Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

1. KEHADIRAN
1.1 Kehadiran ke sekolah adalah wajib.
1.2 Hadir ke sekolah hendaklah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan.
Waktu Datang
*Sebelum pukul 7.30pagi
Waktu Rehat
*0915-1015 pagi-Tahun 1 dan 2
*1015-1045 pagi-Tahun 2 dan 3
*1045-1115 pagi-Tahun 5 dan 6
Waktu Pulang
*Tahun 1,2,3 :Hari Ahad 01.15 Petang
Isnin- Khamis- 12.45 Tengahari
*Tahun 4,5,6 :Hari Ahad-Selasa 01.15 Petang
Rabu, Khamis -12.45 Tengahari
1.3 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah perlulah membuktikan dengan mengemukakan surat akuan doktor atau surat
daripada ibu bapa atau penjaga.
1.4 Murid-murid dikehendaki terus masuk ke kawasan sekolah tidak dibenarkan berjalan-jalan atau merayau-rayau di pintu
atau di luar kawasan sekolah.
1.5 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut tanpa sebab atau pemberitahuan, akan dianggap
ponteng sekolah dan diberi surat peringatan.
2. PERHIMPUNAN SEKOLAH
2.1 Perhimpuan sekolah adalah pada setiap hari Ahad.
2.2 Perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah.Semua guru dan murid diwajibkan hadir.
2.3 Semua murid dikehendaki ke tempat perhimpunan mengikut kelas masing-masing dalam barisan dengan tenang dan tidak
bising.
2.4 Apabila di medan perhimpunan, murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing mengikut peraturan barisan rendah di
hadapan dan tinggi di belakang.
2.5 Ketua Kelas atau Penolong berdiri di hadapan.
2.6 Semasa menyayikan lagu Kebangsaan,Lagu Negeri dan Lagu Sekolah murid hendaklah menyanyi dengan penuh
semangat.
2.7 Semua murid hendaklah diam dan menadah tangan semasa bacaan doa.
2.8 Semua murid dikehendaki mendengar dan memberi perhatian kepada ucapan yang disampaikan oleh guru-guru semasa
perhimpunan.
2.9 Semasa memasuki kelas murid-murid hendaklah kekalkan suasana yang tenang.Semua murid dikehendaki berdiri tegak
dan berhenti berjalan ketika lagu negaraku ,negeri,sekolah dinyanyikan serta semasa doa dibacakan
3.PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
3.1 Semua pelajar dimestikan memakai pakaian seperti yang telah ditetapkan oleh kementerian pendidikan.
Lelaki -Seluar tidak ketat,tidak terlalu labuh dan tidak besar,berambut pendek.
Perempuan- berbaju kurung tradisional yang tidak ketat, kain tidak terlalu labuh, singkat.
3.2 Berkasut putih (kanvas) dan bersetokin putih.

3.3 Memakai lencana sekolah adalah diwajibkan.


3.4 Murid perempuan tahap dua diwajibkan memakai tudung putih(mini telekung) yang tidak mempunyai hiasan.Bagi Tahap
satu-murid perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat dengan kemas.
3.5 Pemakaian barang kemas adalah tidak dibenarkan.Pihak sekolah tidak bertanggungjawab jika berlaku kehilangan.
3.6 Murid hendaklah berpakaian sopan semasa di kelas maupun di luar waktu belajar.
4.PENDIDIKAN JASMANI / KESIHATAN
4.1 Murid dikehendaki memakai seluar sukan berwarna gelap dan baju T, kasut berwarna putih atau yang dijual oleh pihak
sekolah dan berkasut.
4.2 Murid perempuan tidak dibenarkan memakai tudung yang berwarna-warni.Hanya tudung yang berwarna putih.
4.3 Semasa turun ke padang dan balik ke kelas, murid kehendaki dalam keadaan beratur.
4.4 Pakaian untuk Pendidikan Jasmani hanya di benarkan pakai sehingga waktu rehat sahaja.
4.5 Pakaian mesti ditukar di bilik persalinan yang disediakan sahaja.
5.LALULINTAS
5.1 Murid dikehendaki masuk dan keluar kawasan sekolah hanya melalui pintu yang ditetapkan sahaja.
5.2 Tidak dibenarkan murid-murid mangambil jalan rentas dengan melalui pintu yang tidak dikhaskan, menyusup, melompat
pagar sekolah atau melintas mana-mana kawasan larangan lalu lalang.
5.3 Murid yang menaiki bas, hendaklah beratur semasa menaiki bas, jangan berebut-rebut dan jangan sesekali bermain di
tangga.
5.4 Murid yang berjalan kaki hendaklah mengikut di sebelah kanan jalan dan tidak bergandingan.
5.5 Murid-murid yang berbasikal henaklah mematuhi peraturan jalanraya.
7.KELAS
7.1 Semasa berada di dalam kelas semua murid hendaklah diam/senyap.
7.2 Semasa semua murid keluar atau masuk ke kelas hedaklah berada dalam barisan.
7.3 Semua murid dikehendaki beratur di luar kelas di waktu pagi menadah tangan untuk mengaminkan doa.
7.4 Waktu perhimpunan murid ke tempat perhimpunan dalam barisan mengikut kelas masing-masing.
7.5 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
7.6 Murid-murid juga patut menjaga keselamatan alatan yang ada di kelas mereka.
7.7 Semua murid adalah dilarang mengalihkan kerusi atau meja dari satu kelas ke kelas yang lain kecuali dengan arahan guru
serta mencontengnya.
7.8 Kelas mestilah sentiasa kemas dan bersih.
7.9 Pada satu-satu masa hanya seorang murid lelaki atau dua orang murid perempuan sahaja dibenarkan keluar dari kelas
semasa belajar.
7.10 Semua murid mesti mengamalkan sikap mengetuk pintu sebelum memasuki ke dalam kelas,bilik guru dan pejabat
sekolah.
8.KANTIN
8.1 Murid dibenarkan ke kantin hanya di waktu rehat dan sebelum loceng pertama berbunyi.
8.2 Murid hendaklah berbaris semasa membeli makanan.
8.3 Selepas makan,sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan,pinggan kotor pula hendaklah
diletakkan ke dalam besen yang disediakan.
8.4 Semua murid dikehendaki menjaga kebersihan kerusi dan meja kantin.
8.5 Semua murid dilarang berebut-rebut dan bising semasa membeli makanan.

8.6 Semua murid dilarang membeli di tempat lain selain di kantin semasa berada di sekolah.
10. KELUAR SEKOLAH / BERTUKAR SEKOLAH
10.1 Penjaga mestilah datang ke sekolah berjumpa dengan pihak pentadbir untuk mengisi borang pertukaran sekurangnya
satu minggu sebelum tarikh pertukaran dikehendaki.
10.2 Murid mestilah memberitahu guru kelas untuk menguruskan pemulangan buku teks dan lain-lain.
10.3 Murid hendaklah berjumpa dengan guru bertugas jika ada masalah sama ada sakit atau sebagainya.
10.4 Murid hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru bertugas pentadbiran untuk keluar dari sekolah.
10.5 Murid hanya dibenarkan keluar bersama guru atau penjaga setelah memaklumkan kepada guru bertugas / pentadbir.
12. WAKTU REHAT
12.1 Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas.
12.2 Murid mestilah beratur sewaktu membeli di kantin.
12.3 Pembalut kertas atau plastik hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
12.4 Segala peralatan seperti sudu/garfu dan sebagainya hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan setelah
menggunakannya.
12.5 Pengawas hendaklah menjalankan tugas yang ditetapkan.
13.PERATURAN KE TANDAS
13.1 Murid yang hendak ke tandas mestilah mendapat kebenaran guru atau ketua ketua kelas dan hendaklan memakai kad
kebenaran keluar.
13.2 Murid hendaklah menanggalkan kasut di luar tandas dan menggunakan selipar tandas yang disediakan.
16. KEGIATAN KOKURIKULUM
16.1 Murid-murid tahap 2 diwajibkan mengikuti satu kegiatan unit uniform dan satu kegiatan ko akademik/kelab/persatuan.
16.2 Datang pada masa yang ditetapkan (jangan terlalu awal) dan terus pulang ke rumah setelah selesai aktiviti.
16.3 Pakai pakaian yang dikhaskan sesuai dengan aktiviti.
16.4 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli rumah sukan dan mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu acara sukan yang
dianjurkan(sekiranya ada)
17.PERATURAN-PERATURAN AM
17.1 Semua murid dikehendaki menghormati semua guru dan kakitangan sekolah
17.2 Sebelum loceng pertama dan loceng naik rehat berbunyi, murid dilarang daripada bermain di luar kawasan sekolah dan
dalam bilik darjah.
17.3 Murid yang hendak keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan mestilah mendapat kebenaran dari guru
bertugas harian terlebih dahulu
17.4 Murid yang terjumpa duit atau barang berharga di kawasan sekolah hendaklah menyerahkannya kepada guru bertugas
harian.
17.5 Murid dilarang mengambil/mencuri/merosakkan harta benda sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid lain.
17.6 Murid-murid dilarang menconteng dinding sekolah, kelas, bilik air dan tandas.
17.7 Murid-murid dilarang membazirkan elektrik dan air.
17.8 Murid-murid dilarang membawa sebarang alat permainan ke sekolah kecuali dengan arahan dari guru.
17.9 Murid-murid yang menghadapi masalah di sekolah seperti sakit semasa belajar, dibuli oleh murid lain, kehilangan barang
atau lain-lain masalah hendaklah melaporkannya kepada guru kelas masing-masing dengan segera.
17.10. Sebelum meninggalkan kelas, pastikan semua lampu dan kipas diputuskan litarnya terlebih dahulu.
17.11. Buku-buku perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik, tidak meroskkan , menconteng dan menghilangkannya.

17.12. Buku-buku yang dipinjamkan hendaklah dipulangkan mengikut arahan.


17.13. Murid diwajibkan hadir untuk aktiviti ko-kurikulum
17.14. Setiap murid diwajibkan membayar bayaran tambahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah pada masa mendaftar atau
pada masa-masa yang ditetapkan.
17.15. Semua pelawat/penjaga mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah sebelum menemui murid demi keselamatan
murid-murid.
17.16. Penggunaan pensil makanikal adalah DILARANG SAMA SEKALI
17.17. Murid- murid adalah TIDAK DIBENARKAN membawa TELEFON BIMBIT ke sekolah

Anda mungkin juga menyukai