tahap pendidikan negara lain, sebagaimana yang telah di
akui oleh Abu Hassan (2000) dimana kajian beliau mendapati bahawa pendekatan guru
merupakan faktor terbesar kenapa prestasi pelajar merudum.
https://docs.google.com/document/d/1UzbTWibFVdfqeORSlnP3Pu2Ti_1EuAvOVLd1L56Q
w7I/edit
2.1.3 EKUITI
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, ekuiti telah didefinisikan sebagai pemilikan sama rata
dalam sesebuah organisasi, saksama dan adil. Jadi secara amnya, aspirasi ini menurut PPPM
boleh menghapuskan jurang dan membuka peluang kepada rakyat terutama pelajar yang
berbeza dari segi keperluan dan kebolehan bagi mendapatkan kemahiran, pengetahuan dan
pengalaman melalui pendidikan secara sama rata tanpa mengira latar belakang.
Selain itu, menurut PPPM, melalui aspirasi ekuiti ini, jurang pencapaian diantara bandar
dan luar bandar, sosioekonomi dan gender hendak dikurangkan sebanyak 50% menjelang
tahun 2020. Ia merupakan sesuatu yang bagus untuk pembangunan pendidikan di Malaysia,
namun di sebaliknya, terdapat cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru sebelum aspirasi ini
dapat direalisasikan. Ini kerana, walaupun sistem pendidikan negara menyaksikan lonjakan
besar sejak tahun 1957, namun masih banyak yang perlu dibaiki untuk merapatkan jurang
perbezaan yang berlaku. Cabaran utama bagi golongan pendidik untuk aspirasi ini ialah jurang
diantara sekolah bandar dan luar bandar adalah besar walaupun sudah lebih 50 tahun
merdeka.
Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan
yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati
pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad. Malah sekolah luar
bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan
asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Kita juga sudah sedia maklum bahawa
sekolah di kawasan pedalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dari
pelbagai segi. Antaranya ialah dari segi pemodenan (pembangunan), kemudahan teknologi
komunikasi maklumat (ICT) dan sebagainya. Ini disebabkan oleh faktor geografi, di mana
kawasan sekolah ini terletak di kawasan yang terpencil dan tercicir, menyukarkan perhubungan
atau komunikasi untuk berlaku, seterusnya menyukarkan untuk kemudahan infrastruktur
disalurkan. Ini akan meninggalkan impak yang negatif kepada para pelajar dari segi proses
pembelajaran.
Selain itu, bangunan sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman dibina daripada
kayu, tiada bekalan air bersih serta bekalan elektrik yang terhad. Realitinya, ia masih berlaku
sekarang dan keadaan ini masuh belum banyak yang berubah. Hampir 90 peratus sekolah di
pedalaman Serawak masih dalam keadaan asal ketika ia mula dibina dengan murid yang
kebanyakannya berasal daripada keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan terpaksa
bergantung kepada bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi mendapatkan
makanan berzat. (Berita Harian Online: 6 Oktober 2009)
Oleh itu, pihak yang wajib terutamanya kerajaan haruslah menyediakan tempat dan
infrastruktur yang kondusif supaya para pelajar di kawasan pedalaman mendapat kemudahan
yang sama atau sekurang-kurangnya dapat belajar dalam keadaan yang selesa sama dengan
pelajar di bandar.
Cabaran yang kedua yang akan dihadapi oleh guru bagi ekuiti ialah tahap sosioekonomi
pelajar. Pada masa kini, walaupun Malaysia sudah lama merdeka, namun, masih terdapat
golongan-golongan yang tidak bernasib baik dari segi sosioekonomi dan ini boleh
mempengaruhi tahap pendidikan anak-anak mereka. Berbanding dengan pelajar yang
dilahirkan dalam keluarga yang tahap sosioekonominya lebih tinggi dan kukuh, pelajar-pelajar
ini mungkin akan tertinggal dalam pelajaran kerana memeng sudah diketahui, keluarga yang
mempunyai tahap sosioekonomi yang lebih tinggi lebih berpeluang untuk medapatkan
pendidikan yang lebih sempurna untuk anak-anak mereka.
Status sosioekonomi secara keseluruhannya ditentukan melalui gabungan tahap
pendidikan ibu bapa, status pekerjaan dan tahap pendapatan (Jeynes, 2002). Pelajar-
pelajar yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah memperoleh skor kajian yang
lebih rendah berbanding pelajar-pelajar yang mempunyai status sosioekonomi yang
tinggi, dan lebih cenderung mengalami keciciran dalam persekolahan . Selain itu, status
ekonomi yang dimiliki mengelakkan akses terhadap sumber-sumber pelajaran yang
penting dan menyebabkan tekanan tambahan di rumah (Eamon, 2005).
https://docs.google.com/document/d/1zg-
rQjbnuwy1e5BwCzLa62hEUpAAq520RpwfVBPFetE/edit?hl=en_US
Selain itu, menurut Ishak Haron (1977) dalam kajiannya menyatakan terdapat
pengaruh taraf sosio-ekonomi yang berbeza ke atas pencapaian akademik pelajar di
kalangan kumpulan-kumpulan etnik, kelas sosial dan tempat tinggal mereka di kalangan
masyarakat di Malaysia. Pengaruh yang ketara ialah kelas sosial yang wujud di dalam
sesuatu komuniti atau masyarakat. Pelajar dari kelas sosio-ekonomi yang tinggi
memperolehi purata pencapaian yang tinggi berbanding dengan pelajar dari keluarga
yang berstatus sosio-ekonomi rendah. Perkara ini terserlah dalam kajian sekumpulan
penyelidik Universiti Malaya (Leong Yin Ching dan lain-lain, 1990) mengenaifaktor-faktor
yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian ini mendapati status sosio ekonomi
merupakan faktor utama bagi menentukan kejayaan seseorang pelajar terutama pada
peringkat sekolah rendah (29.0%) dan berkurangan pada peringkat menengah (PMR
16.0% dan SPM 9.0%). file:///C:/Users/Admin/Desktop/sosio.pdf
http://repo.uum.edu.my/1549/1/MERITOKRASI_FAKTOR_SOSIO_EKONOMI_DAN_
PELUANG.pdf
2.1.4 PERPADUAN
Visi dan aspirasi yang seterusnya adalah mengenai perpaduan yang ingin dipupuk
dalam diri murid-murid. Perpaduan adalah merupakan diantara aspirasi utama Malaysia
sebagai sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian kaumnya yang hidup secara aman
dan harmoni. Ini kerana, dengan menghargai perpaduan, semua rakyat Malaysia terutamanya
para pelajar mampu untuk mewujudkan identiti nasional yang sama serta mendapatkan mutu
pendidikan yang lebih baik. Tujuan PPPM menyenaraikan perpaduan sebagai salah satu visi
dan aspirasinya adalah kerana murid menghabiskan satu perempat daripada masa mereka di
sekolah semasa mereka berumur 7 hingga 17 tahun dan ini menyebabkan sekolah adalah
sebuah tempat yang penting untuk menerapkan nilai perpaduan dalam diri mereka.
Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen dalam menyatupadukan rakyat.
Selepas tercetusnya peristiwa berdarah pada 31 Mei 1969, sekolah aliran Inggeris telah ditukar
kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu. Ianya bukan sahaja
untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi juga cuba memupuk semangat perpaduan di
kalangan rakyat melalui penggunaan satu bahasa. Namun begitu, sekolah jenis kebangsaan
yang menggunakan bahasa pengantar bukan Melayu masih terus kekal bagi menjaga identiti
kaum Cina dan India. Sehingga kini, cabaran yang dihadapi oleh golongan pendidik sejak
dahulu lagi hingga kini ialah kita masih lagi berhadapan dengan kekangan untuk memupuk
integrasi nasional di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun di peringkat sekolah rendah ataupun
menengah, kaum Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain sama-sama mengikuti
pembelajaran, namun begitu masih tidak wujud semangat kekitaan yang menyeluruh untuk
perpaduan. Masih wujud budaya prejudis dan stereotaip diantara kaum yang menyebabkan
budaya ini berlanjutan hingga pelajar Melayu hanya bercampur dengan pelajar Melayu,
manakala pelajar lain terus bersama kaumnya. Jadi, tidak hairan jika kita terus mendapati
bahawa sehingga kini pengasingan kaum ini masih terus lagi wujud dan ia menjadi cabaran
yang besar kepada guru masa kini.
Integrasi nasional dan perpaduan diantara kaum merupakan satu tunjang utama bagi
meneruskan keamanan dan kemakmuran negara. Jika perpaduan dan integrasi nasional tidak
dapat dicapai sepenuhnya, maka akan timbul jurang yang besar diantara kaum dan negara
Malaysia memang sudah lama menghadapi halangan perpaduan. Menurut Maszurina, Salina,
Marina dan Hjh Rosnah dalam buku Guru Dan Cabaran Semasa (2014), halangan pemantapan
integrasi nasional telah wujud semenjak zaman penjajahan British lagi kerana pihak British telah
menjalankan dasar pecah dan perintah yang dimana ia telah mewujudkan jurang yang besar
diantara kaum dalam sektor ekonomi, politik, sosial dan yang paling utama dari segi pendidikan
dan cabaran ini masih berlaku pada zaman ini, seperti diwarisi daripada golongan pendidik
zaman dahulu.
2.1.5 KECEKAPAN
Aspirasi yang terakhir bagi sistem pendidikan di Malaysia yang perlu dipenuhi oleh guru-
guru dalam PPPM ialah kecekapan. Kecekapan disini boleh dtujukan kepada sistem atau dasar
yang digunakan oleh pihak kementerian pendidikan Malaysia bagi meningkatkan keberhasilan
dan mutu pelajaran murid mengikut peruntukan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan
kepada sektor pendidikan. Pelbagai dasar dan sistem pendidikan telah diwujudkan dan yang
terbaru ialah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (PBS). Cabaran yang terhasil daripada
sistem atau dasar baru ini kepada guru ialah semestinya beban kerja guru akan meningkat.
Pihak guru ramai yang mengeluh apabila sistem ini mula dilancarkan pada tahun 2011 bermula
daripada sekolah rendah dan kemudian ke sekolah menengah.
Pelbagai kelemahan sistem tersebut telah didedahkan termasuk ia dikatakan
menambah beban guru selain menjadikan pelajar seperti tikus makmal. Setelah banyak
rungutan dibangkitkan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat
keputusan untuk menangguhkan capaian terhadap SPPBS sehingga 31 Disember ini
untuk penambahbaikan. Meskipun begitu, ia tidak dilihat sebagai jalan penyelesaian
kerana sistem PBS itu sendiri memberi kesan kepada pelajar dan kesan yang lebvih
besar semestinya akan dirasai oleh guru itu sendiri.
http://www.sinarharian.com.my/wawancara/sppbs-pbs-cantik-pada-kertas-tapi-1.227677
Kesan sistem ini dapat dilihat apabila ada guru yang terpaksa kerja lebih masa tidak kira
selepas sekolah mahupun semasa cuti untuk menyiapkan perkara yang berkaitan dengan
sistem ini. Ini telah memberikan kepada guru kerana beban tugas guru telah bertambah akibat
daripada sistem baru ini. Memang diakui sistem atau dasar baru ini mampu untuk memberikan
kebaikan kepada guru dan murid-muridnya serta mempunyai kecekapan untuk meningkatkan
tahap pendidikan di Malaysia. Namun keberkesanan sistem ini untuk meningkatkan tahap
pendidikan di Malaysia diragui kerana antara kelemahan terbesar PBS ialah ia memerlukan
penggunaan sistem dimana para guru perlu memasukkan data kedalam sistem PBS, namun
apabila semua guru memasukkan data tersebut, sistem ini akan menjadi berat lalu guru
terpaksa mencari waktu yang lebih sesuai iaitu waktu tengah malam sehingga awal pagi,
dimana tidak ramai guru lain yang akan memasukkan data pada waktu tersebut.
Disebabkan ini, mutu kerja guru akan jatuh merundum kerana guru akan menjadi
mengantuk pada waktu mengajar dan kualiti sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lemah.
Akhirnya, murid jugalah yang akan menerima kesan negatif hasil daripada visi dan aspirai yang
ingin dicapai dalam PPPM ini. Untuk mencapai kecekapan sistem ini, tugas guru sudah
bertambah, iaitu tugas perkeranian, bukan hanya pada tugas hakiki seorang guru sahaja. Ini
kerana selain sibuk memasukkan data, guru juga terpaksa mengemaskan rekod bagi anak-
anak murid dibawah seliaannya. Menurut Daeng Ramli Akil (1993), diantara faktor yang
menyebabkan berlakunya beban tugas di kalangan guru ialah tugas sampingan yang
dibebankan di bahu guru.
2.2 ASPIRASI BAGI SETIAP MURID
Menurut PPPM, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk memastikan setiap murid
mencapai potensi mereka secara sepenuhnya. Dengan kata lain, melalui PPPM ini, setiap
murid akan dapat mengembangkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka agar mereka
dapat menjadi insan dan tenaga kerja yang berkualiti kelak.
2.2.1 GEJALA SOSIAL
Gejala sosial adalah satu masalah yang amat serius dan perlu ditangani semenjak
sekolah lagi. Ia merupakan cabaran yang besar kepada golongan pendidik kerana salah satu
aspirasi PPPM bagi setiap murid ialah etika dan kerohanian di mana di dalamnya terkandung
mengenai kerohanian, integriti dan juga tanggungjawab sivik. Bagaimana aspirasi ini ingin
diterapkan jika gejala sosial dalam kalangan murid masih berlaku dan semakin hari menjadi
semakin serius?. Arus globalisasi yang semakin maju banyak memberi impak negatif yang
boleh menyumbang kepada berlakunya gejala negatif.
Pelajar merupakan aset negara pada masa hadapan. Namun demikian, isu masalah
sosial di kalangan pelajar kerap diperkatakan kerana didapati masalah ini telah bertambah teruk
dari setahun ke setahun. Dan sudah semestinya gejala sosial ini boleh merosakkan pelajar dari
segi kerohanian, integriti dan juga sivik. Pihak yang boleh memainkan peranan utama dalam
menangani gejala sosial ialah ibu bapa dan keluarga. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan
masa para pelajar banyak dihabiskan di rumah. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian
dan kaslh sayang kepada anak-anak remaja.
Namun begitu, harus diingat, para pelajar menghabiskan satu pertiga masa
mereka di sekolah, dan ini menyebabkan guru juga adalah penting dalam menangani
cabaran ini daripada terus berlaku. Menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di
blognya bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara
langkah penyelesaian yang boleh diambil dalam mengekang penularan masalah gejala
sosial ini ialah memperkasakan peranan pihak sekolah terutama dari aspek akademik. Ini
adalah seiring dengan visi dan aspirasi PPPM yang ingin melahirkan murid yang
mempunyai etika dan kerohanian yang tinggi yang secara tidak langsung dapat
menurunkan kadar gejala sosial dalam kalangan pelajar Malaysia.
https://www.academia.edu/6648066/Lnagkah_Mengatasi_Gelaja_Sosial
2.2.2 PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Anda mungkin juga menyukai